BAB 18

Romance Series 7717

" Bau apa yang hangit ni?" Soal Ibrahim pada Jamilah didapur. Jamilah melihat Fry Pan, telur dadar hangus. Cepat-cepat Jamilah matikan api dapur.

" Awak masak apa sampai hangus?" Soal Ibrahim pada Jamilah.

" Saya masak telur, tapi hangus." Cerita Jamilah sedih.

" Masak telur dadar sampai hangus? awak fikirkan apa sampai hangus telur dadar awak tu? Soal Ibrahim serius. Tak pernah seumurbhidup dia memasak benda simole macam tu boleh hangus, melainkan berkhayal.

" Sebenarnya... sebenarnya saya tak pandai masak." Jujur Jamilah. Terkejut Ibrahim.

" Awak pandai masak apa? nasi pandai masak?" Tanya Ibrahim lagi. Rasa kelakar pula, muka cantik tahap bidadari tapi tak tahu masak. Nampak sangat dia malu tak tahu masak. Pipi dia tu memang tak boleh menipu.

" Nasi pun saya tak pandai masak. Saya pandai masak air je." Jawab Jamilah penuh rasa malu.

" Setakat masak air, budak 2 tahun pun pandai buat." Ejek Ibrahim. Dia mendekati Jamilah. Jari isterinya dipegang.

" Saya ajar awak masak. Tak pandai tak apa, asal nak belajar. Jom kita masak breakfast sama-sama." Pujuk Ibrahim pada isterinya.

" Awak pandai masak?" Soal Jamilah terkejut.

" Kalau awak nak tahu, saya ni dulu.. cita-cita nak jadi chef, tapi disebabkan abah suruh saya uruskan business dia, saya ikut je lah cakap dia." Cerita Ibrahim pada Jamilah.

" Ohhh.. jadi macam-macam lah awak pandai masak?" Soal Jamilah teruja.

" Ofcourse.. awak nak makan apa pagi ni? saya ajar." Soal Ibrahim lembut.

" Kita makan dekat luarlah. Lagipun dekat peti tu ada telur dan roti kosong tu saja." Ajak Jamilah manja.

" Okay, kita makan dekat luar pagi ni.. lepastu shopping barang dapur. Makan tengahari, awak nak makan apa? apa favourite makanan awak?" Soal Ibrahim pada Jamilah yang seakan teruja dengan soalannya.

" Saya nak Ikan keli masak lada.. dah lama saya tak makan lauk tu. Saya rasa since arwah ibu saya meninggal, 5 tahun lepas. Boleh tak awak masakkan tu?" Soal Jamilah manja.

" Ok.. boleh. Kacang je tu."

Selepas pulang dari membeli barang dapur, Jamilah membantu Ibrahim didapur.

" Saya tak nak, saya geli, saya takut." Tolak Jamilah ketika Ibrahim meminta dia untuk membasuh ikan keli itu.

" Dia dah matilah sayang oii... basuh geli, makan tak geli pula." Ujar Ibrahim geram.

" Dia bergerak lagi tu.. arghhh...." Jamilah terjerit ketika ikan itu tiba-tiba melompat ketika dia cuba untuk membasuh.

" Ya Allah, isteri aku ni...." Ibrahim menggeleng kepala melihat telatah Jamilah.

" Kenapa dia bergerak lagi? saya tak nak buatlah macam ni." Ujar Jamilah putus asa. Hampir menangis dia ketika mendekati ikan keli yang masih bergerak-gerak.

" Haih, tepi sikit...biar saya buat. Tengok saya buat macam mana." Arah Ibrahim. Jamilah setia berada disisi suami. Ikan itu bergerak-gerak Ibrahim dengam wajah cool tetap membersihkan ikan itu sebelum diletak kunyit, asam jawa dan garam untuk direndam supaya bau hanyir ikan keli tiada lagi. Jamilah terkejut dan terus tangannya berpaut pada lengan sasa Ibrahim.

" Boleh tolong tak?" Soal Ibrahim pada isterinya.

" Apa dia?" Soal Jamilah terkejut.

" Tolong perlahankan sikit genggaman tangan awak tu dekat lengan saya. Sakitlah, kuat sangat awak genggam. Mahu lebam tangan saya." Luah Ibrahim.

" Sorry sangat-sangat. Saya tak perasan tadi. Tiba-tiba je saya pegang lengan awak. Maaf tau." Ujar Jamilah sambil menyapu lembut lengan suaminya yang sudah kemerah-merahan.

" Tak apa-tak apa.. saya nak goreng ikan keli ni, boleh jauh sikit tak? sebab ikan ni meletup-letup." Jamilah duduk di ruangan makan. Bukan main jauh dia pergi.

" Sedap tak?" Soal Ibrahim pada Jamilah, ketika mereka berdua duduk bersama untuk makan tengahari. Tiba-tiba Jamilah rasa sedih sangat.

" Kenapa, pedas ke sayang?" Soal Ibrahim.

" No.." Jawab Jamilah pendek.

" Tak sedap?" Soal Ibrahim lagi.

" Bukan..."

" Dah tu, kenapa macam nak nangis ni?" Bila ditanya makin teruk pula. Air mata Jamilah terus mengalir dipipi. "Kenapa sayang?" Soal Ibrahim lebih lembut, dia menyapu pipi isterinya menggunakan jari kasarnya.

" Masakan awak, sama dengan masakan mak saya. Saya suka sangat-sangat. Pandai awak masak, sedap sangat. Tapi saya tak nak masak ni, saya takut dengan ikan ni. Tapi, kalau makan dia, saya berani." Luah Jamilah dengan gurauannya untuk menutup dukanya.

" Terima kasih untuk pujian yang sangat buat saya terharu." Ibrahim mencium dahi isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience