TIGA BELAS

Mystery & Detective Series 73664

Pagi tu aku redah balik Melaka.
Sepanjang jalan. Kadang-kala wajah Lisa bermain-main. Sungguh aku rindu kat dia.

Sampai Melaka, mak sambut aku. Rindu katanya. Biarkan baru seminggu tak jumpa.
Yelah selama ni aku kan berkepit je dengan mak. Mana lah mak tak rapat dengan aku.
Mentelah selepas kes aku Accident baru ni makin lah mak risau kat aku.

Seusai makan tengahari aku bawa kereta ke hujung kampung, menuju ke air terjun yang jarang dikujungi oleh orang luar.
Hanya orang kampung sekitar ni je yang datang mandi-manda kat sana.

Bagus jugak tempat ni tak terbuka kat orang luar, kalau tak jahaman lah kawasan ni.

Aku duduk lepak kat batu, sambil kaki kuis-kuis kat air.
Ini kehidupan aku, setelah Sharizam masuk akademi dulu, dan adik-beradik ku yang lain sambung belajar dan kerja jauh-jauh.

Kadang-kala timbul perasaan menyesal jugak, sebab tak sambung belajar.
Tapi entah mengapa, hati rasa berat untuk tinggal kan mak sorang-sorang kat rumah.

Nafas dikeluh berat. Tiada bunyi lain yang aku dengar kat sini selain kicauan semulajadi dari air terjun dan unggas.

Lega.. tak macam seminggu yang lepas, macam-macam bunyi masuk kat telinga aku.
Huh! Kuala Lumpur memang tak pernah sunyi! Aku rasa aku tak boleh hidup kat sana lagi.

Rambut depan yang menjuntai mengenai dahi, kukuak kebelakang.
Wajah Lisa makin rapat diingatan. Payah sungguh aku nak lupakan wajah pipi tembam tu. Cute!

Hai.. kenapa la dari dulu aku tak jumpa kau Lisa?

“Apa maksud awak anggap saya sedara awak?”
Teringat kata-kata Lisa waktu aku bawa perempuan tu kesini.
Memang waktu tu rasa nak luah je perasaan ni kat dia.

Tapi dah memang aku ni dicop pengecutkan, jadi aku biar je 3 ayat keramat tu beku kat bibir tanpa diluahkan.

Aku pandang wajah Lisa, Tapi perempuan tu tunduk sambil menyorokan wajahnya.

Soalan Lisa memang buat bulu roma aku naik.
“Tak boleh ke aku anggap kau sebagai sedara? Atau kau nak aku anggap kau sebagai isteri aku?”

Adesss... cepat pulak aku soal balik soalan Lisa tu! rasa hati ni dah macam nak meletup je! Senyum aku ukir saat mata Lisa tepat pada mata aku. Padahal aku cuba nak tutup kalut kat hati aku!
Aku perasan pipi Lisa dah merona.
Dia pun suka aku ke?

Aku rasa saat ni aku patut luah isi hati aku, lantas wajah aku dirapatkan ke muka Lisa.
Air liur ditelan berat, otak cuba proses ayat yang betul untuk diluahkan kepada wanita tu.

Makin aku rapat, makin Lisa menjauh. Hingga mata aku tertancap tubuhnya yang hampir-hampir ingin terjatuh dari batu.

Entah kenapa, cepat je tangan aku ni mengait pingang wanita tu hingga tubuh dia kembali terandah merapati aku.
Hurggh! Terus pipi aku dah naik panas saat nafas kami terasa beradu.
Lama kami diam kutik, hingga Lisa tolak dada aku.

Sakit doh! Aku tersedar dari lamunan, tapi tangan aku masih tak lepas di pinggang Lisa.
Giler aku lepaskan? kalau aku lepaskan, sah-sah. Perempuan tu jatuh dalam air.
Tak pasal-pasal Lisa basah nanti.

Aku tahu Lisa tolak dada aku sebab ingat aku buat benda tak elok pada dia.

Come on girl.. aku bukan jantan durjana nak sebat perempuan kerana nafsu.
Aku hormat perempuan, macamana aku hormat dengan diri aku sendiri.

Aku pandang pipi Lisa pun dah makin merona, lantas perlahan aku lepaskan pautan pada pinggan Lisa.
Tubuhku angkat dan terus melangkah meninggalkan Lisa yang masih duduk di batu. Padahal jantung aku dah kencang sebab cuba tahan hati pada Lisa.

Hilang 3 ayat keramat yang nak aku ucapkan pada perempuan tu sebelum aku bawa ke sini tadi.
Beberapa kali dahi aku tepuk-tepuk, pipi aku tampar-tampar!
Sakit dengan diri sendiri yang sangat-sangat pengecut nak luah sayang pada Lisa!

Arrgghh! Rambut aku serabutkan. Aku ingat aku balik Melaka, dapat aku lupakan Lisa.
Tapi kemana saja aku pergi tubuh genit Lisa macam menari-nari depan aku.
Hai... bila nak sedar kau ni Khairul Iswadi?!

*****

Esoknya awal-awal pagi aku ke kolam ikan. Pak Long pun ada sama.

Lepas berbincang apa yang patut, kami berdua menuju ke pejabat peguam kat pekan.
Untuk tanda-tangan pertukaran pemilikan kolam ikan tersebut.

Alhamdullilah.... semuanya berjalan lancar.. Sekarang ni kolam ikan tu dah jadi milik aku sepenuhnya.

Nasib baik Pak Long tak mintak harga tinggi. Aku kira-kira, simpanan aku jugak cukup. Sebab tu aku beli.

Usu dah janji untuk ajar aku bahagian akaun, selain tu Pak Long jugak dah janji akan tetap support aku sementara aku masih baru.
Lega... aku pun tak sangka aku boleh ada bisnes sendiri.

“Pak Long bangga dengan kau Wadi, Pak Long doakan kau dapat naik kan balik kolam ni seperti dulu.”

Aku angguk kepala “Inshallah Pak Long.”

Selesai urusan tanda tangan jual beli, aku terus pulang kerumah. Lapar!

Nak makan kat kedai, tapi teringat mak cakap tadi nak masak gulai nangka tengahari ni.
Terus kecur air liur aku. Kalau makan kat kedai, ntah ada ntah tidak gulai nangka sesedap mak aku masak?

Balik tu terus aku menuju ke dapur. Tudung saji dibuka. Lauk dah tersedia semua atas meja. Rezeki!

“Mak dah makan?” Aku jerit dari dapur, sedang mak tengah lipat kain kat ruang tamu.

“Dah.. kau makan la.” Mak sahut jeritan aku.

Apa lagi! Allahumabaritana...
Fuh!!! Memang padu lah mak masak, gulai nangka plus sambal belacan dengan ikan masin. Makin berpeluh la aku makan tengahari ni!

“Wadi..”

Aku dongak sambil pandang mak yang dah tarik kerusi depan aku. Nasi kusuap lagi kedalam mulut.

Mak hulur telefon bimbit nokia nya kepada aku.
Aik?!

“Dari tadi Zam call mak nak cakap dengan kau, mak suruh call Pak Long kau, tapi dia cakap kau takde ngan Pak Long.”

Aku pandang telefon bimbit mak. Apa hal Zam call aku? “Takpe lah mak.. nanti Acik call balik.”

Aku kembali menyuap nasi yang digumpal bersama sayur nangka.

Mak kembali ke ruang tamu, telefon nokianya ditinggalkan diatas meja.

Sedang aku kembali santap makanan kat depan mata.
Telefon mak berbunyi, aku pandang. Nama Zam naik di skrin.

Aku ambil telefon tersebut dengan kanan kiriku dan menjawab panggilan Sharizam.

“Wadi! Kau kat mana?”

Hoi! Terkejut taik telinga aku dengar jeritan kat hujung talian.

“Aku kat Melaka la bro. Pehal?”

“Wadi, aku rasa kau kena turun KL sekarang.”

“Kenapa?” Tangan kanan aku dah tergantung, Hilang sekejap selera aku.

“Handphone kau, aku dah tahu siapa ambik.”

Laa.. pasal Handphone je kot.. ingat pasal kes Dato Danish tadi
“Siapa ambik?”
Nak jugak tahu kan.

“Budak dua ekor yang langgar meja kita malam tu.”

Aku lepas nafas, betul la tekaan Sharizam.
Apa la nak jadi ngan budak-budak sekarang ni, kecik-kecik dah pandai mencuri.
“Abis tu dapat balik tak phone aku tu.”

“Tak.” Sharizam jawab sepatah.

“Huh! takde rezeki aku la nampaknya Zam.. takpe la, kau dapat tangkap ke budak tu.”

“Dapat.”

“Lepaskan je lah bro.. takyah panjang-panjang citer.”
Malas aku buat aduan setakat telefon cikai je yang hilang.

“lepas kepala hotak kau Wadi.”

Wei.. kecut perut aku dengar Sharizam tinggi suara! Dah kenapa?!

“kau tahu tak, budak dua ekor tu kambing hitam, diorang disuruh curi phone kau, lepas tu dibayar dengan jumlah yang sekali ganda dari harga phone kau tu Wadi.”

“Hah!” Mulut aku dah membulat.
“Siapa yang bayar?”
Jantung mula berombak kencang.

“Konco Tuan Daniel!”

“Apa!” Badan aku serta merta menolak kerusi kebelakang dah ditegakan.
Tuan Daniel?
Untuk apa dia curi phone aku?
Takkan... “Zam! Signal kat handphone Lisa masih berfungsi ke?”

“Ye..”

Fuh..

“Tapi.. Sehingga semalam je. Malam tadi signal tu dah start hilang hingga ke hari ni.”

Jantung aku yang baru je nak kembali normal, terus getar laju lagi! Kali ni otot aku pun dah rasa tegang!
“Zam..”

“Ye.. aku pasti Lisa kena culik.”

Arggh! Sungguh aku taknak dengar ayat tu!!

“Sebab tu aku mintak kau turun KL sekarang!”

Ye! Aku kena turun!

Panggilan sharizam aku matikan. Tangan kiri terus meraup muka. Kalimah suci Allah tak hilang dari bibir aku!

Sungguh apa yang aku takutkan selama ni, terjadi jugak. Lisa...

Aku cuci tangan di sinki sebelum menapak ke ruang tamu.

Mak masih melipat kain. Aku duduk berhadapan mak.

Mak dongak pandang aku. Melihat wajah mak terus aku rasa makin lemah. Kalau rendah ego aku saat ni, memang aku dah peluk mak minta kekuatan diri.

“Mak..”

Mak masih dongak pandang aku.

“Acik nak turun KL.. mungkin Acik tak balik lama, Lepas Usu balik U, Mak tinggal dengan Mak Long ye. Nanti Acik cakap ngan Mak Long.”

“Kau nak buat apa lagi Acik?”

Aku dah garu kepala.

Mak tegakkan duduknya “Acik, sejak kau balik ni, mak tengok kau macam susah hati je, kenapa Cik?”

Makk!!! Pedih mak! Kalau boleh acik nak menjerit cakap yang acik takut sangat saat ni!
Keluhan aku lepas.
“Mak.. Lisa mungkin diculik.”

“Hah!” mata mak dah bulat pandang aku.

“Hei Cik! Kau cakap apa tadi?!” Usu yang tak tahu keluar dari mana, terus menerpa kearah aku yang bersila depan mak.”

“Apa kau cakap ni Cik. Kau jangan main-main!”
Mata mak makin tajam tenung aku.

Aku takkan main-main benda-benda macam ni.
“Mak.. acik tak tahu apa-apa lagi, Zam call acik tadi, sebab tu acik nak turun KL sekarang.

” Pandangan aku ditoleh kepada Usu “ Kau balik U esok kan?”

Usu angguk kepala.

“Kau hantar mak ke rumah Mak Long.”

Mak tepuk peha aku. “Kau jangan risaukan mak, mak tahu jaga diri mak. Kau pergi je KL, tengok kan Lisa.”

Muka kuraup beberapa kali sebelum kepala kuangguk perlahan.

Hati tak tahu nak bicara apa lagi.
Aku perlu cepat sampai ke KL, aku perlu jumpa Sharizam dan yang penting aku perlu pastikan keadaan Lisa sekarang ni!

Ya Allah.. jangan kau lakukan perkara yang buruk pada Lisa.
Lindungi lah dia dibawah Payung Mu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience