BAB 1

Romance Series 7717

Ibrahim dan Mikail seronok menyembang dikedai makan tempat selalu mereka bertiga lepak. Reza yang dari tadi ralit dengan telepon tidak menghiraukan langsung apa yang dua-beradik itu bualkan.

" Woi Reza, aku dari tadi tengok kau asyik main phone je, apa guna lepak do.. kalau kau dengan phone je." Tegur Mikail geram.

" Hahaha, sorry lah.. aku tengah seronok stalker perempuan-perempuan berpurdah ni. Cantik-cantik weh." Ujar Reza tanpa rasa bersalah. Ibrahim dan Mikail melihat screen telepon yang ditunjukkan pada mereka tadi. Gambar perempuan berpurdah selfie dengan pelbagai gaya dan berstyle.

" Aku rasakan, perempuan yang berpurdah ni, tak confident dengan muka dia orang, tu sebab diaorang tutup." Teka Mikail membuat kesimpulan.

" Ish kau ni, bukan diaorang tak confident.. tapi diaorang jaga aurat dari pandangan lelaki." Bela Reza kurang setuju dengan pendapat Mikail.

" Bagi aku, perempuan yang bertutup semua ni, tak sepatutnya show off diri diaorang dekat alam maya ni. Jadi fitnah je. Sepatutnya, mereka rasa malu untuk mempertontonkan diri mereka walaupun sudah bertutup." Ibrahim pula memberi pendapat.

" Kau nak ada isteri bertutup macam ni Mikail?" Tanya Reza pada sahabatnya.

" Tak nak aku, aku nak yang bertutup aurat but just simple. Macam aku cakap tadi, perempuan yang bertutup ni tak confident." Jawab Mikail dengan angkuh.

" Kau Ibrahim?"

" Entahlah, kalau boleh aku tak nak yang bertutup juga. Just nice. Free hair pun ok." Ujar Ibrahim.

" Kalau aku, aku nak yang bertutup macam ni. Tapi aku tak izinkanlah dia post gambar dekat media sosial." Cerita Reza dengan angan-angannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience