BAB 13

Romance Series 7717

Selepas 30 minit membersihkan diri, Ibrahim keluar dengan berpakaian lengkap.

" Eh, mana dia?" Ibrahim memandang kiri dan kanan mencari kelibat Jamilah tiada. "Lantak dialah nak pergi mana, aku nak solat dan tidur." Selepas selesai solat isyak, Ibrahim mendengar pintu bilik di ketuk. Mesti dia lah tu. Ibrahim berjalan membuka pintu bilik itu, tak kunci pun... masuk je lah.

Selepas dia membuka pintu, dia terkejut melihat seorang perempuan cantik, bukan cantik.. tapi sangat-sangat cantik berada dihadapanya ini. Siapa dia ni? saudara Jamilah kot? aku tak pernah tengok lagi perempuan cantik macam ni? MasyaAllah, subhanallah.... pelbagai pujian Ibrahim luahkan didalam hati.

" Err.. nak apa?" Soal Ibrahim pada perempuan dihadapannya.

" Saya nak masuk." Ucap Jamilah dengan kening diangkat sebelah.

" Awak nak buat apa masuk sini? Jamilah tak ada dalam bilik ni." Soal Ibrahim pula.

" Awak ni kenapa..Sayalah Jamilah." Jawab Jamilah sambil menolak sedikit tubuh Ibrahim supaya dia boleh masuk kedalam bilik. Jamilah duduk di depan cermin. Plug hair dryer di pasang. Dia terus mengeringkan rambutnya yang basah tadi. Dia mengabaikan pandangan Ibrahim itu.

" Sampai bila awak nak berdiri dekat depan pintu tu?" Soal Jamilah setelah selesai mengeringkan rambutnya. Dia terus duduk dibirai katil sambil memandang Ibrahim yang masih berdiri seperti tiang lampu tu.

Ibrahim baru sedar dia terlalu lama berdiri di situ kerana dia merasa lenguh berdiri. Ibrahim bagaikan hilang kosa kata.

Jamilah meletakkan krim losyen pada tangannya dan terus berbaring di atas katil. Tubuhnya diselimuti hingga ke dada. Dia terus tidur dengan nyenyak tanpa memikirkan malam pertama seperti pengantin-pengantin lain.

Ibrahim duduk bersandar dikepala katil sebelah kanan Jamilah. Dia merenung wajah Jamilah yang sedang tidur nyenyak itu.

Ya Allah, indahnya ciptaan mu... lebih terasa indah kau ciptakan dia untuk ku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience