BAB 15

Romance Completed 29026

Linda diam. Dia tak kata pun ‘ya’ dia cuma diam. Diam tu ‘ya’ ke? Apa boleh dia lakukan dia terlalu addict untuk
bersama Faris. Linda memusingkan tubuhnya membelakangi Faris.

“You tipukan?” Linda masih diam. Dia takut Faris akan marah kepadanya. Tiba-tiba esakan Linda kedengaran.
Faris panik. Alamak bukan senang nak pujuk Linda! “Sayang… janganlah macam ni. Im sorry okey.” Faris membaringkan tubuhnya lalu tubuh yang ditutupi comforter separas pinggang dipeluk dari belakang. “Kita buat pregnency test ea?” pujuk Faris.

“I… ta…kut,” adu Linda dalam tersedu-sedan. Terhenjut- henjut bahunya menahan tangisnya.

“Syuut… kita try je dulu. I pergi farmasi sekejap.” Faris bangun dan mencapai kunci keretanya di meja kecil
sebelah katilnya.

“I ada…” Linda sempat memegang tangan Faris daripada melangkah lagi.

“Mana? Dalam beg you ea? Biar I ambil.” Beg tangan Hush Puppies milik Linda diselongkar. Akhirnya dia terjumpa
alat tersebut. “Jumpa pun.” Automatik Linda bangun dari pembaringannya. Tangannya mula mengeletar.

“Jom.” Bahu Linda dipaut lengan sasa Faris lalu mereka berjalan ke pintu bulik air.

“I tunggu dekat luar,” beritahu Faris. Linda mengangguk. Alat yang dihulur oleh Faris diambil.

Jantung Faris berdegup kencang. Terasa mahu pecah menanti saat-saat ketibaan Linda dari muka pintu.

Bunyi esakkan Linda kedengaran semakin lama semakin kuat. Faris tidak senang duduk. “Baby, are you okey? Bukak pintu ni.” Tangan Faris mengetuk pintu bilik air.
Linda membuka pintu bilik air. Merah padam mukanya tambah dengan air mata yang asyik meleleh seperti tak mahu
berhenti.

Alat ditangan Linda terjatuh ke lantai. Berlari dia mendapatkan Faris. Teresa-esak dia menangis di dada si lelaki.
Faris mengutip alat tersebut. Dia melepaskan keluhan perlahan. “Syuuutt, janganlah macam ni… It must have a way
to solve this problem. Don’t worry.”

“Macam mana? Mana mana?!” raung Linda. Dua jalur merah pada alat tersebut seolah olah membunuhnya. “Kalau I gugur,
nayawa I terancam. Lagipun ni kandungan terakhir I. I perempuan, I pun nak ada anak sendiri…” raung Linda lagi.

“Marry me. I take care of you, honey.” Belakang badan Linda diusap perlahan untuk menenangkan si wanita.

“No! Im still young! Carier I baru nak naik. No, no!” bangkang Linda.

“Tu aje caranya.”

“No!” lantang suara Linda menjerit. Beg tangannya disambar lalu dia berlari untuk keluar dari bilik Faris.

Faris mengejar. Lengan wanita itu dicengkam. “Lepas! Lepaskan I!! Lepas!!!” jerit Linda seperti orang terkena
histeria. Dia meronta-ronta kerana tubuhnya dirangkul Faris.

“Baby…” Belum sempat Faris mengeluarkan kata-katanya Linda menotong. Berlaku pergelutan diatas tangga.

“No! No!” Tangannya direntap sehabis tenaganya. Akhirnya terlepas. Tubuhnya tidak dapat diimbang lalu tergolek-
golek tubuh Linda sehingga separuh tangga.

“Linda!” Faris laju menuruni tangga.

Jehan yang dari tadi buat pekak telinga diruang tamu mula berlari ke tangga apabila kedengaran bunyi yang kuat. Melopong mulut dan matanya melihat Linda yang kaku di pangkuan Faris.

“Bawak dia pergi hospital. Cepat!” suruh Jehan. Tangannya pantas menyambar kunci kereta Faris.

“Assalam… Kenapa ni Faris?” Tercengang Tan Sri Borhari dimuka pintu.

Pening kepala Jehan melihat Faris yang asyik ke hulu dan ke hilir di kaki lima bilik wad hospital swasta di kawasan Ampang.

Telefon bimbit Jehan berbunyi lantang di dalam beg tangannya barunya. Penat nak cari ni, kena pusing satu Lot 10 baru jumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience