BAB 6

Romance Completed 29026

“Why should I tell you?”

Linda tersenyum. “Hurm, jual mahal… I like!” Tangan berjari runging itu seenaknya bermain di atas dada dan leher
Jehan.

“Linda!” jerkah Faris dari muka pintu dapur. Muka kuning langsat lelaki itu sudah merah padam. Sakit betul hatinya. Lama dia tunggu di dalam biliknya. Konon-konon ingin keluar kerana tertinggal barang diruang tamu, tapi
pergi mengurat pengkid bodoh ni!

“I can explain,” Linda bercakap perlahan, ada getaran disuaranya.

“Mari sini Linda!”

Linda berjalan lambat-lambat ke arah lelaki bermuka bengis dimuka pintu dapur. “Honey…” lunak suara Linda
memanggil nama manja Faris.

“Kau jangan cuba cuba nak pergi dekat jantan lain. Faham?!” jerkah Faris. Rambut ikal Linda yang sedikit perang
itu dicengkam kuat. Terdorong ke belakang kepala Linda akibat tarikan Faris dikepalanya. Jehan melihat sudah ketaq
lutut. Mampus, macam mana perempuan tu boleh tahan dengan perangai panas baran leleki ni?

“Faham tak?!” jerkah lelaki itu lagi.

Linda mengangguk laju. Setitis air matanya jatuh menuruni pipinya.

“Macam tulah…” suara lelaki itu kembali lembut. Rambut ikal milik Linda dilepaskan dan diusap pula. Sekali kali kepala Linda dicium lembut. “Jom sayang,” ajak Faris. Pinggang ramping itu di rangkul dan mereka berjalan seiringan memanjat tangga menuju ke bilik Faris ditingkat dua.

Jehan mengeluh. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dihalau Faris keluar dari rumahnya. Tapi tak sampai hati pula. Dia sudah menganggap Faris seperti abang kandungnya sendiri. Pergi sekolah bersama-sama, bermain di taman bersama segalanya mereka lakukan bersama. Tetapi semenjak Faris menyambung pelajaranya di Prancis perlakuan Faris berubah seratus peratus. Tiada lagi aktiviti yang mereka lakukan bersama. Pokoknya mereka sudah tak sebulu lagi.

“Hoi bro, kau apahal muka macam tercekik cencowok je,” sapa Jehan. Bahu lelaki berbaju t-shirt polo berlengan pendek itu ditepuk sedikit kencang. Cencowek dalam bahasa Indonesia adalah lipas.

“Ni semua sebab cenceweklah!” adu Zaniel. Cermin mata hitam dimukanya ditanggalkan kasar.

“Cewek? Siapa lagi kali ni, huh? Kau jangan cakap kau pergi mengurat si Iman Nuha budak sem baru tu?” Jehan
mengikut gaya Zaniel menongkat dagu.

“Kalau ye pun kenapa, kau ada masalah ke?”

“Ada sangat! Kau ingat budak baru tu nak ke dekat kau ni? Kau tak tengok ke cara dia pakai baju… I don’t think
so…” Jehan mula mengeluarkan fal’sampah’nya. “She’s a hijabis girl…” Serentak itu seorang pelajar berbaju t-shirt lengan panjang dan bertudung lalu dihadapan mereka. Mata mereka tak berubah arah sehingga gadis itu hilang. Naik merah muka gadis manis itu. Agak-agak, bro!

“And she’s wearing baju kurung, bro tak pun jubah…” Serentak itu juga dua orang mahasiswi melintasi mereka. Seorang memakai baju kurung tetapi tidak bertudung, manakala seorang lagi mengenakan jubah berwarna coklat dan selendang pashmina berona sama. Pandangan mata yang kuyu itu mengikut langkah dua orang gadis itu.

“She’s from Kampung Sri Paya, bro! Get up!” Bahu lelaki itu ditepuk lagi. Bukan dia mahu memburukkan orang kampung, cuma dia sedang menghalang lelaki buaya tembaga Sungai Selangor ini supaya berhenti mengurat anak-anak gadis yang solehah di kampus mereka. Cukuplah, sudahlah zaman sekarang ni payah benar nak tengok perempuan yang betul-betul menjaga adab dan sopan. Ceh aku pun sama, nak cakap orang!

“Tapi dia lain beb, kau kalau jadi aku, kau pun mesti nak try dia!”

“Try dia? Try dari segi apa tu?”

“Fizikal…,” jawab Zaniel meleret. Seorang mahasiswi berdress paras lutut tanpa lengan lalu dihadapan mereka.
Almaklumlah kafeteria, mestilah ramai orang. Zaniel mengecitkan sebelah matanya. Gadis itu membalas dengan kenyitan mata juga, siap flying kiss lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience