BAB 24

Romance Completed 29026

“Chantek
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang ditaman
mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
menghilang sekala
prasangka dijiwa
Ohh chantek
sungguh aku cinta kamu…”

Jehan tersengeh sambil menongkat dagu melihat lelaki yang sedang bermain piano itu. Rasa nak koyak bibirnya tersengeh dari tadi.

“Dah habis. Sedap tak abang nyanyi?”

“Tak boleh rasa… Leya rasa nak makan daging bakarlah, abang. Boleh carikan tak?”

Zaniel mengaru kepalanya. Tadi suruh nyayi, sekarang ni nak makan daging panggang pulak? Botak aku botak! rungut
Zaniel.

“Sayang, pagi pagi buta ni mana ada daging bakar. Dah pukul tiga pagi ni.” Dari tadi dia menunggu isterinya untuk
tidur tetapi wanita itu enggan kerana katanya tak boleh tidur, lalu menyuruhnya untuk menyanyikan lagu supaya dia boleh tidur.

“Ehurm…” muncung bibir Jehan.

“Abang janji esok pagi pagi pukul lapan abang carikan ea? Dah malam ni sayang, kedai buger bakar dah tutup. Takkan
abang nak kejut tokei dia?”

“Ehurmm…” semakin panjang muncun Jehan.

“Sayang tidur dulu, nanti pagi-pagi abang belikan. Abang dah ngantuk ni.” Kali ini sudah ke berapa puluh kali dia
menguap, dan setiap kali itulah isterinya yang menutupkan mulutnya. Masyuk syaitan nanti.

“Okeylah,” putus Jehan.

“Ha! Macam tulah isteri abang, dengar kata. Jom.” Bahu isterinya dipeluk dan mereka beriringan mendaki tangga.

“Amboi bukan main laju lagi bini abang ni jalan, laju-laju ni nak ke Fashion Valet ke? Janganlah jalan laju, karang ada pula yang jatuh.’’
“Chill abang, baby ni baru dua bulan tau. Jangan risau Leya tahu jaga diri,” kata Jehan sambil bercekak pinggangnya. Usia kandungan baru mencecah dua bulan, namun kini pantang dia merasa cepat mengah walau hanya jalan beberapa langkah.

“Yaalah sayang, Apa-apa pun jaga jugak. Jangan laju-laju. Jatuh nanti,” nasihat Zaniel.
Jehan terus melabuhkan tubuhnya di atas katil sebaik tiba di bilik tidur.
Entah mengapa perasaannya sedikit terganggu dan perasaannya mulai rasa tidak selesa.
Zaniel memerhatikan saja isterinya yang tak sedang duduk ibarat cacing kepanasan.
‘’Abang, abang..’’ lembut suara Jehan memanggil nama Zaniel.
‘’Ye sayang, apa dia? Sayang okay tak?’’ tanya Zaniel.
“Leya rasa nak makan buah manggislah.” Jehan mengengsot naik ke kepala katil lalu menyandarkan kepalanya di atas bahu suami yang sedang membaca buku.
‘’Tekak ni dari tadi meminta nak makan buah manggis dan kepayang, abang tahu tak kepayang. Sedap buah tu bang. Letak garam, gaul aduh rasanya lemak-lemak masin.’’
‘’Dah sudah, mana aku nak cari manggis dan buah kepayang tu lewat-lewat malam begini?”

“Pulak…?” Tengkuknya yang tidak gatal digaru perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience