BAB 16

Romance Completed 29026

Telefon yang masih bau kedai itu dikeluarkan. “Helo?” Jehan bangun dari duduknya dan berjalan meninggalkan Faris yang masih seperti pak guard di hadapan wad yang menempatkan Linda.

“Jehan kau dekat mana? Aku nampak Faris dengan pakcik kau dekat hospital. Anything wrong? Kau okey?”

Jehan tersenyum kecil. “Risau jugak kau dekat aku ek. Aku okey. Kau dekat mana?”

“Aku ada dekat hopital Ampang. Perh siapa awek ni dari hari tu aku nampak dia, adik perempuan Faris ke? Asal kau
tak kenalkan dengan aku?” Zaniel mengatur langkah mendekati gadis yang sedang berbual melalui telefon agak jauh
dihadapannya.

“Awek? Awek mane pulak kau ni. Dia mana ada adik…”

“Dahlah aku nak pegi usya dia. Bye!” potong Zaniel.
Jehan memuncungkan bibirnya. Kurang ajar punya kawan! Jehan menjilat bibirnya. Hauslah pulak, dia mengatur
langkahnya ke kantin.

“Cik!” jerit satu suara dari belakang. Jehan memusingkan tubuhnya. Figura Zaniel menjadi tumpuannya kini. Senyuman bibirnya mati. Cepat-cepat dia berlari meninggalkan Zaniel. Dia masih malu tapi mahu! Entah sampai bila dia harus
menyorok.

“Eea, kejaplah!” jerit Zaniel. Seorang jururawat beruniform berwarna merah jambu meletakkan jari telunjuk dibibir
menghantar isyarat senyap. Zaniel tersengeh sahaja. Kakinya melangkah setapak, tetapi terasa sesuatu ditapak
kasutnya.

Jehan mengutuk dirinya sendiri di dalam lif. “Bodoh betul, macam mana boleh terlupa! Bongok nasib baik tak kantoi.
Mukanya yang pertama kali disolek ditelek sekejap mengunakan cemin didalam lif. Waduh, merah nih! Sampai dilobi
hospital Jehan tak jadi ke kantin sebaliknya di duduk dikerusi menunggu di tengah-tengah lobi hospital.

Apabila ternampak Zaniel melalui kawasan itu Jehan menyorok mukanya di belakang seorang yang bertubuh agak gempal
di hadapan kerusinya. Setelah Zaniel hilang baru dia mengangkat muka. Alih-alih lelaki itu merenungnya tajam.

“Erk, maaf maaf. Hehe…” Jehan kembali ke tingkat lima.

“Alhamdulillah, kandungan isteri encik selamat. Cuma dia perlu rehat yang cukup dan jangan bagi dia tekanan kalau boleh jauhkan berita buruk daripadanya. Lagi satu, makanan perlu dijaga dan pengambilan makanan tambahan juga
digalakkan. So far, semuanya stabil.” Tan Sri Bohari yang mendengar tercangang.

“Boleh saya jumpa isteri saya doktor?” Tanpa segan Faris berkata.
Doktor Suraya mengangguk. “Kalau tak ada apa apa, saya mintak diri dulu,” pamit doktor wanita itu. Setelah doktor

itu melangkah setapak bergegas Faris merempuh masuk ke dalam wad.

“Sayang…” Faris pantas mengambil tempat di kerusi disebelah katil Linda. Rambut Linda diusap lembut. Tak berani
dia memegang luka didahi Linda.

Linda membuka matanya apabila terasa sesuatu dikepalanya. Apabila dapat mengecam Faris dihadapannya pantas dia
bangun dan duduk diatas katil. Tangan Faris serentak jatuh.

“Linda…” pujuk Faris.

“Pergi!” Serak suaranya. Air mata Linda gugur lagi.

“No…” Faris mengambil tempat birai katil di sebelah Linda.

Tan Sri Borhari merenggus marah. Jehan yang duduk bersilang kaki diruang tamu kecil sudut wad itu terus menurunkan kakinya. Takut… Tulah… dari dulu menangkan nafsu, sekarang tubuh yang sengsara. Tubuh mana tu? Telingalah,
cair tahi telinga!

“Linda, anak dalam perut tu betul ke anak Faris?” tanya Tan Sri Bohari tegas.

Linda menikus. “Ye, pa,” jawab Faris berani. Dia betul-betul mahu memeristerikan Linda. Dia pasti itu adalah benihnya, dia percaya yang Linda tidak curang terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience