BAB 26

Romance Series 7717

Selepas pulang dari Bukit Fraser Jamilah demam sekali lagi. Macam biasa kerana datang bulan. Jamilah muntah-muntah dan pening-pening. Ibrahim yang baru pulang dari kerja terus meluru mendapatkan isterinya didalam bilik air. Dia mengurut lembut belakang isterinya.

" Abang dah bagi ubat pun, still sakit lagi sayang? tak menjadi ke ubat abang tu?" Ujar Ibrahim dengan sengihan nakal. Jamilah mencubit pinggang suaminya.

" Saya tak larat ni, awak masak boleh?" Pinta Jamilah lembut sambil berjalan mendekati katil dan bersandar pada kepala katil, kakinya dilunjurkan.

" Mintak tolong saya masak, macam dia selalu masak saja bunyinya." Ejek Ibrahim pada isterinya. Padahal setiap hari boleh dikatakan Ibrahim yang masak, Jamilah hanya membantu saja. Jamilah tersenyum malu.

" Janganlah cakap macam tu. Saya selalu masak sekarang. Masak nasi dan masak air. Kira ada peningkatanlah tu." Luah Jamilah sambil memegang jari Ibrahim yang berdiri disisinya.

" Yalah tu. Awak nak makan apa?" Soal Ibrahim sambil duduk di sebelah Jamilah. Jarinya masih bertaut dengan jari Jamilah.

" Apa-apa saja. Saya tak selera sebenarnya. Asal makan sudah."

" Ok.." Sebelum Ibrahim berdiri untuk pergi ke dapur dihadiahkan kucupan dipipi kanan Jamilah.

" Upah..." Ujar Ibrahim dengan matanya dikenyitkan sebelah.

Selepas masuk tidur, Jamilah merasakan bawah perut dia sakit sangat. Jamilah cuba bangun, tapi tak berdaya. Suhu bilik yang sejuk itu langsung tidak dapat menyenangkan Jamilah. Wajahnya sudah basah dek peluh. Jamilah menggoncang tubuh Ibrahim disebelah. Ibrahim masih tidur. Jamilah menggoncangkan tubuh Ibrahim lebih kuat. Baru Ibrahim tersedar..

" Ya sayang, kenapa?" Soal Ibrahim masih tertutup matanya tanpa memandang isterinya.

" Tolong.... saya.." Ucap Jamilah tersekat-sekat menahan sakit. Ibrahim yang mendengar suara si isteri tenggelam timbul, terus dia membuka mata dan melihat isterinya sudah terbaring tidak sedarkan diri.

" Sayang....sayang, bangun..." Masih tidak memberikan sebarang respon. Ibrahim terus mencempung tubuh isterinya dan dibawa ke hospital.

Ibrahim memberi sepenuh tumpuan pada Doktor Fazlina yang memberikan penerangan tentang keadaan isterinya.

" Maaf Tuan, isteri Tuan keguguran."

" Tapi isteri saya datang bulan.." Jelas Ibrahim.

" Itu bukan darah haid. Itu darah tanda keawalan dia akan keguguran. Pasti isteri Tuan sangkakan dia datang bulan. Saya harap Tuan dapat menenangkan isteri Tuan."

" Punca isteri saya keguguran?" Soal Ibrahim.

" Mungkin kerana rahim isteri Tuan tidak kuat. Selepas ini, pastikan isteri Tuan jaga kesihatan dan senaman. Jangan bagi dia stress atau apa saja. Rahim isteri tuan, dia senang lekat dan juga senang gugur."

" Terima kasih doktor."

Ibrahim duduk duduk dikerusi yang ada disisi katil Jamilah. Ibrahim meraih jari kiri isterinya dan dikucup syahdu.

Jamilah membuka matanya, dia tersenyum melihat Ibrahim mengucup kasih jarinya. Tangan kanan Jamilah membelai lembut rambut suaminya.

" Sayang dah sedar?" Soal Ibrahim ceria.

" Ya... dah." Ucap Jamilah. Ibrahim terus mencium dahi isterinya, kemudian singgah dibibir isterinya. Mereka saling tersenyum. "Pukul berapa ni?" soal Jamilah.

" Pukul 4 pagi. Sayang tidurlah..." Arah Ibrahim sambil menyelimuti tubuh Jamilah hingga ke paras dada.

" Abang tidurlah sekali..." Ajak Jamilah manja.

" Mana muat..." Tolak Ibrahim lembut. Jamilah mengesot ketepi sedikit supaya memberi ruang pada Ibrahim berbaring bersama.

" Muat... sini." Ujar Jamilah. Ibrahim naik keatas katil bujang itu. Jamilah terus mendakap tubuh suaminya. "Thank you abang...." Ujar Jamilah tiba-tiba.

" Thanks for what?"

" Untuk segalanya.. lebih-lebih lagi sebab bersabar dengan kekurangan saya." Jelas Jamilah, pelukan dieratkan. Ibrahim mencium ubun-ubun isterinya.

" Because, I love you..." Luah Ibrahim romantis.

" I .... I love you too.." Balas Jamilah malu. Mestilah dia mencintai suaminya. Sudah duduk serumah, tidur sekatil. Buruk baik dirinya Ibrahim terima dengan lapang dada itu sudah cukup untuk dia jatuh cinta dengan suami sendiri.

" Sayang, abang nak bagitahu sayang sesuatu.." Ujar Ibrahim. Dia mencium pipi isterinya sebelum bercerita.

" Bagitahu sajalah.." Jamilah memandang mata suaminya.

" Sayang keguguran..." cerita Ibrahim pendek.

" ha ?" Jamilah terkejut seakan terperanjat.

" Ya, sayang bukan datang bulan tadi tu. Sayang keguguran. Itu tanda-tanda awal keguguran. Sayang sabar tau, sayang jangan sedih." Pujuk Ibrahim pada isterinya. Ibrahim memegang pipi isterinya.

" Kenapa boleh jadi macam tu? Jamilah tak sedar pun yang saya mengandung." Jamilah menitiskan air mata.

" Doktor kata, rahim sayang lemah. Sayang senang mengandung tapi senang juga keguguran. Esok kita pergi balik rumah keluarga abang, sayang berpantang dekat sana. Ok?" Ujar Ibrahim lembut pada si isteri. Jamilah hanya menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience