LAPAN

Mystery & Detective Series 73690

Hidup aku kembali seperti sebelum ni, Cuma bezanya aku tak lagi bekerja sebagai Bodyguard.

Hari ni Sharizam datang jumpa aku.
Terkejut beruk lah dia waktu dengar suara aku waktu aku call dia.

Sharizam sepupu aku anak Pak Long. Sebaya dengan aku, dari kecik kitaorang selalu bersama.

Belajar silat pun sama-sama, Tapi Sharizam beruntung, sekali je interview, terus dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam akademi polis sehingga keluar menjadi seorang Inspektor.

“Bukti ni dah kukuh bro, tapi aku minta family Arwah Dato Danish kemukakan aduan supaya pihak polis dapat keluarkan waran.”

Sharizam masih menilik kandungan pendrive yang dipasang pada laptop Usu.

“Aku dah cakap dah dengan anak lelaki Arwah Zam.. Aku rasa diorang tengah buat aduan sekarang ni.”

Sharizam angguk, dagu diurut perlahan. “Siapa lagi yang tahu kewujudan bahan bukti ni?”

Lisa!
Tiba-tiba wajah perempuan tu bermain kembali di kotak fikiran aku. Tapi mulut terus terkunci

“Bukti ni bahaya sangat, kau jangan lepaskan tau. Kalau boleh kau bagi terus kat pihak polis.”

Aku percayakan Sharizam lagipun dia memang diunit bahagian siasatan jenayah komersil.
Aku pasti dia lebih tahu. “Boleh ke kalau kes ni aku bagi kat kau Zam?”

Zam mengangguk laju.
“Dah lama aku nak siasat kes ni Wadi! Aku sendiri tengok kereta Arwah yang rentung hari tu. Terus-terang aku memang tak percaya kau terlibat sekali Wadi. Masa forensic investigate, memang dia jumpa serpihan IC kau dengan telefon kau yang dah hancur. Tapi DNA lain takde.
Itu yang kitaorang musykil. Pulak tu aku tengok jarak kedudukan telefon dengan IC kau jauh sangat. “

Aku terus mendengar.

“Member aku yang incharge kes tu jumpa anak lelaki Arwah dan cerita kan semua dan we all agak kejadian ni memang kes sabotaj. Sebab tu anak dia mintak member aku untuk teruskan siasatan”

“Habis tu kat paper kenapa senang sangat cakap aku dah mati?”

Sharizam angkat wajah, kening kiri ditinggikan “Biasalah, kitaorang nak tutup kes ni kat wartawan, teruslah cakap kau pun rentung. Padahal sampai ke hari ni aku dengan member aku masih tengah siasat hal kemalangan tu.”

Sharizam tepuk bahu aku “Aku akan jumpa Family Arwah dan mintak untuk dia buat report kat balai polis sini, lepas tu aku akan ambik kes ni dan bawa ke Ibu pejabat.”

Aku mengangguk lega.

“Tapi kau akan terlibat Wadi, mungkin kau sendiri akan jadi suspek.”

Kepala diangguk lagi. Ye.. siapa yang akan percaya aku sorang je yang selamat bila kereta Dato hundred percent rentung!
Dan lepas aku selamat, aku terus diamkan diri. Tak salah kalau polis suspek aku terlibat sekali sekali nak bunuh Dato.

“Sebab tu aku tanya tadi siapa yang selamatkan kau? Dari situ kita ada bukti yang kau tak bersalah.”

Aku tunduk wajah. Belakang leher aku urut.
“kalau aku cerita siapa, kau rasa dia akan selamat ke?”

Sekali lagi Sharizam tepuk bahu aku “Wadi.. selagi aku ada, aku akan akan pastikan kau selamat.”

Aku geleng kepala “Bukan aku, tapi orang yang tolong aku tu. Kalau aku dedah kan dia, kau pasti dia selamat?”

Sharizam kecilkan kelopak mata “Pelik soalan kau ni! Dah tentu lah dia kan selamat.”

“Betul..” Aku cuba cari keyakinan lagi.

Sharizam menyandar belakangnya. Wajah aku terus dipandang penuh tanya.

Kalau boleh aku taknak libatkan Lisa.. Aku taknak terjadi apa-apa kat dia. Tapi sebab Sharizam paksa.
Akhirnya aku bukak mulut ceritakan semua.

Sharizam beri jaminan kat aku yang Lisa akan selamat.

Aku lepas keluhan.. Lisa.. maafkan aku..

*****

Runtin aku makin sibuk 3 minggu ni. Turun naik balai, bagi report.
Mujur anak Arwah percayakan aku, jadi kes ni tak rumit sangat. Cuma berkali-kali polis mintak Lisa hadir ke balai sebagai bukti report aku.

Aku slow talk dengan Sharizam, mintak tangguh. Sharizam faham.

Anak Dato Danish kemudian mengupah peguam untuk menyamankan Tuan Daniel.

Waktu tu lah huru hara sekejap sampai Tuan Daniel bawa konco-konco dia jumpa aku.

Kenapa jumpa aku? bukan anak Dato Danish? Sebab bukti semua pada aku!

“Kau sedar tak kau lawan dengan siapa sekarang ni Wadi?”

Ye la.. sedar.. kau tu kaya dari aku. Ada syarikat sendiri. Tapi nak bankrupt sebab tu kau usaha nak rampas syarikat abang kau! “Saya mintak maaf Tuan Daniel.. saya tak bermaksud nak lawan Tuan.”

“Habis tu kenapa kau pandai-pandai buat aduan Bodoh!”

Berdesing telinga aku bila jantan nak dekat separuh abad ni panggil aku BODOH!
“Bukan saya yang buat aduan, tapi Tuan Fakrul” Tuan fakrul anak dato Danish.

“Tapi bukti semua kau pegang kan?” Tuan Daniel peluk tubuh. Empat orang konconya berdiri tegak kat belakang.

Macam scene mafia pulak. Dah lah tahan kereta aku tiba-tiba lepas tu suruh aku drive sampai kat lorong takde orang.

Ingat aku takut?

Badan konco-konco Tuan Daniel sama saiz je dengan aku, sekali buah Silat Gayung Panglima Ulung, aku bukak mencicit la korang lari!

“Jadi selama ni Tuan Daniel nak kan bukti tu sebab tu sanggup bunuh Dato Danish?” Aku cuba matikan ayat Tuan Daniel.

Tapi boleh pulak orang tua tu gelak besar! Annoying der!

“Kau tu bodyguard Abang aku je Wadi.. Kau tahu apa? Kau senang pun sebab abang aku ambik kau jadi bodyguard, kalau tak kau duduk je lah jaga kolam ikan. Ha ha ha!”

Hina sangat ke kerja kolam ikan?

“Macam ni la Wadi.. Kalau kau nak.. kita boleh bekerjasama.. kau bagi aku barang bukti tu.. aku bagi kau apa saja yang kau nak. Deal?” Tuan Daniel angkat kening.

“Tuan nak rasuah saya?” Pergi mampus lah! Kau ingat aku tamak harta ke?

Sekali lagi Tuan Daniel sembur tawa, kali ni konco-konco dia pun terangkat-angkat bahu tahan gelak.

Lawak sangat ke? Sabar jelah hati...

“Kau ni memang layak kerja kolam ikan je lah Wadi.. rasuah dengan hadiah pun tak boleh beza. Aku nak bagi kau hadiah besar kot.. takkan taknak?.”

Aku cebik bibir “Apa saja HADIAH dari Tuan Daniel, saya takkan ambik, tanpa HADIAH Tuan Daniel pun saya masih mampu sara hidup saya sendiri.”

Tuan Daniel hentak kaki! Bola mata aku ditenung “Kau jangan tunjuk berani Wadi! Kau silap kalau nak main dengan aku!”

Huh! sikit pun aku tak takut der!

Lepas Tuan Daniel pergi, aku call Sharizam.. bagitahu yang aku diugut. Zam mintak aku buat laporan.

Tapi aku taknak besarkan lagi. Takut ganggu siasatan yang dah dijalankan. Lagipun aku taknak mak risau kalau dia tahu.

Pagi tadi pun mak bising bila dengar ku nak turun KL. “Acik jumpa peguam Dato mak.. lepas tu Acik balik.” Aku cuba tenangkan hati mak.

“Lepas kau jumpa peguam tu, terus balik tau.”
Aku angguk kepala.

******

“Khai... awak okay?” Linda sambut aku ketika langkah kaki aku sampai kat pejabat peguam.

Senyum aku ukir pada Setiusaha Mr. Bong ni.

Cerita tentang perjumpaan dengan Tuan Daniel tadi, aku cuba tutup, selagi dia tak apa-apakan aku, aku takkan hebahkan cerita.

“Takutnya saya masa dengar awak terbunuh sekali waktu accident tu.”

Wajah Linda terus aku tatap, aku tak la kenal sangat dengan dia ni. Tapi sebab Mr. Bong, bos Linda dan lawyer tetap family Dato Danish, jadi dari situ aku mula kenal.

Waktu Arwah Dato selalu datang sini uruskan Aset dia dengan Mr. Bong, selalu lah aku ikut, Dah namanya Bodyguard kan.

“Are you okay Wadi?” Aku berpaling saat Mr Bong datang menghampiri aku. Salam dihulur dan aku sambut, Lantas kepala diangguk perlahan.

“I terkejut dengan apa yang berlaku, yesterday Tuan Fakrul datang jumpa I dan procced untuk bawa kes kematian Dato ke makamah”

Aku mengangguk lagi, Tuan Fakrul ada bincang dengan aku.
Pada aku Tuan Fakrul sama macam arwah ayahnya, sentiasa berperilaku baik dan tak mudah salah sangka.
Aku ni dilayan seperti keluarganya sendiri.

“If like that.. I akan bukak kertas siasatan, dan I sendiri akan sedaya upaya menuntut keadilan atas kematian Dato Danish.”

“Terima kasih Mr. Bong.”

Mr.Bong tepuk bahu aku. “No.. sepatutnya I yang kena berterima kasih dengan You, sebab you selamat. Kalau tak dah tentu kematian Dato Danish takkan dapat pengadilan. Thanks God!”

Aku pun rasa seakan aku diberi nyawa baru untuk melakukan sesuatu yang aku tak pasti apa dia.
Aku berharap sangat kes kematian Dato Danish dapat diselesaikan dengan segera.

Mr. Bong merekodkan semua kenyataan aku pasal kejadian malam tu, katanya ini baru permulaan, aku akan dipanggil berkali-kali lagi untuk diambil keterangan di pejabat ini dan juga di mahkamah nanti.

Aku angguk kepala. Faham dengan prosedur yang bakal aku tempuhi.

Aku tak kisah, yang penting kematian Dato terbela.

“Awak nak balik dah ke?”

Aku yang sedang menyangkut beg galas diatas bahu, mendongak pandang Linda. Kepala diangguk laju.

“Jom saya belanja awak makan, kerja saya pun dah siap.”

Mak aii.. berani betul minah ni? Siap nak belanja aku makan lagi. Aku buat muka nerd.

“Bukan apa, saya nak meraikan yang awak dah selamat.”

Meraikan? Baik buat kenduri selamat, baca Yassin lagi banyak pahala..

“Maaf Linda.. saya kena balik Melaka, Takut lewat nanti.”

Linda cebik bibir, tapi kepala diangguk tanda faham.

Setelah aku bersalam dengan Mr. Bong. Langkah dideraskan untuk keluar.
Bukan sengaja aku tolak ajakan Linda.. Tapi ada satu tempat yang aku nak tuju.

Dan sebenarnya dua tiga kali aku turun KL mesti tempat tu aku singgah sebelum pulang kembali ke Melaka.

Tenang aku memandu, akhirnya tempat yang aku ingin pergi, berada di depan mata.

Rumah agam 2 tingkat yang masih sunyi seperti dulu.
Rumah agam yang pernah aku diam selama 2 minggu, kerana rumah ni, aku ada tempat disaat aku bertarung nyawa dengan hidup aku.

Kereta Wira aku berhenti selang sebuah rumah dari rumah agam itu.
Mata ditilik. 2 hari lepas Kereta Nissan Kick milik rumah agam ni masih ada. Kenapa hari tempat parking jadi kosong?

Cuak?

Lama aku tunggu didalam kereta. Tiba-tiba pintu pagar terbuka, Kereta Nissan Kick melintasi kereta aku dan terus masuk kedalam parking.

Mulut membulat, mata dibesarkan. Tubuh yang keluar dari perut kereta tersebut aku pandang tepat.

Lisa..

Dia dah balik dari Australia ke? Kata sebulan cuti? Tapi sekarang ni baru masuk 3 minggu.

Lisa, berjalan menuju ke pintu belakang kereta, dan mengeluarkan plastic berisi barang.

Arrghh.. kenapa hati aku makin rindu bila tengok kau Lisa?

Aku cuba keluar dari kereta, aku nak dapatkan Lisa.. tapi tingkah aku jadi beku.
Sebab aku masih tak pasti status Lisa sekarang ni.

Mana tahu dia kembali semula dengan husband dia. Huhu.. melepas lah..

Tapi yang kau beria-ia sangat ni apahal Wadi?

Biar pun Lisa tak kembali lagi dengan Husband dia. Kau rasa dia pandang ke kat kau?

Dengan hanya lepasan SPM, jobless, harta yang ada Cuma Proton Wira hitam ni yang dibeli secondhand 5 tahun yang lepas.
Nak ke seorang Doktor pandang lelaki seperti aku?

Aku lepas keluhan. Lisa dah lama masuk kedalam rumahnya.

Syukur lah kalau aku hanya dapat lihat dia dari jauh. Dan aku boleh agak, Lisa dah selamat.

Terus gear aku masuk ke ‘D’ dan Proton Wira kesayangan aku meluncur laju balik ke Melaka.
Rasa rindu cuba dibuang.

2 minggu aku kenal Lisa.. kenapa dengan mudah perasaan aku jauh menyimpang pada perempuan tu?

Lisa bermata bulat dengan anak matanya hitam dan besar, sangat cute.
Hidung kecik mancung kat hujung teletak elok antara alis matanya yang tebal dan terbentuk indah.

Bibir dia nipis dan merah, aku kalah bila tengok Lisa senyum.

Tubuhnya genit dan pernah aku cepung 2 kali masih hangat terasa. Entah kenapa aku terus kalah.

Selama aku hidup, tak pernah aku jatuh sayang pada seorang wanita yang bukan mahram.

Bukan takde perasaan pada perempuan, tapi entah kenapa perasaan tu tak lebih berbanding perasaan aku pada Minah Lisa ni.

Giler.. kenapa dalam ramai-ramai perempuan aku boleh jatuh hati pada janda?

Rambut aku serabutkan.

“kau ni dah kenapa Acik, dari balik tadi mak tengok kau mengeluh je?”

Kepala aku dongak pandang mak yang bercekak pinggang depan aku. Bila masa pulak mak berdiri depan aku, bukan tadi masih kat dapur ke tengah masak?

“Takde apa-apa mak.” Aku sandar belakang kat sofa.

Mak melabuhkan punggung sebelah aku.
“Macamana kes Arwah dato?”

Aku lepas keluhan. “Panjang lagi mak kes tu, Tuan Daniel pun pasang lawyer untuk lawan.” Aku geleng kepala, Tuan Daniel memang takkan mengaku salah.

“kalau betul lah adik dia yang bunuh Dato, kesian kan.. Sampai hati nak buat darah daging macam tu.”

Aku hanya diam.. Makin besar darjat seseorang tu, makin rendah martabat kekeluargaan disisihkan. Huh!

Mak tepuk peha aku. “Ni mak nak cakap dengan kau Cik”

Aku betul kan duduk, wajah pandang mak, macam ada hal penting je!

“Along telefon mak pagi tadi, mintak hantar rombongan meminang kat Umairah, anak pak Imam tu.”

Hah! Sah! Along memang ada affair ngan anak Pak Imam tu “ Bagus lah mak, Diorang pun dah suka sama suka.”

“kau setuju ke Acik?”

Aku kerut dahi “Eh.. setuju sangat-sangat lah mak, Kak Umairah tu baik mak, sesuai sangat dengan Along. Lagipun Along dah cukup semua, elok lah dia kahwin mak.”

Mak lepas keluhan.. “Bukan apa cik.. Kau pun tahu kan Along kerja kat laut, paling kurang pun 3 minggu sekali baru balik. Boleh tahan ke Umairah kalau selalu kena tinggal nanti?”

“Laa.. Dah namanya Cinta, tak kisah mak kalau jumpa sekali-sekala pun, baru lah rindu.”
Macam aku rindu kan Khairulisa, Haip!

“Bukan apa Acik.. Nanti dah kahwin, ada anak. Takkan nak biarkan Umairah jaga sorang-sorang. Tahu along tu mampu beri kemewahan kat Umairah, tapi beri duit tak sama dengan beri kasih-sayang Acik.”

Aku diam kutik.. betul jugak apa mak aku cakapkan.
Teringat keadaan Lisa waktu dia ditinggalkan. Jika sekeliling lihat, Lisa sangat beruntung, ada kerjaya yang tinggi, duit, harta, semua cukup.

Tapi hilang nikmat kasih-sayang dari suaminya. Kenapa? Aku masih mencari jawapan.

Tangan mak aku gengam “macam ni lah mak.. nanti Acik try slow talk dengan Along, mintak dia cari kerja kat darat, lain negeri pun takpe, asalkan dapat bawa Kak Umairah tinggal sama lepas kahwin.”

Mak angguk kepala, mungkin setuju dengan pendapat aku.

Along seorang Jurutera yang nak dekat sepuluh tahun bekerja, mustahil syarikat lain taknak gajikan dia once Along berhenti dari offshore.

“kerja offshore besar lagi gaji cik.” Along pernah cakap macam tu kat aku suatu ketika dulu, bila aku bagi pendapat suruh dia kerja kat darat.

Tapi bila aku fikir balik, Banyak mana pun duit, takkan mampu beli kasih sayang.

“Kau pun bila lagi nak kahwin cik?”

Hah sudah, kenapa masuk bab aku pulak? Aku buat-buat tak dengar soalan mak.

“Sampai bila kau nak berkepit dengan mak je cik?”

“Aish mak ni, berkepit dengan mak sendiri pun salah ke?” Aku kerut dahi, senyum aku ukir.

“Salah tu tak lah.. tapi sampai bila? Takkan kau taknak bina keluarga sendiri cik.”

“Nanti lah acik fikirkan mak..” mata aku sorot ke TV, malas nak teruskan bicara isu kahwin lagi.

“Ke kau nak mak carikan?”

“Taknak!” cepat aku pusing wajah.

Terkejut mak dengan tingkah aku!

Sekali lagi bibir aku mengukir senyum “Maksud acik taknak lagi..” Kepala digaru walaupun tak gatal.

“Ke kau dah ada pilihan hati cik?"

Gulp! Liur ditelan payah.

“Kalau ada, bawaklah jumpa mak.”

Ada.. tapi dia tak pandang Acik mak... Acik sedar siapa lah acik ni..
Nothing special, bak kata orang putih!

Ayat mak aku biarkan tergantung, malas nak jawab.
Nanti makin banyak soalan mak. Tak terjawab aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience