LIMA

Mystery & Detective Series 73664

Pagi tu aku bangun.

Rumah Minah ni kembali sunyi. Mungkin dia keluar kerja kot.

Sebab dia tinggalkan nota suruh aku makan roti yang dia letak dalam bilik aku.

Lantak lah.

Seharian aku duduk dalam bilik. Rantai yang ada kat tangan aku, terus aku tilik.

Macam ada sesuatu.. dan tiba-tiba jari aku menarik rantai tersebut menyebabkan ianya terbelah dua.

Aku pandang lagi. Rupa-rupanya ia adalah ‘pendrive’ . Terus jantung aku beku.
Apa sebenarnya yang Dato Danish nak bagi tahu aku?

Banyak persoalan bermain kat minda aku sekarang ni!

Apa jadi dengan Dato Danish dan Pak Kodi?
Siapa 2 ekor mamat yang datang serang aku malam tu tiba-tiba?

Aku boleh agak, kemalangan malam tu memang disengajakan!

Semua tu ada kaitan dengan Dato Danish.

Dato Danish seorang ahli perniagaan yang terkenal. Dan biasalah makin kita terkenal, makin banyak kita menyimpan musuh.

Aku urut belakang dahi. Keluhan dilepaskan.

Dunia sekarang makin berani, manusia menaikan diri dengan cara menjatuhkan manusia lain. Sampai sanggup bunuh membunuh!

Dari pagi aku memikirkan semua yang berlaku pada diri aku sehingga kepala aku agak sakit.Bila agak petang, terdengar bunyi enjin kereta.

Aku pasti minah tu dah balik.

Laju je derap kaki dia masuk rumah dan terus bukak pintu bilik aku. Ganas!

Aku pandang tajam minah ni. Tak reti beri salam ke?
Buatnya aku tengah telanjang, tak ke naya dia tengok ‘Teruna’ aku?!

“Sorry.. saya mengejutkan encik.”

Eewaah tayang muka cute nak suruh aku tergoda lah tu!

Pantas Khairulisa masuk dalam bilik dan bersila disebelah aku.

Aku esot badan keatas. Minah ni langsung tak takut dengan aku!

“Mohd Khairul Iswadi ni Encik kan?”

Hah?! Sekali lagi aku pandang Khairulisa, perempuan tu menghulurkan keratan akhabr kepada aku.

Pantas aku ambil.

‘Pemandu dan pengawal peribadi Dato Danish turut terbunuh dalam kemalangan jalan raya?’

Aku telan liur. Gambar aku, pak kodi dan Dato Danish terpampang kat kertas tu.

Ye.. Aku kira-kira Dato dan Pak Kodi memang tak boleh diselamatkan lagi. Tapi aku? Aku masih hidup! Kenapa diorang boleh keluarkan kenyataan yang ku dah mati?

Aku lihat lagi gambar kereta yang kami naiki malam tu terbakar teruk dan rentung. Mungkin sebab tu diorang tak dapat nak cam mayat.

“Betulah kan Encik ni Mohd Khairul Iswadi? Pengawal peribadi Dato Danish? Tapi kat paper tu cakap Encik dah mati, kenapa Encik ada kat sini.”

Wajah blurr Khairulisa aku tatap. Pantas aku sorong muka aku dekat dengan dia “Kau rasa kalau orang dah mati tiba-tiba wujud balik, apa maksudnya?”

Nak tergelak aku tengok Muka minah tu yang ketakutan “Kau je yang nampak aku... takde orang lain yang nampak.. kau tak rasa pelik ke?”

Makin bluur minah tu makin aku rasa nak kacau.. jerk tak aku?

Suka weeii, tengok muka dia!

Wajah aku makin didekatkan dan bukk!
Dengan tenaga perempuan, minah tu tolak aku sehingga aku terbaring kembali.

Terus tersembur tawa aku dengan tingkah dia.

Lepas tu tak habis-habis aku usik dia, sampai muka blurr dia dah merona merah.

Malam tu kami makan sama-sama, mulanya Khairulisa taknak makan dengan aku. Takut!
Tapi bila kena paksa baru dia nak makan sekali. Itu pun muka dah cebik!

Makin geli hati aku tengok minah ni! Hilang semua stress aku!

Sesusai makan dan mandi, Lisa datang lagi bilik aku untuk cuci luka jahitan aku. Itu pun sebab aku paksa.

Lama aku pandang perempuan tu, penuh tekun bersihkan luka aku. Mulut dia tak bising lagi macam tadi.

Aku senyum joker “Kau taknak tanya ke aku siapa?” Sengaja nak panaskan keadaan.

Apa lagi minah tu pandang sambil beri gift jelingan tajam kat aku.
Rasa nak tergelak pulak!

Aku melepaskan keluhan panjang dan satu persatu tentang aku dan kemalangan malam tu aku cerita kat minah ni.
Entah kenapa aku rasa aku boleh percaya kat dia.

Yang kelakarnya boleh pulak Khairulisa tuduh aku panjat bumbung rumah dia, semata-mata nak masuk bilik ni!

Giler apa?! Ingat aku pencuri ke?
Memang badan aku tough tapi aku tak pernah buat kerja haram macam tu!

Lagi satu aku mintak minah ni jangan berencik-encik dengan aku lagi. Geli!

Habis aku cerita, Khairulisa terus diam. Tak tanya banyak lagi. Aku tahu dia pun masih teragak-agak dengan aku.

“Aku tak tahu nak cakap macamana supaya kau boleh percaya aku, tapi aku nak mintak kebenaran dari kau untuk aku tinggal kat rumah ni beberapa hari lagi supaya aku dapat selesaikan kes ni sebelum aku jumpa pihak polis.”

Khairulisa pandang aku “Awak boleh tinggal kat sini, saya tahu awak pun kelam kabut fikirkan apa yang perlu dibuat. Kalau saya kat tempat awak pun dah lama saya mati.”

Mata bundar minah tu aku tatap. “Selagi aku kat sini aku akan pastikan yang kau akan selamat!” Percayalah aku Lisa.. kerana aku masih perlukan kau.

******

Hari keempat aku kat rumah ni..

Khairulisa kerja shift malam, pagi tu baru dia balik.
Sungguh aku tak sedar pun minah ni takde kat rumah sepanjang malam. Mungkin badan aku masih letih.

Pagi tu kitaorang sarapan sama-sama.

Nasi beriyani mamak!
Huh! tak habis-habis dengan makanan mamak! Mujur perut aku memang serasi dengan mamak, kalau tak, nak termuntah hijau!

Seusai makan sempat aku mintak computer dengan minah tu untuk aku guna.

“Awak nak buat apa?”

Eh! Banyak tanya pulak minah ni.. “Nak jual!” selamba kau jawab

Polos giler Minah ni!
Kalau nak jual baik aku jual dia, lagi banyak untung!
Dah la muka tu cute giler. Mesti ramai dato-dato nak beli punya!

Dari pagi, masuk ketengahari kemudian sampai kepetang. Perempuan tu tak keluar-keluar dari bilik. Aku kira dia tidur agaknya. Penat.

Apa lagi, perut dah lapar. Aku sendiri pergi dapur, masak.

Excuse me! Ingat aku tak pandai masak ke?
Petik jari dah boleh siap depan mata tau!
Dah siap makan sorang-sorang, aku kembali ke bilik. Rehat.

Tiba-tiba minah tu menyemburkan wajah dia kat muka pintu. Sah muka baru bangun tidur!

Lepas tu tanya aku dah makan belum? Nak tunggu dia, kebuluq la jawabnya! Aku cakap aku dah masak dan dah settle makan pun.

Terkejut beruk tengok muka dia. Mungkin dia tak caya aku pandai masak kot.

Khairulisa keluar menuju ke dapur dan makan.

“Awak nak guna laptop kan?!”

Adess perit telinga aku dengar minah ni jerit dari dapur sambil mulut tu penuh dengan makanan.

“Kau ni kalau tengah makan boleh tak jangan bercakap?”

Terus dia Diam.
Pantas kepala aku digeleng laju. Tak serupa bini orang la dia ni?

Tapi sepanjang empat hari aku kat sini, nampak Si Lisa tu sorang je.

Tahu lah dimadukan, tapi takkanlah laki dia tak jenguk langsung. Dua hari lepas aku dengar diorang bergaduh, tapi aku pun tak tahu punca.

Kesian jugak aku tengok Doktor Lisa ni!

Seusai minah tu makan. Aku menuju keruang tamu sementara menunggu dia membawa laptop.

Aku buka rantai yang Dato beri dan tersembul pendrive, lantas aku cucuk kat laptop yang Khairulisa berikan.

Memang cuak giler aku tengok muka minah tu. mungkin dia macam aku, terkejut bila rantai pada tangan aku tu sebenarnya pendrive.

Maklumat dalam pendrive tu aku tilik.

Shit! Lantas penumbuk ku dihentak keatas meja! Betul lah kematian Dato Danish tak disengajakan.

Dan betul juga perkiraan aku kiranya Tuan Daniel, adik kepada Dato Danish berkomplot untuk kenakan abang nya!

Sampai hati kau Tuan Daniel!

Mouse terus digerakkan lagi kekiri dan kekanan sambil butang ditekan-tekan.

Lisa turut duduk kesebelah aku untuk tengok.
Biasa lah MINAH KEPOH kan.. semua benda nak ambil tahu.

Siap suruh aku buat report polis sekarang jugak.

Woii Minah! Ingat ni main ‘police entry want to jaga’ ke?
Semua benda nak lapor polis?

Lek luu.. siasat habis-habis.. baru lapor polis! Kalau aku keluar sekarang pergi balai polis, ingat polis nak percaya kat aku?

Entah-entah diorang pun pengsan sebab ingat mayat yang mati rentung, bangun balik!

Dasar Minah Kepoh!!

Kreeengg!!

Serentak aku dan Lisa berpandangan.

Bunyi seakan pintu pagar dibuka.

Apa lagi! terus aku tarik pendrive tu dan mencicit masuk kedalam bilik.

Takut!
Hei tolong sikit ek! Aku persilat Gayung bengkung merah, tak takut dengan sesiapun.

Cuma aku jantan sejati, bertindak selepas berfikir..

Pada aku, lebih elok aku sorokan diri selagi boleh. Dan harap minah tu tak inform tentang aku.

Daun pintu ku dengar kasar dibuka.

“Kau kat rumah?! tapi tak boleh nak bukak pintu?!”

Kasar doh suara yang aku dengar! Mungkin laki minah tu kot.

Jantung aku makin kuat berlari!

Tiba-tiba, Pang!
Dan aku dengar Si Lisa tu menjerit, tahan sakit!.

Badan rasa tertolak kedepan, hajat untuk keluar, namun tindakan aku mati.

Aku dapat agak mamat tu pukul Lisa. Tapi kenapa?
Benda boleh bawak bincang kot! apasal jadi jantan dayus nak pukul perempuan?

“Abang.. Lisa tak kacau bini abang..” Mendayu je aku dengar suara Lisa berselang dengan sendunya.

“Kau datang jumpa bini aku tengah jalan! Kau ugut nak bunuh bini aku! Kau ugut nak bunuh anak aku! Kau masih nak nafikan Lisa?!”

Makin kuat suara garau memaki Lisa, Aku hanya beku mendengar perbalahan pasangan tu.

Nak tolong?
Sorry la der.. aku tak masuk campur urusan rumah tangga orang.. nanti tak pasal-pasal aku yang terkena.

Dah lah aku menumpang tanpa laki Si Lisa tu tahu. Salah besar dah apa aku yang aku buat ni, sebab tinggal serumah dengan perempuan berstatus bini orang pulak tu!

"Abang... Sumpah bang.. Lisa tak pernah pun ugut bini abang.. percaya lah Lisa..”

Sayu doh hati aku dengan Minah Lisa tu merayu..

“Lisa aku dah muak dengan kau Lisa! Dah lama jugak aku sabar dengan sikap kau.”

Haish! Menyampak pulak dengan jantan tu terus maki-maki bini dia!

“Lisa! Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Hoi! Apa aku dengar ni?! Shit! Mother fucker!

Selamba badak mamat suara garau tu ceraikan bini dia? Giler!

Kan ke Si Lisa tu dah merayu-rayu tak bersalah! Kenapa taknak dengar dulu!
Suka-suka hati lafaz cerai!

Aku ni tak pernah kahwin tapi aku pun tahu, bertapa bergegarnya tiang arassh waktu mamat tu mengungkap kata cerai!

Terus lepas tu telinga aku menangkap drama air mata.
Lisa masih merayu-rayu mintak laki dia tarik balik kata-kata cerai, tapi aku dapat agak jantan dayus tu dah bulat dengan keputusan dia.
Sebab takde kata pujuk memujuk pun lagi.

Sebentar kemudian terdengar enjin kereta dihidupkan sebelum ia meluncur laju.

Aku agak laki Lisa dah takde.

Terus aku menapak keluar bilik.

Lisa duduk sambil wajahnya tertunduk.

Aku merapati minah tu, badan dia dah terhoyong-hayang, sikit lagi nak tersembam ke belakang.

Cepat aku menyambut dengan tangan kiriku, kalau tak, dah sah-sah kepala dia kena lantai.

Saat kepala Lisa berada dilengan aku, aku pandang dia yang mendongak kearah ku. Pipi dah basah dengan air mata. Kesian weii..

“Aku... aku tak salah... aku tak pernah nak ugut Ros.. aku tak pernah fikir untuk bunuh anak suami aku.. aku bersumpah... aku tak pernah buat semua tu.. akuu..”

Koyak jiwa aku dengar rintihan Si Lisa ni.. siap sumpah bagai..

Sesaat kemudian mata wanita itu tertutup erat, kepala dilentok rapat kedada aku!

Sudah...

Mati ke minah ni!

Aku tepuk lembut pipi Lisa kiri dan kanan. Takde respon.. jari aku letak kat hidung dia.

Kuat tamparan nafas wanita tu pada jemari aku.
Fuh.. masih bernafas.
Mungkin dia pengsan kot..

Perlahan aku angkat wanita tu dan dibaringkan diatas sofa.
Rambut dia aku kuak ketepi. Jelas kelihatan pipi kiri wanita ni, kemerahan kesan tapak tangan.

Aku pasti, Si Lisa ni kena tampar dengan suami dia.

Sebal! Jantan sebenar takkan pukul perempuan! kalau rasa nak beradu tenaga.
Lawan sama kaum sejenis!
Bukan lepas tangan pada perempuan! Shit!

Aku urut belakang leherku. Entah kenapa hati aku bagai dicakar-cakar bila lihat keadaan Lisa macam ni!

Lama aku pandang Lisa yang lena diats sofa.

Aku tak tahu apa sebenarnya cerita perempuan ni.
Tapi dari raut Lisa aku dapat agak, dia pendam banyak perkara sedih.

Aku bangun, menuju ke bilik aku. Selimut dan bantal aku ambil dan dibawa kembali keruang tamu.

Perlahan kepala Lisa aku angkat, dan bantal diselitkan dibawah.
Dan kemudian tubuh itu aku selimutkan.
Tidak semena air menitis di tepi mata wanita itu.
Menangis dalam tidur.

Arggh! Aku yang rasa sebak!

Perlahan ubun-ubun Lisa aku lurut. Tenanglah Lisa.. kau kena kuat.

Bila terdengar dengkuran halus wanita itu, terus aku bangun dan menuju ke dapur.

Aku kira nak masak bubur bagi minah tu makan lepas dia sedar.

Yelah... Si Lisa ni dah tolong selamatkan nyawa aku, tak salah kalau aku nak balas budi dia kan?

Mujur aku ada dalam rumah ni, kalau perempuan ni kiok tadi sape nak bantu?
Dah lah suami dayus dia keluar menonong je tinggal kan bini! Jantan tak guna!

Lama aku kat dapur, siapkan bubur.
Tiba-tiba terdengar sendu, makin lama, makin kuat.

Langkah besar menuju keruang tamu.

Lisa bergerak-gerak.

Aku melutut ditepi sofa, dahi wanita itu aku sentuh.Panas! Demam ke?
Lengan aku dilarikan.

Pantas langkah kembali ke dapur dan mengambil kain bersih untuk dibasahkan.

Aku kembali melutut disebelah Lisa, kain basah tadi aku letak kat dahi dia.
Sesaat aku menarik lenganku, tiba-tiba dengan lembut Minah tu capai tangan aku.

“Abang... abang jangan tinggal kan Lisa.. Lisa takut..”

Sayu... dalam tidur pun minah ni masih nak merayu.
Dah lah pegang lengan aku, lepas tu panggil aku abang pulak. Jiwa koyak der!

Perlahan aku keluarkan gengaman Lisa dari lengan aku.
Mulanya dahi dia berkerut seribu, namun wajah wanita ni kembali tenang apabila aku mengelus lembut ubun-ubunya.

Lisa... jangan sakit...

Perlahan wanita itu membuka matanya.

Aku pandang tepat “Kau dah sedar?”

Lisa memegang tuala basah didahinya muka dikerutkan lagi. Mata lihat aku. “Macamana saya boleh ada atas sofa ni?”

Aku pandang muka jerk Lisa..Ewah.. nak tuduh aku cuba lakukan benda tak baik pada di lah tu!

“Habis tu kau ingat aku larat nak angkat kau kat bilik tingkat atas tu” Aku juih bibir. Terus badan aku bangun dan menuju kedapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience