BAB 7

Romance Completed 29026

“Kepala hotak kau! Berani kau nak rosakkan anak dara orang! Tak ada maruah ke?” marah Jehan. Melenting sungguh dia dengan Zaniel. Tak tahu pula yang Zaniel pernah menodai mana mana perempuan yang pernah bersamanya.

“Came onlah ni baru first time. Rasa teringin pulak,” jawab Zaniel selamba. Serentak itu kepala lelaki di sebelah Jehan ditolak sehingga tersembam diatas meja.

“Aduh, sakitlah. Kau nak bunuh aku ke apa ni? Sakit bangang!” adu Zaniel sambil menekup kepalanya yang pasti sudah kebiruan.

“Sakit lagi hati aku dengar kau cakap macam tu. Cuba kau bayangkan kalau kau buat benda yang kau nak buat tu pada Iman. Cuba kau bayangkan perasaan dia.”

“Manalah aku tahu perasaan dia bukan perasaan aku… Peweet!” Bunyi siulan gatal berbunyi apabila sekumpulan mahasiswi berjalan dihadapan mereka.

“Ea bodoh! Maksud aku suruh kau teka. Kau rasa dia gembira ke sedih. Tu maksud aku! Apahalah slow sangat kau ni?”

“Sedihlah kot. Hai awek!”

Jehan masih bersabar. “Tahu pun! Ingatkan tak ada perasaan. Cuba kau bayangkan kalau benda tu terjadi pada Zera. Kau rasa apa pulak?”

“Marah,” jawab Zaniel selamba. Mukanya naif seperti mintak suaan kaki Jehan.

Jehan menyabarkan dirinya. Taulah lelaki ini pencinta wanita tegar, tapi tak payahlah nak buat muka tak ada
perasaan!

Tiba-tiba Zaniel bangun dari tempat duduknya. Iman Nuha yang baru sahaja mahu melalui kawasan itu terus menghentikan langkahnya. Muka putih itu sedikit memerah mungkin kerana terkena panas matahari.

“Iman!” laung Zaniel dia berjalan agak laju kearah Iman.

Iman merenggus marah. “Awak nak apa lagi ni, Niel? Saya nak cepat ni,” lembut sahaja suara gadis itu. Langsung tak terdengar bunyi garangnya. Kakinya melangkah agak laju. Zaniel juga menyaingi langkah gadis itu. Berbaju kurung, sebesar mana langkah yang boleh dibuka.

“Saya nak kenal dengan awaklah. Tak boleh ke?”

“Saya tak ada masa. Saya nak kena balik. Kelas saya dah habis pukul sebelas tadi. Sekarang saya nak balik,” tekan
Iman.

“Biar saya hantar awak balik,” pelawa Zaniel. Ceh ada hati konon, sekejap lagi ada kelas!

“Tak apalah. Saya boleh balik naik teksi.”

“Awak tak takut ke kalau pakcik teksi tu mengurat awak?”

“Apa kurangnya dengan awak ni. Dahlah Zaniel saya tak ada masa ni. Assalamualaikum.” Semakin laju langkah Iman.
Selaju itulah juga langkah Zaniel.

Lengan Iman yang tertutup dengan baju kurung itu dicekak Zaniel. “Just 5 minutes…” mohon Zaniel.

Iman meronta supaya lengannya dilepaskan. “Zaniel lepaskan tangan saya! Ish, lepas!” ronta Iman kuat.

Zaniel memekakkan telinganya. “Saya cuma nak berkenalan dengan awak je. Salah ke?”

“Saya tak nak! Lepaskan saya!” ronta Iman lagi. Perlahan-lahan Zaniel melepaskan cengkamannya dari lengan Iman.
Berlari gadis genit itu meninggalkan Zaniel. Perasaan takut yang amat sangat mencengkam dirinya.

“Kan aku dah cakap, dia pandang muka kau pun tak nak. Mohan insaflah Encik Zaniel oii…”

“Aku ni tak cukup handsome ke Jehan?” tanya Zaniel sambil memegang pipinya yang bersih dari cela.

“Cukup, cukup. Terlebih cukup,” balas Jehan.

“Dah tu apahal dia langsung tak pandang aku? Kan manusia suka benda yang cantik.”

“Yelah kaukan tak cantik, tapi handsome!”

“Bongok kau! Samalah tu!” marah Zaniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience