BAB 12

Romance Series 7717

Majlis nikah sudah selesai selepas solat isya' tadi di rumah keluarga Datuk Khairul. Jamilah hanya ingin membuat majlis yang ringkas sahaja. Nikah dan makan-makan. No tunang, No pelamin, No makan beradab. Segala majlis itu akan dibuat sebelah lelaki sahaja. Sebab keluarga Datuk Khalid bekeras kerana Ibrahim anak sulung.

Tapi tidaklah ringkas sangat. Pastilah Jamilah ada angan-angan dia sendiri untuk merialisasikan majlis perkahwinan sendiri di halaman rumah yang besar itu.

Pentas Nikah dihias cantik, dengan bunga-bunga segar berwarna putih dan biru, terlalu banyak. Carpet berbulu putih dan tebal dilapik diatas pentas yang agak besar itu. Meja kecil untuk acara nikah berlangsung. Sofa yang cantik diletakkan di bahagian belakang supaya pengantin perempuan duduk.

Pokok pangkal bertemakan garden. Ringkas dan mewah. Terkejut juga Ibrahim ketika dia masuk ke ruangan yang dihias indah ini. Macam tuan punya badan ke? ringkas, tapi cantik? cantik ke dia? tulah.. masa ibu dan ayah suruh ikut masa taaruf tu menolak tak nak ikut. Kan aku tertanya-tanya.

Selepas majlis selesai dan tetamu-tetamu beransur pulang. Ibrahim naik ke bilik pengantin yang dihias cantik itu, dia tinggalkan Jamilah yang masih melayan tetamu yang berbaki di luar.

Sedang dia baru mahu menyalin pakaian Jamilah masuk ke bilik itu.

" Lain kali ketuklah dulu, kalau saya bogel tadi. Macam mana?" Soal Ibrahim. Jamilah tidak menjawab. Nak masuk bilik sendiri kena ketuk dulu ke? dia yang masuk bilik orang ada mintak izin aku dulu? huh.. malas layan.

Jamilah masuk ke bilik itu dia berjalan dengan perlahan. Dia duduk di hadapan cermin. Tiba-tiba Ibrahim menyeru namanya. Dia memusingkan badannya menghadap Ibrahim yang agak jauh dengannya. Ibrahim berada di depan pintu bilik air.

" Ya, kenapa?" Soal Jamilah.

" Awak boleh jadi isteri yang taat?" Soalan Ibrahim itu membuatkan Jamilah keliru.

" Inshaallah, selagi awak tak suruh saya buat benda yang haram. Saya akan ikut cakap awak." Jawab Jamilah yakin.

" Bagus. Kalau macam tu, lepasni.. saya tak izinkan awak pakai purdah lagi. Awak pakai saja tudung labuh tu. Purdah tu tak payah pakai. Faham?" Soal Ibrahim tegas.

" Tapi, kenapa?" Soal Jamilah sedih.

" Saya tak benarkan. Jangan banyak tanya. Lagipun pakai purdah tu sunat je bukan wajib." Jamilah diam. Boleh bantah ke? aku ni tak kira wajib pakai ke?

" Lagi satu, awak jangan risau. Saya takkan sentuh awak, kalau awak tak bersedia. Saya takkan paksa. Lagipun, saya kahwin bukan atas kehendak saya. Saya sebenarnya tak desperate pun nak beristeri. Abah saya yang beriya." Luah Ibrahim tanpa dipinta,melihat Jamilah diam terus Ibrahim masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Hmm, ikut je lah.. cakap dia tu. Lama Jamilah menunggu giliran dia untuk membersihkan diri. Lamanya dia mandi, dah 10 minit dah. Jamilah membuka almarinya dia mencapai baju tidur satin berwarna krim berlengan pendek dan berseluar panjang dan lain-lain. Setelah semua kelengkapan diambil dia terus keluar dari bilik itu untuk membersihkan diri di bilik air dibilik tetamu bersebelahan biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience