Prolog

Mystery & Detective Series 73664

“Abang dah habis baca diari sayang?”

Aku mengangkat wajah memandang wanita yang kini menjadi milikku sepenuhnya selama 7 tahun.

Wanita itu senyum.

Senyuman yang pernah mengugat naluriku suatu masa dulu. Dan yang pasti senyuman itu sentiasa mengetar jiwa aku sehingga kini.

“Boleh sayang publishkan untuk dijadikan novel?”

Aku senyum sambil melangkah menghampiri wanita miliku itu yang sedang menyuap makanan kepada si kembar kami.

Aku bersyukur selepas setahun berkahwin, kami dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan.

Dan kini isteri aku hamil lagi untuk anak kedua kami.

Syukur Ya Allah!

Syukur dengan kebahagiaan yang tidak terhingga ini.

Aku mendekati isteriku, dahi wanita itu kucium lembut “Terpulang pada sayang” Aku menyahut.

Aku tahu isteriku amat meminati tulisan novel.

Dan entah kenapa, baru sekarang, wanita itu menyuarakan hasrat untuk membukukan diarinya.

Dan aku?

Aku hanya menurut.. sayang binilah kata kan..

Tapi sebenarnya aku tak kisah pun.

Diari ini sudah lama menjadi simpanan isteriku.

Hari ni wanita itu membenarkan diarinya dibaca oleh ku. Kerana pada dia, tiada rahsia lagi yang perlu disimpan.

“Tapi kenapa sampai sini je diari sayang? Lepas kita kahwin sayang tak tulis diari lagi ke?” Aku mengelus lembut rambut isteriku.

“Lepas kahwin, takde masa dah sayang nak tulis diari lagi bang”

“Hah?” aku menjengilkan biji mata. “Kenapa? Sayang penat ke? Abang minta maaf kalau sepanjang hidup dengan abang, sayang takde masa untuk diri sayang”

Aku mengutuk diri-sendiri! Sebelum berkahwin lagi aku dah berjanji dengan wanita ini yang aku akan menjaganya selalu.

Aku takkan biarkan wanita ku ini kecewa. Tapi nampaknya aku masih gagal.

Wanita itu mengengam jemariku. “ Sayang takde masa sebab ruang masa sayang semua dah dipenuhi oleh kasih sayang abang”

Eh! Pick up line ke ni?

“cia, cia, cia” Tidak semena-mena mulut aku menyebut tiga perkataan tu.

Wanita itu memandang aku sambil mengetapkan giginya. Dan tiba-tiba dada aku ditumbuk lembut “Apa la abang ni!”

“Argghh!, sakitnya..” Aku berpura-pura tunduk sambil memegang dadaku.

“Hah?! Sakit ke bang?! Sorry sorry! Sakit kat mana?”

Aku memandang wanita kesayanganku yang kaget menyentuh seluruh dadaku. Senyum diukir.

Perlahan tapak tangan wanita itu ku ambil dan membawanya ke dadaku.

“Kat sini sakitnya yang” Aku membiarkan tapak tangan wanita itu terus melekap didadaku.

“Sebab setiap kali abang pandang sayang jantung abang mesti berdegup kuat”

“Main-main lah abang ni...” Wanita itu menarik muncung panjang.

Aku membawa tangan wanita itu kebibirku pula dan mencium lembut “ Abang sayang Lisa. Abang janji akan sentiasa bahagiakan Lisa dan abang berjanji akan menjaga Lisa selamanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience