Special chapter

Mystery & Detective Series 73664

Wadi keluar dari bilik air.

Tubuhnya lengkap dengan T-shirt dan jogger pant.
Pakaian harian yang selalu dipakai.
Seluar pendek atau boxer jauh sekali nak dipakai walau duduk kat rumah.

Lisa duduk menghadap cermin sambil menguraikan rambutnya. Penat..

“Saya tidur dulu ye.. “

Wajah Lisa menoleh memandang Wadi yang bersedia baring diatas katil. Dia senyum.

Badan tough ala-ala Vin Zhang ni rupanya pemalu.
Cakap banyak sangat, kalau marah harimau pun boleh lari!

Tapi dengan bini sendiri pun takut.. cute!

Lisa selit rambutnya ke belakang telinga.. takkan la dia sebagai perempuan nak mulakan scene menggoda?

Majlis nikah dan bersanding dah selesai petang tadi lagi.. tapi sampai ke malam baru Lisa dan Wadi boleh berehat.

Masa sesi bergambar pun, Si Wadi ni asyik kena tegur je dengan jurukamera sebab selalu tunduk muka.

Adik-beradik dah pecah perut ketawa.

Tahu la je la adik-beradik Si mamat tu semua lelaki! Alamat makan perli je lah!

Nasib masa akad nikah, Wadi lafaz dengan sekali nafas je.. takde gagap atau terpaksa diulang. Kalau tak memang kena baham la!

“Awak tidur la dulu.” Lisa bangun.

Wadi yang dah terbaring terus menegakan badan duduk atas katil “Awak nak kemana?”

Mata hazzelnya menatap tubuh Lisa yang disauk gaun nipis berwarna merah. Air liur ditelan berat.

“Saya nak duduk tepi tingkap ni ambik angin malam dulu.” Lisa senyum.
Sebenarnya dia sengaja pasang jaring. Gatal tak?

Perlahan langkah Lisa menuju ke jendela kayu yang terbuka luas.

Dia setuju untuk buat majlis perkahwinan di rumah Wadi memandangkan mama dan papa dah migrate ke Australia. Lisa takde kampung lagi.

Wadi terjun dari katil.
Bilik ni adalah bilik dia sejak kecil lagi. Dulu pakai katil bujang.
Tapi bila Lisa cakap nak buat majlis kat rumah ni, terus Wadi tempah set bilik tidur baru dan ditukar semua barang dalam bilik ni.

Langkah menuju ke Lisa dan berdiri bersebelahan wanita itu.

Lisa peluk tubuh.
Gaun yang dipakai terlalu nipis, ni semua idea kak long la. Dia beria-ria nak kemas baju dalam luggage Lisa.. bila Lisa bukak je, tengok takde baju lain selain baju gaun tidur yang seksi meksi!

Apalah Kak Long ni!
Nak tak nak kena pakai jugak.

“Tak sejuk ke?”

Lisa senyum namun hatinya berdebar saat suara garau Wadi bergema disebelahnya.

Taktiknya menjadi!“Sejuk jugak..”

“Kalau macam tu tutup la tingkap ni” Tangan Wadi memegang kedua-dua daun jendela.

Lisa cepat menghalang. “Takpe la.. saya nak rasa angin malam.”

Wadi pandang tangan Lisa yang dah berada pada lengannya. Terus otot terangsang hebat. Jantung tak berhenti berdenyut laju.

Lisa angkat wajah.
Mata hazzel Wadi ditenung dalam. Penuh keasyikan.
Lalu kedua lengan sasa suaminya itu diletakan kepinggang dan Lisa membelakangi dari tubuh Wadi.

Wadi kaku, rasa jantung bagai terhenti saat dada kekarnya melekat dengan belakang Lisa.
Pinggan ramping wanita itu juga berada dalam pelukannya.

Kedua-duanya memandang depan.. gelap.. namun cukup selesa saat angin malam menampar kuat.

“Waktu saya tak sedar, awak selalu sentuh saya. Sapu kepala saya, elus pipi saya. Tapi kenapa saat saya sedar awak taknak buat macam tu?”

Wadi gugup!
Pipi dah rasa hangat.
Berdua macam ni dengan Lisa memang boleh buat jantung dia sesak.

Lisa pandang lengan kekar Wadi yang berada dipinggangnya. Urat hijau yang timbul dielus lembut dengan jarinya.

Jari kecil Lisa bermain-main dilengan Wadi membuatkan segala ototnya makin terus terangsang.. Mata dipejam seketika..

“Awak..”

Mendayu suara lembut Lisa. Makin kental saraf Wadi mendengarnya.
Pinggang Lisa ditarik perlahan dan mengemaskan dalam pelukannya.

Dagu Wadi diletak diatas bahu kanan Lisa.. wangian dari tubuh wanita itu dicium.. sensual.. “Saya memang lelaki pengecut, saya hanya rapat dengan awak saat awak tak sedarkan diri. Tapi bila macam ni saya jadi pemalu.”

Lisa senyum lagi. Wadi sendiri berterus terang.

“Sampai bila awak nak malu dengan saya?” Sekali lagi Lisa pasang jerat.
Bahunya bergerak-gerak apabila terasa Wadi mengelengkan kepala.

Terus tersembur tawa dibibir Lisa.

Wadi meleraikan pelukannya. Tubuh genit Lisa dipusing menghadapnya.

“Kenapa awak gelak” Kepala ditunduk mencari wajah Lisa.

Lisa geleng kepala namun pipi chubby masih terangkat menahan gelak.

Wadi pegang kedua-dua pipi isterinya. Geram! “Sampai hati awak gelakkan suami sendiri?”

Lisa cebik bibir. Hangat tapak tangan Wadi menyentuh pipinya makin enak dirasa.

“Tengok... buat bibir macam tongkeng ayam?”

Makin tersembur tawa Lisa, saat Wadi menyebut perkataan ‘Tonkeng ayam’.
Tongkeng ayam tu yang selalu Lisa bandingkan dengan lelaki dihadapanya sekarang ni. Tapi itu dulu la..

Wadi menarik kedua-dua lengan Lisa hingga tubuh wanita itu kembali merapatinya.

Mmm... makin berani.. Lisa senyum kecil, kepala didongak memandang wajah lelaki yang dah menjadi suaminya beberapa jam yang lalu.

Rahang Wadi terangkat saat bibirnya mengukir senyum. Wajah Lisa ditatap lembut. Jari nakal menguak anak rambut Lisa yang jatuh di tepi pipi.

Lisa capai lengan suaminya dan dibawa kembali kepinggang. “Kenapa awak sudi terima saya walau awak tahu status saya?.”

“Awak.. saya tak pernah pun fikir apa status awak yang sebelum ni.. yang saya tahu awak isteri saya sekarang dan inshallah untuk selamanya. Jadi tolong jangan petikai tentang diri awak.. saya terima awak sebab hati awak Lisa..”

Indah bait ayat yang terbit dari bibir Wadi, membuat Lisa diulit rasa kasih.

Wadi menunduk wajah, ubun-ubun Lisa dicium lembut.

Lisa pejam mata. Rasa hangat bibir lelaki itu bila menyentuh kulit kepalanya.

Kedua bahu Lisa dipegang dan ditolak sedikit menjauhi dadanya. Wajah Lisa dipandang.

“Kenapa awak terima saya pula? Sedangkan saya tak kaya macam lelaki lain, saya pun takde pelajaran yang tinggi macam awak.”

“Tapi awak hensem.” Pantas Lisa menjawab.

“Mmm?” Wadi angkat kening kirinya.

Lisa menyimpul senyum “Awak hensem macam Vin Zhang?”

“Hah?!” Siapa Vin Zhang? Crush Lisa dulu ke? Hati dah mula patah. Gengaman Wadi kendur.

Merajuk ke.. cute!
Lisa mencapai lengan Wadi dan kembali dibawa kepinggang kecilnya.

“Vin Zhang tu pelakon cina la..”
Senyum terus diukir di bibir.

“Jadi.. awak pilih saya sebab tu je ke?”

Eh.. kesitu pulak. “Awak ni kuat merajuk jugak kan?”

Alahai.. malam pertama dah nak gaduh ke?

Wadi diam.. Geram!

Lisa melepaskan lengan kekar Wadi pada pinggangnya. Selangkah tubuh menghampiri jendela kayu yang masih terbuka. Kedua tanganya disilang ke dada.

“Saya bukan perempuan yang sempurna, saya sedar semua tu, saya pernah hidup dalam kegelapan kerana perbuatan saya sendiri, saya jumpa awak pertama kali, saya cuba buang semua perasaan saya sebab saya takut dengan diri saya sendiri. Tapi bayang awak tak pernah pudar dalam diri saya. Makin saya cuba tolak awak, makin kuat hati saya untuk dekat dengan awak..”

Lisa melepas keluh sebentar. Badan dipaling, kepala didongak menatap mata Wadi. “Saya nakkan awak bukan sebab rupa tapi sebab hati awak.” Perlahan Lisa meletakan tapak tangannya didada kiri Wadi.

Tangan kiri Wadi memegang tapak tangan Lisa yang berada didadanya, dan tangan kanan lelaki itu pula menarik pinggang Lisa merapati tubunya.

“Antara saya dan Vin Zhang, siapa lebih handsome?”

Lisa menyembur tawa, mulutnya ditekup.

Rahang kekar Wadi turut terangkat saat dia senyum. Wadi tahu Lisa hanya bergurau dengannya.
Mungkin kerana terlalu sayangkan wanita itu, sehingga dia tak mahu mendengar Lisa menyebut nama lelaki lain lagi.

“Awak kena jujur dengan saya..” Pipi Lisa dicubit, geram!

“Mestila suami saya, Mohd Khairul Iswadi yang lebih handsome dari semua lelaki kat dunia ni!”

Kali ni kedua-dua pipi Lisa dicubit hingga wanita itu mengaduh manja. “Dan awak Khairulisa, isteri saya yang paling cute didunia dan akhirat.”

Lisa menjengkit kedua kakinya dan, Cupp! Pipi kanan Wadi dicium.

Wadi kaku! Pipi dah rasa panas.

Lisa tutup mulutnya dengan tapak tangan, entah kenapa bibirnya spontan mendarat di pipi kekar milik Wadi! Malu!

Jeda...

Lisa menapak ke katil, perasaan malu terus menghangatkan tubuhnya. Punggung dihenyak ke birai katil.

Wadi turut melangkah dan melabuhkan punggung bersebelahan isterinya “Berani awak cium pipi saya kan?”

Lisa menoleh, bibir dicebik “Salah ke? Awak kan suami saya yang sah. Masa saya kat hospital boleh pulak awak cium dahi saya, cium pipi saya kan?”

Wadi merapatkan wajah menghampiri Lisa.

Tubuh Lisa sedikit terandah kebelakang.

“So.. awak nak balas la sebab saya cium awak?”

Lisa jongket kening kirinya. “Kalau awak tak suka takpe la!”

Rahang Wadi ternaik saat dia senyum melihat tingkah Lisa. Merajuk la tu.

Pinggang Lisa ditarik merapati tubuhnya. Jantung berderap laju.

“Saya suka apa saja awak buat pada saya.”

Wow.. Romantik juga Wadi ni kan, walau pemalu tahap gaban!

“Kalau saya mintak awak jadi Bodyguard saya selamanya awak sanggup?” Lisa senyum.

Perlahan Wadi angguk kepala. “Abang akan jadi bodyguard sayang selamanya. Abang akan jaga sayang dan keluarga kita sebaik mungkin.”

Abang? Lisa senyum lagi... mata sayu Wadi ditatap lembut. “Terima kasih sebab awak sudi..”

Cupp! Wadi pantas mencium bibir Lisa sebelum Lisa sempat menghabiskan ayatnya.

Lisa gamam.

“ABANG.. bukan awak.”

Wajah Lisa ditunduk malu.

Perlahan Wadi mengangkat dagu Lisa dengan dua jarinya.

“Izinkan Abang untuk menjaga sayang selamanya..”

Mata Wadi terus ditatap. Lidah Lisa kelu.. kepala diangguk perlahan. “Sayang cintakan abang selamanya.”

Sekali lagi Wadi menghampiri wajah Lisa. “Abang pun cintakan sayang hingga akhir nafas abang.”

Perlahan bibir kecil itu dipagut namun penuh asyik.

Lisa turut membalas.

Ya Allah jika ini takdir aku, sempurnakanlah hubungan ini hingga ke jannah.. Aminn..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience