SATU

Mystery & Detective Series 73690

“Dato... betul ke Dato tak nak buat laporan polis berkenaan ugutan yang dato terima tu?” Aku berpaling ke tempat duduk dibahagian belakang kereta tersebut.

Wajah Dato Danish ku pandang. Wajah yang penuh dengan kekusutan.

“Biarlah dulu Wadi, saya taknak besar kan hal ni.”
Aku mengangguk, lantas kembali memusingkan badan dan melihat kehadapan.

Aku baru sahaja pulang dari dinner bersama client Dato Danish. Aku tak tahu apa yang mereka bincangkan.

Aku hanya duduk disebelah sambil memerhati sekeliling takut-takut ada sesiapa yang tidak dikenali datang melakukan sesuatu yang buruk pada Dato Danish.

Kerana aku adalah seorang Bodyguard.

Atau dengan kata lainya Personal Bodyguard yang diupah oleh Dato Danish sejak 4 tahun yang lalu. Kerja aku tak susah, aku hanya menjaga Dato Danish dari sebarang ancaman.

“Saya sebenarnya dah penat untuk semua ni... saya rasa nak rehat.. saya bukan suka pun nak berebut harta dengan sesiapa. Saya cuba pertahankan hak saya untuk keluarga saya...”

Aku hanya mendengar omelan Dato Danish yang diakhiri dengan keluhan yang panjang.

“Wadi..”

Aku berpaling semula kebelakang.

“Awak janji dengan saya, jika berlaku apa-apa pada saya. Tolong jaga family saya ye.”

“Berdoa banyak-banyak Dato. Inshallah saya akan buat yang terbaik untuk dato dan keluarga dato.” Aku senyum memandang Dato Danish. “ Tidur lah Dato. Nanti sampai rumah dato, saya kejutkan”

Dato Danish menganggukan kepala dan kemudian membetulkan posisi duduknya lantas melelapkan mata.

Aku berpaling kearah pak Kodi, pemandu Dato Danish “Pak Kodi letih? Kalau Pak Kodi letih, biar saya je yang drive. Pak Kodi rehat.”

“Tidak apa-apa. Pak Kodi sudah rehat tadi sementara menunggu dato habis meeting. Wadi rehat lah juga ye”

Aku mengganguk membalas jawapan Pak Kodi yang berslang jawa itu.

Keluhan dilepaskan, sememangnya badan aku pun agak keletihan kerana kurang rehat sejak-sejak Dato Danish semakin rancak dengan bisnesnya.kesana kemari aku mengikut lelaki yang berusia 50an itu.

Namun walaupun penat, tapi hati aku sangat tenang berkerja dengan Dato Danish.

Kerana pada aku, Dato Danish adalah seorang lelaki yang sangat baik dan tidak pernah menjadikan kekayaan sebagai jurang perhubungan.

Begitu juga dengan isteri serta anak-anak Dato Danish. Semuanya baik-baik belaka. Dan kerana itu lah aku kekal berkerja dengan Dato Danish.

***************************
Ketika aku sedang terlelap. Tiba-tiba aku merasakan badan aku bagai bergerak-gerak. Aku membuka mata lantas memandang Pak Kodi.

Aku lihat pak Kodi memegang kemas stereng kereta sambil mengawal pemanduannya. Sesekali aku lihat pak Kodi menijak-nijak pedal brek dikakinya.

“Kenapa Pak Kodi?” Aku kaget.

“Tak tahu lah wadi. Tayar ni macam lari-lari, tekan brek pun macam tak makan”

Aku lihat Pak Kodi dah mula berpeluh “Takpe Pak Kodi.. berhenti ketepi dulu kita tengok apa yang berlaku.”

Pak Kodi menangguk tanpa memandang aku.

Aku Lihat Pak Kodi memperlahankan kenderaan. Beberapa kali kaki lelaki itu memijak pedal brek namun kereta masih tidak berhenti malah makin laju meluncur memandangkan jalan itu sedikit curam.

Tangan aku sudah bersedia pada pedal brek tangan. Jika terjadi apa-apa, pedal brek tangan ni akan ku angkat untuk memaksa kereta berhenti.

Tertapi cara ni agak bahaya dan sangat berisiko, jika kereta berhenti mengejut saat terlalu laju. Kereta itu mungkin akan berpusing atau terus terbalik.

Aku cuba bersedia dengan kemungkinan yang ada.

“Brek tak makan lah!”

Aku dengar suara Pak Kodi dah kelam kabut.

Aku berpaling kearah Dato Danish yang kaku terdiam di belakang.

Saat aku pandang semula kehadapan, biji mata aku tertancap pada lampu yang sudah terang mengenai mataku!

“Pak Kodi!” Aku menjerit.

“Allahuakbar!”

Kali terakhir aku dengar laungan Pak Kodi, sebelum semuanya menjadi gelap.

***********

Aku membuka mataku perlahan. Dadaku terasa sesak.

Hargh?! Apa yang aku pandang sekarang adalah dunia sedang terbalik! Aku membesarkan biji mataku!

Tak! Tak! Kereta ni dah terbalik!

Apa yang berlaku?

“Wadi...”

Hah! Suara Dato Danish!

Aku cuba memusingkan badan tapi dalam keadaan kepalaku kebawah dan badanku keatas menyebabkan pergerakanku agak terhad.

Aku cuba bergerak membuka selt belt dan merangkak untuk keluar dari kereta milik Dato Danish yang sudah 360 darjah terbalik dan berpusing.

Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam keadaan yang agak sempit, aku berjaya mengeluarkan diri aku dari kereta itu. Dunia seakan-akan berpusing taktala aku cuba berdiri tegak di luar kereta. Mata dipejam sebentar, dan kemudian membukanya kembali.

Aku pusing kekiri-dan kekanan, suasana keliling sunyi. Jalan pun agak gelap. Aku rasa aku tak boleh tunggu sesiapa!

Aku kena selamatkan Dato Danish dan Pak Kodi!

Hah! Pak Kodi?!

Aku membongkok memandang Pak Kodi didalam kereta.

“Pak Kodi!” aku menjerit. Pak Kodi tidak sedar kan diri, Kepala lelaki itu seakan retak disebelah kanan, dan darah membuak-buak keluar!

Aku karget!

“Wadi..”

“Hah!” Aku pusing kebelakang, Aku lihat Dato Danish sudah pucat lesi. Lelaki itu cuba mengerakan dirinya. Tapi agak terbatas.

Aku beralih ke pintu belakang, dengan kekuatan yang ada. Aku cuba membuka pintu tersebut, nyata memang agak sukar. Mungkin kerana sebahagian kereta itu sudah kemek menyebabkan ada beberapa bahagian yang sudah tersepit.

Aku mencuba lagi, kali ni aku menendang pintu tersebut menggunakan kaki aku!

Sekali! dua kali! Dan kali ketiga! Pak! Pintu tersebut terbuka dan terus tertanggal!

Tanpa berlengah lagi, aku cuba menarik Dato Danish keluar!

“Arrghh!”

Aku terkejut saat Dato Danish menjerit.

“Kaki saya.... kaki saya tersangkut...”

Aku pandang Dato Danish dan kemudian aku pandang kearah kaki lelaki itu. Ye! Kaki Dato Danish tersepit antara kerusi hadapan dan lantai kereta. Kemungkinan kerusi itu sudah tercabut dan menghempap kaki lelaki itu.

Aku cuba mengangkat kerusi tersebut. Aku tak pasti betul ke tidak cara aku. Tapi apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah untuk menyelamatkan Dato Danish!

Bau asap sudah mula merebak sehingga kedalam kereta. Aku pandang bahagian bonet yang sudah mengeluarkan api.

“Wadi... keluar.. selamatkan diri..”

Aku pandang Dato Danish yang sayu melihat aku.

Bibir aku tidak menjawab, aku tak peduli! Aku tetap berusaha untuk menyelamatkan Dato Danish.

‘Bang!’

Satu letupan kecil memeranjatkan aku menyebabkan, usaha aku untuk menyelamatkan Dato Danish terberhenti.

Tiba-tiba Dato Danish menyarung seutas rantai keleher aku menyebabkan aku kembali sedar!

“Saya kata keluar!” Dato Danish memandang tajam kearahku!

“Tak! Saya takkan tinggal kan Dato!” Aku meneruskan usaha aku.

“Pergi!!” Dato Danish menolak aku dengan sekuat hati menyebabkan aku terlentang hingga terkeluar dari kereta!

Api dari bonet hadapan semakin marak dan tiba-tiba, BANG!!!!

Bunyi letupan yang kuat membuatkan aku tertolak jauh dari kenderaan tersebut!

“Dato!!” aku menjerit kuat! Lutut sudah menggigil.

Dihadapan aku sekarang ni ibarat gunung berapi kecil yang yang sedang meletus! Walaupun keadaan dikawasan itu gelap namun kerana api yang sangat marak membakar kenderaan Dato Danish , menyebabkan suasana terang berderang!

Aku masih terduduk membisu melihat kejadian dihadapan aku, aku tak tahu lagi apa yang perlu aku buat! Api semakin membesar meranapkan keseluruhan kederaan tersebut dan... isi manusia didalam nya.

Dalam keadaan yang masih berserabut itu, aku melihat sebuah kenderaan yang berhenti ditepi jalan. Dua orang lelaki keluar dari kenderaan tersebut.

‘Hah! Syukur ada orang yang berhenti! Aku kena mintak tolong!’ Aku berlari menghampiri dua lelaki itu.

Semakin aku mendekati lelaki tersebut makin terang aku dapat melihat rupa mereka berdua.

Dan taktala hanya tinggal beberapa inci sahaja jarak kami, dapat aku lihat senyuman diwajah kedua-dua orang lelaki tersebut.

Aku kaget, aku cuba memperlahankan langkah aku dan tiba-tiba seorang dari lelaki tersebut meluru kearah ku.

Dan... Arrrgh! Aku pegang perutku yang terasa perit!

Rupa-rupanya lelaki yang meluru kearah ku telah menghunuskan pisaunya dan menikam ke perutku!

Suasana semakin tegang apabila rakannya menendang aku menyebabkan aku tersungkur jatuh mencium lantai Tar.

Sakitnya hanya Allah yang tahu!

Dalam keadaan kelam-kabut, aku cuba mencari kekuatan diri untuk bangkit!

Perlahan aku bangun dan menegakan badan aku, aku mencari langkah yang lebih stabil. Bunga silat kubuka dan kuatur kemas.

Aku tak kenal siapa sebenarnya watak dua orang lelaki ini! yang pasti sekarang aku harus mempertahankan diri aku.

Kedua-dua lelaki tersebut mengeluarkan pisaunya dan beberapa kali cuba dihunuskan kepada ku.

Dan banyak kali juga kau mengelak.

Pak! Satu tendangan kuat aku lepaskan pada salah seorang lelaki tersebut, menyebabkan lelaki itu rebah.

Rakan lelaki itu kaku taktala melihat temanya terbaring tidak bergerak.

Sebentar kemudian beliau berpaling kearah aku. pisau ditangannya digengam kemas dan bersedia untuk dihunus kearah ku!

Aku juga terus menyediakan buah silat untuk mempertahankan diri!

Tertapi........ aku dapat merasakan kepalaku berpusing ligat. Pedihnya rasa tempat tikaman menyebakan jantung aku berdegup kencang.

Aku rasa aku tak boleh meneruskan pergaduhan ini, kekuatan aku hampir kabur.

Ketika lelaki itu meluru kearahku sekali lagi sambil menghunuskan pisaunya, aku mengelak cepat dan menolak lelaki itu hingga rebah!

Dan tanpa berfikir panjang aku terus membuka langkah seribu berlari memasuki semak samun disebelah jalan tanpa memperdulikan arah tujuku.

“Ooooiiiiii!!! Jangan lari!!!”

Bunyi jeritan lelaki tersebut tidak kuperduli, langkah ku makin panjang. Sesekali aku merengus taktala kepedihan terasa yang amat sangat dibahagian perutku.

Langkah terus diatur, segala semak samun aku jelajah. Aku tak pasti samaada lelaki tersebut masih mengejarku aku tidak, atau mungkin juga aku sudah hilang dari radar lelaki tersebut.

Hah! Bagus lah! Apa pun aku kena teruskan perlarian ku! aku tak berdaya lagi untuk terus berlawan. Melarikan diri adalah jalan terbaik.

Suasana masih gelap, aku tak pasti apa yang ada dikeliling aku sekarang ni.

Aku terus berlari hingga ternampak sebuah jalan kecil.

Huh! Aku rasa aku dah jumpa jalan keluar!

Aku melintas jalan tersebut dan betul sangkaan ku, dihadapan kelihatan sebuah kawasan perumahan yang agak sunyi. Mungkin sudah larut malam.

Aku memperlahankan langkah aku. sesekali kepalaku toleh kebelakang, takut-takut lelaki tadi masih mengejar. Syukur bayangan lelaki itu tidak kelihatan lagi.

Aku menapak menuju kebahagian belakang kawasan perumahan tersebut, kerana aku merasakan di kawasan belakang adalah tempat paling strategik untuk menyorokkan diri.

Aku berjalan perlahan melalui lorong belakang yang gelap. Tempat tikaman tersebut aku tekup dengan tangan kerana aku rasakan darah yang keluar masih tidak berhenti.

‘Gelapnya rumah tu! macam takde orang!’
mata aku tertancap pada sebuah rumah yang agak gelap berbanding rumah-rumah disebelahnya.

Ditambah pula dengan semak samun yang hampir separas pinggang aku, menguatkan lagi tanggapan aku bahawa rumah tersebut tidak berpenghuni!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience