BAB 2

Romance Series 7717

Jamilah duduk di hadapan sekali pada harini kerana dia datang awal pada kelas pukul 8.30 pagi ini.

" Jamilah.." Panggil Arisa.

" Ya, kenapa?" Tanya Jamilah pada sahabatnya dia sibuk menelaah bukunya.

" Prof Ain dah bersalin." Cerita Arisa. Jamilah terkejut dia melihat anak mata Arisa.

" Ya, malam tadi. So, pagi ni ada Prof baru yang ganti. Dia ni ganti Prof Ain sampai habis pantang." Cerita Arisa didengar dengan teliti.

" Ok lah tu, tak adalah dibatalkan terus kelas." Itu sahaja respon Jamilah.

" Masalahnya Jamilah oii, budak-budak kata Prof baru ni annoying. Kalau lagi dapat masalah nanti." Ujar Arisa dengan muka gusar.

" Asal pula dengan aku?"

" Dia tak suka pelajar cover muka. Senior kita dulu ada yang pakai macam kau, tapi Prof tu suruh buka. Dia pantang sangat... " Jelas Arisa dengan cerita yang didengarinya.

" Takkan sampai macam tu sekali?"

" Dia memang annoying..." Luah Arisa.

" Alahai, relaxlah Arisa.. kita kan sem akhir. Tinggal 5 bulan je lagi. Tak lama pun kita hadap Prof yang annoying tu. Tapi kita tak tahu kebenaran cerita yang kau dengarbtu. Kalau dia paksa buka, baru aku buka.. kalau dia tak cakap apa, selamatlah aku." Pujuk Jamilah pada sahabatnya. Sedangkan dia pun berdebar-debar dengan perkhabaran itu.

Prof baru tadi memperkenalkan diri. " Nama saya Prof Khalid Mikail, awak semua boleh panggil saya Prof Mikail sahaja. Saya disini kerana saya ditugaskan untuk menggantikan Prof Ain kerana dia bercuti pantang. Saya tahu semua sudah sedia maklum tentang itu. Jadi, Prof Ain ada berpesan pada saya, supaya awak semua kena serahkan assigment yang diberikan Isnin tadi diserahkan harini. Memandang harini sudah hari khamis saya beri kelonggaran beri pada hari isnin minggu depan." Arah Mikail dengan tegas pada pelajarnya. Dia tersenyum melihat pelajar-pelajar bersorak keseronokan kerana tugasan boleh diberikan pada hari isnin.

Mikail perasan ada seorang gadis yang memakai purdah duduk dibahagian depan sekali. Sangat annoying dia melihat perempuan begitu. Tak confident langsung. Tak apa, esok aku basuh kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience