BAB 3

Romance Completed 29026

Datin Zalina mengangguk sambil tersenyum kecil senang hatinya anaknya berkawan dengan manusia berbudi bahasa
seperti Jehan.

“Okeylah kamu mesti penatkan. Masuklah berehat. Selamat pagi.” Selamat pagi? Hehehe…

“Selamat pagi auntie,” Jehan memulas tombol pintu bilik tetamu itu. Dihempas batang tubuhnya. Jelouse sungguh dirinya kepada keluarga ini. Mereka melayannya dengan sungguh baik. Langsung tak sama seperti unclenya yang menjaganya dari kecil setelah ibu bapanya meninggal dunia. Dirinya sentiasa diurus oleh bibik dan Mak Siti yang sekarang ini sudah pulang ke negara asal mereka. Sebab tu kalau bab sinetron TV3 tu dia sungguh hebat, kawan dengan orang negara jiranlah katakan.

Hidupnya kini cuma ada Zaniel. Hanya lelaki itu sahaja sahabatnya, dan lelaki itu sahaja yang mengenali hatinya dan perangainya. Apa yang dia suka dan tak suka. Pokoknya segalanya. Cuma lelaki itu sahaja yang tahu mengapa dia berubah menjadi seperti ini. Cuma lelaki itu dan keluarganya sahaja.

Jeket kulit berwarna hitam dibuka dari tubuhnya. Hanya tinggal senglet berleher bulat warna putih sahaja ditubuhnya.

Comforter ditarik dan terus menutup batang tubuhnya.

Berlari Zaniel ke bilik Jehan disebelah bilik miliknya. Tanpa salam atau ketukan pintu dia melulu masuk. Dia tahu yang Jehan ada dirumahnya.

“Jehan!” Dia mahu bertanyakan tentang lipstik yang tercalit pada pipi dan bibirnya ini. Siapa punya angkara?! Bengang betul kita! Takkan Jehan kot? OMK! OMK!

“Argh!!! Keluar!!!”

Zaniel pantas menutup matanya sambil tersengeh. Ada malunya jugak kawannya ni. Ingatkan tak ada kemaluan. Eh?

Ooppss… ngee…

“Kau buat apa dalam bilik aku ni? Keluar!!!”

“Hey sudahlah, macam tak biasa pulak! Comforter yang menutupi batang tubuh Jehan ditarik.

“Tak payahlah. Aku ‘lipat’ kau nanti nangis pulak!” marah Jehan. Bath robe di bahagian dadanya yang sedikit
terbuka di tutup mengunakan tangan kirinya. Penceroboh! Memang nak kena luku lelaki ni!

Zaniel menelan air liur. Tak pernah dia melihat Jehan ‘seseksi’ ni. Zaniel mendapat akal jahat.

“Kau apahal? Nak makan penumbuk aku ke pagi ni? Sarapan dengan staw kau nanti.” Rambutnya yang berbungkus dengan
tuala putih di pangang. Rasanya dah nak terabur dah ni.

“Aaleya…”

Jehan memandang dari bawah ke atas lelaki yang hanya berseluar jeans dan kemaja. Semalam punya ni, tak mandi
lagilah tu!

“Kau apahal? Nak tempah maut ke?!” Geli bulu ketiaknya mendengar ada yang menyeru lembut nama ‘perempuan’nya itu.
Zaniel membuka langkah menekati Jehan. Jehan masih berdiri statik disitu. Nak tunjuk herolah tu. Pigida, bilalah nak berubah minah ni. Dah perempuan tu perempuanlah jugak. Ngada-ngada nak jadi lelaki, sebab tak muhasabah langsung!

Jehan tak senang berdiri di dalam keadaan sebegini. Rasa nak gugur jantungnya melihat Zaniel.

‘Bukk’ Terjatuh tuala yang membungkus kepalanya tadi akibat hentakkan tubuhnya yang melekat di dinding.

Zaniel menyimpan gelak. Tangannya melekap ke dinding memerangkap Jehan di sudut bilik tidur tetamu yang besar itu.

“Akukan leya…” tangan lelaki itu membelai pipi mulus milik Jehan.

‘Bukk’

“Awu! Argh…” meronta Zaniel yang sudah terduduk seperti siput. Mau tak siput, semput nafasnya menahan sakit
ditendang Jehan di tempat ‘sensitip’ lelakinya. Aduh sakitnya! Mandul aku macam ni!

“Kau ni busuk betul! Sakit hidung aku bau nafas kau tu. Bau alkohol kuat betul!” Jehan melarikan diri ke dalam bilik air. Rasa mahu tercabut pintu bilik air dihempas Jehan. “Keluar tu tutup pintu. Kalau kau tak tutup aku tendang lagi kuat! Faham!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience