BAB 25

Romance Series 7717

Ibrahim mengurut bahu Jamilah ketika Jamilah sedang menelaah bukunya. Jamilah membiarkan, rasa lega bila diurut bahunya. Sudah 3 jam dia duduk dari lepas solat zuhur tadi.

" Lamanya belajar, tak penat ke?" Soal Ibrahim tangannya masih mengurut lembut bahu isterinya.

" Penat.. tapi kena juga baca buku ni. Saya banyak tinggal pelajaran gara-gara cuti lama haritu. Kena perah tenaga sikit nak catch up pelajaran yang tertinggal. Mujur Mikail banyak kasi petunjuk apa yang saya kena lebih beri tumpuan, apa yang dia bagi semua masuk exam nanti. Lepas exam ni, baru merdeka." Cerita Jamilah itu membuatkan cemburu Ibrahim tiba-tiba datang.

" Awak rapat ke dengan Mikail dekat fakulti?" Soal Ibrahim tegas, dia sudah berhenti mengurut bahu Jamilah.

" Tak pun. Buat macam biasa saja. Dia saja yang kadang-kadang ajak saya makan sama-sama dekat cafe. Ramai juga yang bisik-bisik buat gosip, sebab itu yang tak tahu saya dah kahwin dan Mikail tu adik ipar saya." Cerita Jamilah masih tangannya membuat nota ringkas. Jamilah mencari tangan Ibrahim yang masih berdiri dibelakangnya dan diletakkan semula di bahunya. "Lenguh sangatlah, dah awak alang-alang urut, kasi lama sikitlah.." Arah Jamilah tanpa malu. Ibrahim tetap mengurut bahu isterinya walaupun jiwanya sudah dibakar dengan api cemburu.

" Bila examnya?" Soal Ibrahim.

" Lagi 2 bulan lebih rasanya atau kurang daripada tu. Saya lupa date betul. Nanti saya inform awak lepas saya cek semula nanti. Tak sangkakan, dah sebulan kita nikah.." Ucap Jamilah tiba-tiba..

" Hmm, lepas awak exam, kita pergi honeymoon.. nak?" Soal Ibrahim ceria. Hilang terus amarah cemburunya ketika usia perkahwinan mereka diungkit.

" Pergi mana?" Soal Jamilah, dia sudah memegang tangan suaminya tanda suruh berhenti. Jamilah menarik tangan suaminya supaya mereka duduk di sofa berkembar tiga yang ada diruang bilik mereka.

" Pantai redang?" Soal Ibrahim sambil merenung mata si isteri.

" Saya sebenarnya tak suka sangat dengan pantai. Saya suka hutan, kita pergi air terjun.. boleh?" Jamilah memberi cadangan secara tidak langsung menolak ajakan suaminya untuk ke Pulau Redang.

" Biar betul, nak honeymoon dekat hutan? hutan mana awak nak pergi?"

" Kita pergi bukit tinggi ke, bukit fraser ke, cameron highland ke.. boleh ya?" Jamilah merengek manja. Ibrahim tergugat dengan gaya menggoda Jamilah itu.

" Yalah, kita pergi Bukit Fraser. Abah ada hotel dekat sana, yang dekat dengan air terjun." Ujar Ibrahim. Terus Jamilah bersorak gembira.

" Yeahhh...dapat mandi air terjun. Tapi dalam tak?" Soal Jamilah tiba-tiba.

" Mestilah dalam.. kalau tak dalam tak ingin saya setuju dengan pendapat awak tu." Jamilah mencebik mendengar kata-kata Ibrahim.

" Kenapa dalam.. saya mana tahu berenang. Ada kolam renang tak dekat hotel tu?" Soal Jamilah lagi. Ibrahim tidak menjawab. Dia terus pergi membuka almari mengambil sesuatu dan masuk ke bilik air. Dia keluar semula dengan seluar pendek aras bawah lutut dan baju singlet.

" Awak dah kenapa seksi-seksi petang sabtu ni?" Soal Jamilah pelik melihat suaminya yang diam dari tadi.

" Jom, saya ajar awak berenang. Kalau awak tak pandai berenang, tak best lah pergi air terjun kalau macam tu.. jom." Ibrahim terus menarik tangan isterinya.

" Eh, saya tak pakai tudung.." Ujar Jamilah.

" Tak payah, kolam renang dekat belakang rumah saja, mana ada orang boleh nampak." Jamilah hanya mengikut kata-kata Ibrahim.

Ibrahim dan Jamilah berjalan beriringan menuju ke kolam renang dibelakang rumah. Ibrahim masuk dahulu dan membiarkan Jamilah masuk kemudian. Jamilah memberanikan diri berjalan menghampiri kolam renang. Terkaku dia di depan kolam. Dalam juga kolam dekat sini, ya? gumam Jamilah dalam hati. Melihat wajah Ibrahim yang seakan-akan mengejeknya, Jamilah tidak berfikir lagi. Dia terus meloncat masuk ke dalam kolam.

Jamilah memejamkan mata. Dia cuba bernafas. Jamilah tertelan air dengan banyaknya. Habislah aku. Dia terasa dirinya semakin menuju ke dasar. Jamilah sudah tidak kuat lagi untuk menahan nafas. Namun tiba-tiba saja badannya terasa ringan dan terapung-apung. Dia masih memejamkan mata. Perasaan berdebar melanda hatinya.

" Sayang..." panggil Ibrahim. Jamilah perlahan-lahan membuka mata. Dihadapannya tiada satu makhluk pun. Jamilah mulai ketakutan. Adakah sekarang dia sudah berada di alam lain? tapi dia masih berdiri terapung-apung di dalam kolam.

" Sayang... abang dekat belakang sayanglah." Ibrahim memusingkan badan Jamilah agar menghadapnya. Sepantas kilat Jamilah memeluk tubuh Ibrahim yang tidak berbaju itu. Dia memeluk Ibrahim kemas. Ada air mata hangat keluar dari kelopak matanya. Dia menangis tersedu-sedan di bahu Ibrahim. Ibrahim tergamam.

" Sayang, kenapa ni?" Ibrahim mengusap belakang isterinya.

" Saya ingat saya dah mati lemas tadi. Sampai hati awak lambat selamatkan saya." ucap Jamilah merengek-rengek seperti kanak-kanak. Jamilah masih tidak melepaskan tubuh Ibrahim. Ibrahim sudah tidak dapat menahan perasaanya, dia membalas pelukan Jamilah. Dia ingin menenangkan isterinya. Nasib baik dia cepat bertindak tadi. Jika tidak pasti Jamilah itu lemas dek kerana menelan air yang banyak.

" Janganlah nangis sayang.. kita kesini nak belajar berenang, bukan belajar buat aksi romantik disini." Usik Ibrahim. Jamilah tertawa kecil. Dia perlahan-lahan merungkaikan pelukannya. Jamilah memandang mata Ibrahim.

" Maaf.. jomlah kita mulakan pembelajaran kita sir." Ujar Jamilah ceria.

" Kalau macam tu baiklah, tapikan sayang.. abang baru terfikirkan sesuatu."

" apa dia?"

" Sayang tukar bajulah, abang tak boleh focus mengajar kalau sayang pakai macam ni. Tergoda sangat." Luah Ibrahim. Jamilah menjatuhkan pandangannya ke tubuhnya. Mukanya rasa membahang. Dia cepat-cepat menutup bahagian dadanya. Jarang gila bajunya. Dahlah pakai baju T-shirt berwarna putih. Habis nampak pakaian dalamnya. Malunya. Jamilah menundukkan pandangannya. Tidak sanggup memandang Ibrahim.

Bergetar hebat naluri kelakian Ibrahim. Matanya gatal melihat pemandangan paling indah itu. Ibrahim memegang dagu Jamilah supaya mendongak melihatnya.

Ibrahim mencium lembut bibir merah Jamilah. Tangan membelai lembut belakang isterinya. Jamilah terkejut tapi dia juga terbuai dengan kucupan hangat yang diberikan..

Ibrahim melepaskan bibirnya perlahan.

" Sayang, sayang dah sedia?" Soal Ibrahim. Jamilah terdiam. Mukanya sudah kemerah-merahan. Ibrahim meletakkan semula bibirnya pada bibir Jamilah. Melihat Jamilah tidak menolak maknanya Jamilah sudah bersedia..

Ibrahim mengangkat tubuh isterinya duduk di pinggir kolam.

" Jom kita masuk rumah sayang. Abang nak sambung babak yang tak habis tadi?" Bisik Ibrahim ke telinga isterinya. Jamilah tersentak mendengar kata-kata suaminya itu.

" Sorry, dalam mimpi bolehlah. I'm going to lock the door." Sekuat hati Ibrahim di tolak dan Jamilah bingkas berdiri dan berlari kedalam rumah. Ibrahim keluar dari kolam dan mengejar isterinya dari belakang. Wajahnya cukup bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience