DIARI KHAIRUL ISWADI

Mystery & Detective Series 73664

DIARI??

Mmm.... aku anak jantan la! Anak jantan tak tulis diari! Tak macho la beb!

Tapi... ni pandangan aku je.. kalau reader ni anak jantan jugak, jangan kondem aku okay.

Setiap manusia ada cara tersendiri untuk simpan kenangan atau episod hidup dengan cara tersendiri.

Pada aku, otak aku masih cukup ruang untuk mengingati segala kenangan perjalanan hidup aku.

Lebih-lebih lagi melibatkan orang yang aku sayang.

Sejak aku mula mengenal cinta dan kasih. Ramai watak-watak keliling aku yang aku semat dan aku simpan erat dalam disk ‘brain’ aku ni.

Mak aku, Along, Angah, Usu.

Mmmmm... paklong ngan anak paklong Sharizam.

Mmmm.. ramai lagi lah!

Dan yang paling aku sayang dan inshallah akan ku pimpin sehingga ke syurga adalah Khairulisa.

Wanita pertama yang membuka hati aku untuk terus merasa erti cinta dan kasih sayang. Wanita pertama yang sentiasa membuat jantung aku berdegup kencang.

Teringat betapa meriahnya majlis perkahwinan kami dengan dihadiri ramai sedara-mara yang merestui kami berdua.

Waktu tu lah pertama kali aku mengenali erti Raja Sehari! Duduk diatas singgahsana sambil memerhati hadirin yang tak putus-putus mengadap aku untuk menepung tawar serta mengambil gambar.

Glamour nya aku saat tu hanya tuhan yang tahu!

Itu kisah waktu persandingan. Memang malu lah bila diri menjadi perhatian ramai. Tapi lagi malu dan gabra aku rasa saat nak akad nikah.

Waktu pernikahan kami berlansung kat masjid.

Aku duduk kat tengah-tengah ruang masjid tu sambil dikelilingi oleh ramai sedara-mara. Semua pandang aku.

Aku jeling BAKAL BINI AKU kat belakang.

Pak! Angah pukul bahu aku lembut “Dia belum sah bini kau, jangan berani-berani nak jeling.”

Aku pandang angah yang berbisik kat telinga aku.

Aku cepat-cepat melarikan pandangan ke hadapan. Kaki dah rasa kebas, dari tadi lagi bersila menunggu kedatangan Tok Kadi.

“Ngah.. Tok kadi nye mana? Tak sampai lagi ke?”

Telinga aku dapat menangkap pertanyaan Usu pada Angah.

Sebenarnya aku pun nak tanya perkara yang sama. Dada aku dah dup dap dup dap dah ni!

Kalau lah masjid ni takde aircond, aku rasa habis basah baju aku dek peluh!

Ya Allah harap berjalan lancar lah majlis aku hari ni. Dari malam tadi aku dah hafal skrip untuk aku terima nikah. Aku harap aku tak gugup lah bacanya nanti.

Angah dah awal-awal pesan.
‘Masa terima nikah nanti, kalau boleh jawab dengan satu nafas dan jangan tersangkut dan jangan tersalah ayat’

Aku mengangguk pelahan. Nasihat angah aku hadam sebab dalam 4 orang adik-beradikku, angah je seorang yang sudah menamatkan zaman bujangnya.

“Assalamualaikum.... mintak maaf saya lambat sebab uruskan penikahan kat kampung sebelah”

Aku mendongak memandang seorang lelaki yang ku kira-kira berusia hampir 60an, berjalan kearah ku sambil mengendong helmet ‘full face’nya.

Biar betul?! Ni ke tok kadi yang nak nikah kan aku?

Waktu tu semua mata tertumpu pada tok kadi termasuk aku.

“Rock giler tok kadi ni, dah lah naik motor harleydavidson, pakai helmet macam orang muda”

Aku mendengar beberapa kumpulan makcik bawang berbisik dibelakang ku.

Hah! Tak kisah lah rock ke apa ke? Yang penting tok kadi ni ada sijil untuk nikah kan aku!

Tok kadi tu duduk dihadapan aku lantas meletakan helmet full facenya disebelah. Kopiah putih dikeluarkan dari kocek jubahnya dan meletakan diatas kepala.

Cuba korang bayangkan, macam mana tok kadi ni naik ‘big bike’ dengan memakai jubah?

Bayangkan je okay.. jangan bayang yang pelik-pelik ye....

Apa yang dapat aku bayangkan waktu nak naik ‘big bike’ tu, tok kadi akan menyelak jubahnya.

Tapi tak seksilah sebab tok kadi tu pakai seluar panjang kat dalam! Ha ha ha!

Okay... okay! Tutup cerita pasal tok kadi.

Sekarang ni fokus pasal pernikahan aku!

Aku pandang Tok kadi yang sedang membaca butiran aku dan bakal bini aku.

“Korang pasti ke korang berdua ni bukan mahram?”

Hah?! Apa ke peliknya soalan tok kadi ni?

Keadaan riuh sebentar. Mungkin semua yang hadir ni sedang keliru seperti aku.

Tok kadi pandang aku?

Aku pandang tok kadi. Aku kaku.

“Korang ni comfirm bukan adik-beradik ke? Dua- dua macam sama je nama? Sorang Khairul Iswadi sorang KhairuLisa.”

Aku masih pandang kosong pada tok kadi.

“Jodoh kuatlah tu tok kadi! Sebab tu nama sama!” Tiba-tiba satu suara dari belakang aku menjawab. Aku tak pasti siapa.

Tok kadi tergelak dan kemudian semua hadirin ikut ketawa.

Dan aku? aku masih diam terpaku.

“Saya tahu awak bukan adik-beradik. Saya sengaja je nak bergurau sebab saya tengok Khairul Iswadi macam takut je” Tok kadi senyum kearah ku “Relax ye.. saya bukan nak makan orang pun. Saya datang nak halalkan perkara yang haram je”

Tok kadi menepuk-nepuk riba aku.

Lama baru aku tersenyum.

Monolog hatiku : ‘Tak lawak la der!’

Jantung aku dah rasa nak keluar, kau boleh pulak nak bergurau ye tok kadi!

Sabar-sabar...

************

“Aku terima nikahnya Khairulisa binti Mohd Roslim dengan mas kahwinnya dua ratus dua puluh dua ringgit tunai”

Argghh! Can you believe me?!

Aku dah jadi suami dengan hanya satu lafaz.

Syukur Alhamdullilah......

**************

Macam mana aku jumpa Si Lisa ni?

Panjang ceritanya.....

Tapi aku taknak panjang kan sangatlah sebab aku rasa korang dah faham kot bila korang dah baca diari Khairulisa.

Romantik kan diari tu? semua kisah dalam diari tu, menceritakan tentang aku.

Tapi aku pun lembap jugak. Sampai sekarang aku masih kesal kerana aku lambat ungkapkan isi hati aku pada Khairulisa hingga menyebabkan wanita itu menanggung penderitaan atas kesalahan aku.

Jika lah waktu itu dapat diputarkan kembali. Sudah tentu aku takkan membiarkan Khairulisa dilukai sehingga meninggalkan parut trauma yang masih kekal.

Saat itu aku rasakan aku seorang lelaki yang dayus kerana tidak mengotakan janji yang telah diikrar untuk menjaga wanita itu dari segala bencana yang tiba.

Kalau lah awal-awal lagi aku beritahu pada Khairulisa bahawa aku sayangkan dia, sudah tentu semua tu takkan terjadi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience