BAB 5

Romance Completed 29026

“Zera abang Qal sibuk hari ni. Janganlah paksa dia.”

“Abang ni sibuklah!” marah Zehra. Bengis mukanya memandang Zaniel yang menasihatinya tadi.

Telefon bimbit Jehan berbunyi. Skrin telefon bimbit itu digerling sekejap. “Helo?”

“Okey kajap lagi Qal balik. Herm, Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Telefon di sumbat kembali ke dalam poket
seluar jeansnya. “Zera pakcik abang dah call. Abang balik dululah. Kirim salam dekat mother,” pesan Jehan. Cepat-
cepat di capai kunci kereta milik Zaniel. Lantaklah lelaki itu ingin bising kepadanya kerana tidak meminta izin dulu sebelum merembat kereta itu.

Dia tersenyum memandang skrin telefon bimbitnya. Kerana mesej daripada Hotlink ini dia terselamat. Konon ada call, padahal cuma mesej sahaja. Butang delete ditekan. Tidak sampai lima saat mesej itu selamat dipadam dan terhapus dari inbox mesejnya. Telefon bimbitnya diletakkan sahaja di atas katil.

Jehan bangun dari pembaringannya dan menuju ke dapur. Terasa haus pula tekaknya. Apabila kaki kanannya menapak di hujung tangga matanya terarah ke arah Faris dan seoarang manusia berambut panjang yang mengenakan mini skirt dan singlet bertali halus. Jehan buat tak tahu, malas dia ingin menegur. Alahai apahalah hidupaku ni kena bergelumang dengan manusia yang penuh dengan maksiat. Baik kawan baik saudara sendiri.

“Siapa tu sayang? Adik you ke?” tanya perempuan yang bersama Faris. Sengaja digeselkan hidung mancungnya dihidung
Faris.

“Yes, Adik sepupu I. She’s a girl.” Tangan gatal lelaki itu selamba melingkari pinggang ramping milik si perempuan.

“Girl? Are you serius? She’s handsome…”

“Berani you cakap dengan I macam tu!” marah Faris.

“Come on, its just a joke!” Jari telunjunk yang runcing itu bermain dengan hidung macung lelaki berhidung belang
itu manakala sebelah tangannya melingkari leher lelaki itu.
Faris tersengeh suka. “You know why I love you?”

“I know, because I hot! Im I right?” jawab Linda mengeletik. Ewu…

“Of course darling!”

Jehan didapur sudah terasa hendak muntah hijau. Goli tokak den mendonga eah! Tak ado maruah agak ea, hurh!

Mug di dalam kebinet dicapai lalu kotak jus di dalam peti sejuk dikeluarkan.

“Hey,” sapa satu suara yang melengok liuk. Selamba sahaja dia memaut lengan Jehan.

“You ni siapa?” tanya Jehan tanpa perasaan. Lengannya yang di paut perempuan jalang itu di rentap kuat.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bar didapur basah.

“Hai, tak ingat ke?”

“Tak,” jawab Jehan selamba. Air yang masih penuh di dalam mugnya diminum.

“I yang dengan Faris tadi,”

“Ohh…”

“You ni sombonglah.”

Jehan mengangkat keningnya sambil membuat muka annoyingnya. Muka macam mintak penyepak!

“You ni handsomelah,” puji Linda

Jehan meraup rambutnya yang separas separuh lehernya. Bosan betullah perempuan ni, pantang nampak lelaki handsome
sikit, mula nak jual minyak! Handsome ke aku ni? Ke cantik?

“See, kalau you buat macam tu lagi handsome…” Perempuan itu bangun dan mendekati Jehan. Baik-baik Jehan duduk
terus bangun dan melangkah kebelakang sedikit untuk menjauhkan dirinya dari perempuan yang tidak dapat dikenal
pasti asal usulnya ini.

“I Linda, nama you siapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience