BAB 22

Romance Series 7717

" Dah sihat?" Soal Jamilah kepada Ibrahim ketika Ibrahim selesai solat subuh berjemaah di masjid.

" Alhamdulillah.. dah sihat." Jawab Ibrahim seraya tersenyum pada isterinya.

" Pergi kelas nanti awak hantarkan tau." Pinta Jamilah.

" Ok..."

" Terima kasih.." Jamilah bangun untuk bersiap ke kelas. Tapi baru menunjukkan enam setengah pagi.

" Sayang nak pergi gosok baju ke?" Soal Ibrahim, dia juga turut bangun dan duduk dibirai katil.

" Ha'ah..." Jamilah membuka almarinya memilih pakaian yang sesuai untuk ke kelas.

" Sayang gosok baju abang boleh?"

" Boleh.. nak gosok baju yang mana?" Soal Jamilah sambil memandang suaminya.

" Mana-mana je, jangan gosok baju melayu sudahlah." Gurau Ibrahim pada isterinya. Jamilah ketawa kecil.

" Saya pilih yang ni..." Jamilah menunjuk baju kemeja berwarna biru lembut itu, sama dengan warna yang dipakainya nanti.

" Ok...."

Jamilah membawa pakaian yang mahu digosok di bilik sebelah, sedang dia memulas bonggol pintu Ibrahim memanggilnya semula.

" Ya, kenapa?"

" Sayang tak gosok purdah sayang ke?" Soal Ibrahim.

" Buat apa? bukan awak kasi pakai pun..."

" Saya izinkan." Ujar Ibrahim.

" Betul ni?" Soal Jamilah ceria. Ibrahim anggukan kepala laju. Jamilah terus berlari mendakap tubuh suaminya. "Thank you..."

" sama-sama. Untuk pengatahuan sayang, sayang dikira wajib pakai purdah." Ucap Ibrahim, matanya memandang Jamilah.

" Saya tahu..."

" Elleh, perasan cantiklah tu...." Jamilah ketawa dengan ayat suaminya.

" Nak cakap perasan, memangpun. Adalah orang tu kan, nampak kita terus jadi patung cendana." Ejek Jamilah pada Ibrahim. Ibrahim ketawa geli hati mengingatkan telatah dia ketika kali pertama berhadapan dengan rupa Jamilah. Terpegun, teruja, terpaku dan segala perkataan ter lah.

Jamilah bersyukur sangat dengan keizinan suaminya. Tak adalah dia malu berhadapan dengan kawan-kawan satu fakulti. Pasti nanti mereka banyak soalan akan diajukan ketika melihat dia tanpa purdah. Alhamdulillah Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience