DUA BELAS

Mystery & Detective Series 73664

Aku meneruskan kerja jadi STALKER..

Haih..Cukup la, jangan cakap stalker Lisa lagi..

Aku mengekori dia untuk menjadi PENJAGA.. Aku tak mahu apa-apa terjadi pada Lisa.

Kes Dato Danish dah mula dibicara di makamah dan Tuan Daniel makin berani melawan walaupun pihak polis cuba menghalang.

Aku hanya mampu melihat.

Tuan Fakrul yang paling kesian, sebab dia anak Dato Danish yang paling tua.
Kematian papanya secara mengejut, membuatkan dia terpaksa mengambil alih segala-galanya secara tiba-tiba.

Mana nak uruskan kes kematian papanya lagi, ditambah pula dengan perniagaan Dato Danish yang sering diganggu oleh Tuan Daniel.

Kalau aku kat tempat Tuan Fakrul pun, tak tahu aku boleh hadapi semua ni atau tidak.
Sebab tu seberapa boleh aku akan membantu anak Dato Danish tu.

Okay.. berbalik dengan kes Stalker tadi.
Opps! Sekali lagi aku mention!
Bukan Stalker! Tapi Penjaga.

Aku ekor Lisa untuk menjaga dia.. tapi sejak akhir-akhirnya aku nampak makin kerap perempuan tu keluar dengan pak Arab a.k.a Iskandar.

Huh! kalau orang tanya aku jeles tak?
Giler tak jeles!
Rasa macam nak gantung diri je sebab terlalu jeles!

Namun nasib iman aku ni kuat. Syaitan tak berani nak ‘bergurau’ dengan hati aku!
Segala pujukkan mahkluk penderhaka itu aku tepis satu persatu, inshallah..

Walau aku tak dapat nak takluk hati Lisa, sekurang-kurangnya aku tahu yang Lisa sedang bahagia. Mungkin jodoh dia dengan Iskandar, memang kuat sebab tu diorang boleh kembali balik.

Aku?

Aku hanya biarkan diri aku melayan rindu, kerna aku pasti jodoh aku memang dah ditentukan walau bukan dengan Si Lisa pipi tembam tu.

Tok!Tok!Tok!

Opocot! Aku yang sedang bersandar dalam kereta terus menarik tubuh dan memandang keluar tingkap.

Iskandar sedang berdiri disebelah kereta aku!

Terus mata pandang kedalam cafe.

Masa bila pulak Pak Arab ni berdiri sebelah kereta aku? bukan tadi tengah berborak dengan Lisa kat dalam Cafe tu ke?

Aku pandang dalam Cafe lagi. Lisa pun dah takde.

Tapi macam mana Iskandar tahu aku kat sini?

Tok! Tok! Tok!
Sekali lagi cermin aku terketuk, jantung rasa nak mati!
Perlahan cermin tingkap aku turunkan.

Wajah serius Iskandar aku pandang, nak sengih tapi takut mamat tu marah pulak. Jadi aku buat muka serius jugaklah!

“Kau masih ekori Lisa?”

Aku kutik tak berbunyi.

Iskandar diri tegak, kedua tangan dimasukan ke dalam kocek. “keluar.. kita bincang..”

Nak bincang? Sekarang?
Nak mampus! Kalau lisa nampak macamana?
Mata aku dah melilau sekeliling.

“Lisa dah balik.”

Mata aku kembali tepat pandang Iskandar, macam tahu-tahu cari EX BINI dia!

Pintu aku buka, Iskandar melangkah jauh sedikit untuk beri ruang aku keluar.

Hati dah mengeluh banyak kali.
Kenapa la aku selalu jumpa Iskandar saat diri langsung tak bersedia?
Huh!

“Kau masih ekor bini aku?” Iskandar masih keluarkan soalan yang sama.

“Ex-Bini..” Aku pangkah cepat ayat Iskandar.
Mamat dah dah tenung marah kat aku.

Tapi betul kan apa aku cakap? Aku lepas nafas, tubuh dipeluk
“Aku tak ekor Lisa, tapi aku jaga dia.. macam aku cakap hari tu, Lisa terima ugutan. Aku taknak apa-apa terjadi kat dia.”

“Kau polis ke? Setahu aku kerja menjaga saksi adalah polis bukan lelaki macam kau.”

Kepala aku dah macam kena hentak dengan tukul besi!
Peritnya dengan kata-kata Iskandar.

“Aku tengok kau ekor dia dah berhari-hari. Kau tahu tak aku boleh buat report polis yang kau cuba buat sesuatu yang buruk pada Lisa.”

“Wei! Kau cakap baik sikit! Aku jaga Lisa! Bukan nak buat benda tak elok pada dia!”
Buku lima dah dikepal kuat! Hati sakit bila mamat ni main serkap jarang je tuduh aku!

“kau ada bukti yang kau ekor Lisa sebab nak jaga dia?”

Iskandar bagi ayat mati kat aku.
Diam..

“Aku tahu kau ada niat lain selain nak jaga dia kan.”

Ayat PEMATI lagi! Lidah aku makin kelu.

“Kau ada hati dengan Lisa kan?”

Gulp! Dup dap dup dap dah jantung aku! apa nak jawab?
“Ye! Aku suka kan Lisa!”

Pank! Rasa nak tampar pipi sendiri! Betul ke aku cakap macam ni? Depan Duda Lisa pulak tu!

Iskandar raup wajah. Belakangnya disandar dikereta aku.
“Aku tak kenal siapa kau.Tapi tengok dari gaya kau, terus-terang aku cakap, kau tak layak dengan dia.”

Shit!
“Apa maksud kau aku tak layak dengan dia?” Melampau Pak Arab ni!

“Kau kerja apa? Sebab tiap-tiap hari kau ekor Lisa. Dan ni.” Iskandar tampar kereta Wira aku.

What the hell?!

“Kau punya kereta ke?” Bibir Iskandar dicebikan “Nampak sangat kau sengkek. Kau tahu kan Lisa tu doktor?”

Panas! Aku sedarlah aku pakai Proton Wira je! Tapi kereta ni aku beli cash tau!
Kau punya jaguar tu habis bayar tak lagi?!
“Aku taknak gaduh bro.. kau nak bincang.. bincang je elok-elok.. jangan nak perli aku.”
Hati.. sabar..

“Aku tak perli kau bro.. but that reality.. kau suka Lisa, tapi kau tak sedar taraf kau. Lisa bukan calang-calang orang, family dia pun bukan sebarangan.. Kau ingat Lisa pandang kau? Kalau Lisa suka kau sekali pun, kau ingat Family dia boleh terima kau?”
Iskandar pandang aku.

Aku kuak rambut kebelakang. Pandangan lurus dihala kedepan.
Tak sanggup nak pandang mata Iskandar, sebab hati mengiyakan kata-kata lelaki itu.

“Mungkin kau rasa aku rude, tapi aku memang suka Lisa, aku tahu aku salah sebab ceraikan dia. Tapi aku menyesal. Aku mintak Lisa bagi peluang kat aku. Dan seperti kau tengok, tiap-tiap hari Lisa keluar dengan aku.”
Iskandar tepuk bahu aku.
“Aku taknak gaduh sebab perempuan, Aku rasa baik kau jauh kan diri dari Lisa. Kalau dia tahu kau ekor dia, lagi dia takut.”

Aku terus diam. Iskandar mula matang dalam setiap katanya. Mungkin sebab tu Lisa ingin kembali dengan lelaki ni.

Dan aku? Lelaki yang tak setanding langsung untuk berdiri sebelah Lisa.

“Pasal ugutan pada Lisa, kau jangan takut, aku sendiri akan upah bodyguard yang lebih berpengalaman untuk tengok-tengok kan Lisa, aku akan pastikan Lisa takkan diapa-apakan.”

Bodyguard? Hello.. aku pun Bodyguard tahu tak? Khairul Iswadi, sudah lah... jangan nak argue lagi dengan kata-kata Iskandar.

Tengok dari perwatakan Pak Arab tu pun dah tahu dia anak orang berada.
Setakat nak bayar Personal Bodyguard memang mampu sangat.
Perlahan keluhan dilepaskan dan akhirnya aku akur dengan kata-kata Iskandar.

Kalau orang cakap aku mengalah.
Ye! Memang aku mengalah kali ni.
Demi Lisa, aku mengalah!
Kerana aku pasti Lisa lebih bahagia dengan Iskandar.

Wadi.. lepas kan hati kau..

Aku masih bersandar didalam kereta, walaupun Iskandar dah lama tinggal kan aku.
Segala ayat lelaki itu aku telan walaupun pahit!

*****

Malam tu aku Lepak dengan Sharizam lagi kat kedai mamak yang selalu kitaorang makan.

Yelaa.. Dah berhenti kerja jadi PENJAGA tak berbayar, so apa lagi aku perlu buat?
Relax.. chill and lepak la..

“Kau tak stalker Lisa ke malam ni?”

Straw yang melekat antara bibir aku, dilepaskan “Bukan Stalker, tapi penjaga.”

“Sama je Bro..” Sharizam buang gelak.

Yelaa..
“Aku rasa tak perlu lan jaga Lisa lagi.”

“Aik.. pelik je ayat ko Wadi?” Sharizam menyedup Vape dan kemudian menghembuskan asap bau Strawberry.

Aku geleng kepala, entah bila Sharizam ni start hisap Vape, dulu sekotak rokok sehari tak cukup. Katanya kalau hisap Vape, slow-slow akan berhenti merokok.
Tapi sekarang aku tengok, selang-selang dah. Hisap Vape 10 minit, lepas tu rokok sebatang. Huh! kerja keras betul paru-paru kau Zam!

“Aku dah penat lah Zam.. aku rasa esok aku balik Melaka.”

“Woi.. cepat gak.. relax la kat rumah aku, kau balik kampong nanti , jarang dah kita jumpa.”

Sharizam sembur lagi asap Vape, bau buah strawberry semerbak menghiasi hidung aku.

Nasiblah hidung aku tak allegik walaupun aku bukan penghisap barang-barang macam ni.
“Aku nak balik la, lagipun tak lama lagi Usu aku habis cuti, kena balik Universiti dia.”

Sharizam angguk kepala “habis Doktor tu macamana?”

Huh! tak habis lagi soalan pasal doktor tu ke Zam oooi? “Macamana apa?”

“Ye lah.. takkan kau nak tinggal dia macam tu je, kan dia girlfriend kau.”

“Giler bai! Bila masa aku cakap Doktor Lisa tu girlfriend aku?” Mata dah pandang keliling, takut ada yang dengar.
Tapi siapa lah nak ambik port sangat kisah aku ni.

“Bukan hari tu kau jumpa dia, nak luahkan perasaan ke?”

Bila?
“Mana ada! Mengarut kau ni!”

Sharizam gelak lagi. “Takde lain la.. ni mesti kau takut nak ayat Doktor tu kan.”

“Siapa lah nak kat aku Zam.”

“Aduh.. aku semput lah dengar ayat jiwang kau tu Wadi! Kau ni rupa ada. Rajin. Pandai”

Pandai? Aku senyum!

Sharizam pandang senyum aku “Ye Wadi! Kita satu sekolah, kau antara best student kot kat sekolah tu, dapat tawaran sambung belajar tapi kau tolak, nak jugak kerja kat kolam bapak aku tu.”

Sharizam sedut vape lagi “Kau tahu tak aku rasa nak bantai je kau, masa kau tolak tawaran belajar kat Sabah dulu. Aku nasihat macam curah air dalam telinga kau je! Curah telinga kiri keluar telinga kanan.”

Aku senyum lagi!
Ada jugak peribahasa macam tu ek.

“Tengok! Asal aku cakap kau senyum kan!” Sharizam sandar badan, keluhan dilepas berat.
“kalau lah kau sambung belajar, hidup kau akan lebih senang dari sekarang ni Wadi.”

“Hidup senang tapi hati tak senang nak buat apa Zam.”
Aku turut sandarkan belakang aku.

Zam yang berada dihadapan aku, memandang aku “Kau perli aku Wadi.”

Mata Sharizam aku toleh “Wei... takde aku nak perli sape-sape, Kau pun tahu kan. Kalau aku sambung belajar, sape nak jaga mak aku?”

“Yelaa.. tapi kau kena fikir diri kau jugak Wadi, kalau kau sambung belajar, mungkin kau dapat sama taraf dengan Doktor Lisa tu, takde la kau rasa kecik diri sangat macam sekarang ni Wadi.”

“Kecik diri? Aku tak kecik lah Zam, badan aku lebih besar dari kau.”

Sharizam berdehem. “Ye itu aku tahu.”

Sekali lagi aku menyandar badan, mata membuang jauh kedepan “kalau aku pergi belajar, tentu takdir aku lain Zam. Takdenya aku boleh jumpa Doktor Lisa.”

Sharizam mengangguk.

“Aku... Eh!”
Aku yang tak dapat habiskan ayat aku terus pandang air teh tarik yang aku minum tadi tertumpah dan terkena pada seluar aku.

“Wei dik, apa main tolak-tolak kat sini.”

Kepala aku dongak! Dua orang budak dalam anggaran 17 atau 18 tahun, tertunduk-tunduk memandang Sharizam.

“Sorry bang.. saya bergurau dengan member saya tadi, tak sangka dia tolak saya sampai terkena meja abang. Sorry..sorry..” Dua budak tadi tu lantas menarik mata memandang kearah aku.

“Takpe la.. sikit je.. nak gurau pun hati-hati len kali.” Sempat aku bagi nasihat kat budak dua orang tu.

“sorry bang.” Serentak budak lelaki tersebut meminta maaf, lantas terus meneruskan langkah.

Sharizam pandang aku “Kau okay tak?”

Aku angguk kepala “Tumpah sikit je, kena seluar aku.”

“Hisshh.. budak-budak sekarang ni, gurau kasar sangat. Kat tempat awam pun tak beradap.”

Aku diam je dengar Zam mengomel.

Alaa.. budak-budak. Lelaki pulak tu memang la gurau kasar.
Aku pun tak sedar bila budak dua orang tu datang kat meja kitaorang dan menolak meja plastik tersebut hingga teh tarik yang ada atas meja tertumpah dan mengalir mengenai seluar aku.

Tapi nak marah pun tak guna, lagipun bukan masalah besar, setakat air teh tarik sejuk kena kat seluar, bukan sakit pun.

“Pasal apa kita borak tadi? lupa dah..” Sharizam sedut Vape di lagi.

Aku angkat bahu, pura-pura tak ingat.
Padahal aku masih ingat yang kitaorang borak pasal Lisa tadi, tapi malas la aku ingat kan Sharizam lagi.
Nanti banyak pulak tanya dia.

Sharizam meletak E-Ciggrate dia atas meja dan menghirup air kopi yang tinggal separuh gelas “Bapak aku cerita, kau jadi beli kolam ikan dia.”

Aku angguk kepala. “Sebab tu aku nak balik ni Zam..”

Sharizam turut angguk kepala. “Kau rasa boleh ke uruskan kolam ikan tu? Sebab bapak aku cerita. Sejak akhir-akhirnya jualan ikan kat kolam tu ada turun sikit.”

“Inshallah.. aku akan usahakan balik Zam..”

“Thanks bro.. aku pun sayang sebenarnya nak suruh bapak aku lepaskan kolam tu. Tapi bila dengar kata kau nak beli, memang aku setuju sangat.”

“Kalau kau sayang, kenapa kau tak uruskan kolam tu Zam?”

“Aku?” Sharizam terbatuk kecil “Mana aku ada masa bro? Kerja aku melambak-lambak, rehat tak tentu masa. Cuti pun kadang-kadang tak boleh”

Huh! aku juih bibir. “Sebab tu kau pun susah cari makwe kan.”

Sharizam keluh berat. “Nasib aku minat jadi polis bro.. kalau tak dah lama aku berhenti kerja ni. Bapak aku pun dah berapa kali tanya, bila aku nak bawa balik bini. Dia ingat bawa balik bini macam bawak balik ikan dari kolam dia ke.”

Hahaha!
Aku dah terburai gelak dengar ayat Sharizam ni, ada ke dia samakan perempuan dengan ikan kat kolam Pak Long tu. Celaka betul!

Sharizam mengendurkan tawanya “Wadi.. aku rasa sampai ke tua, kita dua ni single je la.”

“Itu kau, aku taknak..” Aku sambung gelak kau lagi.

“Alaa.. apa salahnya.. dah tua-tua nanti kita dua lepak la kat kolam ikan sambil hisap vape” Sharizam hulur vape dia kat aku.

“Lahabau! Aku tak hisap lah benda macam ni.”

“Huh! tak rock langsung!” Sharizam juih bibir.

Dan kemudian kami terus sambung gelak hingga lupa semua yang berlaku disekeliling.

Hampir jam 12 malam.
Aku dan Sharizam menuju ke kereta lelaki tu untuk pulang ke rumah.

Esok aku akan gerak awal untuk balik Melaka. Mungkin lepas ni aku akan jarang turun ke KL lagi.
Mentelah lah aku akan sibuk nak uruskan kolam ikan yang aku beli dari Pak Long.

Dan Kisah aku dan Lisa.. Mungkin akan terkubur bergitu sahaja, tanpa ada luahan yang terungkap.

Mujur aku tak pernah tanya atau menyatakan hasrat hati aku pada wanita tu.
Kalau tak mungkin perasaan malu tu akan timbul, kerana Lisa tak pernah ada hati pada aku selama ni.
Hanya aku je yang bertepuk sebelah tangan.

Apa lah Lisa buat sekarang ni yek?

Aik! Baru tadi aku cakap nak lupakan perempuan. Aish! Otak ni! Tolong fikir benda lain boleh?

Setelah sampai dirumah sewa Sharizam.
Aku hempas tubuh diatas tilam single yang dihampar diatas lantai.
Tanpa katil pun dah cukup selesa bagi aku untuk mengulit mimpi.
Terima kasih Sharizam kerana menumpangkan aku kat sini.

Telefon aku seluk didalam poket, hajat nak call usu.
Aku pasti usu belum tidur lagi jam ni. Main game PUBG. Huh! ntah apa permainan pun aku tak tahu!

Dua tiga kali aku seluk poket seluar kiri dan kanan tapi tak jumpa telefon bimbit aku.
Mana aku letak?

Backpack yang aku galas tadi juga aku seluk tapi tak jumpa. Pelik?

Rasanya masa kat kedai makan tadi masih ada aku pegang sebab aku asyik melirik peti mesej. Mana tahu Lisa ada mesej aku.

Lepas tu.. lupa aku letak mana.

Langkah keluar dari bilik menuju ke bilik Sharizam.
Aku ketuk dua kali. Sharizam bukak pintu. Kelihatan tuala digosok di kepalanya menandakan lelaki itu baru selesai mandi.

“Pehal?”

“Wei.. kau nampak tak phone aku?”

Sharizam pandang aku, rokok yang baru dikeluarkan dari kotak dikepitkan dicelah bibir “Tak nampak pun. Kau letak mana?”

Aku angkat bahu “Last aku pegang masa kita kat kedai mamak tadi, lepas tu aku lupa mana aku letak.”

“kau ada tercicir mana-mana ke?” Sharizam mengepit semula rokok yang tak jadi dibakar di jarinya.

“Ntah lah bro..” Aku dah garu kepala. Otak cuba nak flashback balik mana kedudukan handphone aku.

Ktak! Sharizam petik jari!
“Weii! Aku rasa kau punya handpone dah kena cilok bro...”

“Hah?!” Cilok? Siapa?

“Aku agak budak 2 ekor yang langgar meja kita masa kat mamak tadi.”

Aku raut wajah “Takkan lah wei..”

“Kau jangan percaya budak kawasan ni bro.. muka nampak baik tapi pandai cilok ayat atlast ngan-ngan barang kita dia bantai.”

Aku diam..

“Nanti aku call orang aku yang kawasan ni, mintak tolong tengok kan. Kedai mamak tu 24 jam, ada pasang cctv. Nanti aku mintak nak tengok bukti.”

Aku angguk kepala.
Buat je la apa kau nak buat Zam.. bukan mahal sangat pun phone aku tu sebenarnya.
Lagipun bukan ada benda penting pun dalam tu.
Setakat nombor Lisa. aku dah ingat kat kepala otak.

Kalau dapat balik phone tu, maknanya rezeki aku. kalau tak dapat, maknanya rezeki budak 2 ekor tu la.
Tapi masih tak pasti betul ke budak-budak tu yang curi.

Aku akur.. langkah kembali menuju ke bilik.

Malam ni aku nak tidur puas-puas sebab esok aku akan gerak awal balik Melaka.

Mak.. seperti sebelum ni.. Zam akan stay kat Melaka dan jaga mak setiap masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience