SEBELAS

Mystery & Detective Series 73664

Stereng kereta dihentak-hentak kuat!

Sedar selama ni aku hanya bertepuk sebelah tangan!
Sedar siapa aku disisi Lisa!
Sedar yang aku bukan tandingan Doktor Khairulisa.

Tapi yang amat memeritkan, Lisa halau aku saat hati aku sudah terpaut dalam pada dia!

Lisa, wanita pertama yang bawa aku kenal Cinta, Tapi Lisa juga yang pertama bawa aku untuk humban cinta itu jauh dari hati aku.
Sungguh aku tak kuat Lisa!

Sharizam berhenti kan kereta sebelah kereta aku, Cermin tingkap diketuk. Aku buka perlahan.

“Camne Bro? Okay tak?”

Aku angguk lemah.

“Aku nak dapat kan waran untuk geledah rumah Doktor tu, aku takut Kalau Tuan Daniel betul-betul buat kerja giler dia nak apa-apakan Lisa.”

Aku dongak pandang sharizam. “Aku rasa Tuan Daniel tak masuk rumah Lisa, dia gertak kita je.”

“Macamana kau tahu?”

Nafas dihela perlahan. “Lock rumah Lisa, aku yang tukar dan pasang semua, sikit pun takde yang terjejas, aku pasti Tuan Daniel atau konco-konco dia tak pernah masuk rumah tu.”

Mulanya Sharizam kerut dahi, mungkin terkejut dengan statement aku agaknya.
Sebentar kemudian baru la lelaki itu mengangguk. “So kau dah bagi ke Cover Handphone tu?”

Aku angguk kepala.

“Good job Bro! Lepas ni boleh la aku rasa makan nasi minyak kau pulak kan?”

Aku senyum! Tapi senyum penyedap! Nak tutup segala amarah dihati!

“Kau balik rumah ke lepas ni?”

Terus senyum aku tarik dari bibir “Aku stay dulu kat sini, tengok-tengok kan Lisa, Kau balik la.”

“Ye la... Kau jaga lah bakal bini kau tu ye Wadi.. kitaorang balik balai dulu.. apa-apa hal kau contact aku tau!” Sharizam tepuk bahu aku.

Dan aku hanya ukir senyum sejemput!
Tak larat da nak bohong dengan hati! Sedang diri terlalu sakit saat Cinta aku ditolak sebelum ia berputik.

Lisa.. kenapa aku mesti jatuh cinta dengan kau?

******

Empat hari berlalu, Handphone aku masih dengan mesej dari Lisa.
Sebelum ni pun takde lah kitaorang selalu balas mesej. Tapi sehari tu mesti ada sekali, cukup lah jadi pengubat hati yang sentiasa merindu.

Dua hari lepas, aku stalker Lisa lagi.

Kali ni hati aku benar-benar sakit.
Lisa lambat pulang dari kerja, sebab singgah makan dengan lelaki yang ala-ala pak arab muka dia.

Aku pasti, lelaki tu Ex-Husband Lisa.

Haiii.. parah.. patut pun Lisa tolak aku mentah-mentah.. rupanya dia kembali bersama dengan duda dia.
Aku juga yang melepas.

Melihat kau makin bahagia sepatutnya aku mula gembira,tapi entah kenapa hati aku makin sakit.

Tapi... Apa hak aku nak halang dengan siapa kau nak berhubung?

Siapa aku nak larikan kau jauh dari ‘Pak Arab’ tu, sedangkan dia dulu yang takluk hati kau sebelum aku?

Lisa... Kalau aku perempuan, dah lama rahang aku yang sasa ni basah dengan air mata!

Huuwaaa! Mak nak kahwin!!!
Giler!

Teringat malam tadi aku berborak dengan Sharizam pasal Lisa

“Zam.. Alat yang aku bagi kat Lisa tu berfungsi ke?”
Sharizam yang tengah menghirup air meggi kari, menganggukan kepalanya, “Selagi Hanphone Doktor tu di on, selagi tu alat tersebut akan ter caj.”

Alhamdullilah.. sekurang-kurangnya Lisa pakai juga Cover tu, bangganya, dah lah barang tu je satu-satu pemberian aku buat dia.
Kalau dia pakai, maknanya dia guna tiap-tiap hari la.

Mangkuk meggi diletak. Sharizam pandang aku bulat “Tapi aku nak kau betul kan balik kedudukan signal tu, sebab kadang-kadang hilang, aku tak sure kenapa? Mungkin terkena air atau mungkin kedudukanya dah lari."

Aku melurut wajah.
Keluhan dilepaskan.
Kalau aku betulkan signal tu maknanya, aku kena jumpa Lisa.
Tapi macamana? Dah la, aku tak bercakap lagi dengan dia!

Telefon bimbit aku begetar kuat, lamunan terhenti.
Panggilan dari Mr. Bong.

“Wadi where are you now?”

Aku pandang Lisa yang sedang duduk didalam ‘Italian Cafe’ dengan duda dia. “Saya di KL Mr.Bong”

“Oh thanks god! I nak jumpa doktor Khairulisa, banyak kali I call but not reach or maybe she was busy so tak reply my call. If you see Khairullisa, tell that i want to see her as soon as possible”

Mana nak jawab call, kalau tengah berkepit dengan ‘Pak Arab’ tu!
Jeles ke Iswadi?

Panggilan Mr.Bong aku matikan.

Nombor Lisa aku ingin ku dail, namun dibatalkan semula.

Peti mesej aku buka. Satu persatu ayat ku taip.
‘Datang ke pejabat guaman sekarang, sebab ada perkara nak dibincangkan kalau tak boleh reply aku sekarang’

Tanpa koma dan dan button stop, mesej tu terus aku send kat nombor telefon Lisa.

Dari dalam kereta, aku pandang Lisa mengambil telefonnya dan membaca mesej aku.

Kemudian telefonnya diletakan kembali kedalam tas tangannya.

Aku mengeluh berat.. badan disandar kekerusi. Hampa...
Memamg aku takdr harapan dah kat hati kau Lisa..

Sebentar kemudian pandangan ditoleh semula ke tempat duduk Lisa tadi.
Hah! Lisa bangun tiba-tiba, dan terus keluar dari Cafe tersebut.

Aku bingkas betul kan duduk. Mata masih merenung Lisa yang masuk kedalam Nisaan Kick nya, sebelum kereta itu meluncur laju.

Apa lagi, terus aku start enjin kereta dan ekor dia.

Nak dekat 20 minit jugak lah, aku sedar kereta Lisa membelok ke Jalan Panglima dan berhenti di bangunan Syarikat Guaman Mr. Bong.

Hati ada senyum bai...
Rupanya dia ikut juga kata aku kan.

Khairul Iswadi! Kali ni kau jangan lepaskan peluang lagi!

Ye! Aku kena berterus-terang pada Lisa.

Kereta Proton Wira aku pakir selang beberapa buah dari kereta Lisa.
Nampak sangat aku stalker dia kalau parking dekat-dekat kan?

Langkah Lisa aku ekor dari belakang, minah tu langsung tak sedar.

Teringat kata Sharizam yang mintak aku betul kan signal pada Cover Handphone yang aku bagi kat Lisa tu supaya lebih jelas.

Kaki Lisa yang ingin melangkah ke anak tangga, aku pintas. “kau dah sampai?”

Tu je soalan aku? Bodoh betul kau ni Khairul Iswadi.
Dah la muka minah tu terkejut tengok aku. Memang tak romantik betul la aku ni!

Tubuh aku kini berdiri dihadapan Lisa. Rindu makin menggunung.
Rambut Lisa yang menutup sebahagian pipi kirinya, ingin ku kuak ketepi agar pipi gebu wanita itu dapat ditatap.
Sungguh aku ingin dekat dengan wanita ni!

Lisa masih mendongak pandang aku.

Aku kalah dengan anak mata hitamnya yang bulat dan besar mengarah kepadaku.

Tak terasa, wajah aku ditundukkan menghampiri muka kecil Lisa, terus pipi wanita itu merona.

Lantas wajahnya dipaling dari aku dan melangkah semula menaiki tangga.

Apa kau buat ni Wadi?
Serta merta tubuh aku dipalingkan. Belakang Lisa dipandang “Pinjam Handphone kau.”

Langkah Lisa terhenti di anak tangga teratas.

Perlahan aku menghampiri sedang jantung terus kencang macam nak mati!

Lisa mengeluarkan Handphone dari dalam begnya dan menyerahkan kepada aku, sebelum meneruskan langkah masuk ke pejabat Mr. Bong.

Itu je?

Aku lepas nafas.. Telefon Lisa yang dah berada digengaman ku aku tenung.
Bila lah kita dapat bercakap macam dulu Lisa?

Langkah menuruni anak tangga dan masuk kedalam kereta aku.

Tangan terus membelek belakang cover Handphone tersebut, Ye.. wayar besi yang kecil dah senget sikit dari butangnya.
Dengan hati-hati, aku cuba membetulkannya.

Nasib Lisa tak perasan handphone dia ada alat signal.

Maafkan aku Lisa, aku bukan nak kongkong hidup kau. Tapi aku perlu jaga kau sehingga kes ni selesai.

Sehingga kes selesai?

Aku menarik nafas panjang... boleh tak kalau aku nak jaga kau selamanya walaupun selepas kes ni selesai?

Pipi ditampar berkali-kali!
Wake up Wadi!
Jangan jadi mat jenin!
Berangan kosong!
Kalau kau suka cakap je la dengan Lisa tu!

Fuh.. setelah selesai membaiki.
Aku keluar semula dari kereta dan berjalan menuju keanak tangga.

Sewaktu di koridor. Mata aku tertancap sebuah kereta Jaguar I-Pace yang pakir bersebelahan kereta Nissan Kick, milik Lisa.

Entah kenapa aku rasa kereta tu pelik sangat. Tinted gelap dan sedari tadi, bunyi aircond masih ada, menandakan enjin kereta masih belum dipadamkan.

Oh! Shit! Aku rasa waktu aku ekor Lisa, aku nampak Jaguar ni pun mengekori Kereta Lisa lebih rapat.

Siapa dia?
Jangan-jangan konco Tuan Daniel!
Pantas aku mengira anak tangga dan menuju ke pejabat Mr.Bong.

Lisa aku cari, fuh.. nasib dia ada.
Minah tu tengah berborak dengan Linda.

Handphone Lisa aku hulur kembali dan tubuh dipusing untuk keluar dari pejabat ni.

Sampai dibawah, aku pantas menuju ke Pacuan Jaguar I-Pace yang aku pasti ada orang didalamnya walau cerminnya gelap.

Tok! Tok! Tok!
Cermin kereta yang berwarna hitam tu kuketuk kuat.

Hati dah maki hamin!
Setan kau Tuan Daniel! Kau ingat kau boleh jadi stalker Lisa!
Langkah mayat aku dulu!

Cermin dibahagian permandu terlurut perlahan.

Makin lama makin jelas manusia didalam nya.

Woo.. ini ke konco Tuan Daniel!
Smart giler!
Tapi kenapa aku tak pernah nampak?

Dengan tie biru gelap dan suit yang juga biru gelap makin menambah gaya muka ala-ala ‘Pak Arab’ tu!

Waaa...What?! Pak arab?!

“Yes!” Mamat tu dan pandang slack kat aku.

Shit! Dia ni duda Lisa! Yang aku nampak kat Italian Cafe tadi!

Oh God! Apa lagi! lari lah!!

“Wait!”

Apa? Dia suruh aku berhenti!
Ye langkah aku mati, namun wajah aku masih membelakangi.

Sesaat kemudian, telinga dapat tangkap pintu kereta dibuka dan pak! bahu aku disentuh.

Alamak! Mampus gue!

“Aku rasa aku kenal kau?”

Perlahan aku pusing wajah, senyum aku ukir. Taknak nampak sangat rasa bersalah.
“Sorry.. aku tak kenal kau bro.”

Tak kenal? Padahal kenal sangat!
Dengan jantan dayus tu, yang sanggup pukul bini dan ceraikan bini tanpa perbincangan!

Lengan lelaki tu yang masih dibahu aku, cuba ku tepis perlahan.
Namun makin kejap gengaman dia. ‘Pak Arab’ kau jangan main-main dengan aku, karang patah lengan kau, aku kerjakan nanti!

“Aku pernah nampak kau depan rumah Lisa.”

Wooo.. bila? Maknanya bukan aku sorang je lah yang stalker Lisa.
Tapi kejadahnya Pak Arab ni nak stalker bekas bini dia?

Aku pandang duda Lisa tu yang mendongak memandang bangunan di depan kami. “Aku pun pernah nampak korang turun sama dari pejabat peguam ni. Untuk apa?”

Aku berdehem tahan kalut. “Bro, aku taknak cerita banyak. Kalau kau nak tahu kau sendiri tanya dengan Lisa.”

Pantas bola mata lelaki tu terarah kepadaku.

Ye lah! Malas aku nak sorok lagi. Yang pasti hubungan aku dengan Lisa tak lebih dari hubungan cintan cintun.
Jadi nak buat aku takut?

“So betul lah kau kenal bini aku?”

Ehem-ehem mat arab, Ex-bini okay, bukan bini.

Aku angguk pantas.

Terus kolar baju T-shirt aku digumpal dan ditarik mendekati wajah dia!

Oit main kasar!

“Cakap! Apa hubungan kau dengan bini aku?!”

Aku pandang keliling! Ada dua tuga pasang mata sedang memandang kami.
Pak arab ni memang baran lah! Patut pun mudah je lafaz cerai kat Lisa.

“Bro.. masuk kereta dulu.. aku cerita.” Kedua-dua tangan aku dah pulas kedua lengan mamat tu yang masih mencangkuk kat leher t-shirt aku.

Aku pandang muka mamat tu dah mengelitik, sakitnya agaknya lengan tu dipulas.
Jangan cabar guru silat ye bro!

Mamat tu ikut arahan, kitaorang masuk dan duduk sebelah menyebelah dalam kereta Jaguar milik mamat tu.

Segala kisah aku dan Lisa, aku cerita kat dia. Beberapa kali aku tengok rahang mamat tu bergerak-gerak tahan marah.

Aku tahu aku salah. Tapi percayalah aku tak pernah buat yang tak baik pada Lisa, aku harap Pak Arab tu percaya.

“Kau tahu tak apa yang kau buat ni melibatkan nyawa Lisa!”

Aku angguk kepala “Aku mintak maaf bro, aku janji, aku akan jaga Lisa.”

“Kau tak berhak jaga Lisa!”

Oppss! Ayat aku salah lah tadi!
Giler doh! Sekali lagi aku mengangguk
“Maksud aku, aku dan pihak polis akan pastikan Lisa tak diapa-apakan sepanjang perbicaraan dijalankan.”

“Ingat ye! Kalau terjadi apa-apa kat bini aku, aku tak teragak-agak nak bunuh kau!”

Nafas kutarik dalam. Bini?
Wajah lelaki tu yang dikenali sebagai Iskandar tu aku renung
“Lisa.. Ex-bini kau bro, bukan BINI kau!”

Mata Pak Arab yang memperkenalkan diri sebagai Syed Iskandar, dah mencerlum pandang aku!

Entah kenapa taik telinga ni cair setiap kali jantan dayus ni mengaku yang Lisa tu bini dia!

“Apa lagi yang kau tahu tentang aku dan Lisa”

Aku menyandarkan belakang ke seat kereta.
“Aku tak tahu sangat pasal hubungan kau dengan Lisa, tapi yang aku pasti, korang berdua dah bercerai.”
Hello.. aku saksi kau lafaz cerai kat Lisa tau! Waktu tu aku dalam keadaan waras.
Bukti aku dah cukup.

Tiba-tiba aku terdengar Iskandar lepas keluhan.

“Aku nak bersama dengan Lisa semula.”

Sebak.. tapi aku pura-pura buat tak tahu.

“Dan aku taknak kau ganggu hubungan aku.”

Hah?! Aku?! Ganggu hubungan kau?!
What the hell?
“Bro..”

“Dah.. kau keluar dari kereta aku. Aku akan stay kat sini untuk jaga Lisa. Sebab aku tak percaya yang kau boleh pastikan Lisa selamat! Lepas ni aku akan pujuk Lisa untuk tak involved lagi dalam kes bodoh macam ni!”

“Wait bro.. Kau tak boleh macam tu.”

“Hah! Lisa tanggungjawab aku! aku yang akan jaga dia faham!”

Mata aku bergabung dengan bola mata Iskandar sekejap.
Hati cuba cool.. malas nak gaduh panjang.

Ye! Lisa takde apa-apa hubungan dengan aku, jadi aku tak perlu pun nak jaga dia bagai..

Sebab malas nak argue lagi dengan Iskandar, aku keluar dari kereta.
Hajat hati nak masuk balik pejabat Mr. Bong.

Tapi bila tengok kereta Iskandar masih statik tak bergerak, terus aku masuk kedalam Proton Wira aku dan meluncur laju tinggal kan tempat tu.

Hati makin panas membara!
Otak perlu buang segera nama Lisa!
Namun bila teringatkan ugutan Tuan Daniel, jiwa aku serta merta mintak untuk terus bersabar.

Sabar menjaga Lisa sehingga Tuan Daniel benar-benar dihukum salah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience