PART 5

Horror & Thriller Completed 2841

"Apa sebab tu hantu-hantu laut ganggu urang-urang kampung? Ni mesti ada sebab ni." (Henry)
"Sya pun tidak tau. Hari ni hari berapa?" (Odu Ina)
"Hari empat (khamis). Kenapa odu?" (Simon)
"Bagus! Malam ni malam jumaat kan. Siapa-siapa di antara kamu ada yang kuat semangat, malam ni kamu ikut sya pigi siring laut. Sya mau buat satu upacara untuk berhubung sama tu ketua hantu laut." (Odu Ina)
"Untuk apa Odu?" (William)
"Sya mau tanya sama tu ketua hantu laut, apa sebab diorang ganggu urang-urang kampung. Cuma sya saja yang ada kemampuan berhubung sama tu ketua hantu laut." (Odu Ina)
"Bagus juga tu. Jadi, apa persediaan yang perlu mau kasi sedia untuk bercakap sama tu hantu laut?" (Simon)
"Sya cuma perlu satu ikur babi hutan jantan sama satu ikur ayam kampung jantan saja. Malam ni juga, salah satu dari kamu mesti kasi sembelih tu babi hutan sama ayam kampung, buang tinai' (isi perut) dia, tapi jangan sekali-kali buang di laut. Itu buluh ayam mesti mau kana cabut bersih-bersih, tidak bulih tertinggal sikitpun. Lepas tu, sya mau bakar tu babi hutan sama tu ayam kampung sampai hangus di dekat tu air laut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience