BAB 4

Romance Series 7717

Semenjak kejadian yang mengerikan bagi Jamilah itu. Setiap hari Jamilah diburu oleh lelaki-lelaki. Sehingga dia takut sangat untuk pergi ke Universiti. Ramai yang meminta nombor teleponnya, yang ingin menghantar dia pulang dan macam-macam lagi. Ada yang juga yang menghantar pesanan ringkas untuk berkenalan.

" Jamilah, kenapa duduk sini lagi ni? tak pergi kelas ke?" Tanya Datuk Khairul pada anak tunggalnya.

" Tak.." Jawab Jamilah sambil matanya masih di hala ke kolam renang. Dia duduk dikerusi rehat disitu.

" Sakit ke anak ayah ni?" Tanya Datuk Khairul risau.

" Tak.." Jawab Jamilah lagi.

" Eh kamu ni, kalau tak sakit kenapa duduk sini lagi? cepatlah bersiap, papa dah lambat ni nak pergi office ada meeting pukul 9 nanti." Datuk Khairul pelik melihat telatah Jamilah yang sedih itu. Selalunya waktu jam begini anaknya sudah tunggu di tepi kereta kerana Datuk Khairul menghantar anaknya ke Universiti.

" Ayah..." Panggil Jamilah dengan sedih.

" Kenapa ni? sedih sangat ayah tengok." Soal Datuk Khairul dia juga duduk disebelah Jamilah. Jamilah memeluk tubuh ayahnya. Baru dia rasa sangat selamat.

" Kenapa sayang?" Tanya Datuk Khairul sambil tangan membelai rambut anaknya.

" Jamilah tak nak pergi Universiti dah. Jamilah nak berhenti Ayah." Terkejut Datuk Khairul mendengar ayat yang keluar dari mulut anaknya. Lagi terkejut melihat air mata anaknya mengalir deras.

" Tapi kenapa, boleh ayah tahu kenapa?"

" Dia orang nampak muka Jamilah ayah, lepastu terus diaorang kacau Jamilah. Jamilah takut ayah, takut sangat..." Cerita Jamilah pada ayahnya.

" Tapi, inikan sem akhir Jamilah, Jamilah bertahanlah sekejap." Pujuk Datuk Khairul lagi pada anaknya.

" No, I don't want go to University anymore. Please ayah, don't force me." Ucap Jamilah tegas dan terus masuk kedalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience