TIGA

Mystery & Detective Series 73664

Aku terkejut lagi taktala terdengar bunyi enjin kereta.
Perlahan tubuh diesot masuk kembali kedalam bilik.

Lampu aku padamkan dan diam membisu

Bunyi derap kaki perlahan menghampiri bilik.

“Encik..”

Aku diam..

"Encik.. hu hu...”

Eh eh.. macam main sorok-sorok pulak!

Pintu dibuka dan pak! Serta merta suis lampu turut di'on' menyebabkan penglihatanku jelas mengenai minah tadi tu.
Minah paling kepoh pernah aku jumpa!

“Saya bawa peralatan untuk ubati luka encik.”

Minah tu menghampiri aku.
Betul tak aku cakap minah ni kepoh?

Sikit pun dia tak takut walaupun aku rasa mata cantik aku ni dah besar mencerla kearahnya! Berani betul lah!

Eh! Tapi minah ni sorang je ke? “Kau bawa siapa dengan kau”

Aku lihat perempuan tu pandang kebelakang.
Sah! Dia bawa orang lain! Hati kalut!
“Siapa kau bawa cakap! kalau tak aku bunuh kau!” lengan dia aku gengam erat!
Aku taknak dia terlepas lagi!
Kalau betul dia bawak orang lain, aku tak teragak-agak nak jadikan minah ni tawanan.
Yang penting nyawa aku selamat!

“Errr...errr.. saya tak bawa sesiapa encik saya sorang je, saya dari hospital, ambil barang-barang keperluan untuk ubati luka encik”

Aku tenung minah tu yang tergagap menjawab..

Sayu je wajahnya.. Nampak sangat tak bersalah.
Perlahan aku melepaskan gengaman aku pada lengan perempuan tu.
Tapi perempuan ni macam tak takut aku langsung?

Aku lelaki! Badan berdarah-darah pulak tu.
Kalau perempuan lain dah mencicit lari bila tengok darah!

. “Encik... saya Doktor, saya akan cuba nak selamatkan Encik, Encik kena beri kerjasama, kalau tak susahlah saya nak selamatkan Encik”

Yeke kau doktor ke? Muka macam minah korea. Bukan doktor selalunya sememeh ke? Boleh ke aku percaya cakap kau?

Minah tu mengarahkan aku baring.

And aku say What?!
Untuk apa?!
Nak goda aku ke?
Tapi lidah beku. Cakap minah tu aku tak ikut.
Bukan takut minah ni.. Tapi HARAM..

Dan punya beranilah minah ni.. Bila tengok aku membatu terus dia angkat kepala aku dan membaringkan tubuh aku.
Weeiii!
Korang bayangkan badan aku 2 kali saiz minah ni, tapi selamber je dia tarik badan aku sampai aku terbaring!

Memang kuat lah otot dia ni!

Minah Doktor... kalau nak goda aku pun sabar lah.. aku tahu la aku hensem walau badan penuh darah.

Adehh.. Dalam sakit-sakit ni sempat jugak aku buat lawak kat hati aku sendiri.
Ape kebenda la kau ni Wadi!

Jeda..
Tanpa bersuara, minah tu terus menyelak baju aku, luka aku ditilik sebentar sebelum dia mencurah botol berisi air ke luka aku, aku tak pasti air apa yang dia curahkan tu! banyak pulak tu, sampai habis lencun baju aku basah!

Kasar beb dia ni buat kerja! Macam ni ke kerja doktor?

“Besar luka ni Encik, tapi nasib baik tak dalam, rasanya takde organ dalaman yang terkena”

Aku diam.. hati cuba mentafsir lagi, betul ke minah ni seorang doktor?!
Sijil ada tak sebagai bukti?

“kenapa boleh jadi macam ni? Macam kena toreh dengan pisau je?”

Ewah! Dah lebih minah ni! “kalau kau nak selamatkan aku, kau buat je kerja kau! Jangan banyak tanya!”

Doktor pun suka ambil tahu hal orang ke? Sah menipu dia ni!

Dan tiba-tiba minah tu ambil jarum berwarna hijau dan terus dicucuk ke lengan aku tanpa arahan 1.2.3.
Apa lagi merengus kuat la mulut aku sambil pandang mata cute dia! Sakit tau tak!

“ opss! Sori Encik... saya nak masukan cecair dulu kedalam badan encik bagi mengantikan darah yang banyak keluar”

Dah cucuk baru nak explain?!
Boleh percaya ke minah ni?!

Ntah ubat apa dia nak masukan kat aku?! Jangan lah aku dijadikan ujikaji pula! Mampus aku!

Aku diam.. mata hanya terus melihat minah tu melakukan kerja kat badan kental aku.

Pertama sekali dia cuci tempat luka aku dan kemudian dia cucuk ubat bius kat perut aku sebelum menjahit luka aku.

Macamana aku tahu dia cucuk ubat bius?
Sebab sebelum dia cucuk dia explain kat aku, bukan seperti sebelum ni.

Mata aku dipejam erat, rasa sakit mula hilang. Kepala aku pun tak pening-pening lagi. Terasa ringan.

Aku pandang botol air yang tergantung mengalir terus masuk ke dalam tubuh aku melalui hos kecil yang disambung ke jarum berwarna hijau yang dicucuk tadi.
Aku tak pasti apa jenis air tu. Yang pasti ia membuatkan aku terasa lega.

Sekejap mata aku dibuka dan menjeling minah tu yang syok menjahit luka aku,
Tertunduk-tunduk kepala dia macam jahit baju!

Yang pastinya sikit pun aku tak rasa sakit ketika jarum yang disambung benang berwarna hitam tu keluar dan masuk kedalam isi di perut aku.

Hanya terasa kebas disekitar kawasan luka ku, mungkin kerana ubat bius yang diberi sebelum tu.

Memang sah! Minah kepoh ni seorang doktor!

Aku menutup mata semula, cuba merehatkan diri.

Kemudian terdengar perempuan tu mengeluh.

Mata dibuka kembali.

Tanpa segan tangan minah itu sekali lagi merayap seluruh tubuh aku .”tempat lain ada yang luka lagi ke Encik?”

Aku tepis. Minah tu tetap sentuh dan aku tepis lagi!

Eh! Macam main tik tok pulak!

“Encik rasa boleh gerakan seluruh badan ke? Ada anggota yang tak dapat bergerak ke?”

Minah ni memang jenis tak kisah orang la! Tak peduli langsung bila aku terus menepis!

“Takde” aku menjawab keras!

“ Bukan apa Encik.. mana tahu ada anggota yang terseliuh atau patah ke? Atlist saya boleh prevent supaya tak jadi lebih teruk.”

Jaket aku dibuka tanpa bertanya!
Minah tu kemudian mencuci semua kesan-kesan calar di badan aku kemudian meletak kan ubat berwarna kuning.

Perduli lah! Aku dah letih nak melawan.. tekak aku terasa haus..

“Encik nak tukar baju ke? Saya ambik kan baju lain, baju encik pakai ni dah penuh darah”

Minah ni memang tak salah aku gelarkan MINAH KEPOH! Tengok lah! Baju aku pun dia nak ambil tau!

Aku tak perduli lagi dengan baju aku. aku haus.

“Air..” tanpa segan silu aku meminta air.

“Apa?”

Pekak ke doktor ni? “Air!”aku menjerit!

“ Nak air ke? Sekejap saya ambilkan?”

Aku pandang sebentar minah tu sebelum dia terus bangun.

Sebentar kemudian masuk kembali membawa segelas air kosong dan dihulur kepada ku.

Apa lagi saat aku sambut terus aku teguk air tersebut hingga habis. Aahhh... lega.

Aku hulur kembali kembali gelas yang sudah kosong.

“Encik nak air lagi?”

Aku mengelengkan kepala. Malas lagi aku bersuara, badan ku letih. Aku ingin rehat.

Perlahan aku merebahkan badan.

“encik taknak tukar baju ke? Supaya lebih selesa?”

Minah ni laa... tak habis-habis nak suruh aku tukar baju.

Aku tahu la body aku ni kental! Ada six pack! Tapi aku masih teruna wei! Malu!

Tapi aku malas jawab. Mata dipejamkan.

Aku dengar minah tu bangun dan terus keluar dari bilik.

Aku melepas nafas. Badan cuba mencari posisi yang sesuai supaya aku boleh baring dengan lebih selesa.

Tiba-tiba minah tu masuk semula ke dalam bilik dan membawa toto dan 2 biji bantal . “Ni ada bantal dengan tilam, tidurlah atas tilam, selesa sikit”

Hah malas aku nak menjawab! Mata dipejam semula.

Kemudian aku terdengar minah tu keluar semula.

Aku buka mata, toto dan bantal aku pandang. Memang best kalau dapat tidur atas toto lebih-lebih lagi badan aku tengah sakit ni sebab bergasak dengan dua ekor mamat tu tadi!

Tangan aku cuba mengambil toto tersebut.

“Encik... ini ubat.. Encik makan 2 biji sekali ye?”

Allah terkejut aku!

Minah ni tiba-tiba je masuk bilik. Adap mana adap?!

Aku menutup mata kembali. Rasa bengang!

“ Ini ada air saya sediakan, nanti makan ye, panadol pun ada, kalau rasa masih sakit makan 2 biji juga ye.”

Minah kepoh plus minah kaki bebel!

Boleh jem otak kalau duduk ngan minah ni.

Tapi minah ni duduk sorang je ke kat rumah besar macam ni?!

Takkan takde keluarga? Suami ke? Mak bapak ke?

“Kau jangan berani nak bagitahu sesiapa! Kalau tak aku bunuh kau!” Aku cuba memberi amaran kepada minah tu.

Harap-harap dia takut sikit!

Padahal aku ni lelaki baik lah wei...
Aku tak pernah gaduh dengan orang mentelah lah nak bunuh orang!
Ya Allah! Takkan tergamak aku buat macam tu, lagi-lagi dengan minah cute miut ni!

Tanpa jawapan, aku hanya mendengar derapan kaki minah tu keluar dari bilik.

Keluhan dilepaskan lagi.

Jantung aku rasakan kembali normal berdegup.

Sekali lagi aku menarik nafas sebelum melepas perlahan.
Wajah Dato Danish menerpa lagi, aku terkilan kerana tak dapat selamatkan lelaki itu.
Api sangat marak hingga kan aku sukar untuk membantu.

Apa yang perlu aku buat sekarang ni?

Mesti mak tengah risau?
Hah! Mak!

Aku seluk poket seluar aku mencari telefon bimbit.

Kanan dan kiri poket aku seluk namun masih tak jumpa.

Shit! Aku rasa telefon bimbit aku terjatuh waktu aku lari tadi.

Aku buntu.

Aku ingin keluar, tapi aku tak tahu mana arah tuju aku.

Lagipun luka di perut aku masih sakit.

Tapi jika aku terus tinggal dalam rumah ni selamat kah aku?

Macam manakalau minah tu tiba-tiba bagitahu kat orang lain tentang aku?

Ya Allah! Selamat kan aku malam ni, sungguh pun aku tak berdaya lagi.

Aku tarik sebiji bantal dan diletakkan diatas kepala ku, toto juga ku tarik bagi menyelimutkan separuh badanku.

Selesa... dan tenang...

Mata kian kuyu dan akhinya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience