BAB 8

Romance Completed 29026

“Apa punya awek yang kau bagi ni? Semalam aku tengok dia dengan Jason aku boleh tahan lagi sebab kau kata tu kawan
rapat dia. Tapi kali ni dia dengan Farhan! Apa dia buat dengan Farhan keluar dari Matric Hotel tu? Kau main campak
je perempuan murah dekat aku. Kau tak selildik dulu ke latar peribadi perempuan yang kau bagi dekat aku?” bebel
Zaniel. Bola snooker itu ditolak masuk menggunakan kayu. Hampeh, tak masuk pun. Bola itu kembali melantun ke
tengah kerana tolakannya yang sangat kuat. Pasti Zaniel terasa diperbodohkan. Marah tahap babun mamat nih.

“Mana aku tahu dia dah berubah. Dulu dia room mate aku. Aku tengok dia sopan je. Pakaian pun tak macam tu.”

“Bila tu, abad ke berapa dia jadi room mate kau?”

“Abad ke 13…” jawab Jehan lemah. Muka nampak sungguh bersalah.

“Abad ke 13 ?! Oh my, kau masa tu tingkatan 1! Budak lagi tu! Pandai ke dia bergaya sampai nak terkeluar segala macam, macam sekarang ni?”

Jehan diam. Aduh, terkena lagi nih gua.

“Dahlah aku tak ada mood nak main,” bentak Zaniel. Kayu ditangannya dihempas kuat ke atas meja snooker tersebut.

Jehan juga meletakkan kayu ditangannya keatas meja lalu membuntuti Zaniel.

“Bak sini kunci kereta kau,” minta Zaniel. Menyesal pulak suruh Jehan menjemputnya dirumah tadi.

“Kau nak pergi mana?” tanya Jehan dengan muka naifnya. Kunci keretanya dikeluarkan dari poket seluar jeans
hitamnya.

“Nak pergi pub.”

“Tak boleh. Kau nak buat apa pergi sana? Buat dosa je.”

“Eh, suka hati akulah. Bagi cepat!”

“Eh suka hati akulah, nak bagi ke, tak nak bagi ke…” ajuk Jehan. Disumbat kembali kunci keretanya ke dalam poket
seluar.

“Aku tengah stress ni kau jangan nak tambahkan stress aku pulak!!” bentak Zaniel. Jehan buat muka selamba.

“Biar aku drive”

Zaniel merenggus marah. Dahlah buat salah, tak reti mintak maaf agaknya budak ni.

“Ni jalan nak pergi mana ni?”

Jehan tak menjawab. Stereng kereta hitam itu dipusingkan ke kiri dan terus masuk ke dalam petak pakir.

“Kita nak buat apa dekat sini?”

“Ikut jelah!”

Jehan mendahului kayuhan kaki mereka untuk masuk kedalam lobi hotel.

“Selamat datang Encik Jehan,” ucap penyambut tetamu itu. Wah manisnya senyum, agaknya kalau dengan tatamu lain senyum tak? Tahu pun takut boss! Jehan membebel dalam hati.

Jehan ni boleh dikatakan boss mesra pekerja. Selalu sangat dia duduk melepak di hotel lima bintang ini, dan tempat
lepaknya ialah dapur. Cuit makanan ni sikit, cuit makanan tu sikit. Wah, enak semuanya!

“Jehan kita nak buat apa dekat sini?”

“Jangan banyak cakaplah follow je. Nanti dah sampai kau taulah,” balas Jehan. Jari telunjuknya menekan butang lif.
Dia tahu Zaniel berang. Disinilah tempat Zaniel terserempak dengan Jessica tengahari tadi.
Pintu lif terbuka. Jehan dan Zaniel masuk ke dalam perut lif untuk ke tingkat tiga puluh lima. Tingkat paling atas
sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience