PART 3

Horror & Thriller Completed 2841

"Waw, ada cahaya oh ni mutiara ni. Amazing!" (Landoi)
"Bah, saturang satu arr. Jangan ambil lebih." (Gombui)
"Ok..." (Landoi, Tongkuyu, Nokokodou, Nokokolong)
Seorang demi seorang daripada mereka mengambil sebutir dari mutiara-mutiara hikmat itu. Dan kini, yang tinggal hanyalah dua butir pada kulit kerang gergasi itu.
"Bah jum pulang..." (Gombui)
Landoi terpaku melihat keindahan sebuah mahkota emas yang terletak pada meja karang di taman itu.
"Sekejap, sya mau tinguk tu mahkota emas tunah. Kalau kita jual, bulih jadi kaya kita oh." (Landoi)
"Jangan!! Cukuplah ni mutiara saja kita ambil. Nanti kita bulih dapat masalah besar oh kalau ketua tu hantu laut cari kita di darat. Nanti urang-urang kampung lagi yang jadi sasaran. Lebih baik janganlah. Beruntung sudah kita bulih dapat ni mutiara ni." (Gombui)
"Ahh!!! Peduli apa sya!! Hahaha!! Sya mau pigi ambil juga.." (Landoi)
Tanpa menghiraukan nasihat dari sahabatnya, Landoi bergegas menghampiri meja karang itu, untuk mengambil mahkota emas itu. Itulah mahkota emas sakti yang digunakan oleh para hantu laut dari Kerajaan Rumongit untuk tetap berhubung dengan dewi laut yang dikenali sebagai Ratu Ampirita. Ketika mahkota sakti itu mulai terpisah dari meja karang itu, sekonyong-konyong berlakulah gempa yang dahsyat dan menggegarkan seluruh kawasan itu. Ketakutan mulai menyelubungi mereka berlima. "Bah, cepat, lari!!!" (Gombui)
Dengan segera, mereka pun pergi meninggalkan taman itu. Akhirnya tibalah mereka di kawasan darat, seraya menarik nafas lega kerana terbebas dari gempa itu.
"Syukurlah, selamat juga kita." (Landoi)
"Yang ko pigi ambil tu mahkota apahal? Kalau kita mati tadi tu macam mana?" (Gombui)
"Haha, cuma gempa biasa saja baitu kali, teda kana mengena sama ni mahkota yang sya ambil." (Landoi)
"Cuba tinguk..." (Gombui)
Gombui mengambil mahkota itu dari tangan Landoi. Dia memperhatikan dengan penuh teliti akan mahkota emas itu.
"Waw, mahal ni kalau kana jual." (Gombui)
Landoi merebut kembali mahkota itu dari tangan Gombui dengan kasar.
"Sya yang pigi ambil, jadi sya yang ada hak sama ni mahkota!!" (Landoi)
Tidak ingin kalah, Gombui merebut kembali mahkota itu.
"Sya yang ajak kamu pigi sana, jadi sya yang ada hak. Ko fahamkah?" (Gombui)
Terjadilah perebutan serius di antara mereka berdua, sama-sama menarik mahkota itu untuk mendapatkannya. Ketiga-tiga sahabat mereka hanya menonton gelagat mereka. Sedang asyik berebut, dengan tiba-tiba, mahkota itu mulai bercahaya dan menyilaukan mata mereka. Mereka segera melemparkan mahkota itu ke tanah. Beberapa saat kemudian, cahaya itu pun mulai sirna. Mereka diselubungi rasa kehairanan.
"Ni bukan mahkota biasa ni. Ni mahkota sakti ni, rugi kalau kana jual." (Gombui)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience