BAB 15

Romance Series 7717

Ibrahim rasa bersalah ketika keluar bersama-sama Jamilah. Jelas dimatanya melihat Jamilah malu ketika keluar. Mesti dia tak selesa keluar tanpa memakai purdah. Dia melihat, semua orang melihat isterinya dengan pandangan takjub.

Ketika mereka tiba dirumah keluarga Ibrahim, Ahli keluarga Ibrahim baru duduk di ruangan makan untuk menjamah makan tengahari.Jamilah membantu orang gaji di dapur untuk membuat air. Bancuh air saja yang dia tahu sebenarnya. Selepas siap, dia berjalan semula ke meja makan yang diduduki ahli keluarga Ibrahim. Aku kenyang lagi, kena makan ke? makan je lah, ambil hati.

Jamilah duduk disebelah suaminya. Dia terkejut melihat Ibrahim yang mengautkan lauk untuknya. Eh, sweet pula dia ni.

" Terima Kasih.." Ucap Jamilah dengan senyuman nipis.

" Kasih diterima.." Balas Ibrahim dengan senyuman manis. Mereka sekeluarga menjamah makanan dengan perbualan kosong.

" Mana Mikail abah, tak makan ke?" Soal Ibrahim prihatin.

" Bibik dah panggil tadi, kejap lagi turunlah.." Jawab Datuk Khalid.

Sedang mereka berborak Mikail jalan menghampiri mereka semua.

" Hai pengantin..." Usik Mikail pada abangnya. Dia tersenyum mengusik dan pandangan dihala pada kakak iparnya. Jamilah mendongakkan kepala untuk melihat adik iparnya. Mereka berpandangan, terlepas sudu yang dipegang oleh Jamilah. Dia? dia adik ipar aku? aku benci dia, sebab dia semua ni terjadi.

Semua yang berada di meja itu terkejut melihat Jamilah dan Mikail seperti patung tak bergerak.

Ibrahim menyentuh paha isterinya. Jamilah baru tersedar.

" Jamilah, awak kenapa?" Soal Ibrahim lembut.
Jamilah memandang suaminya dan memandang Mikail semula.

" Err, assalamualaikum Prof Mikail." Ucap Jamilah bernada sopan pada bekas pensyarahnya.

" Waalaikumsalam Khairunnisa." Balas Mikail dengan suara perlahan.

" Kamu berdua kenal?" Soal Datuk Khalid pada anaknya.

" Ya, Prof Mikail ni, lecturer saya masa saya belajar dulu." Jawab Jamilah pada soalan bapa mertuanya.

" Ohh... padanlah Mikail ni bukan main terkejutnya."

Mikail hanya senyap. Dia berdiri semula dan meminta diri dengan alasan sudah kenyang.

" Tadi bukan main kata lapar masa mama dengan bibik tengah masak, ni kata kenyang pula. Dia makan buah banyak sangatlah tu." Ujar ibu mertuanya bernama Datin Liza.

Semua teruskan suapan kecuali Jamilah. Hilang seleranya. Memang tak berselera dari mula lagi kerana dia masih kenyang. Makin tiada selera selepas melihat wajah musuh tidak diiktirafnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience