Hari ni ibu Khairul Iswadi datang menjenguk aku lagi.
Mama dengan papa pun ada.
Mereka bertiga berborak sakan sampai aku yang terbaring ni pun tak dikisahkan
Huh!
Aku hanya mendiamkan diri dan sesekali mengukirkan senyum apabila mendengar nama aku disebut.
Mama papa dengan ibu Khairul Iswadi bercerita seolah-olah mereka bertiga sangat rapat.
Aku tak pasti apa lagi yang ketiga-tiga orang tua dihadapan ku ini tahu tentang aku.
Sekali-sekala nama 'Wadi' disebut. Elok jugak Khairul Iswadi tu dipanggil 'Wadi' manja kot. Daripada dipanggil 'Khai'. Nampak jambu sangat.
Eh leh! padahal kau jeles kan sebab Linda Irish tu panggil 'Khai'
Linda! please stay away from my future husband!
Oit! berlagak! mana kau tahu Wadi akan jadi future husband kau? Gedik!
Mata terus menatap gelak tawa mama, papa dan ibu Khairul Iswadi. Aku masih diamkan diri
Yang pasti aku kena rahsiakan dulu perasaan aku pada Khairul Iswadi.
Aku tak mahu menceritakannya pada mama atau papa. Biarlah kaklong je yang tahu.
Aku kena semangat untuk kembali sembuh dan dapat menjalani hidup seperti sebelum ni.
Aku tak mahu kedua orang tuaku risaukan aku lagi.
“Makcik dengar Lisa dah boleh keluar tak lama lagi kan?”
“Ye makcik” Aku tersenyum memandang ibu Khairul Iswadi.
“Syukurlah kak, saya pun tak sabar-sabar nak bawa Lisa balik rumah. Selagi dia duduk hospital, saya hanya mampu tengok dia time waktu melawat je kak. Lepas tu cuma tunggu berita dari kak long je.”
“Ye lah Sal. Kalau akak kat tempat sal pun memang tak senang duduk.”
“Ye kak.. saya nak jaga, kak long dia marah. Dia suruh saya balik biar dia yang jaga sorang”
Aku lihat mama mengelengkan kepalanya
memandang ibu Khairul Iswadi.
“Beruntung Sal ada dua anak perempuan yang baik dan bertanggungjawab. Saya minta maaf sebab dah susahkan keluarga cik Sal dan encik Fakrul. Rasanya saya betul-betul berhutang budi dengan keluarga Sal.”
Ibu Khairul Iswadi mengenggam lengan mama.
“Jangan cakap macam tu kak. Ini semua takdir. Apa yang penting semuanya dah selamat”
Aku mengiyakan kenyataan dari papa.
Mama dan papa memang baik kerana langsung tak mengambil tindakan terburu-buru keatas Khairul Iswadi. Itu yang aku tahu la.. sebab lama aku koma, aku tak tahu apa yang terjadi sepanjang aku tak sedarkan diri.
“Masuk la!”
Aku, mama, papa dan ibu Khairul Iswadi terkejut taktala melihat usu membuka pintu bilik secara tiba-tiba!
Dan lebih parah lagi bila jantung aku berdegup kencang saat Khairul Iswadi menjengah dimuka pintu. Rindu beb!
“Apa lagi cakap lah!”Usu tolak badan Khairul Iswadi, hingga body sado tu laju melangkah kedalam bilik.
Dah kenapa?
Aku pandang Khairul Iswadi. Bukan aku sorang je yang menumpukan pandangan kepada lelaki itu.
Mama, papa dan ibu mamat tu pun dah bulat mulut pandang tingkah Mamat sasa tu.
Khairul Iswadi melangkah perlahan menghampiri papa. “Sa.. sa.. saya..”
Dah kenapa tergagap pulak mamat ni!
“Cakap lah acik!”
Aku dengar suara Along mengarah di muka pintu.
Aku pandang ke pintu, Along dan Usu berdiri sandar dinding, kak long pulak kat tengah, buat sengih kerang busuk kat aku.
Apa ke benda ni!
"Acik!" Usu menjerit sambil hentak kaki.
Aku nampak bahu Khairul Iswadi terangkat mungkin terkejut dengan jeritan Usu!.
Mamat tu lantas pandang papa.“Saya nak kahwin dengan Lisa!”
Hah?!
Pak!
Satu tamparan hinggap di bahu Khairul Iswadi membuatkan aku yang tergamam kembali sedar!
“Apa kau cakap ni Acik?! Beradap la sikit! Jangan main redah je!”
Ibu Khairul Iswadi sudah berdiri dihadapan anaknya.
Khairul Iswadi mengosok bahunya yang kuagak kesakitan akibat ditampar oleh ibunya sendiri.
“Encik Fakrul dengan cik Sal. Saya mintak maaf bagi pihak anak saya.”
Aku masih diam. Muka Ibu Khairul Iswadi sudah kemerahan.
Mamat tu pulak? Diam membatu.. Badan sado tapi penakut!
“Takpe kak. Kita dengar apa Wadi nak cakap. Dia lelaki, dia kena berani!”
Aku berpaling kepada papa yang tersenyum memandang Khairul Iswadi.
Jantung terus berlagu rap!
Suasana sunyi sebentar menanti babak seterusnya.
Wajah Khairul Iswadi kembali pandang papa.
“Pakcik, saya sukakan Lisa. Saya tahu saya tak setaraf Lisa. Saya belajar setakat SPM, kerja saya pun tak sehebat Lisa. Tapi saya janji dengan pakcik saya takkan abaikan anak pakcik."
Khairul Iswadi menarik nafas panjang. "Saya memang takde kerja yang tetap sekarang ni tapi saya ada sebuah kolam ikan milik saya sendiri. Hasil dari bisnes kolam ikan saya, saya pasti, cukup untuk saya tampung kehidupan Lisa tanpa menggunakan duit Lisa”
Khairul Iswadi mengeluarkan kotak kecil dari poketnya.
Kotak kecil itu dibuka dan seperti sangkaan semua, terdapat sebuah cincin bermatakan mutiara kecil berada di dalamnya.
“Dengan rasa rendah diri, saya minta kebenaran dari pakcik untuk meminang Lisa menjadi isteri saya yang sah”
Hah! Mimpi kah semua ni?
Suasana sunyi kembali.
Masing-masing menunggu jawapan dari papa.
Dan saat ni segala ototku jadi kaku, mulut masih membulat, Jantung? Masyallah! Rasa nak pecah dah!
Papa senyum! “Pakcik dengar kolam ikan Wadi tu memang banyak untung kan? Keuntungan nya melebihi gaji Lisa”
“Ye pakcik! Tak lama lagi, ikan-ikan dia akan diexport ke luar negara!”
Kata-kata usu membuatkan semua yang berada dibilik itu ketawa.
Dan aku?
Takde masa nak ketawa. Sebab cerita sebenarnya ialah aku dipinang oleh Khairul Iswadi secara tiba-tiba dan bukan cerita pasal KOLAM IKAN!
“Pakcik bukan nak jual anak pakcik, pakcik tak kisah besar mana pun kolam ikan Wadi tu. Apa yang pakcik nak, lelaki tu boleh jaga anak pakcik. Pakcik taknak anak pakcik terluka lagi.”
Papa mengelus bahu Khairul Iswadi “ Pakcik takde bantahan, dan pakcik rasa mama ngan kaklong dia pun tak bantah apa-apa” papa pandang mama kemudian kaklong.
“Kak long setuju sangat-sangat!” Kaklong pandang mama yang sudah tersenyum sampai ke telinga.
“Apa pun sekarang ni kita kena tanya pendapat tuan badan sendiri, dia setuju ke atau tak?”
Semua pandang aku!
Dan aku? Masih kaku!
“Lisa... lisa setuju tak?” mama memegang jemari aku.
Diam lagi..
“Mmmm.. nampak gayanya Lisa masih confuse ni.. apa kata kita orang tinggalkan korang berdua untuk berbincang”
Ayat papa buat aku detak jantung aku berbelit-belit. Tak lama lagi boleh assytole ni! I need Oxygen now!
“Pakcik bagi masa 5 minit je tau!. Tak boleh lebih-lebih!”
Sekali lagi Papa tepuk bahu Khairul Iswadi dan kemudian semua yang ada dibilik itu keluar meninggalkan saki baki ketawa yang masih jelas kedengaran!
Aku terus mendiamkan diri walaupun mamat hero cerita ni sudah berdiri hampir dengan aku.
“Lisa..”
Aduhh.. manjanya Mamat ni panggil nama aku... Boleh lemah otot aku ni.
Aku angkat muka, tapi tak berani pandang Khairul Iswadi. Pipi dah rasa panas!
“Lisa terima pinangan saya”
Saya? Mana ganti nama ‘aku’yang selalu kau guna sebelum ni?!
Hello Lisa! Wake up! That’s not a big problem la!
Haiya!
“Kenapa awak selalu buat sesuatu perkara tanpa berbincang dengan saya dulu?!” Akhirnya aku bersuara. Marah!
Khairul Iswadi merenung hiba kearahku “Maafkan saya..”
“Lain kali apa-apa yang melibatkan saya, tolong bincang dulu.” Ceh.. aku saja buat suara dgn harakat tinggi sikit.
Khairul Iswadi menganggukan kepalanya. “Saya mintak maaf, saya tahu saya terburu-buru, tapi saya taknak tunggu lagi. Saya taknak lepaskan peluang untuk dapatkan awak. I’m wasting my time for long to confess what im feel. I’m sorry Lisa."
Aku diam.. Sengaja nak suruh mamat tu confess lebih sikit.. gedik tak?
Khairul Iswadi tunduk "I think this is not a right time.”
Lelaki itu mengeluh “ Takpe. Kalau awak tak terima pinangan saya hari ni, saya akan cuba lagi dan terus mencuba sampai awak jadi milik saya sepenuhnya!”
Huh! Semangat! Ini yang aku nak! Baru lah sesuai dengan body dia yang kau-kau kental tu!
“Saya mintak maaf untuk tindakan saya yang tergesa-gesa ni..”
Khairul Iswadi mula mengatur langkah.
Alamak.. Mamat kental ni merajuk ke? Adess.. Romantic jugak awak ni Wadi.. Makin kuat rindu saya pada awak tau!
“Wait!"
Khairul Iswadi berpaling.
Aku tatap mata hazzel dia, penuh pengharapan.
"Sebelum awak keluar dari bilik ni.. sila tinggalkan CINCIN SAYA tu atas meja ni!"
Aku tepuk-tepuk 'Cardiac Table' dihadapan ku
Khairul Iswadi menatap kelu wajah aku!
Tapak tangan aku masih menepuk-nepuk meja.
Perlahan mamat itu meletakan kotak berisi cincin diatas meja.
Aku senyum joker! “Saya akan pakai cincin ni kalau telinga saya boleh dengar ayat yang awak ungkapkan masa awak datang jumpa saya malam tu”
Gila aku nak tolak pinangan Khairul Iswadi a.k.a mamat tonkeng ayam a.k.a Mamat sado body kental!
Aku pun dah lama tunggu kau!
“Saya cintakan awak...”
Sekali lagi ayat keramat tu aku dengar! Oh! heaven!
Aku pandang Khairul Iswadi. Halkum lelaki itu bergerak lagi.
“Dan saya janji akan jaga awak selamanya”
Share this novel