**
Setelah lama menyusuri, kelima-lima pemuda itu pun pada akhirnya terpukau sejenak t atkala menyaksikan keindahan sebuah taman yang terbentang luas di dasar lautan itu. Taman itu dihiasi dengan beragam kulit-kulit kerang dan siput laut, aneka ragam rumpai dan rumput laut, terumbu-terumbu karang, dan beragam bentuk hiasan-hiasan lain yang sepantas kilat menusuk di kalbu akan keindahan pemandangannya. Itulah taman keramat para hantu laut dari Kerajaan Rumongit, tempat mereka bertapa setiap kali tibanya malam jumaat, dan setiap kali bulan purnama tampil menyinari laut, mereka akan melakukan ritual-ritual mistik menurut adat istiadat mereka. "Wah, lawa oh ni taman. First time sya nampak taman macam ni." (Tongkuyu)
"Inilah tempat tu hantu-hantu laut selalu bertapa. Mari kita masuk." (Gombui)
"Ihh tidak maulah, nanti tu hantu-hantu laut nampak kita macam mana? Abis kita kana bunuh nanti." (Landoi)
"Rileks bah ko. Tu hantu-hantu laut semua tu waktu malam saja diorang masuk pigi sini. Itu pun setiap malam jumaat sama setiap kali ada bulan purnama. Jadi kita aman. Bah jum kita cari tu mutiara." (Gombui)
"Tidak sangka pula kita ada kemampuan bernafas di dalam air laut ni kan. Hebat juga tu air kelapa laut ajaib yang tu odu Ina kasi kita minum hari tu." (Nokokolong)
"Bah jum lah cepat, tidak lama lagi mau malam sudah ni." (Gombui)
Secara perlahan-lahan, mereka memasuki taman yang memukau itu. Mereka mengelilinginya, dan akhirnya menemui sekeping kulit kerang gergasi yang membelenggu tumpuan mereka untuk terus memperhatikannya.
"Itu kali tu kan?" (Nokokodou)
"Ya, itu laitu. Jum." (Gombui)
Jawapan Gombui dengan mulut yang menggumam. Mereka menghampiri kulit kerang gergasi itu, dan mendapati tujuh butir mutiara di dalamnya. Mutiara itu bersaiz sedikit lebih besar berbanding mutiara-mutiara yang pernah dilihat mereka. Mutiara itu bersinar-sinar bak cahaya kunang-kunang di malam hari. Itulah mutiara-mutiara hikmat kepunyaan golongan hantu-hantu laut dari Kerajaan Rumongit, yang digunakan untuk menambahkan kekuatan mistik mereka setiap kali mereka melakukan tapa di kala malam jumaat menjelma, dan ketika ritual bulan purnama tiba.
Share this novel