LIMA BELAS

Mystery Series 75605

Lisa yang masih tak sedarkan diri terus kupangku.

Darah pekat makin membuak-buak keluar dari sisi perut Lisa.
Kedua tanganku menekup luka Lisa, menahan dari darah itu terus keluar.

Lisa bangun! Hati aku terus menjerit! Aku tak tahu nak buat apa lagi ni!

Perlahan wanita itu aku baringkan. Dada Lisa masih berombak, namun matanya terus terpejam. Aku takut!

Mata mencari Sharizam, kelihatan lelaki itu sedang mengari konco-konco Tuan Daniel dan dipaksa melutut beramai-ramai.
Pergaduhan dah selesai.
Tuan Daniel dan anak buahnya semua dah rebah.

Mata aku melirik pula kepada Tuan Daniel. Lelaki tu sedang bertelukuk sambil memandang tajam kearah ku.
Saat mata aku merenungnya, Tuan Daniel senyum lebar.

What the hell?!!

Terus aku bangun dan melangkah panjang menghampiri lelaki tua itu. Buku lima dikepal kuat.
Bukk!
Satu tumbukan padu aku mengenai tengah muka Tuan Daniel.
Lelaki itu meraung sebelum rebah ke lantai.

Hati aku makin panas!

Tuan Daniel! Kau patut mati!!
Tanpa sedar, kaki dihayun laju beberapa kali menyepak pinggang Tuan Daniel hingga lelaki itu merengus kasar dan mengeluarkan kata makian terhadap aku.

Tak puas! Kolar baju Tuan Daniel aku tarik dan sekali lagi cuba menumbuk muka lelaki itu.

Namun Sharizam cepat menghalang. “ Cukup Wadi!”

Sekilas aku menoleh tajam kearah Sharizam sebelum tumbukan aku diletak kesisi semula.

Sharizam menarik tangan aku yang masih mengengam kolar baju Tuan Daniel.
Aku akur.

“Sabar Wadi.. Serah kan Daniel ni pada pihak polis..” Sharizam tolak tubuh aku menjauhi Tuan Daniel. “Baik kau tengok Doktor tu. Ambulans dah nak sampai.”

Sepantas kilat aku pandang Lisa yang masih terbaring!

Macam mana aku boleh lupa wanita tu. langkah pantas mendapatkan Lisa.
Beberapa minit kemudian, kelihatan pasukan paramedik masuk dan menghampiri aku dan Lisa.

Tubuh Lisa diangkat ke atas stretcher sebelum ditolak laju masuk kedalam ambulans.

Aku berlari mengekor dan turut masuk kedalam ambulans tersebut.

Lisa yang terbaring masih tak sedar kan diri.

“ Lisa! Boleh dengar saya ke?”

Aku pandang seorang doktor wanita menekan-nekan dada Lisa. Aku kira wanita tu mengenali Lisa.

Lisa bergerak sedikit saat dadanya ditekan.

“Patient still respon! Give me gray branula and fast running 1 pint Normal Saline!”

Aku tak faham arahan doktor wanita itu. Namun aku lihat pembantunya terkoncoh-koncoh menolong.

Doktor wanita tu memasang oksigen pada mulut dan hidung Lisa.
“Lisa.. still alert please.. kita nak sampai hospital dah ni..”

Entah kenapa air mata aku kembali terbit saat doktor wanita tu merayu memberi kekuatan pada Lisa.

Aku pandang pembantunya yang masih tangkas menolong, namun air hidungny beberapa kali di tarik.
Mungkin menahan hati untuk menangis.

Aku tahu diorang semua ni tentu kenal dengan Lisa.

Pembantu doktor berkenaan menoleh sekilas pada aku dan kemudian matanya jatuh ke lengan kiri aku.
“Lengan Encik berdarah?!”

Aku turut pandang pada lengan kiri aku.

Ye! Luka! Tapi sikit pun aku tak rasa sakit dan sebenarnya aku tak tahu pun kenapa lengan aku boleh luka.

Pembantu doktor tersebut mengambil gauze besar dan menekap lengan aku bagi mengelakan pendarahan dari keluar. “Macam dalam je luka ni Encik.”

Aku tak bersuara.. mata aku terus tekap pada Lisa.

Ini semua salah aku! Aku kesal tapi dalam keadaan macam ni aku tak mampu buat apa-apa.
Mata Hanya terus memandang tubuh Lisa yang dah berselirat dengan wayar.

Lisa! Sumpah aku tak kuat tengok kau macam ni!

*******

Dalam 20 minit, ambulans kami sampai. Stretcher yang menempatkan Lisa, ditolak laju memasuki ruang jabatan kecemasan.

Aku turut mengekor dari belakang.
Sewaktu Lisa ditolak masuk kedalam bilik, ramai yang sedang menunggu, lantas terus cuba menyelamatkan wanita itu.

Aku makin kalut. Tangan Lisa ingin aku sentuh, namun dihalang oleh staf hospital.

Dan akhirnya aku ditolak keluar oleh seorang staf lelaki dan memujuk aku supaya tak menganggu kerja menyelamat Lisa.

Aku akur walau hati membantah!

Di luar, dinding putih hospital tu ku tampar-tampar!
Sakit! Tapi tidak sesakit hati ni bila lihat keadaan Lisa!
Darah Lisa yang melekat kat baju aku masih basah, kubiarkan.

Otot dah rasa lemah.
Hati dah kacau bilau!.

CPR! CPR!

Itu je ayat yang masih tergiang-giang kat kepala otak aku masa aku keluar dari jabatan kecemasan.

Ini semua salah aku! Ini semua kerana aku!!
Bodoh!!!

Kaki aku orak selangkah kedepan kemudian kebelakang semula. Rambut dah ditarik berkali-kali!

Aku tak tahu nak buat apa lagi!

“Bloody shit! Apa kau dah buat ni setan!!!”

Bukk!! Satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri aku, menyebabkan aku hampir tersungkur. Mata sedikit berpinar.

Kepala aku dongak. Wajah merah Iskandar aku tatap.

Iskandar tarik kolar baju aku dan sekali lagi tumbukannya tinggi melayang.

Namun belum sempat tumbukan Iskandar mengenai pipi, aku capai lengan lelaki itu dan menolak tubuh Iskandar hingga rebah mengenai lantai.

Darah yang keluar akibat luka di tepi bibir kiri kusapu deras! Pedih!

Iskandar mendongak muka. “Kau janji nak jaga Lisa! Kau janji Lisa akan selamat! Tapi apa kau dah buat bodoh!”

Arggh! Aku merengus kasar.
Tubuh Iskandar yang dah terbaring ku kepung dengan kedua kaki dan menarik kolar baju lelaki itu merapat kepadaku.

“Kau sedar tak apa kau cakap ni bro! Kau yang janji nak jaga Lisa! Kau halang aku untuk ekori dia! Kau penyebab semua ni terjadi kat Lisa! Faham tak!”

Bukk! Satu tumbukan padu aku beri ditepi kanan rahang Iskandar menyebakan lelaki itu kembali tersungkur ke lantai.

“Wei!!! Apa ni!” Sharizam berlari ke arah aku dan menarik tubuh aku kebelakang.

Beberapa orang anggota lain turut memegang Iskandar yang ingin bangun.

“Kau jantan dayus! Kau tak layak nak jaga Lisa!! Dari dulu kau selalu sakitkan hati dia mangkuk!! Kau yang sebab Lisa jadi macam ni!” gengaman Sharizam pada bahu aku, cuba kutepis.

Hati dah makin panas! Tubuh aku dah meronta-ronta untuk melepas marah pada Iskandar!

“Wadi! Sabar! Kau ni dah kenapa! Kau pukul orang lain, kau ingat Lisa akan bangun ke?!”

Perlahan aku berhenti meronta. Ayat Sharizam lunak masuk kedalam otak aku.

Melihat aku yang makin tenang. Sharizam melepaskan gengamannya.

Iskandar dah dibawa untuk duduk oleh anggota polis.

Aku dah tunduk wajah.
Ye! Aku marah pada Iskandar!
Jantan tu yang janji nak jaga Lisa, dan sebab tu aku balik Melaka!
Kalau aku tahu Iskandar tak kotakan janji dia, tak mungkin semua ni akan terjadi.

Sharizam turut mengeluh panjang. Lantas bahu aku ditarik perlahan dan dibawa keluar dari hospital.

Kaki aku hanya menurut.

Diluar, Sharizam menyelit rokok dibibirnya sebelum menyalakan bara.

Aku pula dah beberapa kali sedut nafas menahan amarah. Kalau tak Sharizam tarik aku tadi, mungkin mati Iskandar aku kerja kan!

“Wadi... dalam keadaan macam ni kau kena tenang. Aku tahu kau takut terjadi apa-apa pada Lisa.. tapi kau kena fikir rasional. Banyak kan berdoa. Kau pukul lelaki tu pun tak jadi apa jugak.”

Aku diam.. dalam hati mengiyakan kenyataan sepupu aku tu.

Lama kami diam.

Akhirnya Sharizam membuang keluh, puntung rokok dibuang kebawah dan menenyeh dengan hujung kasutnya mematikan bara.
“Jom aku bawa kau jumpa doktor”

Hah?! Aku turus pandang Sharizam. Untuk apa?

Sharizam tampar bahu kiri aku.

“Arghh!” Aku menjerit kuat!

“Ooo... masih ada deria sakit ke?” Sharizam angkat kening.

Aku pandang lengan aku kiri aku yang masih berbalut, tapi balutan dari warna putih dah bertukar menjadi merah dek darah yang keluar tak henti.

Keluhan aku lepas.. macamana aku boleh tak perasan dengan luka aku..

Kaki diorak kembali ke dalam hospital menuju ke jabatan kecemasan.
Doktor merawat luka aku dan aku menerima 5 jahitan dari luka tersebut.

Korang reader tanya sakit ke tak?

Sikit pun aku tak rasa sakit sebab otak aku hanya fokus pasal Lisa.

Selesai menerima rawatan. Aku kembali menuju ke bilik ‘red zone’. Bilik yang menempatkan Khairulisa..

Sharizam cakap, Lisa dah lepas fasa kritikal dan mungkin akan dihantar ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.

Alhamdullilah...

Ketika kaki menghampiri bilik ‘red zone’, mata melihat sepasang suami isteri berserta anak perempuannya yang kukira tua sikit dari umur aku, sedang bercakap dengan Doktor berkenaan Lisa.

Siapa?

Makin aku dekat makin jelas aku dengar percakapan mereka.

“Anak saya tak bersalah doktor! Kenapa jadi macam ni kat Lisa?!”

Perempuan yang agak tua itu dah meraung-raung sambil ditenangkan oleh anak perempuannya..

Mak Lisa ke?!

Langkah terhenti!

Sharizam datang dari belakang dan menepuk bahu aku. “ Mak ngan Ayah Doktor tu baru sampai.”

Aku pandang bibir Sharizam yang dijuih kehadapan.

Jantung aku kembali kencang berdegup.

Sharizam melangkah menghampiri keluarga Lisa.

Aku masih membatu.

“Makcik.. Pakcik boleh kita berbincang dulu.” Sharizam bersuara.

Ketiga-tiga pasang mata menoleh kearah Sharizam.

“Saya Inspektor Sharizam. Saya yang uruskan kes ni.” Aku masih kaku. Mata terus melihat Sharizam yang menghulur salam kepada ayah Lisa.

“Jadi awak tahu semua pasal anak makcik?”

Sharizam mengangguk memandang mak Lisa.

“Makcik nak cari Khairul Iswadi.”

Hah?! Aku?

Pantas Sharizam menoleh kearah ku.

Mata aku memandang tepat kearah mak Lisa. Wanita tua itu menyapu tubir matanya dengan hujung lengan sebelum langkahnya pantas menghampiri aku.

Aku masih kaku.

Dann..
Pank!

Pipi kiri aku ditampar kuat. Berpinar sekejap!

“Kau yang buat anak aku jadi macam ni!” Kuat sekali jeritan suara Mak Lisa menerpa gegendang telinga aku.

Tak cukup dengan tamparan, wanita itu menampar-nampar dada aku sehingga berkali-kali badan aku terandah kebelakang namun aku tahan.

“Kalau kau tak bawa dia dalam kes ni tentu Lisa takkan cedera! Kau yang paksa anak aku! Ini semua sebab kau!”

Aku hanya tunduk, badan terus menahan dari terjatuh akibat ditampar berkali-kali.

“Dah la mama... bukan salah dia mama..” Anak perempuan wanita itu cuba menarik Mak Lisa dari terus menampar aku.
Ayah Lisa turut menghampiri dan membantu meredakan keadaan.

“Lisa tak pernah berdendam dengan sesiapa pun, kes ni bukan kes Lisa! Kenapa anak aku yang jadi mangsa?!”

Aku terus tutup mulut. Tiada ayat yang mampu keluar lagi kat bibir aku.

Ye!ni semua salah kau Khairul Iswadi!

Anak wanita itu dibantu ayahnya menarik lengan Mak Lisa dari terus menampar pipi dan dada aku.

Sharizam juga datang untuk tenangkan keadaan.

Aku hanya merelakan sahaja diri terus dikasari.

“Mama! Along dah cakap! Ni bukan salah Wadi! Lisa sendiri yang rela hati nak involved dalam kes ni!” Suara anak wanita itu makin kuat.

“Sudahlah awak.. jangan buat macam ni.. malu orang tengok.” Ayah Lisa turut menghalang.

“Makcik.. kita bincang elok-elok ye..” Sharizam turut bersuara.

Perlahan Mak Lisa menghuraikan tamparannya lantas terus meraung hiba.
Anak wanita yang membahasakan diri sebagai Along, memeluk erat tubuh ibunya lantas kedua-duanya menangis tersendu-sendu.

Arghhh!!! Aku rasa nak menjerit saat ni!!!

Bibir cuba mengukap kata maaf.. namun tiada satu patah pun yang keluar.

Along membawa ibunya keluar dari jabatan kecemasan sambil diikuti ayahnya.

Sharizam peluk bahu aku setelah ketiga-tiga anak beranak tu hilang dari pandangan. “Jom kita keluar Wadi..”

Aku perlu bernafas sekarang..

Sharizam membawa aku balik kerumahnya.

Kejadian tadi aku tinggalkan begitu sahaja.
Tanpa kata maaf...

Aku tahu mak Lisa benci kan aku sekarang ni. Kalau aku kat tempat perempuan tu jugak, dah tentu aku marah.

Lisa tak bersalah.. Lisa tiada kena mengena dalam kes Dato Danish.. tapi akhinya Lisa yang jadi mangsa.

Masuk kedalam rumah, mak aku dah sedia menanti.

Sharizam cakap Pak Long bawa mak aku turun KL bila dengar kes ni belaku.

Saat melihat muka mak. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Mak tarik aku dalam pelukanya.

Belakang aku digosok lembut sambil menenangkan tangis aku.

“Lisa mak...” Aku tak malu lagi menangis walau pun saat ni Pak Long, Mak Long dan Sharizam sedang memandang aku.

“Ye.. Cik.. Mak tahu... sabar ye.. banyak kan doa Cik..”

Terangkat-angkat bahu aku tahan sendu. Aku lemah saat ni..

*****

Aku buka mata dan melirik jam didinding.
Selepas kejadian pagi tadi, aku terus tertidur.
Letih dan tertekan. Itu yang aku rasakan ketika ni..

Perlahan aku melangkah keluar. Sharizam tengah berborak dengan ayahnya diruang tamu.

“Zam..”

Sharizam menoleh.

“Aku nak ke hospital, tengok Lisa.”

Sharizam bangun lantas memeluk bahu aku.

“Sabar bro.. orang aku yang jaga Doktor tu cakap, Lisa dah stabil, sekarang dia di ICU.”

“Tapi aku nak tengok sendiri Zam..” Mata Sharizam aku tatap penuh pengharapan.

“Wadi.. dengar cakap aku.. kau pergi sekarang pun, kau tak boleh buat apa-apa. Makin kau keruhkan keadaan lagi. Kan kau tahu mak Doktor tu marah kan kau.”

Langkah menuju ke ruang tamu, punggung dilabuhkan. Aku tunduk sambil memegang belakang kepala.. Tamparan dan makian Mak Lisa tadi masih tergiang di fikiran. Perit..

Mak yang keluar dari dapur, menghampiri aku. Belakang aku digosok perlahan “ Betul cakap Zam tu Cik.. Mak pun nak tengok Lisa selamat. Tapi dalam keadaan macam ni, kau kena bagi mak Lisa tu masa. Mungkin dia tertekan. Kalau mak kat tempat mak Lisa pun, mak akan marah Cik.. sabar ye nak..”

Aku tak pandang mak.. otak aku terus serabut.

“Zam.. malam nanti kalau clear.. aku bawak kau ke hospital jumpa Lisa.”

Terus kepala aku dongak. Sharizam angguk kepala.

*****

Malam tu seperti janji sepupu aku. Aku dibawa ke hospital untuk jumpa Lisa.
Jam nak dekat pukul 1 pagi.

Sharizam call anak buahnya yang menjaga Lisa.

Ye.. buat masa ni Lisa dijaga rapi oleh 2 orang anggota polis yang akan bertukar setiap shift kerana wanita itu adalah saksi penting dalam kes Dato Danish.

Menurut Sharizam, mak dan bapak Lisa dah lama balik.

Haii.. dah macam penceroboh dah aku ni.. nak jumpa Lisa kena sorok-sorok.

Nasib doktor yang kerja malam tu memberi peluang untuk aku masuk dan berjumpa Lisa.

Saat mata terpandang Lisa yang terbaring diatas katil. Terus lutut aku lemah.

Mata Lisa masih tertutup, hanya dadanya yang berombak perlahan.
Terdapat tiub kecil yang keluar dari mulutnya bersambung dengan mesin.
Seluruh badan Lisa pula sudah berselirat dengan wayar yang dan hos-hos kecil yang aku sendiri tak tahu untuk apa.

Lisa...
Langkah terus menghampiri..

Sharizam bagi tahu aku, siang tadi Lisa dah jalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang tembus kedalam perutnya.

Mujur peluru tersebut tidak merosakan organ lain.

Saat tubuh aku berdiri ditepi katil, ubun-ubun Lisa ku usap lembut. Sejuk..

“Lisa..”

Lisa masih kaku..

“Maafkan aku..”

Diam lagi..

“Lisa.. aku tak kota kan janji aku untuk jaga kau..”

Aku tunduk.. ubun-ubun Lisa masih kupegang.. pedih hati ni hanya tuhan yang tahu.
“Aku menyesal Lisa..”

Kepala kembali diangkat, wajah Lisa yang pucat kutatap hiba. Pipi wanita itu kusentuh lembut.
Bibir aku menghampiri cuping telinga Lisa.

“Lisa.. maafkan aku.. ketahuilah Lisa.. aku sangat sayangkan kau.. walau kau bukan untuk aku tapi aku tetap nak kau selamat.. aku nak tengok kau buka mata Lisa.. Aku nak tengok kau dulu.. aku nak kau bahagia.. aku rindu kau Lisa...”

Aku berdiri tegak. Rambut ku kuak ke belakang..

Lisa.. kau kena kuat ye..

“Lisa.. aku balik dulu ye.. aku janji akan datang jenguk kau lagi. Aku akan pastikan Tuan Daniel akan mendapat balasan keatas apa yang telah dia buat.”

Lengan Lisa aku gengam.. sejuk.
"Aku sayangkan kau Lisa.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience