BAB 13

Romance Completed 29026

Jehan menyambut tangan lelaki itu. “Jehan Qal…” Jehan berhenti menyebut nama penuhnya. Cermin matanya yang
sedikit terlondeh itu dibetulkan.

“Jehan Qal?” soal Zaniel semula. Ada ke orang nama Qal? Kalau Carl taulah.

“Panggil Jehan je,” itu mengangguk.

“Budak sem pertama?” tanya Zaniel meminta kepastian. Kalau tak silap, nilah budaknya.
Jehan mengangguk. Kertas yang berselerakkan di atas meja wakaf itu dirapikan. Beg lusuhnya dicapai dan disumbat
fail yang diisi kertas tadi. Lalu disandang dibahunya. Jehan sudah mahu pergi. Tak betah dia berduaan dengan
lelaki yang baru dikenalnya. Takut! Dia masih tak selesa dengan gaya barunya ini.

“Kejap!” lengan Jehan dipegang untuk menghalang Jehan dari melangkah pergi.

“Your face just like a girl. Are you…”

“No! Tak adalah. Ramai yang… cakap macam tu! Tapi hakikatnya bukan,” temberang Jehan. Tangannya ditarik.

“Kejaplah kenapa rushing sangat ni? Ada kelas ke?” duga Zaniel.

“Tak. Ada! Ada! Saya ada kelas bisnes. Saya pergi dulu!” Cepat-cepat Jehan menukar jawapannya.

“Jangan tipu. Kita satu kuliah tadi. Kau tak perasan aku ke?”
Jehan telan air liur sendiri.

“Duduk,” suruh Zaniel sambil tersengeh. Merah padam muka Jehan menahan malu. “Nah. Walet kau terjatuh tadi,
Aaleya.”

Membutang mata Jehan. “Erk..” terkaku lidah Jehan mahu membalas kata-kata Zaniel. Aduh kantoi?! Satu lagi, yang
lelaki ni pepandai je bukak walet aku kenapa? Cari nahas betul!

“Walet kau jatuh terbukak. Aku terbaca, sorry ea Leya…” Kata-kata Zaniel menebus segala kemarahan hati Jehan.
Sejak hari itu mereka berkawan rapat. Baru dia tahu yang Zaniel sudah tiga kali amibil peperiksaan tetapi tiga
kali gagal. Umur dah gajah, tiga sem pun tak lepas-lepas.

Helaian diselak lagi. Sekeping gambar terjatuh. Jehan tersenyum kecil. Gambarnya semasa di Sedney pada musim
panas. Skrit paras lutut dan baju blouse berlengan pendek sungguh menampakkan keayuannya.
‘Diorang dah kena tangkap Leya. Tak ada apa yang nak ditakutkan lagi. Ke kamu selesa dengan penampilan kamu
sekarang?’ kata-kata arwah Puan Sri Rabiah bermain di benaknya.

“Tukar?” Jehan bertanya sendiri. Akhirnya Jehan keluar dari keretanya.

Jehan membelek baju yang dipakainya di hadapan cemin panjang di dalam biliknya. Rambutnya yang dipotong semalam dirapikan. Merah padam mukanya memandang figura sendiri. Dah seminggu beli, baru nak try sekarang.

‘Ting tong’ bunyi loceng rumah. Cepat Jehan menyelak langsir biliknya. Seorang lelaki berbaju posman menunggu dipintu pagar rumahnya sambil membawa sebuah kotak.

Kakinya diatur ke bawah. Jam sebegini tiada siapa-siapa dirumahnya. Mek Salmah tentu tentunya tak bekerja hari
ini. Faris pula entah kenama melencongnya lain pula dengan Tan Sri Bohari yang keluar bemain sukan kegemarannya iaitu golf bersama rakan peniagaannya.

“Cik, ni ada bungkusan untuk Encik Faris Hakimi,” beritahu posman tersebut.

“Oh ya. Ya.” Pintu pagar kecil itu dibuka. Setelah tanda tangannya di turunkan lelaki tersebut berlalu dengan van
yang dipandu rakan sekerjanya.

Jehan melangkah setapak untuk masuk kedalam rumahnya. ‘Pin pin’ bunyi hon kereta berbunyi.

Pantas Jehan pusing ke belakang.

Zaniel baru keluar dari perut keretanya terus berjalan kearah pintu pagar rumah besar itu.

“Erm… Jehan ada?” tanya Zaniel. Senyuman dibibirnya bergitu menawan. Ni kes nak menguratlah ni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience