BAB 14

Romance Completed 29026

Dahi Jehan berkerut seribu. Akulah Jehan? Kau kenapa ni demam? Jehan mengelamun, ralit dia memandang senyuman itu.
Lama Zaniel menunggu jawapan dari manusia dihadapannya. “Cik?” panggil Zaniel.

Terhenti lamunan Jehan. Matanya tertacap pada cemin kereta gelap yang memancarkan figuranya. Jehan terkejut beruk.
Pantas dia berlari masuk ke dalam rumahnya.

“Cik…!” panggil Zaniel. Cantik tapi pelik. Siapa tu ek? Apahal Jehan tak cerita ada perempuan cantik tinggal
dekat rumah dia? Cish, nak kena selidik ni! Zaniel membebel sendirian. “Ish, baru nak ajak main snooker. Orang
call tak angkat,” rungut Zaniel sambil masuk semula ke dalam keretaya.

Telefon bimbit Zaniel berbunyi. “Hah kau apahal tak angkat call aku?” serbu Zaniel terus.

“Hacum…! Aku demamlah. Apahal kau call aku ni? Hacumm!” bohong Jehan. Mukanya merah, malu sungguh dia menghadap
Zaniel tadi. Tak pernah pernah Zaniel melemparkan senyuman itu kepadanya. Patutlah ramai yang cair apabila Zaniel
tersenyum seperti itu. Ohh, Im melting… seriusly melting habis…!

“Teruk ke kau demam?” tanya Zaniel prihatin.

“Tak adalah teruk. Kau ada apa call aku?”

“Tak adalah. Aku ingatkan nak ajak kau pergi main snooker, kan dah habis tahun kita duk melanguk dekat kampus tu. Aku nak celebratelah, aku dah bosan tau tak. Aku bersyukur kertas tahun ni senang!”

Jehan mencebik. Senang hotak kau! Kau dah ulang tiga kali bolehlah kau cakap senang! Entah lulus ke tak kali
ketiga ni.

“Tak bolehlah, aku betul-betul tak larat,” tolak Jehan.

“Tak apa, minggu depan pun boleh. Anyway, siapa perempuan yang pakai dress putih tadi? Dia tinggal dekat rumah kau
ke?”

“Hacooommm! Aku ngantuklah Zaniel. Lain-kali kita cerita ea, bye.” Sengaja Jehan bersih kuat-kuat biar Zaniel
betul betul percaya. Tapi Zaniel percaya ke tak? Ah, lantaklah…

“Baby!” Linda berjalan laju mendapatkan Faris di muka pintu vila. Faris mendepakan sedikit tangannya. Pantas Linda ternggelam dalam pelukan Faris. “Miss you deathly, honey,” ujar Linda dengan nada yang sangat manja. Bibir mereka bertaut sekajap. Almaklumlah tiga hari Faris harus ke Terengganu untuk melawat tapak projek di sana.

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Tekak Linda terasa mual. Mulutnya ditekup dengan tangannya. Bau minyak
wangi Faris kali ini menyesakkan hidungnya.

“Kenapa ni sayang?” tanya Faris. Risau pula melihat wanita kesayangannya seperti tidak sihat.

Linda menggeleng kepalanya. Sesampai sahaja dikamar Faris dia duduk di birai katil. Bau itu semakin menyengat
hidungnya. Cepat-cepat dia berlari ke bilik air dan memuntahkan segala yang dimakannya sebagai sarapan pagi tadi.
Faris yang berada di bilik pakaian juga berkejar ke bilik air.

‘Uwekk…’ Linda memuntahkan segala isi perutnya. Belakang badannya diusap Faris. “Are you okey? Tak sihat ke?” tanya Faris risau. Rambut Linda yang terjuntai di raup kebelakang, juga oleh Faris.
Linda menggeleng tak tahu. Bibirnya yang tadi merah dengan gingu kini menjadi pucat setelah dibasuh dengan air paip. Linda berjalan perlahan untuk keluar dari bilik air, Faris pantas mencempung tubuh wanita itu lalu dibaringkan diatas katil. Faris juga duduk bersila di sisi wanita itu.

“Kenapa ni sayang? You tak sihat ke?” tanya Faris lagi. Kepala wanita itu diusap lembut kemudian dihadiahkan dengan sentuhan bibirnya.

“I tak tahu. Dah dua hari I macam ni,” adu Linda. Matanya dipejamkankan. Sebenarnya dia tak sedap hati. Ini bukan kali pertama dia merasakan seperti ini. Sudah banyak kali. Cuma kali ini dia tak berani untuk melakukan ujian itu. Walaupun tak perlu ke klinik tetapi dia tetap gusar. Doktor sudah menyarankan itu adalah yang terakhir kali dia mengugurkan kandungannya. Ia sangat berbahaya kepada nyawanya jika dia bertindak mengugurkan kandungannya lagi.

“Jangan cakap yang you…”

“Tak, tak mungkin!” potong Linda.

“Hari tu you cakap you baru habis periodkan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience