BAB 11

Romance Completed 29026

Sudah seminggu lebih janjitemu diantara Julia dan Zaniel tergendala. Tak tahulah mengapa, dulu bukan main
mengeletik si gadis nak berkenalan dengan si teruna tapi sekarang habuk pun tarak. Zaniel etah kemana Julia etah
kemana. Hanya Jehan sahaja yang terkuntang-kanting di tengah-tengah.

“Wey Niel, petang ni kau buzy tak?”

“Aku ada study group dengan Arman. Apahal?”

“Ee, sekali aku sepak baru kau tahu. Hari tu bukan main over excited nak jumpa Julia, lah lah kau asyik buzy je,”
adu Jehan. Tetapi di dalam hati bukan main bersorak girang. Ala-ala pasukan sorak untuk team bola keranjang kampus
diorang tu. The… Google Girl!

“Ha yelah nanti aku bagi tau Arman hari ni tak jadi,” putus Zaniel. IPad ditangan asyik dipusing ke kanan dan ke
kiri sekali-kali skrin itu discroll ke atas dan ke bawah. Jehan menjenguk sedikit. Tersembul mata Jehan. Temple
Run?!!! Alamak tak sihat ke budak ni? Sejak bila gila dengan game Temple Run ni? Ni mesti kes Sara Nasuha si budak IT tu punya virus. Jangan cakap segala jenis gadgets dia ada. Baik handphone yang paling mahal iaitu IPhone 5, Samsung Beam, Samsung Galaxy S III, Samsung Galxy Camera, Apple IPad, Samsung Tablet, IPod Nano, Mp3 dan segala macam semua ada dalam beg ‘doremon’ yang berlogo Adidas itu. Tu kalau hilang… masyuk poket si perompak.

Tiba-tiba poket seluar jeans Jehan bergegar perlahan. “Helo?” ucap Jehan. Telefon cabuk miliknya ditekup ditelinganya.

“Kak Qal, Julia ni,” beritahu Julia di hujung talian.

“Hah, apahal call?”

“Hari ni Lia tak jadi nak jumpa abang Zaniel. Lia lupa yang Lia ada hal famili petang ni. Kak Qal bagi tahu
abang…”

“Cepatlah Lia…” sayup-sayup suara manis milik seorang perempuan dicorong talian. “Bagi tahu abang Zaniel tau.
Bye!” talian terputus.

“Julia cakap dia tak jadi jumpa kau petang ni,” beritahu Jehan.

Zaniel yang masih asyik dengan Temple Runnya hanya menggangguk tanpa sebarang suara. Khusyuk betul!

“Ea dahlah, dari dalam kuliah tadi sampai sekarang kau main tak bosan ke? Aku nak balik ni. Chow dulu,” pamit
Jehan. Lelaki itu masih tiada respon. Matanya tetap tertumpu pada skrin IPad itu.

Jehan merenggus lalu mencapai topi keledarnya. Hanya beberapa meter berjalan kaki Jehan sampai ditempat pakir
motornya. Dia tersenyum kecil, dah lama tak merempit dengan motor Kawasaki Ninjanya.

Helmet full facenya disarung dikepalanya lalu kunci motor dimasukkan ke dalam soket. Mengaum motor berkuasa tinggi
itu membelah jalan raya kota Kuala Lumpur.

“Jehan, kau…” Zaniel memandang sebelah kirinya. Keningnya terangkat sebelah. Mana Jehan? Tadi bukan ke dia ada
dekat sebelah ni? tanya hati Zaniel. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.

Jehan bengang sendiri. Telefon Cokianya yang sudah basah diangkat menggunakan dua jadinya. Menitik-nitik air jatuh
dari dalam tubuh handphone ‘canggih’ itu. Sedih hatinya. Oh Cokiaku…!

Sim card dikeluarkan lalu dilap dengan tisu. Telefon itu juga dilap sama. Kunci kereta Mazda R-8nya dicapai lalu
berlari ia turun, sebelum itu sempat ia menyambar beg lusuhnya. Tiba-tiba mata Jehan terpandang pintu bilik Faris
yang terdedah separuh. Berbulu matanya, sebal hatinya tidak terkata. Dia merenggus lemah sebelum menyambung langahnya.

Sesampai sahaja di Pavillion Jehan cepat mencari pakir kereta. Selesai memakir dia berjalan masuk kedalam pusat membeli-belah popular itu. Kedai telefon adalah sasaran pertamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience