BAB 22

Romance Completed 29026

“Dia culik Leya selama empat hari. Diorang culik Leya sebab nak duit tebusan dari pakcik Leya. Setahun Leya tak pergi sekolah sebab Leya rasa ada orang selalu perhatikan Leya dari jauh, dan setahun tu jugak pakcik dan arwah makcik Leya cuba buat sesuatu untuk halang diorang dari kenali Leya.

“Dua tahun kemudian, diorang kena tangkap sebab cuba untuk culik Leya masa Leya keluar dengan kawan-kawan Leya. Pada awalnya Leya memang pakai baju macam lelaki tapi Leya tukar sebab semua kawan Leya tu perempuan. Leya rasa kesal sebab salah seorang kawan Leya terbunuh sebab nak selamatkan Leya.

“Dan sampai sekarang Leya takut nak berubah. Tapi kali ni Leya tekat nak berubah. Sampai bila Leya nak jadi macam
tu, takut dengan bayang-bayang sendiri,” terang Jehan satu persatu.

“Eh? Bukan sebab aku ke?” tanya Zaniel tiba-tiba.

“Tak ada maknanya sebab kau!” marah Jehan. Mulutnya dicebikkan. Ish orang tengah nak feeling-feeling mengacau
pulak boyfriend aku ni. Hikhikhik!

“Sebab tu Kak Qal selalu tolak bila Zera ajak keluar?” tanya Zera dari hujung tangga di tepi ruang tamu luas itu.
Walah, change! Kak, you…

Lambat lambat Jehan mengangguk.

“Dah-dah. Ni dah kira jadi ea?”

Jehan tertunduk malu. Alahai bakal father-in-law aku ni, agak agaklah bro!

“Kira jadilah, father! Ye tak Leya?”

Jehan mengigit bibir. Siap kau Zaniel, hilang macco kau lepas ni!

“Kak… Leya takutlah…” adu Jehan kepada Linda. Linda hanya tersengeh sambil menacap bedak ke muka Jehan.

“Ala… kenapa nak takut pulak?”

“Manalah Leya tahu. Uhurh… takut…” luah Jehan. Linda ketawa kecil. Sebanarnya di dalam hatinya sedih kerana
dia langsung tak berkesempatan merasa hari bahagia seperti Jehan. Kalaulah boleh diundurkan masa…

“Kak, akak okey tak ni? Kenapa nangis ni? Baby dah nak keluar ke? Akak?” tanya Jehan panik. Semakin kencang
degupan jantungnya. Ni kalau Linda menjerit kata ‘aduh’ dia akan menjerit nama Faris. Panik ni panik!

Linda ketawa dalam tangisnya. “Baby ni baru tujuh bulan Leya, takkan dah tak sabar nak keluar kot.” Linda mengusap
perutnya yang memboyot itu. Terasa perutnya ditendang-tendang dari dalam.

“Ish akak ni buat suspend je. Tak cunlah kalau akak nangis. Senyum sikit!” suruh Jehan. Air mata wanita itu diseka

dengan ibu jarinya yang berinai merah.

Linda tersenyum.

“Pengantin dah siap?”

“Dah kak,” jawab Linda. Wanita yang bertanya itu mengangguk. “Jom, Leya.” Jehan mengangguk. Sudah bergelen-gelen
air liur ditelan semasa menuruni tangga. Ish, apasalah tanga ni rasa pendek je hari ni. Selalu akulah paling merungut nak manjat tangga ni, rungut Jehan dalam hati.

“Bismilahiromhanirohim. Assalamualaikum. Kita mulakan dengan umulkitab…” berikut berikutnya…

“Aku nikahkan dikau Muhammad Zaniel Taufiq bin Sebastian Ibrahim dengan Jehan Aaleya binti Mohd Fadza dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Jehan Aaleya binti Mohd Fadza dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.” Lancar
Zaniel melafaskan akad itu.

Saksi-saksi yang ada disekeliling Tan Sri Bohari dan Zaniel mengangguk apabila Tan Sri Bohari memandang kearah
mereka.

“Yeah!!!” laung Zaniel gembira. Berkelipan lampu kamera menghala ke arah Zaniel yang mengangkat separuh tangannya
ke udara. Kalah Datuk Lee Chong Wei punya laungan masa menang lawan badminton dengan Lin Dan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience