ENAM BELAS

Mystery & Detective Series 73690

Sudah hampir seminggu berlalu, Lisa masih tak sedarkan diri lagi, tapi Doktor cakap keadaan dia bertambah pulih.

Seperti sebelumnya aku hanya akan melawat Lisa bila semua keluarganya tiada lagi di hospital.
Aku tak mahu mak wanita itu salah erti pada aku lagi.

Aku sedar siapa diri aku. Aku yang bersalah membawa Lisa dalam kesusahan.
Aku tak marah bila mak Lisa menampar serta memukul aku. Aku terima semua balasan yang diberi.

Kes Dato Danish makin rancak diperdebatkan. Aku kerap hadir untuk menjadi saksi dan menghujah kebenaran agar Tuan Daniel dapat ditangkap dan dihumban terus kedalam penjara.

Ada masa aku akan balik Melaka untuk melihat perkembangan kolam ikan aku, buat masa ni Pak Long sukarela membantu aku.

Sejak aku mengambil alih perniagaan kolam ikan tu, pemborong-pemborong yang dulunya melarikan diri, kini kembali membeli ikan di kolam aku.
Rezeki.. Syukur PadaMu Ya Allah..

Ini mungkin jalan aku. Aku dah nekad, selepas Lisa sedar sepenuhnya aku takkan menganggu wanita itu lagi.
Aku tak mahu Lisa terus menjadi mangsa akibat perbuatan aku.

“Sayang tak semestinya memiliki.” Itu yang aku cakap dengan Sharizam, waktu kami berborak semalam.

“Dahtu kau tak pernah mencuba, macamana kau tahu dia milik kau atau pun tak?” Sharizam bahas ujah aku.

Terkedu jugak nak menjawab. “Cukup lah Lisa terseksa sebab aku Zam..”

Sharizam hembus asap vapenya “ikut pandai kau la Wadi, jangan at last kau yang gigit jari dah lah.”

Aku hanya balas dengan senyuman. Sekarang pun memang aku dah gigit jari.

Pernah aku ternampak Iskandar berborak mesra dengan Keluarga Lisa. Kalau hilang pertimbangan, memang putus jari aku sendiri digigit sebab terlalu cemburu!

“Khai..” Aku yang tengah berborak dengan Mr.Bong selepas habis kes dimahkamah berpaling memandang Linda.

Wanita itu berlenggang menghampiri aku.

Mr. Bong tepuk bahu aku. “I balik dulu. Tomorrow you jangan lupa datang ke court tau.”

Aku angguk kepala memandang Mr. Bong.

“Bos.. I balik dengan Khai ye.”

Hah?! Wajah aku toleh pada Linda. Balik dengan aku? balik ke mana?

Mr. Bong cebik bibir. “I know la you miss him.”

Linda dah tersipu-sipu pandang Mr Bong.
Miss who?

“Jom khai..” Linda mendahului langkah aku.

Langkah masih kaku “kemana?”

“Makan lah.. saya lapar..” Linda melintuk tubuh sambil mengosok-gosok perutnya.

Aku hanya mengangguk kepala.

“Naik kereta awak ye, kereta saya kat office.”

Sekali lagi kepala aku diangguk. Makan je, apa salahnya kan? Bukan Linda ni bini orang pun.

Linda naik kereta aku, macam-macam dia borakkan, aku hanya mendengar, sesekali luka di tangan kiri aku disentuh lembut oleh wanita itu.
Fuh.. nasib iman aku ni kuat.

Sampai di kedai makan, Linda order nasi. Memang lapar sangat kot, sebab laju je perempuan tu suap makanan.
Kesian juga, walaupun Linda ni setakat pembantu Mr. Bong. Tapi rasanya kerja dia lagi banyak dari Mr. Bong.
Kehulu-kehilir dia mengikut Mr. Bong menguruskan kes.

“Awak tak makan ke?”

Aku yang duduk berhadapan dengan Linda, hanya mengelengkan kepala. Bukan tak lapar, tapi sejak Lisa dimasukan ke hospital , selera aku sedikit kurang. Mungkin terlalu memikirkan hal wanita itu.

Seusai makan, Lisa ajak aku ke Tasik Titiwangsa.

Aku toleh jam kat lengan. Dah pukul 4 petang.

Takpe lah masih awal. Aku tak balik Melaka hari ni, sebab pagi tadi waktu aku turun ke Kuala Lumpur.
Mak nak ikut sekali dan nak duduk di KL sehari dua untuk tengok Lisa.

Sehari selepas Lisa dimasukan ke Hospital, mak ikut Mak Long dan Pak Long balik Melaka tanpa sempat menemui Lisa.
Sebab tu pagi ni mak memujuk aku untuk membawanya sekali.

Aku akur, tapi aku dah bagi amaran kat mak supaya melawat Lisa, waktu keluarga dia tiada. Takut mak pulak yang kena marah nanti.

“Lepas habis kes ni, jarang lah kita jumpa lagi kan?”

Aku menoleh kearah Linda yang duduk bersebelahan aku di bangku kayu. Ingatan tentang mak serta merta hilang.

Kepala aku angguk. “Saya pun kena stay kat Melaka, uruskan kolam ikan saya.”

Linda memuncungkan bibirnya, mata menghadap tasik dihadapan. “Khai..”

Mmm..

“Saya sebenarnya dah lama suka kan awak.”

Huk! Huk! Badan aku yang bersandar, terus ditegakan dan mata menoleh ke arah Linda.

Wanita itu hanya tunduk.

Suka aku? Biar betul Linda ni!

“Tapi saya tahu awak tak suka kan saya.”

Alamak.. Dia tak pernah tanya pun, macamana dia tahu perasaan aku?
Mata ku pandang ke depan. Tak tahu nak jawab apa.

Perlahan aku dengar Linda mengeluh. “Tapi tak salah kan kalau saya terus suka kan awak?”

Gulp.. Mata aku masih memandang kehadapan tapi aku perasan Linda menoleh kepada aku.

“Khai..”

Lunak betul suara Linda menyebabkan wajah aku menoleh memandang perempuan tu.

Saat mata kami bertentang, Linda ukir senyum.
“Izinkan saya untuk terus menyintai awak..”

Sekali lagi aku telan liur. Payah!

Semua ni tiba-tiba. Kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan yang Linda suka kan aku?

Rasanya tak pernah juga aku rapat dengan wanita ni, mentelah lagi nak ukir janji untuk bersama.

Wadi... Wadi.. kau ni memang lembap kalau bab perasaan perempuan kan? Sebab tu lah Lisa jauh dari kau!

Linda bangun tiba-tiba, mungkin sebab aku terus mendiamkan diri.

Keluhan dilepaskan lagi dari bibir wanita tu.
“lega! Sebab saya dapat luahkan apa yang terpendam kat hati saya selama ni.”

Linda pandang aku sekilas lantas mengukir senyum lagi “Jom balik.”

Saat wanita itu ingin mengorak langkah, aku turut bangun. “Linda.”

Linda kembali berpusing.

“Maafkan saya sebab tak tahu perasaan awak pada saya selama ni. " air liur ditelan sebelum meneruskan ayat.
"Dan maafkan saya sekali lagi sebab tak boleh terima perasaan awak tu..”

Sekali lagi Linda mengukir senyum, kali ni makin lebar sampai kecil mata wanita itu. “Saya faham Khai... Saya pun tahu dalam hati awak ada wanita lain.”

Hah?! Linda tahu ke aku suka Lisa?

Selepas mengeluarkan ayat, Linda terus melangkah dulu menuju ke kereta aku.

Di dalam kereta, kami hanya berdiam. Aku dapat rasakan Linda tengah bersedih, tapi aku tak tahu nak pujuk macamana.

Korang semua tahu kan Khairul Iswadi bengap sikit bab-bab hati perempuan ni!

Seusai menghantar Linda pulang ke pejabatnya, aku sekali lagi meminta maaf kepada wanita itu.

Namun Linda tetap membalas dengan senyuman.

Aku pun tak tahu kenapa Linda sukakan aku, sedangkan banyak lagi lelaki yang hebat selain aku.

Haii...

Bzzz...
Telefon bimbit aku didalam poket, bergetar kuat.

Tangan aku seluk mengeluarkan telefon dan menjawabnya.

“kau kat mana?” tanpa salam, Sharizam terus bertanya aku.

“Aku on the way balik rumah kau, dari office Mr. Bong.”

“Jangan balik dulu, datang hospital sekarang ni.”

Terus duduk aku ditegakan “kenapa? Apa dah berlaku dengan Lisa” Wajah Lisa muka terbayang, rasa takut menjelma lagi.

“Bukan.. tapi ada sesuatu nak kita bincangkan, mak kau dengan Tuan Fakrul pun ada kat sini.”

Hah?!.

Aku mati kan talian. Kereta terus meluncur laju ke Hospital.

Sampai di hospital, langkah diatur ke kafe. Sebab Sharizam kata semua tengah tunggu kat sana.

Semua? Siapa?

Dari jauh kelihatan, mak sedang berborak dengan mak Lisa. What?!

Keluarga Lisa yang lain pun ada, sedang duduk satu meja.

“Wadi.” Sharizam panggil aku dan menarik kerusi untuk aku duduk sebelah mak.
“Tuan Fakrul baru balik sebab dia dah lambat nak uruskan hal lain.”

Aku yang sedang melabuhkan punggung sekali lagi memandang kearah Sharizam. Aku tak kisah pasal tuan fakrul, yang aku nak tahu kenapa keluarga Lisa ada sekali kat sini?

“Ini Wadi, anak akak, Sal.”

Oh! Baiknya mak aku dengan mak Lisa ni.

Aku pandang Mak Lisa, dan dengan payah cuba ukir senyuman. Teringat tamparan wanita itu kepada aku sewaktu mula-mula Lisa dimasukan ke Hospital.

“Wadi.. makcik mintak maaf sebab pukul Wadi dulu tanpa usul periksa.” Wanita tua itu turut mengukir senyum kepada aku.

Aku pandang mak berselang dengan Sharizam, hati masih tak faham.

“Maafkan kitaorang ye. Salah kami sebab dengar sebelah pihak sahaja.”
Suara Along turut menjamah.

Dengar sebelah pihak? Dari siapa? Tapi aku hanya diam.

“Takpe lah Sal, kalau akak tak tempat Sal pun akak akan marah.” Mak tolong jawab, mungkin sebab aku lama berdiam.

“Apa pun, saya mintak akak tolong doakan anak saya semoga kembali sedar.”

Mak pegang tangan Mak Lisa. “Sal.. Lisa tu dah akak anggap macam anak akak sendiri. Masa Wadi cakap Lisa kena culik, tak lepas mulut akak berdoa untuk keselamatan Lisa. Sal jangan risau ye.”

Tubir mata Mak Lisa dah bergenang, suaminya mengosok lembut belakang wanita itu.

Mak turut menenangkan Mak Lisa, dalam pada yang sama mak turut mengalirkan air mata.

Sayang juga mak kat Lisa kan. Kalau dia jadi menantu mak boleh ke?

Damn! Sempat lagi aku fikir benda macam ni?!

Namun lidah aku terus kelu. Lama mereka berborak. Dari cerita yang pendek, Lisa hanya ada dua orang adik beradik je, Along tu kakak dia. Diorang dah lama menetap di Australia bersama mak dan ayah Lisa.

Puas mereka mengajak Lisa tinggal bersama disana selepas wanita itu diceraikan, tapi Lisa tetap nak tinggal di Malaysia. Aku pun tak pasti kenapa?

Tapi dapat aku agak, mungkin kerana Iskandar.

Seusai berborak, keluarga Lisa mintak diri untuk melawat Lisa, kerana dah sampai waktu melawat. Mak turut ikut diorang.

Aku?
memang terketik-ketik nak tengok Lisa juga. Yelah! Dah dapat green light untuk tengok perempuan tu bila-bila, takkan taknak kot?

Sharizam tepuk bahu aku lantas berbisik pada aku “Sabar bro.. tak larinya Lisa tu.”

Aku pandang mak yang dah berjalan di hadapan.

Sharizam makin menarik bahu aku.

Haishh!! Geram pulak aku dengan Zam ni!


Jauh dari hospital, Sharizam berdiri sebelah aku “Tuan Fakrul terangkan semua tadi pada Mak Doktor Lisa. Nasib mak dia faham.”

Aku pandang Sharizam. “Jadi mak dia tak marah kat aku lagi ke?”

“Kalau kau dah tengok mak kau dengan mak dia boleh bergurau lagi, maknanya dia dah tak marah kat kau la tu!”

Aku melepaskan keluhan. Selamat..

“So sekarang ada can la kau nak ayat mak dia.”

Sekali lagi mata Sharizam aku tatap “Nak ayat buat apa?”

“Laaa... ayat mak dia lah, dapatkan anak dia!”

“Hish! Giler apa?” Aku dah garu kepala!

“Giler apa kebenda nya wadi! Ini lah peluang kau! Lagi afdal kau ayat mak untuk dapatkan anak.” Sharizam kenyit mata.

Afdal kepala otak kau Zam!
Kedua tangan aku dimasukan kedalam kocek.
Keluh dilepas lagi
“Aku dah taknak fikir pasal benda tu semua Zam, apa aku nak sekarang. Lisa selamat dan dia boleh sedar balik.”

“Weii.. takkan kau dah putus asa kot?”

“Bukan putus asa la Zam, aku dengan Lisa memang tak boleh pergi jauh lah.Malas aku nak fikir panjang lagi.”

Sharizam peluk bahu aku “Terpulang, kalau itu kehendak kau, Tapi kalau kau meraung kat aku sambil panggil LISA! LISA!. Memang aku terajang ke laut kau nanti!”

Aku raup muka sendiri! Malu juga, bila sepupu aku perli cara aku sebelum ni.

Memang aku pernah meraung jerit nama Lisa banyak kali lepas perempuan tu kena tembak. Masa tu aku tak perduli lagi siapa yang memandang.

Sharizam dan tergelak tengok muka seposen aku!
Huh!

*****

Hubungan aku dengan keluarga Lisa agak baik, Ini semua sebab bantuan mak jugak.

Aku pun tak tahu apa mentera mak aku baca, sampai mak Si Lisa tu boleh lembut hati dengan aku.

Tapi apa yang aku nampak, keluarga Lisa memang baik-baik, Alongnya juga peramah.
Mungkin hari tu mak dia tertekan sangat sebab tu dia lepaskan kat aku.

Sharizam cerita, Iskandar yang tuduh aku paksa Lisa untuk jadi saksi dan jantan tu jugak cakap yang aku sengaja biarkan Lisa diculik oleh Tuan Daniel.

Adess... kalau aku jenis yang kaki gaduh, dah lama aku jumpa Iskandar dan aku sepak dia sampai mampus!

Ye! Memang aku salah kerana melibatkan Lisa.

Tapi jantan tu tahu tak. Aku dah macam orang giler masa Lisa hilang!

Airmata jantan yang tak pernah gugur pun boleh tumpah sebab Lisa.
What the Hell, dia cakap macam tu kat aku! Haiishh!

3 hari je mak kat KL, lepas tu mak pulang ke Melaka, aku masih berulang alik ke KL.

Siang aku dengar kes di mahkamah. Bila malam baru aku melawat Lisa. Mujurlah staf dan doktor benarkan aku masuk walaupun dah habis waktu melawat.

Keadaan Lisa makin pulih. Doktor cakap tak lama lagi tiub pernafasan dia akan dicabut.
Senyum aku makin melebar.

Aku memang nak Lisa sembuh seperti sediakala.

Dalam setiap sujud aku, nama wanita itu tak pernah aku lupa untuk disebut.

Masuk minggu ketiga, Lisa dah ada respon positif. Siang tadi Sharizam cerita kat aku yang staf dia cakap, tiub pernafasan dalam mulut Lisa dah dikeluarkan.

Allah! Sujud syukur aku dengar berita tu.

Aku nak jumpa Lisa, tapi pagi tadi aku dipanggil sekali lagi ke mahkamah untuk menjadi saksi.

Keluar dari mahkamah, Pak Long telefon. Cakap ada pembekal baja datang nak sign serbut harga.

Jadi aku bergegas balik ke Melaka semula.
Selesai jumpa pembekal. Aku rehat sekejap kat rumah. Penat!

Malam sikit baru aku gerak ke KL semula.
Demi Lisa aku sanggup!

Biarlah akhirnya dia bukan milik aku, aku tak kisah, asalkan aku boleh tengok Lisa bahagia.

Selepas memakir Wira kesayangan aku tu, langkah hebat menuju ke Unit Rawatan Rapi.

Jam di lengan aku renung sebentar, dah pukul 12 malam!

Saat kaki melangkah ke masuk ke ICU, katil Lisa aku tuju.
Hati bergorak laju.
Melihat Lisa yang tak dipasang tiub lagi, bibir aku mengucap syukur.

Lisa yang terbaring, aku hampiri.
Wanita itu sedang tidur.. dadanya berombak tenang.

Wajah Lisa aku tenung lagi . Walau masih pucat namun riaknya sedikit tenang.
Ubun-ubun Lisa aku sentuh. Kepala ditunduk kan sedikit sebelum dahi wanita itu aku cium. Hangat..

Tapak tangan Lisa aku angkat dan dibawa kebibir, sebelum sekali lagi bibir aku mendarat di belakang tapak tangan kecil itu.

“Lisa.. aku tahu kau bukan milik aku, tapi izinkan aku untuk merasa kebahagian ini walau sekejap.”
Aku berbisik halus di telinga wanita itu walaupun aku tahu yang Lisa takkan mendengarnya.

Namun aku puas walau hanya sebentar menatap wajah wanita itu.

Lepas ni kau kena sentiasa kuat ye Lisa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience