BAB 12

Romance Completed 29026

Pada asalnya dia hanya merancang untuk membeli Nokia Express Music sahaja tetapi bila sudah diprovok dengan pelbagai cara oleh si penjual akhirnya Jehan berubah hati dan menukar cadangannya kepada Sony Experia S yang berkali-kali lebih mahal dengan bajet utamanya.

“You kasi angkat yang ini jenislah. Ini punya trend ma. Sekalang aaa, olang tarak mahu pakai yang ada button punya. Semua guna scroll kalau ada button pun dua tiga sahaja ma… Kasi angkat yang ini ma.”

“Ini punya, ada wifi. I gerenti you tau wifi tu apakan?” Jehan menggangguk. Best pulak dengar uncle ni membebel.
“Ha you pun tahu. Ini ada itu internet serve punya. Tak payah guna itu IPad ke laptop ke you guna satu sahaja. Boleh jimat ma… Okeylah okeyla, I boleh tolong you, I kasi murahlah sama you. Tujuh latus tujuh puluh, okey?”
“Jaminannya berapa lama?”

“Satu tahun, amacam? Kasi angkat inilah Aboy…”

Jehan tersenyum. Telefon berwarna hitam ditangannya dibelek sekejap. Bukan dia tak mampu nak beli cuma, faham faham sendirilah cara dia guna handphone… Cokia tu pun boleh masuk lubang jamban apahal pulak yang ni tak boleh, ye tak? Silap-silap masuk gaung! Fuh, nauzubillah!

“Okeylah uncle,” putus Jehan. Hahaha, macam best je dia tengok anak muda sekarang scroll je skrin telefon tu. Hakhak!

“Kasi IC you.” Jehan mengikut dikeluarkan juga kad debitnya

“You mau bayar guna ini card ke?”

Jehan mengangguk. Apa ingat aku tak mampu ke? Cantik sikitlah, tengok kasutlah! Sempat Jehan menggoyangkan kasut
Nike kesayangannya. Merah gitu mak ngah!

“You manyak kaya. Olang aaa… biasa hutang, you mau bayar cash.”
Jehan terasa malu. Benci betul bila berurus niaga dengan manusia banyak bunyi. Tapi banyak bunyi dah kira untung,
kalau dekat kedai baju yang mengekor sepanjang hayat kita dalam kedai baju tu lain cerita pulak. Lagilah si
pelanggan tu tak suka nak masuk. Dia ingat kita nak curi ke dekat kedai dia tu. Pleaselah… tak hingin!

“Okey boy, thanks you,” ucap lelaki cina itu.

Selesai membuat segala macam perkara dikedai telefon bimbit itu Jehan mengambil kesempatan nak mencuci matanya.
Sedang enak Jehan berjalan matanya tiba-tiba berhenti di sebuah butik menjual pakaian wanita. Dress putih yang berlace hitam dibahagian bahu dan pinggang menarik perhatiannya. Ada juga beberapa manusia memandang dress yang
sama. Almaklumlah, pekerja dekat situ baru kunci bilik pemeran tu. Kalau tangan pekerja tu basah, agaknya masih
berkuap tombol pintu tu.

Jehan mengeluh lemah kemudian dia meneruskan perjalannanya ke kedai buku News.Com. Senaskah surat khabar Berita
Harian dicapai dan langsung membuat bayaran. Terus hilang minatnya untuk mencuci mata di pasaraya itu.

Sesampai didalam kereta Jehan membaca surat khabar yang dibelinya. Malas sungguh dia mahu memandu pulang. Hatinya
masih sebal dengan apa yang tidak sengaja dilihatnya di dalam rumahnya sendiri.

Dia tahu sebagai manusia privasi seseorang perlu dijaga dan tak seharusnya diganggu, tetapi kalau tak ditegur atau dicegah dia pula yang mendapat dosa percuma. Haish, malangnya nasib. Tak tahu pula yang abang sepupunya sudah
melampaui batas. Dia akui dia penah mengajak Zaniel untuk melepak dan menghabiskan waktu terluang mereka bersama
sama di bilik Jehan, tetapi batas-batas pergaulan tetap dijaga. Dan mungkin Zaniel langsung tak tertarik dengannya
kerana dia langsung tak ada ciri-ciri keperempuanan, dan lain pula dengan Linda yang penuh dengan keperempuanannya sampai terlebih sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya untuk Faris.

Dahi Jehan berkerut. Apahal dia tak tahu yang ni surat khabar bulan lepas! Bodoh! Ada pergi jual lagi! Bongok betul!!! Mana ada orang nak baca surat khabar bulan lepas, orang nak baca yang lates! Patutlah tinggal satu! Surat khabar itu dibaling ke lantai kereta.

Album didalam laci kereta diambil. Gambarnya bersama Zaniel diselak satu persatu, Haish, teringat pertama kali
Zaniel menegurnya.

“Hai bro,” sapa Zaniel tangannya dihulur kepada Jehan.
Jehan memandang sahaja lelaki bermata coklat hazle itu memandangnya.

“Bro? Aku Niel. Budak first sem dekat sini. Siapa nama kau?” tangan iu masih sedia dihulur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience