ENAM

Mystery & Detective Series 73664

Senyum aku ukir.
Pertama sebab Minah tu dah sedar, kedua sebab Soalan Minah tu tadi!

Dia ingat aku tak larat ke nak angkat dia kat tingkat atas? Tubuh kau kecik je lah Lisa.. aku agak berat kau dalam 48 atau 50 kilo je kot.

Setakat nak angkat kau turun naik tangga takde masalah!
Aku kembali ke ruang tamu membawa bubur dan segelas air.

Aku pandang Minah tu tengah lirik-lirik kat handphone dia.

Peduli lah... aku letak dulang makanan atas meja dan paksa Si Lisa ni makan.

Entah berapa kali minah tu mengeluh sebab taknak makan.
Tapi aku paksa jugak suruh dia habiskan. Sendu-sendu jugak!
Perut kena isi beb! Takyah lah nak manja sangat sampai nak mogok lapar!.

At last habis gak semangkuk bubur yang aku buat, puas!

Kali ni aku paksa pulak dia makan ubat.
Masyallah! Rupanya Doktor pun takut makan ubat yek?!

Ada ke patut dia mintak aku belah empat panadol untuk dia telan satu persatu!

“kau ingat kau budak kecik ke nak makan ubat kena belah empat?! Dah jangan banyak songeh! Makan ubat ni! Kalau kau taknak makan juga, aku suapkan!”

Giler! Sampai esok pun tak habis makan ubat nak belah empat!

Terus tergopoh gapah minah tu telan ubat, Habis segelas air dia minum.
Itupun sebiji je ubat yang masuk.

Terus aku rampas gelas kosong dari tangan Lisa. “Makan sebiji je, tapi air habis segelas!” Teruk betul lah Minah ni! langkah aku menuju ke dapur mengambil air lagi. dan bagi kat tuan rumah a.k.a minah kepoh tu.

Bila aku tengok Lisa telan sebiji lagi panadol terus aku lepas keluhan “Hah! Tak mati pun kalau telan panadol 2 biji kan?!” Manja sangat!.

Terus Minah tu jeling aku.

Marah? Aku suruh makan ubat bukan makan racun!

“Saya nak naik bilik, nak rehat” Lisa bangun sambil berjalan menuju ke tangga.

Mata aku hanya melihat belakang Doktor tu, sekali sekala langkah dia terhuyung hayang.

Tangan mengigil pegang penghadang tangga.

Eh tak boleh jadi ni! Perlahan aku bangun dan mengekor Lisa dari belakang.

Dia menapak anak tangga dengan perlahan. Dan bila sampai diatas, Lisa berhenti langkah. Badan dia dah bergoyang lembut.

Aku menapak laju dan menghampiri,
Pak! nasib baik aku sempat pegang bahu perempuan tu! kalau tak memang tersungkur jatuh dah kat tangga!

Lisa pandang aku.

Aku papah Lisa hingga masuk ke biliknya.
Hah! Tak peduli kau bini orang ke apa ke? Yang penting kau kena selamat!
Kalau kat mati dalam rumah ni tak pasal-pasal aku yang kena blame tau!

Lisa membaringkan tubuhnya diatas katil. mata aku ditatap hiba. Sungguh aku kalah!

“Kau jangan nak fikir apa-apa.. kau tidur je!” Aku tarik selimut hingga menutupi dada wanita itu.

Mata Lisa terus pandang aku. Aku tahu dia mungkin takut bila lihat aku masuk bilik ni.

Terus aku melangkah keluar dan menutup pintu.

Walau badan aku sado. Walau muka aku hensem dan walau aku tak berpelajaran tinggi.
Tapi aku masih diajar untuk menghormati perempuan.
Maruah wanita tetap aku letak paling tinggi darjatnya.

Inshallah aku takkan lakukan apa-apa yang buruk pada Lisa walaupun wajah perempuan tu sentiasa buat jantung aku berdegup kencang!

Encik Hati.. sila bersabar!

Aku turun semula kebawah dan menuju ke bilik stor, tempat aku menginap. Syukurlah dari aku duduk kat bawah jambatan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Mata terlelap ketika aku baring didalam stor ni, namun entah berapa lama aku tersedar semula.
Hati rasa tak sedap.

Jiwa menyuruh aku naik keatas dan melihat keadaan minah tu.

Aish...
Perlahan aku bangun dan melangkah menuju ke bilik Lisa.

Tangan mencapai tombol pintu. Nak bukak tapi takut. Mana lah tahu minah tu ingat aku nak apa-apakan dia pula.

“Mama..”

Suara Lisa dari dalam bilik, buat hati aku tersentuh. Terus kupusing tombol dan membuka pintu.

Jelas keadaan Lisa tak stabil. Mata masih terpejam, tapi tubuh bergerak-gerak.

Aku menghampiri katil minah tu dan berdiri disisinya. Rambut wanita itu aku sebak kesisi, jelas kelihatan pipi dia basah dek air mata.

Luluh hati aku sebagai lelaki, tengok keadaan Lisa sekarang ni.

“Mama...” sekali lagi Lisa bersuara hiba memanggil mamanya.

Tak semerta, aku sapu ubun-ubun Lisa untuk tenangkan wanita tu. Ye Lisa nampak tenang, kerut didahi hilang. Tapi sebentar je.

Tika tangan aku ditarik dan dibawa kesisi, Minah tu buka mata.

Terkejut beruk aku! Cepat-cepat aku berpaling, Niat hati nak keluar dari bilik ni!

“Jangan tinggalkan saya..”

Hah?! Lengan aku dirampas lembut, Wajah kutoleh kembali dan melurut kebawah, Lisa gengam tangan aku.

Cepat-cepat muka aku mendongak balik pandang dia, mata wanita tu kembali ditutup, namun lengan aku masih dalam gengamannya.

Hai.. sah-sah dia ingat aku laki dia!

Aku biar tangan hangat Lisa terus gengam lengan aku, kerana aku sedar keadaan wanita tu hampir tenang.

Masalahnya sekarang... Jantung aku ni yang tak tenang!
Kalau masuk GP motorsport memang sah boleh menang sebab terlalu laju!

Lama.. Aku masih berdiri.. detak jantung kubiarkan laju, wajah Lisa aku tenung..

Perempuan secantik ni, masih juga ditinggalkan suami. Entah apa sebenarnya yang suami dia nak kan lagi, aku pun tak pasti.

Atau mungkin juga ada sejarah antara minah ni dengan laki dia, ialah kadang-kadang lelaki ni, sekali dah kata benci, memang susah nak sayang balik.

Aku angkat wajah, mata memandang sekeliling bilik ni. Tak silap aku 2 hari aku kat rumah ni, aku dah explore ruang dapur dan ruang tamu.Tapi satu gambar kahwin pun aku tak jumpa.

Rumah besar, dua tingkat tapi sunyi dan sangat suram.

Tiba-tiba mata aku terpandang bingkai gambar yang kecil diatas meja tepi sisi katil.

Gambar seorang lelaki yang sedang memeluk minah ni.
Aku kecil kan mata, nak tengok lebih jelas. Mesra gambar tu. Mungkin laki Si Lisa ni.

Rupa macam Pak Arab.. Hensem dan bergaya. Tapi aku lagi sado laa..
Eh! Jeles ke Wadi?

Aku terasa gengaman Lisa makin kendur dilengan aku dan akhirnya wanita tu melepaskan tangan aku.

Lengan dia yang tergantung, kuambil dan dimasukan kedalam selimut. Lisa makin tenang. Takde suara sendu lagi.

Aku sentuh dahi dia dengan belakang tapak tangan, masih hangat.. tapi takkan nak kejut suruh makan ubat. Nanti tak pasal-pasal dia salah sangka kat aku pulak.

‘Tidurlah Lisa... jangan fikir lagi...’

Perlahan aku melangkah keluar, aku pasti Lisa seorang wanita yang tabah.

*****

Esok paginya aku bangun awal. Kacau air milo dengan sediakan roti.
Lama aku tunggu Si Lisa tu turun kebawah. Hajat hati kalau setengah jam lagi tak turun memang aku naik dah.

Derap kaki ku dengar kuat kat hujung telinga, aku pasti minah tu dah bangun. Nasib aku tak naik tadi.

“Kau dah okay ke?” Wajah Lisa aku pandang, Wanita tu mengangguk lemah. Mata dia dah bengkak. Muka pun pucat. Kesian beb...

Dia cakap ngan aku, yang Laki dia a.k.a mamat pak arab tu suruh pergi mahkamah, urus penceraian mereka. Tapi Si Lisa ni taknak pergi,

ALASAN?
Taknak ikut cakap laki dia sebab mintak laki dia untuk rujuk kembali.

Deyy! Ingat hati lelaki ni macam perempuan ke? Hari ni cakap A esok boleh tukar B?

Nak tunggu hati lelaki tu berubah, makan masa der.. Kalau minah tu berkeras taknak pergi mahkamah, makin panaslah jiwa si jantan tu sebab tak ikut kata dia.

Akhirnya Lisa mengalah. Dia pergi jugak dengan muka cembeng!

4 jam selepas tu Minah tu balik semula. Berlari masuk rumah terus kebilik, aku masa tu tengah minum kat ruang tamu terus tersedak! Nasib tak tercekik!

Lepas tu aku dengar Si Lisa ni meraung hiba..
Haishh... kenapa lah aku kena tempuh benda ni semua?

Rambut aku serabutkan, Esak tangis Lisa terus kuat diserta sendu yang tak tahu bila hilang.

Perlahan aku menapak tangga menuju ke bilik dia. Aku dengar Lisa tengah bercakap phone, tak tahu dengan siapa, mungkin dengan family dia kot.

Lepas tu makin kuat dia meraung. Terus aku buka pintu. Aku tengok muka minah tu ditekup keatas bantal.

“Lisa..” Aku yang berada dimuka pintu perlahan memanggil nama dia.

Lisa dongak pandang aku dan kemudian aku tengok badannya perlahan terlayang kekiri.

Cepat-cepat aku capai bahu Lisa. Mata wanita itu terpejam erat.

Adess.. pengsan lagi ke?

Kucuba atur badan Lisa dan membaringkan dia elok-elok diatas katil. Dengkuran halus terbit di bibir wanita itu.

Fuh... nasib tak jadi apa-apa kat minah ni.

Lama aku aku tenung dia. Sebelum aku turun semula masak bubur dan buat air.

Lantas aku kembali ke kamar Lisa. Dulang berisi air milo aku letak kat sisi katil.

Bila aku berpaling, tengok Si Lisa ni tengah pandang tajam kepadaku. Lantas selimutnya ditarik menutupi dada.

Apa?! Ingat aku nak rogol kau ke? “Kau! Kalau nak pengsan boleh tak pengsan time aku takde? Kalau jadi apa-apa kat aku, aku yang kena tangkap! Dah lah muka aku ni wanted!”

Sengaja aku tekan ayat bagi Minah ni takut sikit.

Dia diam kutik, tak berbunyi, namun mata terus tajam merenung aku. Aku arah minah ni minum milo yang aku buat sebelum aku suruh dia turun untuk makan.

Ingat aku ni orang gaji dia ke, nak hantar makanan kat bilik.

Kau kena kuat lah Lisa! Jangan manja sangat! Lawan sikit perasaan tu!

Kalau kau adik aku, dah lama aku sekeh-sekeh kepala kau bagi sedar sikit!.

Aku melangkah menuju ke dapur, dan lama lepas tu Si Lisa ni turun lantas menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan punggung.

Aku cedok bubur didalam mangkuk, dan meletakkan dihadapan wanita itu.

Dan sebab takde makanan lain aku masak, maka petang ni aku santap je bubur bersama Lisa.

“mmm.. mama dan papa saya akan balik dari Australia, tiga atau empat hari lagi” diam..“Mmm... dioarang akan datang rumah ni.. jadi..”

“Aku faham..” cepat aku pangkah ayat Lisa. Ye! Sampai bila aku nak betapa kat rumah ni, aku rasa aku perlu keluar.

“Saya bukan nak halau awak.”

Suara Lisa tergagap aku dengar tapi aku tak pandang pun dia.

Sentap, sebab kena halau? Come on arr! Aku anak jantan, sentiasa think positive!

“Aku rasa dah tiba masanyanya aku buat laporan polis, makin lama aku tunggu, makin tertangguh untuk selesaikan kes kematian Dato.”

Wajah aku angkat, aku lihat minah tu mengangguk.

Aku angkat tubuh dan menuju ke sinki. “Pinjam telefon kau, aku nak call abang aku.”

Yes! Khairul Iswadi ingin kembali!
Aku dah bersedia untuk tunjuk muka aku!
Aku dah bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal aku hadapi!

Lama aku tunggu jawapan minah tu, tapi masih diam. Tubuh aku berpusing, Lisa tengah menongkat dagu, pandang aku!

Dah kenapa?!

“Hoi kau dengar taka pa aku cakap?”

Terangkat sedikit bahu minah tu bila dengar ton suara aku yang agak tinggi!

Mengelamun la tu!
Cepat-cepat dia hulur Handphone kepada aku.
Kasar aku merampas dan keluar dari ruang dapur.

Handphone aku gengam, nafas ditarik perlahan. Nombor along aku dail.

Bismillahiramanirahim... “Hello..” Suara along aku dengar.. betul-betul aku rindu kat dia.

“Along..” Bergetar suara aku jawab panggilan along.

Diam..

“Along..” Aik?

“Acik... kau ke tu?”

Aku mengangguk! Rasa nak nangis tapi aku tahan! “Ye Long.. aku ni acik!”

“Ya Allah!”

Mata kiri aku terkenyit saat dengar along menjerit dihujung talian. Perit doh telinga ni!

“Betul ke kau ni Acik?!”

Eh betul lah? Kenapa along ingat hantu ke yang bercakap telefon?
Advance hantu sekarang! “Aku la ni Long..” Wajah aku lurut “Along.. tolong ambik aku.”

“Ye! Ye! Kau kat mana sekarang ni? Kau sihat tak? Sekarang jugak aku ambik kau!”

Sekarang? “Kau kat mana sekarang ni Long?”

“Aku kat Melaka la!”

Aku mengangguk, Along kerja offshore. Selalu ada kat laut! Cuak jugak nak suruh dia datang ambik aku “Takpe lah Long.. kau ambik aku pagi esok boleh?”

“Kau okey tak ni?”

“Aku okay Long.. banyak benda aku nak cerita.. tapi nanti aku cerita.”

Aku dengar along mengeluh “Kau tau tak mak sampai demam fikirkan kau Acik.”

Sebak! “Long... Kau cakap dengan mak, aku selamat.. jangan risaukan aku.. Esok aku jumpa korang. Nanti aku text alamat kat kau Long”

“Okay Cik.. kau jaga diri elok-elok, ni phone sape kau guna?”

“Phone member aku Long.. ape-ape hal kau contact nombor ni”

“Okay!”

Aku mematikan panggilan dan melangkah kedapur, terus telefon bimbit tersebut aku letak kat depan minah tu.

Sekali lagi minah tu terkejut dan menatap tajam kearah ku.

“Kau ni apahal? Asyik terkejut je! Sakit mental ke apa?” Pelik betul Si Lisa ni!
Takkan la dua kali pengsan terus jadi giler kot?

“Abang aku akan ambil aku esok, selepas kau balik kerja.”

“Hah?”

Aku pandang Lisa, terkejut lagi ke? “kenapa?”

“Err.. takde apa-apa..”

Tergagap lah pulak... ni mesti sendu sebab aku akan tinggalkan kau kan?

Senyum aku ukir, aku tahu minah tu tak nampak.

Aku teringat yang rumah ni perlu diservice, cepat-cepat aku ambil pen dan kertas, aku tulis beberapa barang yang aku akan gunakan untuk baiki beberapa bahagian yang melopong kat rumah ni.

Kertas tu aku hulur kat Lisa, perempuan tu buat muka nerd. Comel!

Aku paksa dia beli barang-barang yang aku tulis sebelum wanita turun kerja, sebab pagi esok aku akan start menukang.

Biasalah Si Lisa ni akan buat muka cebik sebelum ikut arahan aku.

Ni ada kang aku tarik bibir tu, dah lah cute! Makin lagi nak buat cute! Geram!

Minah tu keluar kerja selepas dia belikan barang-barang yang aku nak.

Malam tu aku tidur agak lena. Tak sabar rasanya nak jumpa mak dan adik-beradik ku esok! Masa.. cepatlah berlalu.

Pukul 7 aku bangun!
Selepas menyiapkan diri. Aku keluar ke dapur dan mengambil barang yang aku kirim kat Lisa semalam.

Aku kira-kira nak tukar engsel pintu kat dapur dan pasang double lock yang baru supaya pintu tu tak mudah dibuka.

Pagar belakang pun aku rantaikan dan pasang lock baru yang lebih bagus!.

Aku taknak rumah ni dimasuki orang lain lagi! kalau orang tu berniat jahat pada Lisa macamana?
Tak ke kesian? Dah lah Minah tu tinggal sorang-sorang!

Eh! Kenapa pulak kau risau sangat pasal dia Wadi?

Nafas dikeluh perlahan.. entah lah... tapi hati aku sentiasa berdebar bila dekat dengan Si Lisa ni.

Aku meneruskan kerja aku, kalut dihati cuba aku tutup.

“Awak buat apa?”

Aku tersentak! Terus pandangan ditoleh mengadap Lisa. Dah balik keja ke minah ni? Bila dia balik? aku tak sedar pun.

Kerja aku teruskan. Dan biasalah minah kepoh tu tanya macam-macam kat aku. Terkejut kot sebab tengok aku menukang rumah dia tanpa kebenaran.

Aku explain lah , apa aku buat ni demi kebaikan dia. Lisa hanya mengangguk.

Lama di berdiri belakang aku jadi mandur!

“Abang aku akan ambik aku dalam pukul 12. Aku balik Melaka.”

“Saya hantar!”

“Hah?!” Aku yang sedang pasang skru pada panel lock terus berpaling kearah Lisa.

Wajah perempuan tu dah merona merah, jantung aku start racing balik.

“Err.. saya hantar awak balik, lagipun Melaka tak jauh”

“Okay!” Hoit! Cepat pulak aku setuju!
Kau ni dah kenapa Khairul Iswadi! Entah!
Tapi aku rasa macam nak melonjak tinggi bila dengar minah ni nak ikut!

Aku pinjam Handphone Lisa. Nombor Along aku dail lagi. dan cakap yang aku akan balik sendiri.

Mulanya ayat along cuak, tapi aku terangkan yang aku akan selamat. Baru lah along percaya.

Telefon aku hulur balik kat Lisa “Abang aku akan tunggu aku kat Melaka!”

Lisa mengambil telefonnya dari tangan aku, tapi diri masih membatu!

“Dah tu apa tercegat lagi! Pergi lah kau bersiap! Bawa baju lebih sikit! Takut tak sempat balik!”

Terkejut beruk Minah tu! Terus kaki laju melangkah keluar dari dapur.

Bila kelibat Lisa hilang! Aku tepuk dahi!

Shit! Apa aku cakap tadi?
suruh bawa baju? Nak buat apa?
Takkan nak suruh minah tu tidur rumah aku!

Wadi.. kau ni dah kenapa? Takkan kau fall in love dengan Lisa kot.. Dia masih dalam edah... berdosa tau!

Tak sampai setengah jam, Lisa turun ke bawah. Aku lirik dia bawa beg baju sekali.

See! Memang aku paksa! Tapi Lisa boleh je say ‘taknak’ kan?

Sekarang minah ni sendiri yang packing baju dia, ikut aku balik Melaka.

Aku turut bersiap, takde apa yang aku bawa. Aku pun menumpang kat rumah ni!

Yang pasti kalung pendrive yang dato beri, aku simpan kemas dalam poket seluar.

Itu satu-satunya bukti yang kematian Dato Danish bukan disebab kemalangan, tapi ada yang sengaja ingin dia mati!

Aku tawar diri untuk pandu kereta dia. Tapi Lisa ni menolak, mungkin dia ingat aku tak pandai drive kot. tapi okay gak lah.. sebab aku takde pengenalan diri langsung.

Buatnya ada roadblock kat tengah jalan naya aku!

Dah la muka aku famous kat paper!

Lisa tenang memandu kat sebelah.. sesekali terdengar dia menguap.
Mungkin penat kot.. Memang kesian.. tapi sebab ego jantan aku masih tinggi, aku biarkan je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience