EMPAT BELAS

Mystery & Detective Series 73664

Aku sampai ke KL dua jam selepas tu. Sharizam dah tunggu aku kat balai.

“Budak dua orang tu aku dah soal bro.. dia cakap, dia tak kenal sangat siapa yang upah dia tu. Aku mintak diorang gambar kan.” Sharizam hulur satu gambar kat aku.

“Ni hah. Kau kenal kan? Salah seorang konco Tuan Daniel.”

Aku angguk kepala. Gigi diketap geram. Terang-terang Tuan Daniel berdendam dengan aku.

“Malam tadi, orang aku perasan signal pada alat kawalan yang dipasang kat handphone Doktor tu mati tiba-tiba. Diorang cuba check dan signal tu dijumpai kat Jalan Raja, dah terpenyek kena langgar dek kereta mungkin.”

Hah! Makin sebal jiwa aku dengar cerita Sharizam!
“Kau dah pergi rumah Lisa?”

Sharizam angguk kepala “Orang aku dah geledah rumah dia, Doktor tu takde. Dan takde jugak kesan rumah tu kena ceroboh. Aku pergi kat tempat kerja dia. Pun takde. Tapi yang pelik kereta dia, kitaorang jumpa kat belakang bangunan syarikat peguam yang kendalikan kes Dato Danish.”

Mulut aku dah membulat!

“Aku dah soal Mr. Bong. Sofar dia cakap, takde pulak dia panggil Doktor tu untuk datang kepejabatnya semalam. Kereta perempuan tu, Kitaorang jumpa siap ada kunci lagi kat dalamnya. Jadi aku syak Doktor Lisa kena culik dari situ.”

Beberapa kali aku raup wajah sendiri, keluhan turut dilepas kasar.

“Dan aku rasa.. diorang gunakan Handphone kau untuk berhubung dengan Lisa.”

Arggh! Aku rasa nak menjerit! Kalau tak ramai orang dalam balai ni, dah tentu aku hambur kemarahan aku sepuas yang mungkin!

“Family Doktor tu pun aku dah hubungi kat Australia, diorang akan turun sini.”

Aku bangun dari kerusi menuju ke luar balai.

Nafas terasa amat sesak.

Mana harus kau cari Lisa? Ikut perhitungan dah hampir 24 jam Lisa hilang.

Ya Allah.. apa yang berlaku pada Lisa sekarang ni.

Lisa! Ini semua salah aku! aku yang libat kan kau dalam kes ni!

Pak! belakang aku ditepuk lembut. Aku tahu itu Sharizam, namun aku tak toleh.

“Sabar Wadi.”

Aku terus diam.. langsung aku tak salahkan Sharizam. Aku tahu pihak polis dah betul-betul berusaha untuk cari Lisa.

Sharizam berdiri sebelah aku. Sebatang rokok dicelitkan dicelah bibirnya sambil membakar dengan pemetik api
“Orang aku tengah cari Doktor tu dalam radius handphone yang dijumpai tu. Radius akan dibesarkan setiap jam selagi Doktor tu tak ditemui.”

“Kau tak cari Tuan Daniel?” arggh! Rasa jijik nak sebut nama orang tua tu.

Sharizam hembus asap rokok perlahan “Dah.. tapi dia licik! Sekejap je hilang dari pandangan.”

Shit! Gigi aku makin dilaga kuat saat mendengar kata-kata Sharizam!

“Wadi.. sabar.. banyakan berdoa ye.”

Aku mengeluh .

****

“Wei.. makan dulu.. satu hari kau tak makan tahu tak..”

Aku silang lengan kat tubuh. Sharizam kutatap kosong.

Siang dah berganjak malam. Tapi aku masih disini.
Dibalai menunggu berita tentang Lisa.

Pasukan penyelamat dah dikerahkan dibanyak kawasan meliputi lingkungan telefon bimbit Lisa yang dijumpai.

Jika sehingga esok masih tak jumpa pihak polis akan tukar plan. Itu yang Sharizam terang kat aku.

Dada aku dah makin semak.. Aku nak keluar tolong cari, tapi Sharizam halang. Takut aku menganggu kerja polis.

Halangan Sharizam makin buat hati aku panas! Tapi aku tetap kena turut.

Beberapa kali Sharizam ajak aku makan, tapi aku tolak.. takder selera.

“Kau tahan lapar macam ni, macamana kau simpan tenaga nak cari Lisa?!”

Suara Sharizam dah tinggi kepada aku.
Perlahan aku lepas keluhan “Jap lagi aku makan Zam.. kau makan lah dulu.”

Sharizam angguk kepala dan meninggalkan aku yang masih berdiri diluar balai.

Teringat siang tadi, Tuan Fakrul datang balai jumpa aku dan tanya keadaan Lisa.
Beberapa kali dia mintak maaf kat aku sebab melibatkan Lisa.

Aku diam.. langsung aku tak marahkan Tuan Fakrul, kerana ini semua salah aku.

“Adik papa tu dah memang melampau! Dari dulu lagi dia suka kaut duit papa! Dulu dia bukak bisnes, semua papa modalkan, lepas tu lingkup. Then cakap arwah papa yang salah. Padahal papa dah buat macam-macam. Kilang untuk dia buat bisnes pun papa dah bina. At last terbiar je macam tu.”

Aku hanya dengar Tuan Fakrul mengomel.

“Lepas tu mintak duit lagi dengan papa untuk buat bisnes lain. Bila papa tak bagi dia ugut nak jatuhkan bisnes papa.”

Telinga aku dapat tangkap Tuan Fakrul mengeluh berat.

Tapi apa yang perlu dibuat lagi?
Tuan Daniel dari dulu, tak pernah serik dengan nak buat kerja giler!

Aku sendiri pernah tengok, Dato Danish tulis cek 20 ribu semata-mata untuk diberi kepada Tuan Daniel sebagai belanja!

Shit! Aku kerja bertahun pun susah nak dapat 20 ribu.
Ni senang-senang je dapat duit sebanyak tu. Itu pun masih sanggup nak bunuh abang sendiri!.

Memang kejam la Tuan Daniel!

Teringat kisah 2 tahun lepas. Aku sendiri pernah temankan Dato Danish untuk tengokkan kilang yang dibina untuk adiknya itu.
Mula-mula memang untung. Entah mana silapnya.. tahun lepas kilang tu lingkup macam tu je..

Aku picit tengah dahi.. wajah Lisa terus terbayang.
Aku silap Lisa.. maafkan aku.

Kaki menari untuk masuk kedalam balai.. aku kena makan.. dan kena cari kekuatan untuk terus menjejaki Lisa.

Harggh! KILANG?!

Terus langkah aku berhenti. Ye! Kilang yang ditinggal oleh Tuan Daniel!

“Zam!” Aku jerit kuat! Langkah laju menuju ke pantry balai polis tersebut.

Sampai depan pintu pantry, wajah Sharizam aku cari!

“Pehal!” Sharizam yang tengah suap mee goreng mendongak pandang aku.

“Aku rasa aku tahu Lisa kat mana!” Aku melangkah kearah Sharizam.

Pantas Sharizam bangun. “ Kat mana?!”

Beberapa orang staf juga turut pandang pada kami.

Satu hari aku bersama Sharizam di balai itu membuatkan semua anggota polis kat situ kenal aku.

Sharizam bawak aku ke bilik teknikal. Aku ikut pantas. Kat situ lebih senang nak berbincang.

“Kilang mana kau maksud kan bro?”

Mata kami pandang pada peta yang berada di skrin putih dan dikawal oleh komputer.

“Kilang lama milik Tuan Daniel kat Jalan Dato Iskandar tak silap aku lebih kurang 20km dari tempat kau jumpa telefon bimbit Lisa.”

Sharizam mengerakan tetikus di komputer, memang ada sebuah kilang lama di Jalan Dato Iskandar.
“ Kau pasti Wadi?” Sharizam bertanya tanpa memandang aku.

Aku melepaskan keluhan “ Tak pasti bro.. tapi.. aku cuma agak je..”

Sharizam angkat wajah, mata aku ditatap sayu. “Kita cuba.”

Aku tak angguk, tak jugak geleng. Tapi aku berharap sangat kali ni.

Hingga sekarang nak dekat 48 jam Lisa hilang.. Aku rasa otak dah naik giler bila fikir pasal semua ni!

“Sarjan Jamal! Kumpul kan team, kita gerak ke Jalan Dato Iskandar!” Sharizam memberi arahan kepada lelaki yang dipanggil Jamal itu.

Jamal menggangguk paham!

10 minit kemudian , aku masuk kedalam kereta bersama Sharizam. Lelaki tu suruh aku tunggu di balai.

Oh! Hell! Memang tak la aku ikut cakap Zam tu!

Kami sampai ke gudang besar yang dulunya kilang milik Tuan Daniel.

Jalan masuk kawasan tu memang bersemak. Bayangkan lah tapak kilang yang dah tak digunakan lagi.

Aku pandang jam dipergelangan kiri aku. Sudah jam 3 pagi..

Kawasan yang gelap makin menyukarkan pencarian.

3 buah kereta yang ikut sekali dalam misi mencari, memakirkan kereta jauh dari gudang tersebut.

Sharizam mintak aku stay, dalam kereta. Dan kali ni aku ikut.

Semua team turun dan perlahan menapak mendekati gudang tersebut.

Aku yang dalam kereta dah gelisah. Lutut dah bergerak-gerak menahan risau.

Hampir setengah jam, Sharizam dan team dia kembali ke kereta.

“Macamana Zam?!” Tak sabar!

Sharizam masuk kereta dan duduk sebelah aku. Bahu aku ditepuk
“ Lisa kat dalam tu.”

Sharizam bersuara tenang.

Namun langsung tak tenang kan hati aku. Langkah kaki terus ingin keluar dari kereta.

Tapi Sharizam cepat tarik lengan aku.
“Relax bro.”

“Celaka kau nak relax lagi! Kita kena selamatkan Lisa Zam!” Mata aku dah merah pandang Sharizam. Hati dah membara panas!.

“Wadi..” Sharizam masih pegang lengan aku. “Kalau kau main serbu macam ni, kau ingat Lisa akan selamat?”

Diam.

Sharizam menarik nafas panjang “ Aku pun nak Doktor tu selamat Wadi.. kau jangan risau, aku tengah kumpul team dan plan.. Dalam setengah jam lagi kita akan buat serbuan”

Aku kembali duduk di dalam kereta.

Dalam kepayahan aku akur dengan arahan Sharizam. Dia lebih tahu kerana dia seorang pegawai polis.

Jam ditangan aku lirik lagi.. dah pukul 5.30 pagi. Hati terus berbaur pedih..

Sharizam kumpul team dan perbincangan dijalankan, aku hanya mendengar..
Hanya ambil masa 15 minit sahaja, semua dah selesai. Setiap team diagih untuk menyerbu dibahagian south and nouth.

Aku ikut Sharizam, untuk menyerbu dari hadapan.
Nasib Sharizam bagi aku ekor dia, itupun dia arah aku mengikut dari belakang dengan di cover dari anak buahnya.

Sharizam pasti, Tuan Daniel mempunyai senjata api. Jadi dia taknak ada sesiapa yang tercedera dalam kes malam ni!

Pelahan aku ekori team Sharizam. Lelaki tu dah berada dihadapan sekali sambil memegang senjata apinya.

Aku kat tengah-tengah. Belakang aku ada beberapa orang anggota yang back up kami.
Tertunduk- tunduk aku berjalan sambil merapati pintu hadapan gudang berkenaan.

Perlahan Sharizam membuka pintu gudang tersebut.

Kreeeekkk..

Langkah kami semua mati.

Sharizam masuk diikuti seorang lagi anak buahnya. Aku ingin masuk, tapi seorang anggota menghalang aku. Dalam kepayahan, aku akur.

“Clear..”

Aku dengar seorang anggota berbisik. Dan yang lain terus masuk..
Langkah aku menuruti..

“Stupid! Aku cakap bawa dia! Kau bawa je lah! Kau nak ikut arahan aku atau kau nak mati sekarang?!”

Suara tu?! Suara Tuan Daniel!

“Stop..” Aku dengar suara Sharizam berbisik dan kemudian dalam kesamaran jelas nampak tangan lelaki itu mengarah anah buahnya untuk berhenti dan tunduk.

Aku ikut akur dengan arahan sepupu ku itu.

“Arggh! Arggh!”

Suara Lisa!

Aku cuba bangun dan melangkah, tapi anak buah Sharizam menahan aku! Sebal!

Aku perlu selamatkan Lisa!!

“Move.” Tinggi sikit suara Sharizam, membuatkan anak buahnya bangun dan melangkah laju memasuki gudang tersebut.

Dalam samar-samar cahaya dari ‘rechargeable lamp’ yang diletakan dibeberapa tempat, aku dapat menangkap bayang Lisa yang dipegang oleh orang suruhan Tuan Daniel!.

Dan kelihatan Tuan Daniel turut mengekor lelaki tersebut sambil memegang senjata api.
Shit!

“Encik Daniel! Letakan senjata anda!”

Serta merta Tuan Daniel dan konco-konconya berpaling kearah kami!.

Sharizam dan beberapa anggota lain dah bersedia mengacukan senjatanya kearah kumpulan Tuan Daniel dihadapan.

“Encik Daniel.. saya polis.. tolong bagi kerjasama, saya janji takkan apa-apakan Encik kalau Encik ikut arahan saya. Tempat ni dah dikepung, Encik tak boleh kemana-mana lagi.”
Sharizam bersuara kendur.

Wajah Tuan Daniel aku tatap marah!
Lelaki tu langsung tak takut dengan ugutan Sharizam.
Lantas tangannya mencapai kepala Lisa dan mengacu senjata apinya kepada wanita itu.

“Korang jangan datang dekat! Kalau tak aku bunuh perempuan ni!”

Celaka! Kaki cuba mara lagi, namun staf Sharizam menghalang. Rengusan aku hembur kuat tanda protes!

Lisa ku pandang dah agak lemah.. tubuh genitnya kian longlai.. sesekali mata wanita itu dipejam.. dan dahi dikerut menahan sakit..

“Lisa...” Aku panggil perlahan.. Sungguh aku tak sanggup lihat keadaan Lisa saat tu.

“Lisa..” Sekali lagi aku seru nama dia untuk mencari kekuatan pada diri aku sendiri, kerana aku amat takut..

Lisa buka mata.. wajahnya turus menghadap aku.. jelas dalam kesamaran, mata wanita itu bergerak-gerak menahan tangis, bibirnya yang kecik mencebik berkali-kali menongkah sendu.
“To..to..long selamatkan saya..”

Suara Lisa yang sayu terus membuat hati aku pilu.. Dan tidak semena matanya terus mengalir air.
Hati aku makin dirundum rasa sedih..

“Lisa.. please tenang ye..”
Aku cuba memberi kekuatan pada wanita kesayangan ku,namun sebenarnya diri aku sendiri tak kuat saat ni.

“Hoi! Kau jangan nak berdrama lah kat sini!” Suara garau Tuan Daniel memecah gema didalam gudang berkenaan.

Lantas lelaki itu sekali lagi menolak muncung senjata apinya kesisi dahi Lisa.
Lisa meraung kuat!

“Tuan Daniel! Kalau kau apa-apakan Lisa, aku bunuh kau!” Aku cuba melangkah lagi, namun tetap dihalang oleh anggota polis yang berdiri disebelah ku.

“Wadi! Kau jangan masuk campur! Biar kitaorang yang settlekan!”
Sharizam sempat menoleh kearahkan ku, memberi arahan sebelum kembali menatap kumpulan Tuan Daniel dihadapan.

“Encik Daniel.. tolong lepaskan Lisa.. dia tak salah.. dia pun tak tahu apa-apa. Kalau Encik janji lepaskan Lisa, kami pihak polis janji takkan apa-apakan Encik Daniel” Sharizam terus memujuk.

“Kau ingat aku akan termakan dengan pujuk rayu kau?! Aku akan lepaskan perempuan ni kalau kau boleh bagi ruang kat aku untuk keluar dari sini!” Tuan Daniel terus berdegil!

Buku lima ku dah dikepal kuat!

“Leman! Bawa perempuan ni pergi!” Arahan Tuan Daniel diikuti pantas oleh konconya dengan menyeret Lisa mengikuti mereka.

Muncung senjata api milik Tuan Daniel terus melekat didahi Lisa. Wanita itu terhoyong hayang mengikut jejak konco Tuan Daniel yang melangkah panjang.

Sharizam melangkah kedepan dituruti aku serta anak buahnya!

“Arrggh!” Tiba-tiba Lisa terjatuh! Mungkin langkahnya tersadung kayu-kayu yang melintang.

Langkah aku mati! Mata terus melihat Lisa meronta-ronta!

Tuan Daniel makin menolak kuat sisi dahi Lisa dan memaksa wanita itu untuk bangun!

Aku tak tahan lagi! Urat hijau dah naik sampai kat kepala! Pantas aku berlari kehadapan dan Pakk!

Kaki kanan ku hayun laju mengenai sisi kepala Tuan Daniel hingga menyebabkan lelaki itu rebah!

Keadaan tiba-tiba menjadi kelam kabut!
Lelaki yang dipanggil Leman tadi, cuba menangkap kembali lengan Lisa.

Dan dengan pantas sekali lagi aku menyepak muka lelaki itu hingga dia turut lemah!.

“South! Nouth serbu!” Sharizam bagi arahan tegas, sebelum anak buahnya terus berlawan dengan konco-konco Tuan Daniel yang diagak kira-kira 10 orang!.

Aku tak hiraukan semua tu, langkah merapati Lisa yang masih terbaring dan menarik-narik kakinya.

“Lisa! Lisa ok ke?!” bahu Lisa aku pegang.

Tubuh wanita itu mengigil. Kepala digeleng beberapa kali
“Ka.. ka.. ki saya”

Mata ku dibawa ke kaki Lisa. Jelas kelihatan wanita itu menahan sakit kerana kakinya tersepit antara kayu-kayu yang melintang.

Bahu Lisa makin kejap aku gengam, saat sebelah lagi tangan aku cuba mengalih kayu-kayu tersebut.
Beberapa kali Lisa merengus kecil, mungkin sebab sakit dihempap kayu getah yang agak besar.

‘Bang!’

Kerja aku terhenti, lantas kepala didongak! Tuan Daniel melepaskan tembakan di udara sebelum sekali lagi mengacu senjata api mengenai sisi kiri dahi Lisa.

“Dengar sini! Kalau kau nak betina ni selamat! Baik korang lepaskan aku!” Jeritan Tuan Daniel menyebabkan keadaan gudang yang kucar-kacir tadi kembali sunyi. Semua mata tertumpu padanya!

“Arrggh!”
Aku pandang Lisa!
Wanita itu menutup mata saat Tuan Daniel menunjal kepalanya dengan muncung senjata apinya.

"Daniel! Kau jangan berani sentuh Lisa! Kalau tak aku bunuh kau!” Suara aku turut tinggi, jiwa makin tak tahan melihat kelakuan Tuan Daniel, terhadap Lisa.

“Aku dah warning! Jangan halang aku!” sekali lagi Tuan Daniel menolak dahi Lisa dengan muncung senjata apinya.

Aku menguatkan gengaman pada lengan wanita itu! Jantung aku makin hebat bergetar.

Aku tahu Lisa pun takut.. mata bulat wanita itu makin sayu aku tatap. Jiwa cuba beri kekuatan pada Lisa. Sedangkan hati aku sendiri dah seakan lemah!

Lisa pejam mata.. bibirnya bergetar.
Lisa.. kuat ye...

Saat wanita itu membuka mata, terus bola mata tajam memandang kebelakang aku dan tiba-tiba, Bukk! Badan aku ditolak ketepi hingga terlepas lengan wanita itu dari gengaman aku.

Aku toleh kebelakang, seorang konco Tuan Daniel cuba memukul aku dengan kayu!

Dan dalam masa yang sama..
Bang!!
Bunyi peluru dari senjata api milik Tuan Daniel bergema kuat!

Pantas aku menoleh kearah Lisa! Wanita tu pandang aku tak berkedip!
Mata aku melorot ke bawah pada pinggang Lisa. Perlahan cairan merah keluar dari bajunya.

Saat tu juga, bertubi-tubi bunyi peluru keluar dari senjata api. Dan pertarungan makin hebat didengar didalam gudang tersebut.

Aku? kaku sekejap melihat keadaan Lisa.

Peluru dari senjata Tuan Daniel mengenai perut Lisa. Aku tak tahu macamana semua tu terjadi, keadaan amat pantas!

Khairul Iswadi wake up!

Hah! Aku seolah bangun dari mimpi!

Terus tubuh Lisa yang terbaring, aku dakap merapat kedada.

Lisa diam pandang aku.

“Lisa..” aku panggil perlahan. Saat tu aku rasa tubir mata aku dah basah.. Namun takde guna aku nangis sekarang ni!

Lisa pandang aku lagi. Masih diam tak berbunyi.. perlahan matanya tertutup.

“Lisa! Wake up!” Aku tampar perlahan kedua-dua pipi Lisa! Sunguh aku takut saat ni!
Lisa kembali membuka mata.

Bibir cuba senyum pandang Lisa, walau hati dah makin kalut “Lisa.. jangan tidur! Aku kat sini! Ambulans akan sampai sekejap lagi Lisa! Tolong bertahan Lisa!”

Sebentar sahaja mata Lisa dibuka, sebelum menutupnya kembali.
Makin kuat aku tepuk pipi Lisa! Lisa terus kaku.

“Wadi!” Sharizam tepuk bahu aku!

Aku tak toleh badan Lisa yang ada dalam dakapanku terus ku goncang.

Sekali lagi Sharizam tepuk bahu aku “Aku dah call ambulans sekejap lagi diorang sampai.”

“Cepat Zam! Aku taknak jadi apa-apa kat Lisa!” Sekali lagi tubuh Lisa aku goncang!

Nama wanita itu kuseru berkali-kali! Hati kian pilu!

Wajah Lisa yang makin longlai kubawa kedada, ubun-ubun wanita itu aku cium! Air mata dah deras meluncur keluar.

“Lisa! Aku janji akan jaga kau! Aku takkan benarkan apa-apa terjadi kat kau Lisa! Lisa bangun!” Semakin kuat aku hayun tubuh Lisa yang berada dalam dakapanku.
Namun Lisa terus kaku!

“Lisaaaa!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience