(CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA2)
Dunia penuh dengan keajaiban. Ada yang dapat dilihat, ada juga yang tidak. Ada yang diketahui, ada juga yang tidak diketahui, seperti suatu keajaiban yang berada di dasar lautan yang paling dalam. Dapatkah manusia darat menyelaminya? Maka tersebutlah kisah kehidupan-kehidupan misteri di dasar samudera. Dua kerajaan misteri itu saling bersengketa antara satu sama lain, sama-sama mengejar takhta kekuasaan atas sekalian hidupan laut. Kedua-dua kerajaan itu dihuni oleh rakyat-rakyat dan para penguasanya yang terdiri dari makhluk-makhluk misterius yang dikenali sebagai Hantu Laut. Kerajaan Tinupus dihuni oleh para hantu laut yang elok budi pekertinya, dan bersifat penyayang akan setiap penghuni-penghuni laut. Kurnia kuasa laut dimiliki mereka sebagai kesejahteraan untuk alam sekeliling. Tidak seperti warga Tinupus, para hantu laut dari Kerajaan Rumongit amat bertolak belakang. Sikap bengis nyata pada keberadaan diri mereka. Oleh kerana tidak menyukai makhluk-makhluk di luar laut, maka tatkala dilihat mereka golongan manusia darat menyentuh air laut, maka mereka mendatangkan malapetaka bagi golongan manusia darat itu, tanpa rasa belas kasihan sedikit pun di dalam benak. Disebabkanu pembunuhan adalah suatu larangan keras yang tertulis pada batu sumpah kepunyaan Kerajaan Tinupus, maka hanya sebagai tontonan belaka sahajalah kejahatan dan kebengisan para hantu laut dari Kerajaan Rumongit bagi mereka. Tersebutlah juga mengenai sebuah perkampungan berhampiran kawasan laut yang dinamai Kg. Panggayo, yang berakar dari kata asal 'Gipan Gayo', yang bererti 'Udang Besar'. Kononnya, dahulu kala, terjadinya penemuan dahsyat di perkampungan itu, di mana ditemui seekor udang gergasi yang sebesar tiga kali ganda tubuh manusia, yang terdampar di kawasan berhampiran laut tersebut. Suatu hari, lima orang pemuda dari Kg. Panggayo bersepakat menyelam ke kawasan laut dalam. Sebut sahaja nama mereka Landoi, Gombui, Tongkuyu, Nokokodou dan Nokokolong. "Ko gilakah? Kalau kita mati macam mana?" (Landoi)
"Ala ko ni, kita kan sudah kana kasi minum air kelapa laut ajaib sama si odu (nenek) Ina tu, jadi kita tidak payah takut. Rileks saja." (Gombui)
"Jadi apalah kunun kelebihan kalau minum tu air kelapa laut ajaib tu?" (Nokokodou)
"Odoi dogo ko ni, ko lupa sudahkah sama apa yang si odu Ina cakap sama kita hari tu?" (Gombui)
"Lupa sudah. Cuba daa ko kasi ingat sya balik, hihi, siou." (Nokokodou)
"Kalau kita minum tu air kelapa laut ajaib yang si odu Ina kasi sama kita tu, kita ada kelebihan bulih menyelam sama bernafas di dalam laut selama tujuh puluh tujuh hari. Binatang-binatang laut pun tidak berani dekat sama kita." (Gombui)
"Tapi apa juga tujuan kita mau menyelam di dalam laut? Apa juga kita mau cari di sana?" (Nokokolong)
"Si odu Ina pernah cakap sama sya, ada satu kawasan di dalam laut tempat tu hantu-hantu laut bertapa setiap malam jumaat, untuk kasi tambah kekuatan diorang. Terus di tempat tu hantu-hantu laut selalu bertapa, ada satu kulit kerang gergasi. Di dalam tu kulit kerang ada tujuh biji mutiara hikmat. Kalau kita ambil tu mutiara-mutiara, kita bulih ada kekuatan macam aki-aki (moyang) kita dulu-dulu time diorang berperang sama musuh-musuh diorang." (Gombui)
"Waw hebat oh. Bah cepatlah!" (Tongkuyu)
"Cepat apa?" (Gombui)
"Tadi bilang mau menyelam?" (Tongkuyu)
"Tunggu. Sebelum menyelam, kita mesti baca dulu mantera yang si odu Ina ajar kita hari tu. Kamu masih hafal kaitu mantera?" (Gomboi)
"Masih..." (Landoi, Tongkuyu, Nokokodou & Nokokolong)
"Ok bagus. Kita serantak baca tu mantera sebanyak tiga kali arr." (Gombui)
"Ok..." (Landoi, Tongkuyu, Nokokodou & Nokokolong)
"Ok. Satu... Dua... Tiga..." (Gombui)
"Mintulud-tulud do tombolog, mingkukuk-kukuk do manuk bulawan. Momilohou yahai kumaa diya rusod kitikiu do sada, kitinan do tulu, i poingiyon hilo rahat. Mokianu yahai do pinoilaan om kogiroton mantad diya. (Ayat mantera ini hanyalah rekaan semata-mata, sama sekali tiada kaitan dengan mana-mana ritual adat.)" (Gombui, Landoi, Tongkuyu, Nokokodou & Nokokolong)
Mereka mengucapkan mantera mistik itu sebanyak tiga kali. Selepas selesai melakukan pembacaan itu, tiba-tiba tubuh kelima-lima pemuda kampung itu bergetar-getar selama beberapa saat, lalu getaran itu pun segera terhenti. Sinar mentari masih mampu untuk menerangi alam, yang membuatkan hasrat mereka itu semakin berkobar-kobar. Satu-persatu daripada mereka mulai menenggelamkan diri ke dalam air laut yang biru. Mereka terus menyelam, dan tanpa disedari, mereka telah pun berada jauh ke tengah-tengah laut.
"Mana kunun tempat tu hantu-hantu laut bertapa tu?" (Tongkuyu)
"Sabar. Nanti kita jumpa juga tu." (Gombui)
Mereka terus menyusuri terumbu-terumbu karang dan rumpai-rumpai laut yang mempesonakan keindahan bawah laut.
Share this novel