PART 17

Horror & Thriller Completed 2841

"Kenapa ko perhati saja si Arilia sama si Bumantug tu dari tadi? Haha." (Lina)
"Sya mau tanya bah, cantik sangatkah si Arilia tu?" (Melda)
"Bulih tahan jugalah cantik dia. Kalau tidak cantik, kenapa banyak tanak wagu dalam ni kerajaan yang minat dia?" (Lina)
"Sya lagi cantik ok!" (Melda)
"Yalah tu, hehe." (Lina)
"Tinguk saja time umur dia lapan belas tahun, time dia kerja di istana. Sya buli-buli tu." (Melda) "Apa salah dia?" (Lina)
"Dia memang teda salah. Tapi sya tidak suka tinguk dia bergedik-gedik sama lelaki-lelaki di dalam ni kerajaan." (Melda)
"Biasa saja pun sya tinguk, manada gedik gia dia tu." (Lina)
"Ih sudahlah, jum kasi kawan sya jalan-jalan." (Melda)
"Ok jum." (Lina) Mereka pun segera pergi dari situ. Hari terus berganti, kini Arilia genap berusia lapan belas tahun. Arilia sedang membersihkan pinggan mangkuk yang diperbuat dari kulit kerang. Ketukan pintu berbunyi. Arilia segera meninggalkan pekerjaannya, kemudian pergi ke arah pintu. Ketika dia membuka pintu, dia mendapati Pengawal Istana Gumirot berdiri di hadapan pintu.
"Salam damai." (Pengawal Istana)
"Salam damai juga tuan. Masuklah dulu." (Arilia)
"Tidak apalah, sya cuma mau kasi tau ko, Ratu Santana panggil ko pigi istana. Ada dia mau cakap." (Pengawal Istana)
"Ok, nanti sya datang, sya kasi siap dulu kerja sya di dapur." (Arilia)
"Ok." (Pengawal Istana)
Pengawal istana pun segera pergi. Lumundus keluar dari biliknya.
"Lia, siapa yang ketuk pintu tadi tu?" (Lumundus)
"Pengawal istana mak." (Arilia)
"Apa dia cakap sama ko?" (Lumundus) "Dia bilang, Ratu Santana ada mau cakap sama sya di istana." (Arilia)
"Umur ko genap lapan belas tahun sudah sekarang kan? Mama rasa, Ratu Santana mau suruh ko kerja di istana sudah tu." (Lumundus)
"Mungkin mak." (Arilia)
"Bagus-bagus ko di sana arr Lia. Jangan ko buat kesilapan, sebab ko taulah macam mana si Ratu Santana tu. Silap sikit saja, sudah kana denda." (Lumundus)
"Ya mak. Bah sya pigi dulu mak." (Arilia)
Lumundus hanya mengangguk. Arilia segera pergi menuju ke arah Istana Gumirot, dan mulai menghadap Ratu Santana.
"Mohon ampun Ratu Santana yang mulia." (Arilia)
"Bagus, cepat ko datang." (Ratu Santana)
Ratu Santana tersenyum sinis.
"Oleh sebab ko punya umur sudah genap lapan belas tahun, jadi, mulai sekarang, ko mesti bekerja di sini istana, termasuk jadi pelayan anak perempuan sya, si Melda." (Ratu Santana) "Baik ratu." (Arilia)
Arilia tertunduk dengan hormat di hadapan Ratu Santana. Melda mulai tersenyum sinis seraya memandang ke arah Arilia.
"Apa yang sya suruh, ko mesti buat. Jangan membangkang! Ko fahamkah?" (Melda)
Melda melantangkan suara ketika berbicara dengan Arilia.
"Baik Melda." (Arilia)
"Apa ko bilang? Cuba ko ulang!" (Melda)
Arilia memandang Melda dengan wajah yang diselubungi rasa takut.
"Bukan Melda ok! Princess Melda! Ko dengarkah? Princess Melda! (Melda)
"Baik Princess Melda. Maaf, sya terlupa." (Arilia)
"Sekali lagi ko panggil Melda Melda, siap ko." (Melda) Arilia hanya mengangguk sambil tertunduk.
"Mulai bisuk, jam 9.00 pagi lagi, ko mesti sudah ada di sini istana arr! Jam 5.00 petang baru ko bulih pulang rumah. Ko fahamkah?" (Ratu Santana)
"Ya ratu, sya faham." (Arilia)
"Sekarang, sya mau ko kasi kemas bilik tidur sya. Sya mau seratus-peratus kemas arr!! Sya mau ko lap mana yang kutur." (Melda)
"Baik Princess Melda." (Arilia) Di mana bilik tidur Princess Melda?" (Arilia)
"Sara!!" (Melda)
Sara, orang gaji di istana itu pun segera datang.
"Ada apa Princess Melda?" (Sara)
"Tulung kasi tunjuk si Arilia bilik tidur sya. Mulai sekarang, dia yang tukang kasi kemas-kemas bilik sya, sama tukang kasi sedia makanan kegemaran sya." (Melda)
"Baik Princess. Mari Lia." (Sara)
Sara membawa Arilia ke bilik tidur Melda. "Ni bilik Princess Melda." (Sara)
"Terima kasih auntie Sara." (Arilia)
"Sama-sama Lia. Auntie pigi dapur dulu." (Sara)
"Ya." (Arilia)
Sara pergi meninggal Arilia seorang diri, yang masih berada di depan pintu bilik tidur Melda.
"Alamak, punyalah samak! Macam sengaja-sengaja pula." (Arilia Berkata Dalam Hati)
Arilia pun mulai mengemaskan bilik tidur kepunyaan Melda. Dia mengelap bahagian-bahagian yang kotor. Akhirnya Arilia saling menggosok-gosokkan kedua-dua belah telapak tangannya sebagai tanda pekerjaannya mengemas dan membersihkan bilik tidur Melda sudah pun selesai. "Hehe, akhirnya siap juga kerja-kerja sya. Nasib baiklah sya sudah kana kasi biasa buat kerja dari kecil. Kalau tidak, baru sikit saja sya buat, sudah penat. Thanks mama Lumundus." (Arilia Berkata Dalam Hati)
"Arilia!!!" (Melda)
Melda memanggilnya. Arilia segera datang menemui Melda, yang sedang duduk di kerusi emas, kerusi yang dikhususkan untuk seorang puteri istana.
"Kenapa princess?" (Arilia)
"Ko sudah kasi siapkah kerja-kerja ko?" (Melda)
"Sudah princess." (Arilia) "Betul bah?" (Melda)
"Betul princess." (Arilia)
"Mustahil oh. Kenapa sekejap?" (Melda)
"Sya biasa sudah buat kerja-kerja macam tu dari kecil lagi di rumah sya." (Arilia)
"Oh gitu... Ok, sekarang sya mau ko berus ekor sya bersih-bersih, lepas tu ko sapu pakai ni minyak." (Melda)
Melda memberikan kepada Arilia sebatang berus untuk membersihkan ekor duyung, dan semangkuk minyak untuk mengkilatkan ekor. Arilia pun mulai memberus ekor Melda sehingga bersih, kemudian mulai menyapukan minyak itu pada keseluruhan bahagian ekor Melda secara perlahan-lahan, disebabkan berus itu agak sedikit keras. Arilia melakukan pekerjaannya sambil tertunduk. Melda menatap wajah Arilia sambil tersenyum sinis.
"Haha, lucu sya tinguk muka ko ni oh, layak betul jadi kuli. Wkwkwk." (Melda) Arilia mengukir senyuman paksa pada wajahnya.
"Kasian betul ko ni kan, tiada mama, tiada bapa, cuma tinggal sama mama angkat saja. Jangan-jangan ko ni anak luar nikah, hahaha." (Melda)
Arilia mulai merasa marah, kemudian dia memberus ekor Melda dengan kasar, sehingga Melda merasa kesakitan.
"Aduuh!! Sakit!!!" (Melda)
"Sorry princess, sya tidak sengaja." (Arilia)
"Cakap saja bah ko sengaja! Ko panas hati kan sya cakap ko ni anak luar nikah? Mengaku saja bah yang ko ni memang anak luar nikah, tulah ko kana buang sama mama dengan bapa kandung ko tu!" (Melda)
"Maaf princess, sya cuma mau kasi tegas, yang sya ni bukan anak luar nikah, cuma sya belum tau di mana keberadaan mama sama bapa kandung sya." (Arilia)
"Aik? Ko berani cakap kasar-kasar sama sya?" (Melda) Melda menolak kepala Arilia dengan kasar. Arilia hanya berdiam diri, sambil berusaha menahan kesabarannya setelah mendengarkan penghinaan yang keluar dari mulut Melda. Jam istana menunjukkan pukul 5.00 petang. Arilia pun pulang ke rumahnya. Malam itu, Arilia sedang berbual-bual bersama ibu angkatnya di dalam bilik tidurnya.
"Mak, siapa mama sama bapa kandung sya?" (Arilia)
"Kenapa ko tanya macam tu Lia?" (Lumundus) "Sya cuma mau tau mak, sebab tadi si Melda hina-hina sya di istana, yang sya ni kunun anak luar nikah. Betulkah mak?" (Arilia)
"Bukan Lia, ko bukan anak luar nikah." (Lumundus)
"Kalau begitu, tulung kasi tau sya mak, siapa mama sama bapa kandung sya." (Arilia)
"Sebenarnya... Mama kandung ko bekas ratu di Istana Gumirot." (Lumundus)
Arilia terkejut.
"Apa mak?" (Arilia)
"Ya. Nama dia Vanessa. Dulu, waktu dia memerintah ni kerajaan, semua adil saja." (Lumundus)
"Jadi, mana sudah dia sekarang mak?" (Arilia)
"Dia sudah jadi manusia darat, sebab berkahwin sama golongan manusia darat. Bapa kandung ko sebenarnya manusia darat. Selepas mama ko kahwin sama bapa ko, mama ko pun mengandung. Mama ko kasi lahir ko di dalam rumah bapa ko, sebab dia memang sudah tau sedia, yang dia kasi lahir tu nanti baby duyung, bukan baby manusia darat. Waktu ko sudah lahir, dia suruh mama angkat ko ni rawat ko sampai ko besar, sebab dia tidak mau rawat ko di dunia manusia darat." (Lumundus) "Jadi mama kandung sya tu tidak sayang sama sya?" (Arilia)
"Bukan macam tu Lia. Dia suruh mama rawat ko sebab dia tidak mau ada apa-apa yang terjadi sama ko di darat, sebab manusia darat tu bukan macam manusia duyung macam kita ni. Nanti sengsara hidup ko di darat. Lebih teruk kalau ada yang sampai hati mau membunuh ko. Ko sepatutnya bersyukur, sebab ko masih dapat hidup di sini, walaupun terpisah sama urang tua ko di darat." (Lumundus)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience