SEMBILAN

Mystery & Detective Series 73664

Hari ni sekali lagi aku turun ke pejabat guaman Mr. Bong.
Sebab Linda call pagi tadi, kata ada hal penting Mr. Bong nak bincang dengan aku.
Tuan Fakrul pun ada sekali.

“I rasa Doktor KhairuLisa kena ikut sekali dalam kes ni Wadi.”

Aku pandang Mr.Bong. berselang dengan Tuan Fakrul.

Belakang leher aku lurut, Sebenarnya dah berapa hari Mr.Bong pujuk aku suruh inform kat Lisa. Tapi aku diamkan diri.

Tuan fakrul pegang bahu aku. “Aku rasa Mr. Bong cakap tu betul Wadi, kalau kau tak involved Doktor tu, takut makin panjang kes ni, kalau juri tahu ada twist dalam kes kemalangan tu, dah tentu percentage untuk menang, kurang.”

Mr Bong angguk kepala “Yes! I setuju dengan Tuan Fakrul. Like this Wadi, If you tak boleh pujuk dia, biar I yang pujuk dia untuk jadi saksi.”

“Tapi saya takut, Doktor tu tak bersalah, macamana kalau dia jadi sasaran Tuan Daniel.”

Tuan Fakrul lepas keluh “Kita semua ni sasaran orang tua tu Wadi.”

Aku diam.. Orang tua yang Tuan Fakrul sebut adalah Tuan Daniel.

Tapi sekarang aku dapat rasakan Tuan Daneil lebih sasarkan dendam dia pada aku. Kalau boleh dia memang nak bunuh aku!

“You all jangan risau, kes ni jadi kes yang besar Di Unit Jenayah Komesial IPD Bukit Aman. Jadi sesiapa sahaja saksi yang terlibat, akan dilindungi oleh pihak polis.”

Ye! Itu aku tahu, Sharizam dah terangkan kat aku, sebab dia sukarela dah ambik kes Dato Danish.

Tapi takkan aku nak cerita semua ni pada Lisa?
Mesti perempuan tu takut, lagi-lagi dia tinggal sorang.

Pulang dari pejabat Mr. Bong. Aku menuju ke rumah Lisa.

Lama aku tunggu depan rumah dia, telefon aku lirik beberapa kali.
Hajat nak call minah tu.
Nombor Lisa dah lama dalam simpanan aku, aku ambil dari Along.
Nak call, tapi takut. Aku masih tak tahu status Si Lisa ni, takut dia cakap aku menganggu dia.

Setengah jam penantian, Nissan Kick milik Lisa berhenti dihadapan pintu pagar.

Hati aku kian rancak berdegup. Langkah antara dua, samaada nak keluar jumpa perempuan ni atau nak terus balik.

“Acik jangan jadi pengecut!” teringat kata-kata angah tempoh hari.

Akhirnya aku keluar juga dari dalam kereta dan menghampiri Lisa yang ingin membuka pagar.

Semakin langkah mendekat, semakin wanita tu lari dan memasuki kereta.

Dah kenapa?

Saat Lisa ingin menutup pintu keretanya, cepat tangan aku menyambar daun pintu.

Lisa tunduk, aku tengok badan perempuan tu mengigil.

Takut ke dia ni?
Ya Allah apa yang aku buat ni?

“Lisa..” aku sentuh lembut bahu Lisa.

Lisa masih tunduk..

“Lisa!”

Cepat Lisa berpaling saat ton suara aku sedikit tinggi.
Tubir mata wanita tu basah. Nangis ke?

“Awak ke?” Lama berkutik, baru Lisa mengeluarkan suaranya. Lembut dan sayu.

“Ye lah! Aku ni! Kau ingat siapa? Hantu!” Entah kenapa hati aku sakit bila tengok keadaan Lisa. Nampak dia takut.

Allah.. aku ingin jaga dia..

Aku cuba tenangkan Lisa, pertama kali setelah hampir 2 bulan aku tak temui wanita ni.
Hari ini rindu aku seakan terubat bila aku dapat bertentang mata lagi dengan Lisa.

Aku pasti Lisa tak jadi rujuk dengan suami dia. Namun aku tak pasti sampai bila.

Mungkin aku masih ada harapan?

Apa yang Mr.Bong bagi tahu, aku jelas kan pada Lisa. Walau hati sebenarnya tak kuat untuk libatkan perempuan ni.

Tapi aku terkejut bila Lisa tak teragak-agak untuk setuju dengan cadangan aku.

Wajah Lisa aku tenung, lain seperti 2 bulan yang lepas. Senyumnya makin menarik, buat hati aku makin tak keruan.

Lisa.. apa pun yang berlaku nanti, aku janji akan jaga kau.


******


Pertama kali Lisa datang ke pejabat Mr.Bong, hati aku terusik. Memang aku nak ambik dia bawa kesini.
Tapi masa tu Sharizam panggil aku dan Tuan Fakrul, mintak sahkan bahan bukti yang diorang jumpa.

Balik dari IPD Bukit Aman terus aku pecut ke Pejabat Mr. Bong. Sebentar kemudian, Lisa pun sampai.

Sebenarnya aku tak diperlukan untuk hadir kesini. Tapi sebab tahu Lisa ada, gatal-gatal aku datang jugak.

Waktu macam ni la aku dapat tengok muka Lisa. Takkan nak ajak dia keluar tiba-tiba, apa alasan aku nak beri?

Takkan aku cakap ‘jom keluar date’
Shit! Giler!

Nak ke Lisa date dengan aku? Seorang lelaki yang takde kerja?

Sepanjang prosedur, aku perasan Lisa pandang-pandang Si Linda, setiausaha Mr. Bong. Linda Adele Bahrom, kacukan Rusia melayu.

Mesti Lisa terkejut agaknya dengan rupa Si Linda tu. Aku pun dulu mula-mula tengok Linda memang terkejut.
Muka macam minah saleh,tapi fasih berbahasa melayu.

Selesai prosedur Linda panggil aku ke pantry, dia keluarkan T-shirt yang dia beli masa balik Rusia minggu lepas. Katanya hadiah untuk aku.

Aku buat muka pelik, kening kiri dah terangkat. Kenapa bagi aku?

“Because you’rer special for me.”

Gulp! Henti nafas sekejap! Senyum Linda aku gamit.
Lain! Cepat-cepat aku panggil roh aku yang terkeluar tadi untuk masuk dalam tubuh semula.

Linda makin rapat. Kaki rasa nak lari. Tapi nanti kata rude pulak.

“Linda..give me file from dato Danish company”

Hah! Nasib Suara Mr.Bong menghalang tindakan Linda pada aku.
Aku tahu lah Linda takkan boleh rogol aku. Tapi cara dia tu sangat-sangat mengoda aku.

Kalau lah warga syaitan tadi sempat berkampung kat pantry ni, sah-sah aku dah hilang pertimbangan.

Ye, Linda cantik, lemah lembut. Hati lelaki mana yang tak luntur lagi-lagi kalau Linda ni mengoda.

Linda keluar dari pantry dengan hadiah senyuman yang makin buat aku gugup.

Bila aku turut keluar dari pantry, kelibat Lisa dah tiada. Mr. Bong cakap dia dah balik.

Hargh!! Terlepas nak berborak dengan Lisa. Ni semua gara-gara Si Linda la.. Aissh!

Aku serabutkan rambut berkali-kali.

Proton Wira aku pandu balik ke Melaka setelah singgah sebentar di hadapan rumah Lisa.
Hati berkali-kali menyuruh untuk aku mendail nombor wanita itu, namun jari kaku. Takut untuk mula bicara.

Jelas aku pengecut!

‘Ingat kunci pintu sebelum kau tidur!’

Itu je mesej yang aku layarkan ke nombor Lisa.

Arggh! Kau ni memang pengecutlah Wadi!

****

“Betul ke Paklong nak jual kolam ikan ni?”

Paklong peluk tubuh sambil angguk kepala, pandangan jauh menghadap kolam besar dihadapan.

“Tak sayang ke paklong?”

Pak long lepas keluh, tapi pandangan masih turus kedepan. “Pak Long tak larat la nak jaga lagi Wadi, Pak Long dah tua, anak-anak paklong semua taknak ambik alih, sibuk dengan kerjaya sendiri”

Aku diam.. terasa sayang juga bila fikirkan Pak Long nak lepas kan kolam ikan ni yang dah bertahun lamanya wujud.
Kolam ni tempat adik- beradik aku dan anak-anak Pak Long main masa kecik-kecik dulu. Masa tu tak banyak sangat ikan.

Lepas tu Paklong decide besarkan dan bela macam-macam jenis ikan lagi.
Aku kerja kat kolam ni lepas habis SPM. Masa tu Sharizam dan masuk akademi Polis. Tinggal aku je la melepak kat kolam ni.

Pak Long percaya kat aku untuk uruskan kolam ni, sebab kepercayaan yang paklong beri, buat aku bersungguh-sungguh bekerja kat sini hingga 2 tahun lepas aku dapat tawaran bekerja sebagai Bodyguard dengan Dato Danish.

“Mahal ke Pak Long nak jual?” Entah kenapa soalan tu tiba-tiba terpacul kat mulut aku.

Sekali lagi Pak Long mengeluh “Kalau dulu boleh lah Pak Long demand harga, tapi kau tahu lah sejak kau berhenti jaga kolam ni, banyak pemborong lari. Pak Long tak salah pekerja yang jaga kat sini selepas kau tu. Tapi mungkin kau lebih petah kot, sebab tu laku ikan Pak Long masa kau kerja.”

Pak Long melepaskan pelukan tubuhnya “ Kalau sekarang mungkin tak mahal sangat harga dapat Pak Long demand, entah ada yang nak beli ke tidak.”

Aku pandang Pak Long, mata bersinar “Kalau tak mahal. Boleh counting dengan saya?”

Pak Long menoleh kearah aku. “kau nak beli ke?”

Aku angguk laju “Sebab tu saya tanya Pak Long, berapa Pak Long letak harga untuk kolam ni, kalau cukup dengan simpanan saya, memang saya nak ambik.”

Sebenarnya aku sayang kalau betul Pak Long nak lepaskan kolam ni kat orang lain.

Pak Long angguk lagi “Nanti Pak Long bincang dengan kau lagi.”

Aku senyum mencongak.. Kalau betul kolam ni rezeki aku, aku akan dapatkan.

*****

Hari ni Along pulang, tapi 2 hari je.
Bincang untuk masuk meminang Akak Umairah, anak Pak Imam surau kampong ni.

Mak setuju setelah Along beri jaminan yang dia akan apply kerja kat darat dan akan bawa Umairah bersama setelah mereka berkahwin.

Kat sini aku yang paling teruja, sebab Akhirnya along akan menamatkan zaman bujangnya.

Malam tu aku lepak dengan Along kat ruang tamu, mak tidur awal.
Penat lepas seharian jalan kat Melaka Central cari barang hantaran.

Keluarga Umairah mintak keluarga kitaorang datang merisik sekali dengan bertunang. Tak perlu tunggu lama-lama lagi. Nasib baik bakal mertua Along tu baik, sempoi pulak tu.

“Aku takde masa majlis tunang nanti, aku mintak kau uruskan ye cik.”

Aku angguk kepala “Takde halnya Long, majlis tunang memang kau tak perlu ada pun kan? Nanti kahwin make sure kau mintak cuti lama.”

“Itu dah pasti!” Along kenyit mata.

Puih! Gatal gak abang aku ni!

“Acik, macamana kes Dato Danish?”
Aku picit tengah dahi. Keluhan dilepas sekejap.

“Kenapa cik? Tuan Daniel ada buat apa-apa ke dengan kau?” Along tegak kan badan melihat aku.

“Bukan dengan aku Long.. tapi dengan Lisa.”

“Hah?”

“Tuan Daniel ugut nak sakitkan Lisa kalau Lisa teruskan jadi saksi.”Teringat 2 minggu yang lepas, setelah nama Lisa menjadi saksi utama naik. Tuan Daniel ugut aku supaya gugurkan nama Lisa kalau tak Lisa akan jadi mangsa dia.

“Giler! Report polis tak?”

“Aku dah inform Zam.. tapi tahu lah, Tuan Daniel tu kan licik. Tiada langsung bukti yang dia ugut, jadi kes tu diam je la. Zam mintak aku sabar, sebab dia akan terus perhatikan Tuan Daniel tu”

“Tuan Daniel tu berani betul ugut terang-terang macam tu.”

“Tuan Daniel tu memang berani, kalau tak takkan lah sampai sanggup bunuh abang sendiri.”

Along mengangguk beberapa kali “Lisa tahu tak?”

Aku geleng kepala, tak mungkin akan aku bagitahu Lisa. Makin membuatkan perempuan tu takut nanti.

Along tepuk peha aku “Aku dengar mak cerita, kau ada bawa balik Lisa baru ni, 2 malam dia tidur kat sini.”

Eh! Mak ni nak jadi minah kepoh macam Lisa ke?

“Lepas Tuan Daniel ugut nak apa-apakan Lisa, aku selalu kawal dia Long..”

Along tepuk tangan, “Wah hebat betul kau ni Acik! Patutlah mak cerita kau selalu turun KL.”

Ewah mak ni! “Bukan apa Long, Lisa tak salah, dia tak tahu apa-apa. Aku taknak dia disakiti Long. Selalu aku call dia atau text dia, terus dia balas. Tapi hari tu nak dekat berpuluh aku call, satu pun tak terbalas. Aku hampir-hampir nak sergah rumah dia. Sebab takut sangat, aku bawaklah dia balik Melaka.”

“Pergh!! Kau sedar tak kau ni sebenarnya dah angau teruk dengan Doktor tu tau?”

Yeke? Salah ke aku bawa Lisa ke rumah aku, Lagipun ini bukan kali pertama perempuan tu tidur rumah ni.

Masa hati tergerak nak bawa dia balik pun sebab aku tengok senyum Lisa agak kurang, mata sembap. Raut ni jugak yang aku lihat beberapa bulan yang lepas, setelah wanita tu diceraikan oleh suaminya.

Aku pasti Lisa sedang menanggung sesuatu yang berat, bibir cuba untuk bertanya, namun lidah beku.

“Acik aku ada cadangan macamana kau boleh pasti kan Lisa tu selamat.”

Mata hazel aku membesar. Wajah dah dirapat ke muka Along. Aku nak dengar idea Along, kalau berkesan, aku akan ikut.

Along urut pelipisnya “Kau lamar dia jadi bini kau”

“Aish!” aku tolak bahu kanan Along.

Along dah menunduk-nunduk tahan gelak “Betul lah apa aku cakap Cik! Kalau kau jadi husband dia, siang malam kau boleh jaga dia.”

“Tak lawak la Long.” Mata terus pandang tawa Along yang dah macam langsuir tu.

Setelah ‘Majlis ketawa’ selesai, Along tepuk bahu aku “Acik, kita adik-beradik ni sama je, susah nak jatuh hati dengan perempuan. Tapi sekali dah suka, memang takkan pandang orang lain lagi.”

Aku pandang Along “Macam kau dengan Kak Umairah?”

Along angguk kepala “Aku boleh nampak cara kau pandang Doktor tu tak sama dengan cara kau pandang perempuan lain.”

Aku menyandarkan belakang badan ke sofa.
“Tapi kisah aku tak sama dengan kau Long. Kak Umairah perempuan, dia takde kerja pun tak kisah asalkan kau gaji besar. Boleh tanggung dia. Kau tengok lah aku Long.. belajar pun tak habis, dah berbulan-bulan aku menganggur Long, dah lah aku lelaki. Nak ke Lisa tu dengan aku?”

“Usaha dik.. Aku kenal kau sejak kecik lah Cik, kau tak pernah susah kan sesiapa. Aku tahu kau ada masa depan yang cerah Cik. Cuma kau takut je.. Cinta tak pandang kekayaan Cik.”

“Tapi...”

“Tapi kau pengecut nak cakap kau sayang kat dia..”

Along pangkah kata-kata aku.

Ye! Aku memang pengecut!
Lantas aku senggong lengan Along “Cakap aku pengecut! Kau pun sama lah Along! Suka kak Umairah tu sejak sekolah tapi dah tua baru decide nak kahwin”

Bibir aku dah buang gelak.

Tapi Along tetap dengan muka serius “Sebab tu aku taknak kau jadi macam aku cik.. sebab aku pengecut, Aku biar je perasaan aku pada Umairah. Kau sendiri tengok berapa lama aku menyendiri, nasib Umairah tak kahwin lain! kalau tak, menyesal aku!”

Serta merta tawa aku mati, ayat Along cuba ku hadam perlahan.
Takkan aku nak jadi macam along menunggu hampir 12 tahun lamanya hanya untuk mengungkap kata cinta pada Kak Umairah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience