BAB 16

Romance Series 7717

" Awak..." Jamilah memanggil suaminya ketika mereka berdua duduk di ruangan tv. Ibrahim tidak mengendahkan panggilan Jamilah, matanya masih menghala pada tv yang sedang bersiaran.

" Awak..." Jamilah memanggil lagi, suara sudah dikuatkan.

" Ibrahim.." Panggil Jamilah lagi pada suaminya. Jamilah sudah geram, dia mendekati suaminya. Dia mencubit paha suaminya.

" Adoii...sakit." Ujar Ibrahim sambil menyapu pada paha yang dicubit Jamilah tadi.

" Ha, tulah.. saya panggil banyak kali tak dengar. Mujur saya cubit, ikutkan saya nak gigit je telinga awak tu." Ujar Jamilah geram. Ibrahim tersenyum.

" Cuba panggil abang. Saya ada dua pangkat kelayakan untuk awak panggil saya abang. Satu, sebab saya 9 tahun tua dari awak. Kedua, sebab saya suami awak. Kata nak jadi isteri yang taat, so panggillah saya abang." Luah Ibrahim sambil matanya memandang Jamilah disebelahnya.

" Kalau saya panggil awak abang, awak panggil saya apa pula?" Soal Jamilah pula.

" Errmmmm...." Lama Ibrahim memikirkan panggilan yang tepat untuk diberikan pada Jamilah.

" Nak tunggu awak jawab, sampai esoklah saya berpanas macam ni. Saya nak cakap, mana bilik awak? jomlah naik bilik awak.. saya nak buka tudunglah, rimas.." Luah Jamilah pada suaminya.

" Okay, jom ikut saya."

Selepas mandi Jamilah duduk di sebelah suaminya yang sedang menonton tv dibilik Ibrahim. Bilik Ibrahim, bilik Jamilah jugalah maknanya.

" Abang... " Panggil Jamilah. Ibrahim terus menoleh sambil tersenyum memandang isterinya.

" Ya sayang.." Ujar Ibrahim.

" Sayang?" Soal Jamilah dengan dahi berkerut.

" Yalah.. awak panggil saya abang, saya panggillah pula awak sayang.." Ujar Ibrahim pada isteri yang duduk agak rapat dengannya.

" Macam pelik je.." Komen Jamilah. " Apa-apa saja lah.. saya nak mintak tolong awak, boleh?" Soal Jamilah pada suaminya.

" Apa dia sayang?"

" Kalau saya ajak awak duduk rumah sendiri, awak nak?" Soal Jamilah.

" Ermm, sebelum tu.. saya nak tahu kenapa. Kenapa awak nak pindah?" Soal Ibrahim.

" Kalau saya cerita, awak kena percaya tau.." Ujar Jamilah pada suaminya. ibrahim menganggukkan kepalanya.

" 2 bulan lepas, saya masih belajar dekat Universiti. Ada satu harini tiba-tiba Prof Ain cuti sebab bersalin, yang gantikan dia tu Prof Mikail, adik awak tu. Lepastu, dia ajar macam biasa. Saya suka dia tegas. Esok harinya, dia ajukan saya soalan, tapi tiba-tiba dia cakap.. saya tak suka perempuan tutup muka masa saya mengajar, saya malu.. terus buka purdah saya. Sejak kejadian tu, hidup saya tak tenang. Budak-budak lelaki dalam kelas saya kacau saya. Sampaikan bukan budak lelaki kelas saya pun kacau juga. Siap ada yang mesej dan call saya malam-malam. Setiap kali makan ada orang volunteer nak belanja. Saya rimas, menyampah sangat. Lepastu terus saya ambil keputusan nak berhenti. Ayah saya tak bagi berhenti tapi saya nak juga. Ayah bekeras tak bagi tu sebab dia suruh saya kahwin supaya saya tak kena kacau dengan siapa-siapa lagi. Itulah cerita saya." Cerita Jamilah yang panjang lebar itu membuatkan Ibrahim terdiam.

Dia teringat cerita yang diceritakan oleh Mikail tempoh hari.

Maknanya, Jamilah gadis yang adiknya cari dan cintai sehingga tekad untuk memperisterikan Jamilah sebagai isteri?

" Jadi, sebab tu awak nak pindah? tak nak terserempak dengan Mikail?" Soal Ibrahim serius.

" Hmmm, tak apalah kalau awak tak setuju.." Jamilah berdiri dengan cepat Ibrahim memegang tangan isterinya.

" Ok, kita pindah.." Ucap Ibrahim.

" Betul ni?" Tanya Jamilah dengan gembira.

" Betul sayang.."

" Seronoknya...saya nak pergi tengok website ada tak rumah sewa yang best-best." Jamilah mencapai telepon bimbitnya.

" Tak payah, kita pindah rumah saya dekat-dekat dengan bandar. Saya dah lama beli rumah tu, tapi ibu saya tak kasi pindah, dia kata buat apa duduk seorang diri. Sekarang saya dah duduk berdua, dia mesti tak kisah." Jelas Ibrahim pada isterinya.

" Ohh, ok lah macam tu. Jom lah turun, kita bagitahu ibu awak."

" Nantilah, esok pagi... sekarang dah pukul 9 dah. Jom solat isyak berjemaah." Ajak Ibrahim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience