BAB 9

Romance Completed 29026

Sesampai sahaja ditingkat paling atas mereka menaiki tangga untuk ke bumbung hotel. “Fuh, sejuk betul,” komen
Jehan. Jeket kulit ditubuhnya tidak dapat menampung kesejukkan angin malam.

“Nak buat apa dekat sini? Bukan ada party pun. Parti pilihan raya pun tak ada,” rungut Zaniel.

“Amboi, politik nampak? Aku nak suruh kau menjerit. Hah jeritlah. Tadi dekat Boller nak jerit sangatkan. Ha
sekarang jeritlah,” suruh Jehan.

“Nak buat apa jerit-jerit. Aku bukan tarzan.”

Jehan tersenyum. “ARGH…………….!!!!!!!!!!!!!!! DUNIA NI MEMANG BANYAK MASALAH……….!!!!!!!!”

Zaniel tercengang. “Wow! Kuat giler! Pecah speaker telinga aku.”

Jehan tersengeh. “Aku dah realease tension aku. Sekarang kau pulak. Cepat!” Bahu lelaki itu ditampar kuat.

“Nak jerit apa?”

“Apa apa je yang kau tak suka. Jangan jerit perkataan tak senonoh sudahlah.”

Zaniel berfikir seketika. “Argh…!!! Benc…”

“Jerit serupe ponde! Tak makan ke?” potong Jehan. “Jerit sehabis boleh, sampai kosong ting tong ting tong rasa
marah kau tu. Benda ni antara benda terbaik daripada hang dok teguk benda bodoh tu,” beritahu Jehan dengan sindiran.

Zaniel ketap bibir. Wah minah ni pandai menyindir ea… “Okey okey. Jangan menyesal…!”

“I LOVE YOU, LEYA………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LOVE YOU SO MUCH….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Jehan terdiam. Fikirannya melayang. Dia suka aku ke? fikir Jehan. Dia juga pernah menjerit perkataan itu seminggu
lalu, juga untuk Zaniel. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu meletup. Bagai Malaysia akan dibom oleh Yahudi.

“Jehan!”

“Hah?”

“Berangan. Jom, aku nak pergi Boller. Marah aku dah ting tong kosong kosong!”

“Er… hah, jom.”

“Liyssa, Marina, Lidya, Cristyal, Maya, Mya, Nina, Jacky, Zalia, Naila, Cristy, Julie, Jenny, Marsya, Mila, Sara, Intan, Getha, Suraya, Fara, Natasya, Aminah… Aminah?!” Terhenti mulut Jehan membaca segala jenis nama perempuan yang berada dibuku telefon bimbit milik Zaniel. Gila, kalau aku scroll lagi bawah ni lagi banyak.

“Aminah,” ujar Zaniel sambil mengangguk.

“What ‘hal’, perempuan ni pun kau minat?”

“Dia yang suka aku, lagipun dia cun, seksi lagi. Bonus!”

“Habis tak duit kau melabur untuk dia?” Telefon bimbit milik Zaniel diletakkan di dalam dashboard.

“Habislah jugak dalam dua ribu,” jawab Zaniel selamba. Pemanduannya langsung tak terjejas. Fokus sahaja.

“Kau tak sayang duit ke, bro. Kau tahukan yang dia ni jenis pisau cukur gellette metri turbo? Wei, kesian bapak
kau cari duit untuk kau senang tapi kau senangkan orang lain pulak,” nasihat Jehan.

“Harta bapak aku tu tujuh keturunan makan tak habislah. Janganlah risau.”

“Hah baguslah tu, nanti buatnya tetibe je syarikat bapak kau tu lingkup baru kau tahu bertapa sengsaranya hidup. Kau bukan boleh hidup susah sikit, mulalah nak merungut!”

“Kau ni membebel macam perempuan!” kutuk Zaniel.

“Aku memang perempuan pun!”

“Eah? Apahal aku tak perasan ek?” balas Zaniel selamba.

“Blalah lu! Gua benci siak!” Jehan pun selamba menyekeh kepala lelaki yang sedang memandu itu.
Zaniel ketawa kuat. “Ha, kau kata kau nak kenalkan aku dengan sorang awekkan. Awek yang hari tu. Siapa ek nama
dia? Cun tak? Seksi tak? Aku nampak sikit je muka dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience