SEPULUH

Mystery & Detective Series 73664

Hampir setiap hari aku akan turun dari Melaka, semata-mata untuk lihat keadaan Lisa DARI JAUH,

Ye dari jauh.. hanya itu je aku mampu.

Angah cakap aku pengecut! Along cakap aku pengecut.

Ye.. aku pengecut.. Pengecut untuk luah isi hati pada wanita yang bernama Khairulisa.
Keluhan dilepaskan...

Hati suruh bersabar, sedang jiwa terus mengetawakan aku kerana jadi seorang pengecut!

Ada tak sesiapa yang boleh bantu aku settlekan masalah ni?

Aku boleh bertarung dengan konco-konco Tuan Daniel. Aku boleh tahan bila diri dipukul dan ditikam.

Aku boleh lalui semua kesusahan hidup aku selama ni.
Tapi kenapa aku lemah bila berdepan dengan Lisa?

"Kau ni dah angau giler dah Cik!"

Teringat kata-kata along baru-baru ni.

Ye Long! aku memang angau teruk ni. Sakitnya angau tu, lebih sakit dari aku kena tikam baru ni!
Arggh!!

Wadi.. fokus apa yang kau perlu buat dulu!
Sekali lagi aku lepas nafas.

Aku masih terus menjadi 'stalker' kepada Lisa dengan istilah lain, MELIHAT DARI JAUH!.

fuuhh.. tu je aku mampu derrr...

Apa yang aku nampak runtin Lisa, sama je seperti sebelum ni. Pergi kerja balik kerja.
Kerja tak menentu, kadang pagi, kadang petang, kadang jam 10 malam baru keluar kerja.

Kira aku ni stalker yang berjaya jugak lah sebab boleh tahu semua tu dalam masa yang singkat.

Lebih kurang setengah jam aku duduk dalam kereta, menjadi pen 'stalker' telefon bimbit aku bergetar.
Aku pandang.

‘Private Nombor’
Siapa ni? Dalam teragak-agak, aku jawab juga panggilan tu.

“Wadi..”

Hah?! Suara macam Tuan Daniel.
Aku diam.

“Dulu kau jadi Bodyguard abang aku, sekarang kau jadi Bodyguard tak berbayar untuk Doktor tu pulak?”

Shit! Macam mana orang tua ni tahu?! Mata aku menoleh kiri dan kanan. Tiada satu yang mencurigakan di kawasan sekitar rumah Lisa ni.

“Siapa nama dia? Khairulisa kan? Ha Ha Ha!”

“Kau nak cakap apa ni Tuan Daniel!” Suara aku dah tinggi!

“Woo.. First time aku dengar kau tinggi suara macam ni kat aku Wadi.”

Buku lima kiri ku diramas keras! Bibir ketap kuat!

“Aku tahu Doktor tu salah seorang saksi yang tahu wujudnya bahan bukti. So satu je aku nak, Kau bagi bahan bukti tu kat aku kalau kau taknak terjadi apa-apa kat betina tu!”

“jangan berani kau sentuh dia Tuan Daniel!”

“Terpulang... Kau nak Doktor tu selamat atau kau nak bagi bahan bukti tu kat aku?!”

“Tuan Daniel!”

Hilaian terdengar hingga talian dimatikan!
Stereng kereta aku hentak-hentak!

Tuan Daniel! Kau dah melampau!

Telefon bimbit aku ambil. Nombor Sharizam aku dail.

Aku mintak nak jumpa dengan sepupu aku tu malam ni juga, Sharizam setuju dan aku terus kerumah dia kat Puchong.

“Giler betul Tuan Daniel tu!” Sharizam tumbuk meja di ruang makan bila dengar semua cerita aku pasal panggilan Tuan Daniel.

Aku hanya diam. Dalam hati penuh bahang! Rahangku dah terangkat-angkat menahan marah!

“Wadi.. aku rasa kau kena buat report kat balai.”
Wajah aku dongak pandang sharizam. “Tak boleh zam! Dia ugut kalau aku inform polis, Lisa jadi mangsa!”

Sharizam menarik-narik rambutnya yang pendek. “Kurang ajar betul Orang Tua tu! berani main dengan undang-undang!.”

Aku gengam lengan Sharizam. “Zam.. tolong aku.. aku taknak jadi apa-apa pada Lisa.”

Penyesalan terukir tinggi kerana aku yang sebenarnya bawa Lisa pada dalam pergelutan ini.

“Aku rasa kau kena bagi tahu dia.”

“Tapi aku taknak dia risau Zam.” Serabut!

“Kalau macam tu, kita kena protect dia Wadi.”

Aku angguk laju! Tapi macamana?
“Zam.. boleh aku tinggal dengan kau dua tiga hari ni?”

Sharizam pandang aku.

“Aku rasa aku kena jaga Lisa, Melaka jauh. Aku takut aku tak dapat tengok dia selalu.”

Sharizam pandang aku sayu.

Aku pun dapat rasakan hati aku sebak, kalau bukan ego aku tinggi, Dah lama aku meraung depan sepupu aku ni.

“Kau tinggal je sini sampai kes selesai, aku takde masalah bro.”

Aku mengangguk lemah. Nombor mak aku dail, aku mintak kebenaran mak untuk stay dengan Sharizam.
Mak tanya aku kenapa, tapi aku tak ceritakan semua.

Nasib baik Usu cuti semester dan ada kat kampung jaga mak. Jadi tak lah aku risau sangat keadaan mak.

Malam tu, sekali lagi aku keluar jadi ‘stalker’ untuk Lisa. Dia kerja malam.

Entah kenapa aku rasa Lisa lebih selamat jika ditempat kerja berbanding dirumah. Aku mengekor Lisa sampai ke parking kereta Hospital, lama aku tunggu hingga Lisa hilang dalam bangunan Hospital.

Lisa.. aku akan jaga kau, aku takkan biarkan apa-apa yang buruk terjadi pada kau!

Selepas aku pulang kerumah sewa Sharizam, Sharizam panggil aku kedalam biliknya.

Sharizam sewa rumah ni dengan kawan dia, 2 orang. Jadi ada satu lagi bilik kosong dijadikan tempat untuk menginap.

“Wadi, Ni aku mintak dari kawan aku bahagian Technical.”
Aku pandang cover Handset yang dihulur oleh Sharizam pada aku.

“Kalau kau tengok macam Casing Handphone biasa je, tapi kat hujung ni sebelah dalam ni ada alat pengesan yang boleh kesan mana radius kedudukan kita.”

Aku tunduk pandang Cover Handset tersebut, ye! Kalau perhatikan betul-betul memang terdapat bonjolan kecil kat hujung sudut Cover Handphone tu, seolah-olah diletakan sesuatu.

“Kau ingat tak aku tanya kau petang tadi, Doktor Lisa tu pakai Handphone brand apa?”

Ye., aku angguk kepala. Memang Sharizam ada tanya aku sebelum aku keluar menjalankan tugas ‘Stalker’ petang tadi.

“Aku rasa cover ni suit kot untuk Handset dia, nanti kau bagi.”

Aku sambut huluran Sharizam, sebentar kemudian kepala digaru walaupun tak gatal
“Tapi aku nak bagi dia macamana?”

Pak! Sharizam tepuk dahi dia kuat
“Apa kebenda la kau ni Wadi! Bagi je lah apa masalahnya.”

“Nanti mesti dia argue kenapa aku tiba-tiba bagi casing ni kat dia.”

Sharizam tepuk bahu aku pula
“Kau sedar tak kau ni dah angau tahap dewa dah kat Doktor tu! tapi kau penakut nak ayat dia. Kau ayat la kaw –kaw! Lepas tu kau cakap kau suka dia, then kau bagi lah casing ni kat dia, cakap yang kau suka tengok dia pakai casing ni. Takkan tu pun nak aku ajar Wadi?!”

“Wei.. malu lah aku!”

Sekali lagi belakang aku ditampar kuat oleh Sharizam! Peritnya hanya tuhan yang tahu! Ye la Sharizam pun pemegang Bengkung Merah Persatuan Silat Gayung Panglima Ulung, seperti aku. Sekali tangannya menampar, boleh terkeluar jantung!

“Cinta tak perlu malu bro.. Kau nak Lisa selamat kan?”

Cepat-cepat aku angguk!

“Apa lagi! Kau ayat la dia!”

Kepala yang tak gatal, aku garu lagi!
Terus-terang! Aku tak pernah ayat perempuan!

Memang aku tak pandai! Tapi demi keselamatan Lisa aku kena lakukan!

Ye! Aku sayang kau Lisa!

******

Pagi esoknya aku keluar semula. Hari ni aku nekad untuk bagi tahu kat Lisa tentang perasaan aku.

Apa sahaja jawapan yang bakal aku terima, aku redha. Yang pasti aku dah bagitahu, dan misi aku untuk bagi Cover handphone kat dia tercapai.

Aku takkan berada kat sisi wanita tu setiap masa, tapi kedudukan Lisa aku kena kawal.

Lebih-lebih lagi ugutan Tuan Daniel makin berani.

Nombor Lisa aku dail, masih tak diangkat.

Sebenarnya dari malam tadi aku try dail nombor minah tu. tapi tak angkat-angkat.
Hati memang cuak, tapi fikirkan dia berada di hospital, semua fikiran buruk aku lontar jauh.

Telefon aku berdering.
Nombor sama ( Private Number)

Cepat-cepat aku angkat. Sah! Tuan Daniel.

“Kau masih jadi bodyguard tak berbayar ke Wadi.”

Errgghh! Telinga aku panas.

“Aku kat rumah dia sekarang ni.. mmm besar jugak kan.. cantik lagi.. tapi sayang tinggal sorang-sorang...”

“Shit! Kau jangan nak apa-apa kan Lisa Daniel!” Aku dah menjerit kuat! Hilang kewarasan aku saat ini.

“Relax arr... aku tak jumpa pun Lisa.. aku cakap aku berada di rumah dia sekarang ni.. tengah tunggu Doktor tu balik.”

“Bullshit! Kau keluar sekarang sebelum aku call polis!” Buku lima digengam kuat! Seluruh badan dah meruap panas!

“Kau call polis, maksudnya kau dah gadai nyawa betina tu.”

Betina?! Shit! Argghh!
“Daniel! Kalau jadi apa-apa pada Lisa, mati kau aku kerjakan.”

“Hahaha! Aku takkan mati sebelum aku dapat kan pendrive tu. Ingat! Aku nak kau hapuskan semua bahan bukti pada pendrive tu dan kalau aku dapat tahu kau copy pada tempat lain, mayat Doktor tu aku akan kerat-kerat, sampai kau sendiri takkan dapat cam!”

“Daniel!!!”

Seperti biasa, Tuan Daniel, mematikan panggilannya dengan hilaian seperti Pontianak!

Badan terus mengigil!
Nombor Sharizam aku dail. Dan aku bagi tahu semuanya.

Sharizam suruh aku cari Lisa dulu, sementara dia kumpulkan orang-orangnya.

Aku akur!. Kini nombor Lisa aku dail lagi, berpuluh kali namun tiada jawapan.

Terus kereta Wira aku laju merempuh jalan menuju ke parking hospital. Kereta Lisa yang diparking semalam dah tiada!

Arrghh! Mana dia pergi? Takkan dia balik rumah?!

Sekali lagi kereta aku pecut menuju ke rumah Lisa, Nombor wanita itu terus didail, namun masih tiada jawapan.
Bengang!
Marah!
Takut!
Ya Allah! Lindungan Khairulisa dari segala mala bahaya!

Kini Nombor Sharizam kembali aku dail. Sharizam bagitahu yang dia dengan anak buahnya sedang bergerak ke rumah Lisa.

Aku angguk kepala, talian dimatikan. Stereng kereta kemas dikejap supaya pemanduan aku dapat dilajukan.
Sementara tangan kiri aku terus memegang telefon, mendail nombor Lisa.

Akhirnya Lisa menjawab lemah.
Ya Allah!
“Kau kat mana?! Dari malam tadi aku contact kenapa tak angkat?!”
badan dah mengigil! Doa pada Allah tak lekang dari mulut aku agar Lisa selamat.

“Saya dalam kereta, dah nak sampai rumah, Nanti saya call awak lagi.”

Rumah?!
“Kau jangan masuk rumah dulu! Duduk dalam kereta! Tunggu aku sampai!”

“Kenapa?”

Aku tak perduli pertayaan lembut dan lunak dari suara Lisa
“Tunggu je la dalam kereta!”
Terus panggilan aku matikan.

Kereta aku makin pecut untuk sampai ke rumah Lisa.

Sebelum sampai sempat aku call Sharizam, suruh bersedia je. Jangan hampiri Lisa selagi wanita tu duduk dalam kereta.

Aku taknak Lisa takut.
Nasib Sharizam terima arahan aku!.

Ketika kereta aku sampai di belakang kereta Lisa, mata aku terlihat wanita itu sedang keluar dari kereta menuju ke pintu pagar.

Arggh! Degil lah Minah ni!

Tanpa mematikan enjin , langkah aku panjang keluar dari kereta dan berjalan kearah Lisa.

Lisa menoleh dan merenung aku yang menghampirinya.

Kunci rumah yang ada pada tangan wanita itu aku rampas kuat!
“Aku dah kata tadi kan! Tunggu dalam kereta! Kenapa kau keluar jugak?!”

Lisa diam, Mata bulatnya tak berkedip, terus pandang aku!

“Masuk dalam kereta sekarang!” Aku tak perduli lagi perasaan wanita tu, dalam keadaan sekarang ni. Lisa kena ikut cakap aku!

Kunci aku buka, rumah Lisa aku masuk. Setiap sudut bilik dan ruang dalam rumah tu aku periksa.
Pintu belakang pun aku buka. Keadaan seperti biasa. Rumah masih kemas. Dan tiada apa-apa yang mencurigakan.
Shit! Tuan Daniel mainkan aku!

Aku lepas keluhan. Nombor Sharizam aku dail.
“Zam aku rasa takde apa-apa lah.. macam takde kes pecah rumah pun.”

“Betul ke Wadi.”

Aku urut belakang leher. “Nanti aku jumpa kau.”
Talian aku matikan.

Langkah menuju keluar.Lisa turut keluar dari kereta.

Ketika wajah Lisa aku pandang, serasa hilang beban kat bahu aku. Lega.
Sungguh aku takut dengan ugutan Tuan Daniel tadi.

“Kau baru balik kerja ke?” Tubuh genit Lisa aku hampiri.

“Ye.. saya kerja malam.” Minah tu jawab selamba. Muka tak pandang aku.

Nak kena cubit ke? Geram! “Lambatnya kau balik?! Kenapa aku mesej kau tak balas, call pun tak angkat?” Suara aku sedikit tinggi. Serius sikit.

“Saya tengah buat kerja! Bukannya goyang kaki!”

Amboi Minah ni dah pandai menjawab!
Kau tahu tak aku rasa macam nak sesak nafas dah sebab kau senyap!
“Kau kerja takkan takde masa rehat?! Boleh je kau balas mesej aku kan?! Berapa kali aku cakap kalau aku mesej atau call jawab! Jangan diam!” Aiish! Panas aku dengan Minah ni!

Lisa urut tengah dahi, sesaat kemudian kepalanya yang sama tinggi dengan bahu aku didongak. Mata aku dipandang tepat.

“Awak siapa dengan saya?! Awak orang luar! Saya kenal awak sekejap je! Kenapa perlu saya jawab panggilan awak kalau tak urgent?!”

Jadi betul la.. aku bukan siapa-siapa untuk kau Lisa? Tapi panggilan aku tadi sangat mustahak Lisa. Nyawa kau dalam bahaya! Aku kaku diam.

“Lagi satu awak takde hak nak suka-suka masuk rumah saya? Rumah ni milik saya! hak saya sepenuhnya! Awak bukan keluarga saya! Awak datang marah-marah kat saya sebab tak reply mesej awak! Lepas tu awak suka-suka rampas kunci rumah saya! awak fikir awak siapa?! Jangan awak ingat saya turut arahan awak sampai awak mudah-mudah main kan maruah saya!”

Aku tunduk pandang mata Lisa. Dah merah menahan marah, bibirnya diketap berkali-kali sambil melepas keluhan.

Lisa.. aku tahu kau fikir aku rude! Tapi macamana aku nak terangkan kat kau, yang aku buat semua ni untuk kau!
Aku sayangkan maruah kau. sebab tu aku berusaha untuk jaga kau Lisa..

“Kalau awak takde apa-apa urgent nak cakap, boleh tak awak pergi. Saya balik kerja penat, nak rehat.”

Arggh! Sungguh sadis hati aku bagai dicakar-cakar, bila Lisa halau aku!
Aku tahu aku bukan sesiapa bagi kau Lisa. Tapi kau tahu tak hati aku dah kau rampas!
Sebab tu segala ayat kau seolah-olah mata pedang menghiris kuat hati aku yang dah bengkak!

Aku lepas keluhan, teringat Cover handset yang Sharizam beri kan malam tadi. terus langkah menuju kedalam kereta mengambilnya.
Cover itu kemudian dihulurkan kepada Lisa.

“Aku janji takkan ganggu kau lagi kalau kau janji dengan aku, kau akan pakai cover ni sampai bila-bila”
Lisa.. aku tak pandai nak ayat perempuan, tapi aku harap hati kau lembut untuk terima pemberian aku kali ni.

Lisa mengambil walau riak wajahnya agak pelik.

Ya Allah kau buka lah hati Lisa untuk terus guna Cover Handphone tu...

Tanpa menatap lagi wajah Lisa, langkah berjalan menuju kekereta Wira aku. Tubuh dihumban keras, lantas aku tekan minyak dan memecut kereta aku membelah jalan.

Cermin belakang aku pandang, Lisa masih berdiri memandang ‘hadiah’ pemberianku.

Parah hati aku!

Tak jauh pun.. sampai satu simpang, kereta aku berhenti.
Belakang leher diurut!
Rambut diserabutkan!

Wadi! Kau memang pengecut!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience