DUA

Mystery & Detective Series 73664

Aku berjalan menuju ke pagar kecil. Kuncinya ku cuba buka.

Kreeekk.... Ah senangnya terbuka! Mana taknya, kunci dah berkarat. Aku yang tengah sakit ni pun masih boleh buka.

Memang sah rumah ni takde orang!

Perlahan aku menyusur lalang yang tinggi paras pinggang aku sehingga tiba di muka pintu.

Tangan aku cuba mengoncang handle pintu tersebut, namun ianya berkunci.

Hah! Aku melurutkan kaki dan menghempaskan punggung sambil menyandarkan badan mengenai pintu.

Keletihan makin hebat menjelma! Aku tak tahu lama mana lagi aku harus bertahan.

Luka diperut aku tilik, darah masih keluar.

Khairul Iswadi kau jangan putus asa!

Haruskah aku tunjukkan skill aku saat ni?

Harus!

Aku mencari besi kecil dan halus atau apa-apa kepingan nipis yang boleh aku ‘slot in’ untuk membuka pintu ni.

Dalam kesamaran aku mengagau mencari sesuatu.

Oh! Yes ada besi halus!

Aku mencapai dan menilik!

Mataku kemudian memandang sekeliling.

Semak samun! Bersepah!

Aku rasa kalau cari harta karun dalam semak tu mungkin macam-macam boleh jumpa!

Apa lah! Rumah gedabak besar! Tapi takde orang duduk! Huh!

Dah! Cukup membebel! Yang penting aku kena masuk rumah ni!

Aku kena cari tempat berlindung! Memang betul aku tak Nampak lagi jantan dua ekor tu, tapi tak mustahil diorang akan datang untuk cari aku?

Apa sebenarnya yang berlaku?

Aku biarkan soalan tu tanpa jawapan, kerana aku perlu selamatkan diri aku saat ni.

Kruukkk... kreekk... dengan bebekal kan pengalaman yang ada aku masuk kan besi kedalam lubang kunci pintu berkenaan.

Dan... hah! Boleh terbuka!

Pandai tak aku?

Aku bukan kaki pecah rumah ye!

Skill ni sape-sape pun boleh berlajar. Belajar bukan sebab nak jadi pencuri. Tapi untuk kes-kes terdesak macam keadaan aku sekarang ni.

‘handle’ pintu ditolak kebawah dan pintu tersebut terbuka, perlahan aku melangkah masuk.

Gelap.

Sunyi.

Mata hitamku dibesarkan.

Perlahan aku melangkah berpandukan cahaya kelam dari lampu jalan di luar rumah.

Yang aku pasti aku berada di ruang dapur. Tapi Aku masih tak nampak apa-apa yang lain.

Langkah diatur lagi. Dan bila tiba di satu bilik aku berhenti, perlahan aku membuka pintu bilik tersebut.

Memang gelap!

Aku tak tahu apa yang ada didalam bilik tersebut.

Tanganku cuba mengagau mencari sesuatu supaya aku dapat menutup darah yang masih keluar dicelah perutku.

Arggh! Aku tak tahu apa yang aku pijak, menyebabkan aku terjelepok jatuh kelantai.

Kepala terasa berpusing-pusing, sakit makin teruk. Aku tak dapat tahan lagi. Mata aku pun rasa mengantuk sangat.

Dan lama-kelamaan semua yang kelam terus menjadi hitam.

*******

Krekkkk!!

Pang!

Telinga ku bergerak, mata dibuka.

Gelap!

Hah! Aku kat mana ni?!

Pak!
Tiba-tiba ada sinar lampu dari luar menyuluh masuk ke dalam bilik melalui pintu yang sedikit terbuka!

Kalut beb!

Ada orang ke rumah ni?!

“Puncak kasih kita! Rendangnya oh seketika!”

Hoi! Suara perempuan mana pulak ni?! mengilai lagu Ziana Zain!

Aku masih diam, nafas cuba ditahan.

Pak..pak..pak..

Diam.

Telinga aku bergerak lagi cuba mencari suara tu.

Tapi hilang.

Keadaan kembali sunyi.

Lama aku menunggu. Terus sunyi

Perlahan aku merangkak dan cuba mengintai dari celah pintu yang terbuka.

Takde apa-apa. Keadaan masih sama macam tadi, Cuma cahaya agak terang sedikit.

Aku terduduk kembali, perut yang sakit ku pegang.

Ibarat keluar kandang singa dan masuk pula kandang harimau!

Mati-mati aku ingat rumah ni takde orang.

Khairul Iswadi! Kau tak boleh terus duduk kat rumah ni, kau kena keluar!

Aku cuba mencapai apa-apa sahaja didalam bilik ini untuk aku berpaut supaya dapat berdiri memandangkan perut aku masih lagi sakit.

Aku perlu keluar segera.

Bila tangan aku sudah rasa berpaut pada sesuatu, aku cuba menolak kaki aku untuk bangun.

Bukk!!

Hah! Aku menjerit perlahan!

Benda yang aku berpaut tadi tiba-tiba jatuh, aku tak pasti apa. Macam kotak. Aku kembali terduduk.

Nafas cuba ditahan! Harap tuan rumah tak terkejut.

Kali kedua aku mencuba lagi. Kali ni aku cuba mencari sesuatu yang ku rasa kuat untuk berpaut.

Ha.! Rasanya ni okay kot! tangan aku merasa-rasa benda yang bakal aku gunakan untuk berpaut.

Sekali lagi badan cuba ditolak, tangan kananku memaut mencari kekuatan,

Tiba-tiba. Bukkk!

“Arrghh!” aku menjerit taktala sesuatu menghempap badan aku menyebabkan aku tertiarap. rasa sakitnya mula menjalar. Darah diperut mula keluar kembali.

Pak.. pak.. pak..

Ye! Aku dengar seperti langkah seseorang!

Ya Allah! Selamatkan aku.

Sinar lampu dari luar lebih terang. Aku agak tuan rumah sedarkan sesuatu!

Apa nak buat ni?!

Nafas diperlahankan lagi, mata aku masih membesar memandang ke pintu.

Kreekkk.. terdengar pintu masih luas dibuka, dan tiba-tiba ada satu tangan meraba-raba ke tepi dinding. Mungkin mencari suis lampu?

Aku tak boleh biarkan! Aku kena selamatkan diri aku! aku taknak mati macam ni je!

Aku merangkak dan dengan pantas mencapai tangan tersebut!

"Argghhh!"

Adoii! Perit wei telinga aku! jerit macam nak pecah kerongkong.

Pantas tangan tu lari dari gengaman aku!

Aku terduduk kembali. Penat, sakit, letih dan kini tambah pulak rasa cam nak pekak bila dengar perempuan a.k.a tuan rumah ni menjerit.

Diam..

Aku tunggu..

Kreekkk... perlahan pintu dikuak.. sinar terang dari luar menyuluh kedalam menyebabkan mata aku terang melihat sekujur tubuh perempuan sedang berdiri memandang aku.

Perlahan aku bergerak menghampiri perempuan itu di muka pintu. Kerana gerakan yang salah menyebabkan luka diperut aku terasa semakin sakit! Aku menjerit!

Aku lihat perempuan itu terkejut dan ingin melarikan diri. Dan tak semena aku menangkap kakinya.

Daya perempuan itu cuba meronta-ronta melepaskan kakinya.

Gengaman aku makin kuat. Dan akhirnya dia terduduk.

Waktu perempuan ni terduduk sempat lagi dia pandang aku!

Korang tahu dalam keadaan aku sakit ni pun, aku boleh terpana dengan dia!
Cantik siot!

Eh! Jap! Kau ni biar betul Wadi!

Aku teruskan misi aku sebenar, mulut dan hidung perempuan tu aku cekup dengan tangan besar aku.

‘Maafkan aku! aku tak sengaja.. saat ni aku kena fikir diri aku’ Kesian beb..

“Kalau kau nak selamat baik kau diam!” aku cuba bersuara garang!

Tapi perempuan ni memang kuat lah... berkali-kali cuba lawan aku.. tangan tu pun taknak duduk diam!

Perut aku disiku-sikunya! Sakit wei!

Patkal kau perempuan! Kalau kau jantan dah lama aku sekek kepala kau!

Kemudian aku tengok perempuan tu macam tenang.. tak melawan..

Hah! Sudah... mati ke perempuan ni!

Aku cuba melonggarkan tanganku dari mulut perempuan tu.

Dan tiba-tiba...

Kuk!
Lengan aku disiku menyebabkan badan aku hampir tersembam kebelakang.

Kuat giler ar perempuan ni!

Aku tak dapat menghalang lagi taktala dia terus bangun dan melarikan diri.

Belari untuk kerja perempuan tu?!
Memang tak la wei.
Nak bangun pun tak larat.

Akhirnya aku menyerah... badan dibaringkan perlahan di muka pintu. Aku tak berdaya lagi.. terpulang lah apa nak berlaku lepas ni! Aku memejam mata.

“Oh God!”

Mata terbuka luas! Dan tiba-tiba aku lihat perempuan tadi meluncur laju kearah tubuh aku.

Eh! tadi lintang pukang lari macam nampak hantu, sekarang berani pulak datang sini balik. Dia ni memang hati batu la!

“encik.. encik ok ke?”

Perempuan tu menyentuh-nyentuh badan aku!
Eh dah kenapa?!. Aku menepis berkali-kali!

“Encik ada luka mana-mana ke? “ tangan dia terus merayap seluruh tubuh aku.

“Tepi kau!” Ewah-ewah! Suka-suka sentuh aku! sedar sikit kau perempuan!
Aku masih bujang trang tang tang tau!

Tangan aku pantas menolak perempuan tu!

Tapi.. dia ni jenis yang tak takut orang ke? Aku tolak sampai nak terbaring pun, masih juga datang balik kat aku.

“saya nak tolong Encik, banyak darah ni, encik ada luka mana-mana bahagian ke?”

Soalan yang sama, dan perkara yang sama dibuat oleh perempuan tu iaitu meraba tubuh aku!

Panas lah hati aku! “Baik kau pergi sebelum aku bunuh kau!”

Perempuan kepoh tu diam!

Hah! Tau takut! Tu baru sikit aku gertak!

Tiba-tiba si kepoh tu terus selak baju aku!

“Hoi!” aku menjerit! Apa main-main selak baju orang ni!

“Encik luka ni, darah keluar banyak, Encik perlukan rawatan”

Ye! Memang aku sakit! Luka aku memang kat perut!

Tapi kau sape suka-suka selak baju aku?!

Minah kepoh tu bangun tiba-tiba dan melangkah masuk kedalam bilik yang aku duduk tadi, lama kemudian keluar semula membawa sebiji beg berwarna hijau.

Beliau meletakkan beg tersebut disebelah aku dan mengeluarkan semua barang-barang didalamnya.

Woi!
Jarum! Kapas! Air dalam botol! Semua barang-barang ni aku biasa Nampak kat hospital!

Siapa minah ni sebenarnya?!

Tangan perempuan tu cepat berkerja, kapas yang sedikit besar saiznya diambil keluar beberapa keping dan ditekapkan ke luka aku!

“Arghh!!” aku menjerit lagi! Sakit lah wei! Dah kenapa minah ni!
Suka-suka tekan luka kat perut aku!

“ Sorry Encik, saya kena tekan gauze ni kuat sikit sebab nak elak dari darah terus keluar.”

Gauze? Apa kebenda tu?

Hah! Aku tak kisah yang pasti aku terasa badan makin seram sejuk!
Peluh mula merecik keluar!

Minah tu memegang pergelangan tangan aku dan cuba mentafsir sesuatu.
Lagak seperti seorang doctor tengah mendengar nadi persakit.

“Saya bawa Encik ke hospital ye?”

“Jangan!” Shit!
Apa minah ni! Aku cuba nak lari! Dia suka-suka pula buat keputusan nak expose diri aku!
Nak bawa aku ke hospital?
Buatnya aku baru keluar dari sini tiba-tiba 2 ekor jantan tadi jumpa aku macam mana?

. “ saya rasa luka encik ni teruk, darah pun tak berhenti keluar, kalau dibiarkan encik boleh mati.”

Ewah! Suka-suka doa aku mati ye!

Aku renung minah tu dan tiba-tiba tangannya mencapai handphone dan cuba mendail sesuatu.

Pakk! aku menepis telefon tersebut dari tangan minah tu dan dengan laju telefon tu terus melayang jatuh ke lantai!

Minah kepoh tu pandang tepat kearah aku sambil mengutip telefonya balik.

“Aku cakap Jangan! Kau tak faham bahasa ke?!”

Aku tenung balik! Kau ingat aku tak tahu ke kau nak call ambulans?!

“Encik saya Cuma nak tolong Encik.. Encik kena beri kerjasama”

Kau tahu tak kalau kau call ambulans kau bukan boleh tolong aku sembuh tapi kau boleh buat aku mampus!

Aku malas lagi nak bertekak. Luka ku kian perit! Kapas yang dah basah dengan darah aku tekup lagi!

Tiba-tiba minah kepoh tu bangun dan terus berlari ingin keluar!

“Hoi! Kau nak pergi mana?!” Aku menjerit lagi, perempuan tu memandang sekilas sebelum terus keluar dari rumah.
Dan sebentar kemudian bunyi kereta memecut laju.

Aku terus buntu, minah tu nak kemana? Jangan-jangan dia nak report polis! Atau dia panggil kawan-kawan dia. Aku taknak sesiapa tahu aku kat sini!

Arrgghh! Wadi apa perlu kau buat sekarang ni?
Kepala terasa berat.. pandangan kembali gelap.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience