PART 7

Horror & Thriller Completed 2841

"Macam mana ni odu?" (Simon)
"Untuk sementara ni, kita cuma perlu hati-hati saja time keluar rumah. Sya tidak sampai hati mau bunuh baby-baby yang tidak berdosa." (Odu Ina)
Mereka semua bersurai, dan kembali ke rumah masing-masing dengan perasaan kecewa. Malam itu, seluruh penduduk kampung mengunci setiap pintu dan jendela rumah mereka. Tiada seorang pun yang berani untuk keluar dari rumah. Keesokan harinya, kelima-lima pemuda itu berkumpul di pondok, yang biasanya tempat mereka berkumpul.
"Saturang pun teda yang berani mau sahut cabaran tu ketua hantu laut." (Gombui)
"Macam mana kalau kita buat apa yang tu ketua hantu laut suruh tu? Hehe." (Landoi)
"Maksud ko, ko mau culik baby-baby urang?" (Gombui)
"Ya. Untuk kebaikan kampung kita juga bah, sama untuk kebaikan kita, supaya tu mutiara-mutiara hikmat sama tu mahkota sakti tetap jadi milik kita. Macam mana? Mau kah?" (Landoi)
"Tapi mau culik di mana? Mati kita oh kalau kedapatan!" (Nokokolong)
"Kita pigilah round-round di kampung lain atau di mana-mana saja. Kalau kita nampak baby, terus kita culik. Hehe." (Landoi) Mereka bersetuju dengan cadangan Landoi. Pada hari itu juga, mereka berlima menjalankan kegiatan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Mereka pergi untuk mencari tiga bayi perempuan dan tiga bayi lelaki. Kelima-lima pemuda dari Kg. Panggayo itu berjaya mendapatkan tiga bayi perempuan dan tiga bayi lelaki. Ketika tiba malam jumaat, secara diam-diam, mereka mulai melemparkan bayi-bayi itu ke tengah-tengah laut, seperti yang diperintahkan oleh ketua hantu laut itu. Perkara itu terjadi selama hampir setahun lebih, sehingga kegiatan haram mereka itu berjaya diketahui oleh pihak berkuasa, dan mereka berlima telah pun dimasukkan ke dalam penjara. Para ibu bapa hanya mampu menangisi bayi-bayi mereka yang telah diculik oleh lima orang pemuda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience