TUJUH BELAS

Mystery & Detective Series 73664

Beberapa hari selepas Lisa sedarkan diri, dia telah dipindahkan ke wad biasa.
Aku dengar dari staf hospital, kalau pesakit tu dah keluar ke wad biasa. Maknanya dia dah lepas fasa kritikal.
Allhamdullilah...

Hati aku makin berkobar-kobar nak jumpa Lisa, tapi memandangkan kerja aku pun makin bertambah dan jarang mempunyai masa yang sesuai untuk berjumpa dia, maka waktu malam je lah aku ambil kesempatan melihat Lisa.

Dan selalunya wanita tu dah terlena, tak sampai hati nak kejutkan.
Cukuplah sekadar melihat wajah Lisa dari jauh membuat hati aku bahagia.

Mak pun berapa kali mintak aku bawa dia jumpa Lisa, tapi sebab aku sibuk dengan urusan mahkamah dan kolam ikan, maka tadah je telinga ni dengar mak merungut.

Hari keempat Lisa di wad, aku gagahkan juga untuk jumpa dia, semua kerja aku selesaikan awal-awal.

Masa tu dah memang waktu melawat petang.

Sewaktu kaki ingin melangkah masuk ke wad perubatan, terdengar suara lelaki menyeru nama aku dari belakang.

Pantas aku berpaling. Iskandar.

Iskandar merapati aku. “Kau datang tengok Lisa ke?”

Yelah?! Takkan nak tengok wayang pulak datang hospital kan?

Iskandar lepas keluh bila aku diam. “Aku harap tak lama sangat kau lawat dia.”

Ehem.. “Kau siapa nak halang aku lawat Lisa lama mana pun?” Berani kan?

“Mama ngan papa aku akan sampai jap lagi, mama ngan papa Lisa pun ada. Kalau kau rasa tak malu. Kau stay la lama-lama ngan Lisa.”

Bukk! Rasa macam batu besar hempap kepala aku je saat ni!
Nampak sangat kedatangan aku tak dialu-alukan. Nampak sangat aku tak setaraf keluarga mereka berdua.

Oh! Pedihnya hati ni..

Aku teragak-agak untuk masuk. Namun hati aku tetap kuat menyuruh aku masuk melihat Lisa.

Sebab aku takut, selepas ni aku takde masa lagi nak jumpa wanita tu.

Akhirnya kaki aku melangkah jua untuk menghampiri katil Lisa.

“Ingat, jangan lama sangat.”

Itu ayat terakhir Iskandar yang telinga aku tangkap. Geram!

Dari jauh kelihatan Lisa sedang membetulkan posisi tubuhnya untuk duduk diatas katil.
Kesian doh.. mana Along?

Langkah aku makin cepat menghampiri dan tak semerna, tangan aku melekat di belakang Lisa dan membantu wanita itu untuk duduk.

Lisa mendongak wajah pandang aku.

Saat ni wajah aku dah betul-betul rapat dengan muka Lisa. Apa lagi, adrenaline aku terus naik mengepam darah hingga jantung aku rasa nak pecah sebab terlalu kuat berdegup.

Sabar Khairul Iswadi...

Tiba-tiba wanita itu tunduk dan terbatuk-batuk.
Alamak! “Lisa okay?” Aku dah gabra!

Sekali lagi wanita itu terbatuk kuat.

Ya Allah.. sakit ke dia ni? “kau nak aku panggil doktor?” wajah aku dipalingkan mencari kelibat staf untuk membantu.

Lisa sambar lengan aku. Gulp! Kembali wajah aku menghadap wanita itu.

“Tak payah... saya okay..”

Mata aku pandang pipi Lisa.
Okay? Tapi pipi tembam tu dah merah.
Kalau aku sentuh mesti panas kan?

“Betul ke kau okay?”
hati aku masih takut. Wajah Lisa terus aku tatap.

Comel seperti dulu. Kalau boleh aku gomol je muka cute tu! shit!

“Awak okay?”

Gulp! Terus angan aku mati bila dengar suara manja Lisa.
“Aku okay.”
Mata masih tak lepas renung wanita itu.

Jari halus Lisa menguak rambutnya kebelakang telinga sebelum mengemaskannya.

Makin deras jantung aku saat lihat aksi cute minah ni!
Tercabar kejantanan aku beb!

“Kenapa dengan tangan awak.”

Opps! Sekali lagi angan hilang tiba-tiba. Lengan kiri terasa hangat apabila disentuh oleh tangan kecil milik Lisa.

“Luka ke?” Sekali lagi wanita itu bertanya.

Aku sekadar mengangguk.

Pantas muka Lisa didongak pandang aku. “Teruk ke?” Mata dan mulut wanita itu dah bulat mengadap aku.
Aku perasan dia mungkin risau
Haishh! Setakat luka kecil ni pun nak risau ke? keluhan aku lepas..
“Kau tahu tak, luka aku ni tak seteruk luka kau Lisa..”

Lisa diam.. wajah ditunduk kembali.

Rasa bersalah mula menyelinap dalam hati aku. Aku tahu percakapan aku agak kasar sebentar tadi kerana terlalu marah. Marah seba Lisa masih ambik berat benda-benda yang remeh!
“Lisa.. maafkan aku..”

Sekali lagi Lisa dongak dagu pandang aku.

Lemah jantung aku bila tengok mata bulat dia. “Maafkan aku.. aku dah susahkan kau, aku dah buat kau merana. Kalau kau nak marah aku, nak tengking aku aku. Terpulang. Aku terima semua kesalahan aku.”
Dah lama ayat ni nak aku ungkap pada Lisa. Aku harap wanita tu dapat maafkan aku.

Lisa ukir senyum “Awak tak salah apa-apa, semua ni dah nasib saya. Saya terima dengan redha.”

Aku tunduk wajah.. “Aku tetap salah sebab tak kotakan janji untuk jaga kau Lisa.”

Lisa.. marah lah aku.. tengking lah aku!
Salahkan aku atas semua yang berlaku pada kau. Aku sedar semua kekilafan aku!

“Masih ada masa lagi kan, kalau awak nak kotakan janji awak pada saya?”

Hah?! Mata aku kembali memandang Lisa yang cuba melarikan wajahnya.

Dua tiga kali Lisa tepuk-tepuk mulutnya.

Aku jadi gamam. Otak mula mentafsir ayat wanita itu tapi aku tak pandai.
“Apa maksud kau?” Akhirnya aku bertanya untuk kepastian.

Namun Lisa terus melarikan pandangannya. “takde apa-apa lah.”
Tubuh genit itu digerak-gerak membetulkan posisi duduknya.

Aku masih tak puas hati, kalau hilang pertimbangan, dah aku pegang dagu wanita tu untuk terus tatap aku dan memaksa Lisa memberi penjelasan pada ayatnya sebelum ni.

Aku perasan Lisa makin gelisah sesekali matanya dilarikan saat pandangan kami berlaga.

Aishh!
“Kau selalu cakap tak habis Lisa. Aku tak pandai nak tafsir hati orang. Cuba kau explain balik, apa maksud kau tadi?”
Terang kan Lisa! Aku nampak kat mata kau yang kau nak aku jaga kau selamanya. Betul kan?

Please Lisa...

Mata bundar itu terus aku cari walau Lisa berkali-kali melarikannya. “Lisa...”

Lisa.. kalau sekarang aku mintak untuk mengambil hati kau boleh ke?
Aku nampak ada sinar dimata kau. Sinar tu untuk aku kan?
Kau suka aku kan? Atau aku je yang perasan? Arggh!

“Lisa!”

Serentak aku berpaling wajah. Iskandar melangkah merapati kami.

Serta merta aku tersedar.

“Your time is finish!”

Shit! Suara garau Iskandar memakan hati aku sehingga saat ni aku rasa nak tumbuk-tumbuk muka jantan tu!

Bagi lah aku habiskan scene ni dengan Lisa dulu bro!
Aishh!

Aku mengeluh kasar sebelum wajah kembali dilirik pada Lisa
“Nanti aku datang jenguk kau lagi.”

Sekilas aku pandang tajam kepada Iskandar sebelum langkah menuju ke luar wad.

Hati rasa nak menjerit-jerit saat ni!

Diluar wad, nafas panjang cuba dihelah walau payah.
Taman mini yang berada didepan, aku tatap. Cantik..
Namun sedikit pun tak melegakan hati aku.

“Wadi..”

Aku berpaling.

Along, kakak Lisa sedang berjalan menghampiri aku.

Tubuh aku dah karget, namun bibir aku cuba ukir senyum.

Along berdiri sebelah aku sambil menghulur se tin air coca cola pada ku.

Makin aku gamam, namun tangan tetap mengambil huluran Along.

“Wadi dah jumpa Lisa?”

“Err..” Aku angguk kepala, lidah dah tergagap.
Ini kali pertama aku berborak dengan kakak Lisa. Gugup!

“Wadi boleh panggil saya Along je.”

Err.. sekali lagi aku angguk kepala macam burung belatuk.

“Wadi suka kan adik Along ke?”

Gulp! Kaki aku rasa longlai. Terus tiang besar tepi aku, aku capai. Takut tubuh aku terjatuh.

Along senyum.

Aku dah malu.

“Ye lah tu.. Wadi suka kat adik along kan?”

Perlahan aku angguk kepala. Pipi dah rasa panas!

“Kenapa Wadi tak luahkan pada Lisa, yang wadi suka dia?”

Wow! Along bagi green light! Biar betul?!
“Err.. Along tak kisah kalau saya luahkan perasaan pada adik Along?”

Along tutup mulut tahan ketawa.

Aku pulak dah tepuk dahi! Aku tahu along ketawakan soalan aku yang bodoh tu!

“Wadi.. urusan luah perasaan tu bukan urusan Along. Lisa dan Wadi dah besar panjang. Terpulang pada korang nak tentukan hidup korang sendiri. Along takkan kongkong dengan siapa adik along nak berkawan”

Ye tak ye jugak kan?! “Tapi.. Lisa kan suka Iskandar?”

Along menoleh pada aku. “Siapa cakap Lisa suka Iskandar?” kening wanita itu berkerut.

Lisa tak suka pada Iskandar ke?
Horray!
Rasa nak bersorak saat ni!!

Along mengeluh kecil “Along rasa, korang berdua ni memendam perasaan dah lama tau.... Masing-masing takut nak luahkan perasaan tu.”

Aku tunduk, jadi Lisa pun ada perasaan pada aku? kenapa lambat aku tahu?
“Nak ke Lisa dengan saya, Along? Saya tak setanding dengan Lisa.”

“Itu wadi sendiri yang kena tanya pada Lisa. Perempuan ni kalau dah betul-betul suka, dia tak pandang semua tu Wadi, Wadi kena usaha, sebab Wadi lelaki.”

Bukk!
Dada aku dah macam kena tumbuk bila Along pertikaikan kebolehan aku. Ye! Kau memang pengecut Wadi!

“Along cuma takut Wadi tak dapat terima Lisa sebab status dia sekarang ni.”

Pantas aku mengangkat wajah. “Along, saya tak pernah terfikir pasal status Lisa.”

Janda? Itu bukan ukuran untuk aku cintakan Lisa! Aku nak hati dia! Bukan status dia!

Along angguk wajah “Along dah dapat agak korang ni memang suka sama suka. Awak kena berani berterus-terang Wadi, jangan lah asyik nak melawat Lisa tu waktu tengah malam je. Cakap depan-depan dengan dia. Along tahu adik along, along pasti Lisa pun suka kan Wadi.”

Melawat waktu malam je?! Alamak mesti along perasan selama ni aku selalu tengok Lisa waktu malam.

Banyak along nasihatkan aku sebelum wanita itu meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan yang dah hampir terjawab!

Lisa pun suka kan aku? Maksudnya aku tak bertepuk sebelah tangan?
Tapi bukan dia bersama dengan Iskandar ke?

Hah! Perdulikan semua tu! Aku rasa aku percaya cakap Along.

Lisa! Aku tak sabar nak luahkan perasaan pada kau!


*****

Petang tadi mak dan adik-beradik ku datang melawat Lisa.
Aku memang nak ikut, tapi kes mahkamah habis lewat, sampai ke malam aku masih di pejabat Mr. Bong bersama dengan Tuan Fakrul.

Angah dan bini dia balik dari Serawak, usu pun mintak cuti dari universitinya semata-mata nak bantu mak uruskan majlis tunang Along.

Sepatutnya aku yang tolong mak, tapi sebab urusan aku makin bertambah-tambah jadi Angah dan Usu ambik alih.

Along yang katanya tak boleh cuti pun, tiba-tiba balik.
Gedik! Tak sabar nak jumpa Kak umairah lah tu!.

Selesai melawat Lisa, mak dan adik-beradik aku pulang kembali ke Melaka.

Aku dah cakap dengan mak, yang aku akan pulang lewat sikit. Sebab aku nak jumpa Lisa malam ni juga.

Aku nak luahkan apa aku yang pendam selama ni!
Makin aku tunggu. Jiwa aku makin koyak!

Jam dilengan aku toleh, dah pukul 1 pagi.

Biasalah hero macam aku, mana boleh tidur awal.

Ceh! Dah last cerita baru nak mengaku hero?!

Lembap betul la kau ni Khairul Iswadi!

Aku berjalan menuju ke katil Lisa. Mujur staf kat wad ni dah banyak kenal aku, jadi aku boleh masuk sesuka hati dengan syarat tak boleh lama.

Dari jauh aku pandang Lisa terbaring tidur dengan tenang.
Ah! Rindunya kat dia.

Langkah makin mendekati wanita itu. Along kat sebelah aku lirik. Wanita tu pun dah berdengkur kecil.

Wajah polos Lisa terus aku tatap.
“Lisa..” Perlahan aku berbisik kat telinga wanita tu.

Lisa buka mata sekejap, sebelum menutup kembali.

Aku dah senyum, comel!

“Lisa..” sekali lagi aku berbisik halus.

Kali ni dengan pantas Lisa membuka mata dan mencela kearah ku “Awak buat apa kat sini?”

Terkejut agaknya dengan kedatangan aku?

“Lisa.. aku mintak maaf kalau aku ganggu kau.”
Maafkan aku Lisa.. aku terpaksa juga jumpa kau malam-malam macam ni, aku tak tahan lagi nak tanggung rindu pada kau!

Lisa senyum pandang aku. Makin buat hati aku tergoda!

“Lisa..” Mata hitam pekat Lisa aku tenung sayu
“Aku tak boleh kawal hati aku lagi”

Air liur cuba ditelan payah. Wadi be strong!

Perlahan aku tunduk wajah dan merapati Lisa sehingga nafas kami bersatu.
“Aku.. cinta kan kau..”

“Hah!”

Cepat-cepat aku terkup mulut Lisa!
Ishh! Minah ni!
Kalau ye pun jangan lah menjerit!

Jantung yang berdebar tadi, terus hilang serta merta bila terdengar Lisa menjerit kecil.

Mata menoleh pada Along yang sedang tidur diatas ‘Lazy chair’ disebelah Lisa. Nasib wanita tu tak dengar!

Sesaat kemudian bola mata Lisa yang dah membesar aku tatap.
Sekali lagi air liur yang tersekat cuba ku telan.

“Lisa.. aku tak tahu apa perasaan kau pada aku. Aku tak pandai nak tafsir hati kau.. tapi makin aku simpan, makin aku rasa sesak.. aku tak boleh tipu lagi.. aku sayang kan kau.. apa sahaja perasaan kau, aku mintak bagi peluang untuk aku hadir dalam hati kau.. aku janji jika ku diberi peluang, aku akan lakukan yang terbaik untuk jaga kau..”

Lisa terus kaku.. perlahan aku menarik tapak tangan aku dari mulut Lisa. Wanita itu masih diam. Matanya terus menatap aku.

“Lisa..please.. bagi aku peluang..”
Entah kenapa, tangan aku ringan diangkat untuk menyentuh ubun-ubun Lisa dan kemudian melurut ke pipi wanita itu. Lembut aku elus pipi Lisa sebelum senyum aku ukir.

Lisa masih diam.

“Saya tunggu keputusan awak.”
Saya? oppss!
kenapa lembut sangat bahasa aku?

Malu beb!

Tanpa sempat menunggu jawapan dari Lisa,terus aku berpusing dan mengatur langkah untuk keluar dari wad.

Di luar wad!
Hati macam nak menjerit kuat!
Beberapa kali aku suak rambut kebelakang kepala!

Kali pertama dalam hidup aku selama 30 tahun ni, aku luah perasaan cinta pada seorang wanita!

Aku taknak dilabel pengecut lagi.

Lisa.. aku tunggu jawapan kau!

Berkali-kali bibir aku senyum mengenangkan adegan yang aku bina sebentar tadi.

That is Khairul Iswadi!

****

Esoknya aku ingin kembali menemui Lisa untuk bertanyakan jawapan bagi soalan aku.

Tapi seharian aku di kolam ikan, uruskan tender baru yang aku dapat dari sebuah hotel di Melaka untuk membekal ikan air tawar di restorenya.

Memang aku tak lepaskan peluang!
Ni rezeki aku.
Makin hari, makin aku nampak usaha aku membeli kolan ikan ni tak sia-sia.
Pak Long pun tak habis-habis memuji aku.

Terima kasih.. ini mungkin sebab doa semua untuk aku.

Hari ni, Kakak Lida panggil aku nak jumpa aku dan adik beradik aku yang lain.

Untuk apa?

Tapi aku bawa je’ bro bro’ aku yang tiga orang ni.

Kami duduk semeja di sebuah cafe berdekatan hospital.

Rupanya Along dah rancang suruh aku buat kejutan pada Lisa.

“usu setuju!” Usu angkat tangan lantas menjerit kuat!

Ewah! Ni rancangan yang melibatkan aku kot! kau yang lebih pulak Usu!

“Elok juga rancangan awak tu, saya ni dah berapa kali suruh adik saya melamar Lisa. Tapi dia ni pengecut yang amat!”

Eh! Eh! Along aku ni tambah perisa pulak...

“Wadi... jangan la tunggu lama-lama lagi. tak perlu lah nak menyelinap malam-malam buta semata-mata nak luah perasaan kat adik Along tu. terus-terang depan semua yang awak tu suka kan Lisa.”

Hah?! Kakak Lisa sedar ke aku luah perasaan pads Lisa malam baru ni?

Ketiga-tiga ‘Bro’ aku dah pandang slack kata aku.
Tak sampai sesaat, tercetuslah perang ketawa yang membuatkan keadaan cafe tu bising sekejap.

Pipi aku makin panas!

Rahsia yang aku nak simpan sebagai kenangan aku sendiri dah terbuka luas.
Dah lah adik-beradik aku ni kaki baham!
Saat tu telinga aku perit mendengar perli yang tak sudah-sudah

MALU NYE!!

“Dah.. sekarang jom kita pergi kedai emas.”

Angah tepuk bahu aku. Kedai emas?
“Buat apa?”
kepala yang tak gatal aku garu.

“Beli cincin untuk bakal bini kau la Cik!”

Sepantas kilat aku toleh kat Usu!

Oh my god!
Sekali lagi tawa terhembur kuat!

Dan aku?
nak cakap apa lagi? senyum simpul je la.

Yang pasti esok rancangan tu akan dijalankan!
Yes!!

*Korang nak tahu rancangan apa? So kena belek diari Lisa la.. penat dah jari-jemari wee nak taip lagi.. perut dah berbunyi.. wee nak makan dulu.. bye!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience